"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, March 30, 2015

THE CUSTOMER IS NOT ALWAYS RIGHT?

"The client is not always right" - Enzo Ferrari.
______________________________________

Masalahnya aku bukan Enzo Ferrari. Dan aku bukannya memiliki syarikat yang penuh dengan nilai sejarah atau eksotika atau eksklusiviti. Aku cuma ada kambing, yang cuma tahu makan rumput, dan 'terpinga pinga terkebil kebil tercengang cengang tertegak tegak telinga terlekat rumput di celah mulut' apabila melihat gaya gaya autokratik aku semasa mengembala mereka.

Jadi aku kurang pasti adakah kambing kambing aku memiliki nilai nilai eksotika mahu pun historikal kepada pelanggan pelanggan aku.

Ferrari boleh memilih pelanggan mereka, manakala aku..... lagi banyak pelanggan lagi bagus.

Aku dalam industri pedaging dimana 'rule of law' nya ialah menghasilkan kambing kambing pedaging yang boleh dijual pada harga 1 dinar. Yep, aku ada harga siling yang telah wujud semenjak zaman Habil. Tiada harapan untuk senario 'eksklusiviti' yang membolehkan aku untuk meletakkan harga yang lebih tinggi, atau... memilih milih pelanggan aku. 

Melainkan, aku membiak baka. Dan sangat bagus dalam hal itu.

Haaa baru boleh wujud eksklusiviti, baru boleh charge customer pada harga lebih tinggi untuk perasaan eksklusiviti tersebut. Dan baru boleh... memilih milih pelanggan. Dan baru berani  cakap ayat "the client is not always right".

Hmmm.......

Exclusivity...




No comments:

Post a Comment