"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, March 31, 2015

GENSET KENA PETIR

Minggu sudah pokok sawit sebelah kandang kambing disambar petir. Buah sawitnya. Pecah berderai terpelanting berpuluh meter buah sawit yang pada pokok tersebut. Dan sebahagian buah sawit tu jatuh ke atap kandang. Manakala petir yang menyambar buah sawit tu turut menyebabkan genset (generator set - enjin letrik) rosak, dan kabel kabel hangit terus lesap.

Frekuensi petir meningkat beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya antara Jan - Mac. Dah 3 tahun berturut turut ada je struktur ladang yang disambar petir dan mendatangkan kerosakan. Jadi nak kena buat 'provision' untuk situasi luar jangka ni. 

Pokok sawit yang menjadi mangsa petir. Sebelah kandang asal. Nampak purbakala kandang kambing aku ye buehehehe...

Macam dilanggar meteor

Wayar wayar dalam kabel boleh lesap..

Genset 2200 watt ni baru beli lak tu adusss....

Badly damaged. Fius fius dalam plug pun habih kena 'deep fried'. Penangan si petir. Subhanallah..

Ada tak cara untuk mengatasi atau mengurangkan impak petir kepada kita?




THE DIRECTIVE

Hari ini aku berkenan pakai baju yang dihadiahkan oleh Komuniti Penternak Kambing Temerloh. Memang aku ada rasa 'klik' pasal bini aku pun orang Pahang. Dok Jengka 15. Terima kasih aku ucapkan kepada bro Zaid @ Penternak Tegar, dan geng Penternak Temerloh yang sudi menghadiahkan aku kemeja lawa nih. 


Close up bagi sapa sapa yang matanya tak berapa nak celik

Aku pakai baju ni untuk pergi meeting Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Langkap pagi tadi. 

Yep. Meeting nih. Suasana board room sebelum mesyuarat bermula.

Ok. Kita serius sikit. Bagi mana mana PPK, mesyuarat Jemaah Pengarah adalah wajib diadakan setiap bulan. Maknanya setahun 12 kali. Jika gagal diadakan dua kali berturut turut, maka Pendaftar boleh melucutkan keahlian Jemaah Pengarah dan mengadakan pemilihan baru. 

Hmm.. that's a lot of work for the administrative staff. Lots, and lots, of draining, straining, and cursing long hours in front of the computers. But then, it is necessary to keep PPK alive.

Dalam mesyuarat, dibincangkan banyak perkara. Aku tak akan masuk perkara perkara sensitif. Dan salah satu perkara yang menarik perhatian aku ialah arahan (directive) dari Pak Menteri Tani agar semua PPK dalam Malaysia berusaha menjadikan 70% aktiviti PPK berasaskan pengeluaran makanan. 

Pengeluaran....

........................

Cabaran besar. Sangat besar. 

Sebab aku tahu kebanyakan PPK aktiviti utama mereka ialah sawit, atau jual beli padi, dan serba sedikit asas tani (pemprosesan hasil pertanian). Tapi memang confirm, sawit adalah aktiviti utama. Masalahnya kita tak makan minyak sawit untuk breakfast. Atau lunch. Atau dinner.

Kita makan makanan. 

Memandangkan kebanyakan PPK memiliki tanah sawit yang boleh tahan luasnya, dan aku tak nampak para PPK akan membebaskan diri dari kebergantungan kepada komoditi sawit, maka aku nampak ternakan secara integrasi adalah salah satu cara menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran ternakan. 

Halangan utama? 

Bagaimana nak kenalpasti 'talent' atau pembiak, yang berbakat dan berdisiplin untuk jv dengan PPK? Bagaimana nak rekrut talent tersebut untuk bersetuju bekerjasama dengan PPK? Bagaimana nak lahirkan bakat bakat tersebut secara konsisten?

Berdasarkan sejarah dan program para PPK yang aku nampak sebelum ni, belum ada lagi usaha pembiakan kambing yang dilakukan secara integrasi dan berpaksikan genetik tempatan. Dan semua usaha kambing PPK sebelum ini melibatkan orang baru yang masih hijau dalam industri. Minat memang tinggi, duit pun ada tetapi tidak berpengalaman. 

Tidak memiliki ilmu pembiakan yang cukup. Mudah kena kelentong. Mudah sangat silap.

Justeru kerap melakukan perkara perkara yang meninggikan input, dan dalam masa yang sama menjunamkan output. (Kalau input tinggi, output tinggi/cemerlang - takpa lagi wehhh).

Itu satu. Dan dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan melalui PPK, aku percaya semua PPK mendapat sedikit dana daripada Wisma Tani. Sikit tak sikit, boleh tahanlah dananya. Jadi aku harap kita semua para PPK akan memilih secara bijak akan projek projek pengeluaran makanan yang 'reasonable', dan ada penglibatan para ahli yang telah ahli dalam bidangnya. Bukan ahli sebarang ahli ye...

Ok. Kemudiannya aku dengar ura ura Dana Peladang Kebangsaan akan bayar dividen 10% pada bulan 6 ni. Uiiii.. bagus bagus. Syok pula aku dengar. PPK aku pun dah ready nak transfer sebahagian FD diorang masuk ke dalam Dana Peladang Kebangsaan. Harapnya semua ok sihat walafiat. (Ni cara mudah dapatkan additional revenue hehehe - tak yah buat keje goyang kaki ja).

_________________________

Pada sebelah petang, aku menerima kedatangan pelawat. Dah lama tak cerita pasal pelawat, jadi hari ni cerita sikit. Sikit je. Takde apa pun. Pelawat ni semuanya student UPSI tahun akhir. Degree dalam Sains Pertanian. Diorang ni interview aku. 

Pretty basic interview. Pretty easy interview. (Tak tough macam Menteri Sains Oman yg datang hari tu - pehhh interview tahap ironman antman superman dia tu. Sampaikan aku rasa nak jadi macam superman juga pakai spender kat luar kihkihkih). 

Ok. Sedikit gambar.


Geng UPSI datang bawak hamper lagi. Baguih betoi hangpa ni. Terima kasihlah banyak banyak. Anak aku cukup suka hadiah biskut dalam tu. Thank you guys!!








Monday, March 30, 2015

THE CUSTOMER IS NOT ALWAYS RIGHT?

"The client is not always right" - Enzo Ferrari.
______________________________________

Masalahnya aku bukan Enzo Ferrari. Dan aku bukannya memiliki syarikat yang penuh dengan nilai sejarah atau eksotika atau eksklusiviti. Aku cuma ada kambing, yang cuma tahu makan rumput, dan 'terpinga pinga terkebil kebil tercengang cengang tertegak tegak telinga terlekat rumput di celah mulut' apabila melihat gaya gaya autokratik aku semasa mengembala mereka.

Jadi aku kurang pasti adakah kambing kambing aku memiliki nilai nilai eksotika mahu pun historikal kepada pelanggan pelanggan aku.

Ferrari boleh memilih pelanggan mereka, manakala aku..... lagi banyak pelanggan lagi bagus.

Aku dalam industri pedaging dimana 'rule of law' nya ialah menghasilkan kambing kambing pedaging yang boleh dijual pada harga 1 dinar. Yep, aku ada harga siling yang telah wujud semenjak zaman Habil. Tiada harapan untuk senario 'eksklusiviti' yang membolehkan aku untuk meletakkan harga yang lebih tinggi, atau... memilih milih pelanggan aku. 

Melainkan, aku membiak baka. Dan sangat bagus dalam hal itu.

Haaa baru boleh wujud eksklusiviti, baru boleh charge customer pada harga lebih tinggi untuk perasaan eksklusiviti tersebut. Dan baru boleh... memilih milih pelanggan. Dan baru berani  cakap ayat "the client is not always right".

Hmmm.......

Exclusivity...




Wednesday, March 25, 2015

SAMBUNG CERITA SUSU KENCING MANIS

Berkenaan kes susu kambing yang membuatkan kencing manis - sekarang ni wujud kilang kilang yang mengimport susu kambing dalam bentuk tepung, kemudian dicampurkan dengan air melalui proses proses tertentu, dan dipersembahkan kepada pelanggan sebagai susu segar. 

Ada pelanggan yang tak sedar. Mereka ingatkan susu full cream, susu UHT, dan susu segar adalah serupa dari segi kualiti dan nilai kesihatan.

It is not.

Mengikut polisi kerajaan, susu segar tidak boleh diimport. Semua label susu segar hendaklah menggunakan susu segar keluaran penternak tempatan. Dan ada pengilang yang ambil kesempatan mengekspoitasi ketidaksedaran sebilangan pengguna. 

Elok aje claim dia punya produk sebagai susu segar. Padahal dah lalu macam macam proses perkilangan dan ditambah pelbagai aditif. Termasuklah pemanis seperti sukrosa, atau pun pepejal sirap jagung. Tinggi kandungan gula. Justeru tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. 

Dan... penggunaan perisa juga mainkan peranan sebagai penyumbang kepada kandungan gula dalam susu. Aku pernah beli susu segar biasa dan susu segar berperisa (jagung, strawberi, coklat).

Huiiii manis betul susu yang berperisa ni. Ada yang melekit lekit lagi bekas gula pada tudung dan luar botol susu segar. Tak boleh tak boleh aku terus bertaubat tak nak beli atau konsumi susu berperisa lagi dah. (tapi kalau ada orang nak belanja aku tibai juga hehehe).

Apa pun kita semua pengguna dan penternak memang kena upgrade atau educate diri masing masing akan pentingnya mengenalpasti jenis jenis susu, dan proses proses penghasilannya yang berbeza.

Untuk mencari yang terbaik, dan ada nilai 'curative' atau 'restorative' - memang kena memburu. Jangan serahkan minda dan badan semudah mudahnya kepada syarikat komersial dengan iklan iklan mereka yang begitu menawan hati tetapi akhirnya tubuh kita yang merana. 

If we want the best - hunt for it!

May we get the best milk!


MACAM MANA SUSU KAMBING BOLEH BUAT KENCING MANIS?

Seorang pelawat ladang, dan aku dah lupa yang mana satu, bercerita kepada aku akan pengalaman rakannya meminum susu kambing. Katanya, bila dia mula amalkan susu kambing, dia harapkan ada kesembuhan kadar glukosa yang tinggi dalam darahnya (borderline kencing manis). Tengok lepas minum susu kambing, terus masuk zon kencing manis. Confirm diabetes.

Macam mana pula jadi lagu tu?

La ni kawan tu dah tak berani minum susu kambing.

Ini bukan berita baik. Dan aku beritahu kepada sang pelawat, kita kena pastikan punca susu kambing yang kita beli itu macam mana produksinya. Kadang kadang ada penternak dalam usahanya mengejar kuantiti produksi susu, kambing kambingnya dipam minum air molasses. Air gula merah. Dipam pam.

Bila kambing banyak minum air, susu pun banyaklah. Walau pun cair, tapi masih dikira susu. Dan sememangnya susu jadi manis. Tinggi glukosa. Dan ini bukan susu yang baik untuk sesiapa yang ada kencing manis, atau yang utamakan kesihatan.

Susu yang baik, atau natural, atau penuh manfaat kesihatan - sebenarnya adalah susu yang creamier. Yep. Yes. Ya. God damn yes yes yes... Susu yang tinggi lemak. 

Full cream. Full fat. 

Baru kita cepat kenyang. Cepat puas. Dan sistem insulin tidak terbeban untuk menghadamkan gula/glukosa. 

Realitinya pankreas kita yang kecil adalah tidak tercipta untuk merembeskan  insulin dalam kuantiti yang besar dan konsisten. Berbeza dengan hempedu kita yang sentiasa bersedia dan cukup stok enzim untuk dirembeskan bagi menghadamkan lemak lemak. 

Kita manusia direkabentuk untuk lebih sesuai menghadamkan lemak berbanding gula ringkas. Itu realitinya.

Jadi sebagai pengguna jangan mudah terpedaya dengan pelbagai iklan nak menjual produk. Termasuklah iklan iklan yang kononnya ini makanan Nabi itu minuman Nabi (padahal yang dijual adalah produk diproses atau segera). Kalau dok pening juga nak pilih mana satu - kena ingat zaman Nabi dulu macam mana. Kambing bela macam mana. Kambing makan macam mana. Itulah yang terbaik lagi penuh bermanfaat lagi menyembuhkan.

Susu yang segar. 

Full fat.

Dari kambing yang digembala.

Wallahua'lam.

The real milk.

INI MACAM BOSS!

Nampaknya boss baru @ general manager Pertubuhan Peladang Kawasan Langkap menghembuskan kesegaran kepada kepimpinannya. Dan jujurnya aku jadi 'excited' dengan karakternya. Semoga PPK Langkap bertambah baik, dan dapat menyahut cabaran Menteri Tani agar 70% aktiviti PPK seluruh negara berkisar kepada pengeluaran makanan. 

Wa respek sama lu bosssss!


Haa yang duduk atas motor pakai helmet merah tu GM baru PPK Langkap. Baru je check in PPK, dah sampai ladang aku. (Boss sebelum ni x pernah sampai padahal dah berpuluh kali jumpa hehehe). Yang boss baru ni nama dia Shah Mizan. Elok aje naik motor datang melawat ladang aku. Dan membawa idea untuk membangun bersama.

Ini macam lah bossss!!

Tuesday, March 24, 2015

BILA GENG TEMERLOH DATANG

Lama dah. Aku je yang slow nak publish. Sorry banyak banyak kepada geng Temerloh.

Orait. Pada 31hb Januari yang sudah, ada sekumpulan pelawat dari pelbagai lokasi di Malaysia dan  diketuai saudara Zaid@Penternak Tegar datang melawat ladang. Aku harap aku dapat menunjukkan kepada mereka bagaimana rupa alwigoatfarm pada 100% prestasi, malangnya yang mampu aku tunjukkan ialah alwigoatfarm pada 50% prestasi. 

Aku minta maaf banyak banyak. 

Beberapa keping gambar yang sempat aku ambil pada hari tersebut.

Memandangkan ladang aku tidak memiliki infra sesuai untuk kapasiti pelawat yang ramai, maka aku terpaksa meminjam rumah Dato' Adnan (ex KP Pelajaran Perak) di kampung berdekatan untuk dijadikan visitor's hall/ arrival hall. 

Terima kasih diucapkan kepada Dato' dan Datin kerana sudi meminjamkan rumah mereka secara ad hoc.

Yang dok pegang oblong burger tu lah Dato' Adnan, merangkap co host bersama alwigoatfarm kepada Komuniti Penternak Temerloh. 

Jumlah pelawat hari tu adalah sekitar 40 orang. Muatlah 1 bas ekspres.

Yang baju biru tu Syed Kodiang Gemuk Gemuk Agro, sebelah dia Azizul Man Jadda Wa Jadda, lepas tu Doc Zul Ladang Kambing Kita, yang hujung sekali tu Isal Keratong Agrofarm. Aman Man tak nampak dalam gambar.


Dari kiri, Tuan Yusof dari Oblong Burger, Mohd Faisal Basri dari Bagan Dato, dan Tok Ba dari Kelantan. Ada lagi geng geng penternak berhampiran yang aku panggil demi memeriahkan majlis, tapi aku lupa nak ambik gambar diorang. 


Terima kasih kepada Oblong Burger kerana bersama sama sponsor majlis makan memakan. Sedap betoi Oblong Burger ni. 90% daging. Pasal tu lah sedap kot.


Sebelum tetamu jauh datang, dan sebelum upacara makan bermula. Nampak sopan santun je..


Terlioq aku dibuatnya... tapi x dapat makan. Pasai terpaksa bercakap. Dan realitinya tuan puan aku rasa sangat kekok dan nervous bila berhadapan dengan orang ramai. Dah hampir mencapai tahap dysfunctional aku hari ni. 


Geng komuniti Penternak Temerloh dah sampai. Bukan dari area Temerloh je ni. Macam macam negeri datang. Terima kasih kerana sudi melawat alwigoatfarm! (Pada foreground gambar ialah Zaid@Penternak Tegar). 


Ada lagi yang belum sampai. Last sampai ialah rombongan Dr Fakar dari MyTernak. Aku pun tak pasti kenapa dia last sampai, padahal dia pernah sampai ladang aku sebelum ni. 

Dah sampai di alwigoatfarm. Ada taklimat sebelum naik ke kandang, dan.... si kuda Diego selalu mengganggu taklimat. Kerap.

See....


I'm not sure why the white shirted bachelor guy with a fondness for selfie keep cropping up in my pictures...




The truth is, I'm not proud of showing to visitors, my 50% performance. At this very moment, this was the worst performance in my history.


The goats were obviously under heavy stress

Ada banyak lagi yang tak bergambar ni. Tak tau mana hilang ntah..

Ok. Terima kasih kepada semua yang hadir, membantu, dan memeriahkan majlis. Terima kasih kepada Komuniti Penternak Kambing Temerloh kerana sudi melawat alwigoatfarm. Dan terima kasih juga kepada geng geng pembiak, dan semua pembaca pembaca blog yang memberi sokongan.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan ilmu daripada kunjungan ini.

Thanks again everybody!!

Into freedom!!!





RUMOR MILL IS CRANKING UP

Nampaknya semakin banyak cerita tak benar lagi tak betul berlegar legar berkenaan aku. Ada yang kata supply kambing kat aku, ada yang kata beli kambing dengan aku, ada yang kata aku partner dengan dia (berapa banyak partner aku ada wehh?), dan ada juga yang kata aku kerja bawah dia (memang suka hati betul buat cerita).

Pehh... makin sedap orang buat cerita dan ambil kesempatan menggunakan nama aku. 

Samada untuk memajukan bisnes sendiri ataupun ..... to undermine my reputation.

Sedap betoi buat cerita yee...

Tapi takpa, aku pun tahu aku tak boleh buat apa apa. Mulut orang memang tak boleh ditutup. Lainlah mulut tempayan. Atau tong silaj yang menggunakan mikroba efektif demi menghasilkan silaj super spontan atau super terkejut.

Aku dok bising bising  hangin hangin kat sini pun, bukan jadi apa. Tetap juga cerita macam macam keluar. Dan cerita cerita ini semakin tinggi darjah kefantasiannya. Aiiii...

Ok. Berkenaan partnership. Buat masa ni aku masih milikan tunggal (boleh search kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia - bayar rm10 je). Cuma baru baru ni aku memang ada partnership untuk projek yang spesifik. Case by case basis. Long term partnership? Belum lagi.

Dan aku sedar yang aku kena bergerak ke arah itu. Dengan amaun proposal yang semakin meningkat bersimpang siur setiap hari, aku takdak masa aku takdak resources untuk bangunkan semua proposal yang menarik minat.

Operasi yang ada sekarang pun dah makin tunggang langgang. Banyak masa aku dihabiskan di luar ladang. Meeting sana meeting sini. Minum kopi nun minum kopi wau minum kopi alif ba ta. Atau kalau aku di ladang pun, lebih kepada melayan pelawat. 

Aspek breeding yang sebelum ini menjadi paksi kehidupan aku, yang menelan sebahagian besar masa aku - semakin jauh semakin mengecil. Ohh!! Aku semakin jauh semakin renggang dengan kambing kambing aku..

Aku .... semakin banyak berurusan dengan manusia. Aku... bukan lagi aku yang dulu. Seronok dan tenang diam bersama kambing. Bahagia dengan keterasingan.

Dan ini menjadikan aku rasa tak selesa. Ini tak bersesuaian dengan jiwa aku. Yang autistik. Yang bermasalah untuk berkomunikasi dengan manusia. Tetapi, yang tiada masalah untuk berkomunikasi dengan diri sendiri, dan bukan manusia. 

I'm a tortured soul....


Monday, March 23, 2015

KAMBING ITU MIKROBA!!!

Terlebih dahulu, aku ucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Ayahanda Mikroba kerana memperkenalkan, dan memviralkan (atau lebih sesuai memikrobakan)  kata nama 'mikroba' ke dalam leksikon industri perkambingan negara. 

Kini setiap kali terbaca perkataan mikroba, tidak lagi terlintas dalam CPU aku akan si kerdil Saccharomyces cerivisiae mahupun si halus Staphylococcus aureus, tetapi wajah wajah Ayahanda Mikroba dalam kepelbagaian pose, dan juga koleksi koleksi pengisytiharannya yang membuatkan CPU aku overclocked seterusnya overheat.

Baru ku sedar, kehadiran Ayahanda Mikroba dalam industri perkambingan, menggegarkan industri pada skala 9.5 Richter, dan memerlukan kita semua untuk upgrade daya fikir kita kepada superkomputer, dan barangkali beberapa tahun lagi, kepada quantum computer...

Benar ini, kerana ada antara pengisytiharannya yang mencapai tahap 'bulan purnama main polis sentri di celah celah awan', malah ada yang begitu tinggi bagaikan 'twinke twinkle little star I wonder how the hell you got up there so damn high........'

Kadang kadang aku terasa CPU aku bagaikan begitu purbakala baru tercipta pada zaman Charles Babbage, jauh ketinggalan dengan kepantasan CPU Ayahanda Mikroba yang bagaikan iPhone 12S.

Itulah Ayahanda Mikroba. Yang berjaya membuatkan kita semua overclocked, overheat, dan ada yang terus 'overhang'. Jem habih. Jeng kreng. Balik awal. 

Ada yang menjadikan Ayahanda Mikroba sebagai love figure. Ada juga yang menjadikan Ayahanda Mikroba sebagai hate figure. Sememangnya Ayahanda Mikroba adalah polarising figure dalam industri.

Apa pun, aku tahu Ayahanda Mikroba adalah mahir dalam crowd psychology. Undisputed. Undeniable. He certainly knows how to plant himself deep into the mind of us. All of us. Consciously. Subconsciously. And this make him a worthy opponent. Or... a worthier... ally. 

Orait. Terima kasih sekali lagi kepada Ayahanda Mikroba kerana menjadi karakter yang sangat berwarna dalam industri. And truly an unforgettable one at that. Terima kasih Ayahanda!!!
_________________________

Habih part apresiasi. Kini masuk cerita kambing.

Bila kita beli kambing, sebenarnya kita beli mikroba. Prestasi kambing itu sebenarnya berpaksi kepada prestasi mikrob mikrob dalam perutnya yang empat. Tak kisahlah bakteria ka, virus ka, yis ka, protozoa ka - semuanya adalah mikrob.

Mikroooooobaaaaaa.... yeeehaaaa!!

Dan mikroba tersebut yang membolehkan ruminan menghadam fiber fiber yang sukar kepada tenaga seterusnya daging, susu, dan tumbesarannya. Takdak mikroba - tiada penghadaman, tiada kambing. 

Dan hendaklah kita tahu, yang mikroba sebenarnya sensitif dengan apa yang dimakan oleh perumahnya. Sangat sensitif. 

Kalau kambing tu dah biasa makan kulit nenas yang basah, bila sampai tempat kita bagi dedak yang kering - akan wujud kejatuhan prestasi yang sangat ketara. Berat badan dah tentu jatuh, libido pun jatuh, fertiliti pun jatuh. Yang confirm naik cuma stress, dan kos kita. 

Mikroba ni semuanya ambik masa untuk menghadamkan jenis jenis feed yang baharu, dan ambik masa untuk mencapai saiz koloni yang stabil. Baru dapat menghadamkan sebaiknya. Baru dapat jadi efisyen. 

Ambik masa......

Nak pendekkan masa, kena manipulasi - guna anti stress, guna vitamin, guna elektrolit, guna antibiotik, guna probiotik, guna prebiotik, bla bla bla....

Berdasarkan pengalaman aku, ambik atau beli aje kambing@mikroba yang sama sistem dengan kita. Lagi mudah, lagi pantas adaptasi, tiada loss of performance, risiko mortaliti yang sangat sangat rendah, kurang risiko penyakit - pendek cerita, sonang kojo pakcik. Haaa...

Kalau kita gembala bawah sawit, cari juga kambing@mikroba yang gembala bawah sawit. Lagi bagus kalau dia pun guna dedak/feed yang sama dengan kita. Atau betul betul serupa metodologi/SOP dengan kita. 

Boleh terus 'slot in' dengan kambing@mikroba kita. Macam main Lego. Atau Touch n Go. Something like that. Tiada kejatuhan prestasi. Sehari dua sampai kandang, dah terus mesra dengan yang lain lain. 

Benda ni penting sebenarnya untuk pembiak baru. Kita takde masa nak menyaksikan kejatuhan prestasi, kita takde masa nak bersusah payah memulihkan, kita tak cukup masa nak tunggu hasil tuaian. 

Cari yang serupa dengan sistem kita. Cari mikroba yang serupa dengan mikroba kita. Cari koloni mikroba yang serupa dengan koloni mikroba kita. 

These little guys are the key to our survival. We must know them better. We must appreciate them higher.

Yaaa!!! Sesungguhnya kambing itu mikrooobaaa!!!

Say hello to mikroba! Dan Ayahanda Mikroba!

Sunday, March 15, 2015

THE RETURN TO FORM

Finally, some very positive signs of recovery are under way.

Alwigoatfarm is returning to top form. 80%, and climbing. Fast.

Alhamdulillah.
_____________________________

Sihir ka, santau ka, black magic ka, white magic ka, purple magic ka, pink magic ka - kalau Tuhan kata A, ianya akan jadi A.

Dan barangkali, aku patut berterima kasih kepada si ahli sihir, kerana.....  apa yang beliau seronok tertunggu tunggu tidak menjadi, malah perkara terbalik berlaku. The speed of recovery is swift, and blisteringly fast. Yep, alwigoatfarm is returning to top form. In double quick time. Maybe triple, or quadruple...ly quick time.

Full steam ahead. Alhamdulillah.

Dan... yang lebih bagusnya, pintu untuk prestasi yang lebih tinggi daripada sebelum ini telah terbuka. Luas. Ternganga.

Maka benarlah, apa jua silap susah derita yang kita alami sebenarnya satu peluang untuk naik ke tingkat yang lebih tinggi.

Reentering the world of high performance.

And entering the world of even higher performance.

All praise to the Mighty Protector!

Friday, March 13, 2015

ALA COMEL COMEL..

Salah satu keseronokan membiak ialah melihat kelahiran anak anak kambing yang comel comel belaka, apatah lagi bila budak budak baru ini memenuhi kandang, dan memperlihatkan kenakalan mereka melompat sana sini. 

Kali ini tiada aksi melompat. Hanya saat... mendamaikan.

Hanya saat.. yang mendatangkan kepuasan kepada seorang pembiak.

Hanya saat.. yang dirasai oleh setiap ayah.

Melihat anak anaknya tidur dalam keamanan. Blissfully unaware of the world.

Oh ada yang baru melihat dunia! Kenapa duduk kat sini? Kenapa tak duduk dalam petak beranak? (Petak beranak dah penuh, terpaksa parking sekejap kat sini buat beberapa hari. Yang bagusnya budak budak ni pandai dan tahu kena berdiri atas tikar hijau. Kalau tidak, habis jatuh terjelepuk tersangkut). 

Lebih dekat. Adik beradik. Hitam putih. Kontrasnya..

Uh oh comelnya! Geram sungguh. Macam nak main main aje dengan telinganya tu. Membuatkan aku teringat kepada anak kecilku di rumah yang kini berumur 2 bulan. 

Oh bestnya ada baby!

Thursday, March 12, 2015

SIHIR

Kepada individu mentaliti 'low class' yang hantar tuju tuju/sihir/black magic kepada aku, ketahuilah keseronokan melihat penderitaan dan porak peranda hanyalah sementara. Kelak, harga yang dibayar ketika menghadap Rabbul Jalil pastinya tidak tertanggung.

Aku serahkan kepada Yang Maha Perkasa untuk urusan selanjutnya. Sesungguhnya Dialah sebaik baik Penolong, dan Dialah sehebat hebat Pelindung.

Surah AlFalaq (The Daybreak), terjemahannya :

1. Say, "I seek refuge in the Lord of daybreak
1. Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

2. From the evil of that which He created
2. "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

3. And from the evil of darkness when it settles
3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

4. And from the evil of the blowers in knots
4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

4. And from the evil of an envier when he envies."
4. "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

God Is The Protector..

Wednesday, March 4, 2015

STRESSED!!!

Frekuensi pelawat meningkat mendadak -------> kambing stress!
Operasi trading meningkat mendadak      -------> kambing stress!
Cuaca berubah mendadak                            -------> kambing stress!

Mendadak mentadak mentadu....               -------> aku pulak stress!

Pasalnya... prestasi alwigoatfarm masih di tahap 50%.

I realized my breeders are continously under heavy assault from various fronts. That is why I am having such difficult recovery. Under all this stresses - restoration are nearly impossible. 
_____________________________________

Semua punca stress di atas membawa satu kesan yang sangat signifikan - kekurangan zat dalam badan kambing. Sebab itu penyakit mudah datang. Silih berganti.

Dan aku melakukan kesilapan bilamana strategi aku tertumpu kepada 'symptom suppression'. Bukannya mengatasi 'underlying cause'.

Dan aku sedar, ketiga tiga punca stress di atas tidak dapat aku atasi sebenarnya, tetapi.... aku dapat mempersiapkan kambing kambing breeders untuk menghadapi perubahan tersebut. Jadi 'resistance' dan 'resilience' mereka lebih tinggi dalam menghadapi serangan stress tersebut.

Aku kena restore zat zat dalam badan kambing.

Dan langkah pertama ialah....

Aku perlukan anti stress. 

Apakah antistress yang terbaik dalam pasaran?

Tuesday, March 3, 2015

HATI HATI BELI KAMBING TUTUP KANDANG

A very quick jot here.

Kepada pembiak, atau mereka yang berhasrat membiakkan kambing jangka panjang, aku tak rekemen kambing kambing betina atau breeder dipuncakan dari kandang kandang yang ingin menutup operasi. 

Murah memang murah, tetapi pengalaman rakan rakan, dari dulu sampai sekarang - banyak yang tergolek. Kambing tergolek, kita pun buleh tergolek. Dah berderet deret bercupak cupak bergantang gantang rakan rakan yang terkena pengalaman pahit ni. Dan senarainya semakin panjang. Kita beli kambing dari operasi yang bungkus, kita pun bungkuih sekali. Baik punya bungkuih.

Lebih baik beli breeder dari pembiak yang 'berat semacam' nak jual anak anak kambingnya. Mahal sikit pun takpa. Tak rugi sebenarnya, sebab kita merendahkan risiko kematian besar besaran, seterusnya meninggikan peluang survival operasi kita. 

Jangan kelabu mata dengar harga rendah.

Polish sikit mata tu, cuci kilat kilat, baru nampak realiti jangka panjangnya - melabur pada yang masih hidup dan berkembang, bukannya melabur pada yang dah kiok, atau sibuk nak buat 'fire sale'. Ini semua gred potong, tunggu masa nak kojol, atau sesuai untuk jangka pendek. Untuk trader boleh la.

Untuk pembiak? Nope. I don't recommend.

Assalam.