Lama dah. Aku je yang slow nak publish. Sorry banyak banyak kepada geng Temerloh.
Orait. Pada 31hb Januari yang sudah, ada sekumpulan pelawat dari pelbagai lokasi di Malaysia dan diketuai saudara Zaid@Penternak Tegar datang melawat ladang. Aku harap aku dapat menunjukkan kepada mereka bagaimana rupa alwigoatfarm pada 100% prestasi, malangnya yang mampu aku tunjukkan ialah alwigoatfarm pada 50% prestasi.
Aku minta maaf banyak banyak.
Beberapa keping gambar yang sempat aku ambil pada hari tersebut.
Memandangkan ladang aku tidak memiliki infra sesuai untuk kapasiti pelawat yang ramai, maka aku terpaksa meminjam rumah Dato' Adnan (ex KP Pelajaran Perak) di kampung berdekatan untuk dijadikan visitor's hall/ arrival hall.
Terima kasih diucapkan kepada Dato' dan Datin kerana sudi meminjamkan rumah mereka secara ad hoc.
Yang dok pegang oblong burger tu lah Dato' Adnan, merangkap co host bersama alwigoatfarm kepada Komuniti Penternak Temerloh.
Jumlah pelawat hari tu adalah sekitar 40 orang. Muatlah 1 bas ekspres.
Yang baju biru tu Syed Kodiang Gemuk Gemuk Agro, sebelah dia Azizul Man Jadda Wa Jadda, lepas tu Doc Zul Ladang Kambing Kita, yang hujung sekali tu Isal Keratong Agrofarm. Aman Man tak nampak dalam gambar.
Dari kiri, Tuan Yusof dari Oblong Burger, Mohd Faisal Basri dari Bagan Dato, dan Tok Ba dari Kelantan. Ada lagi geng geng penternak berhampiran yang aku panggil demi memeriahkan majlis, tapi aku lupa nak ambik gambar diorang.
Terima kasih kepada Oblong Burger kerana bersama sama sponsor majlis makan memakan. Sedap betoi Oblong Burger ni. 90% daging. Pasal tu lah sedap kot.
Sebelum tetamu jauh datang, dan sebelum upacara makan bermula. Nampak sopan santun je..
Terlioq aku dibuatnya... tapi x dapat makan. Pasai terpaksa bercakap. Dan realitinya tuan puan aku rasa sangat kekok dan nervous bila berhadapan dengan orang ramai. Dah hampir mencapai tahap dysfunctional aku hari ni.
Geng komuniti Penternak Temerloh dah sampai. Bukan dari area Temerloh je ni. Macam macam negeri datang. Terima kasih kerana sudi melawat alwigoatfarm! (Pada foreground gambar ialah Zaid@Penternak Tegar).
Ada lagi yang belum sampai. Last sampai ialah rombongan Dr Fakar dari MyTernak. Aku pun tak pasti kenapa dia last sampai, padahal dia pernah sampai ladang aku sebelum ni.
Dah sampai di alwigoatfarm. Ada taklimat sebelum naik ke kandang, dan.... si kuda Diego selalu mengganggu taklimat. Kerap.
See....
I'm not sure why the white shirted bachelor guy with a fondness for selfie keep cropping up in my pictures...
The truth is, I'm not proud of showing to visitors, my 50% performance. At this very moment, this was the worst performance in my history.
The goats were obviously under heavy stress
Ada banyak lagi yang tak bergambar ni. Tak tau mana hilang ntah..
Ok. Terima kasih kepada semua yang hadir, membantu, dan memeriahkan majlis. Terima kasih kepada Komuniti Penternak Kambing Temerloh kerana sudi melawat alwigoatfarm. Dan terima kasih juga kepada geng geng pembiak, dan semua pembaca pembaca blog yang memberi sokongan.
Semoga kita semua mendapat manfaat dan ilmu daripada kunjungan ini.
Thanks again everybody!!
Into freedom!!!
Eden missed lerr,Bro!! (Es Emdi)
ReplyDelete