Masa aku post pasal kambing trading yang kurang kualiti, semua rakan pembiak yang supply kambing kat aku sibuk bertanya adakah aku merujuk kepada kambing mereka. Semuanya. Setiap seorang daripada mereka.
Masing masing tertanya adakah kambing mereka yang aku maksudkan.
Tidak.
Kambing yang mereka biakkan dan bekalkan kepada aku tiada masalah. Semuanya sihat, berkualiti, dan tidak mendatangkan musibah penyakit kepada operasi aku.
Yang buat dunno ialah trader yang bekalkan kambing. Langsung tak peduli. Janji barang dia terjual barang dia lesap. Kualiti tak kualiti, penyakit tak penyakit - apa nak ambik kisah.
Dan disini mencerminkan betapa berbezanya mentaliti seorang pembiak berbanding importer/trader. Pembiak berusaha dan bersusah payah menghasilkan dan memberi yang terbaik. They go for the extra mile in providing quality and satisfaction. Dan aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pembiak yang ambil peduli akan kualiti produk mereka.
Sebab itu syarat sah aqiqah dan qurban ialah ALAN'AM - binatang yang ditundukkan, dijinakkan, dibiakkan. Kerana ternakan sebegini datangnya daripada pembiak yang mengutamakan kualiti. Yang berjerih payah, yang bersengkang mata, yang sabar menunggu, yang teliti demi menghasilkan yang terbaik.
Inilah yang terbaik. Yang dipandang tinggi oleh Tuhan.
Dan kerana itulah Tuhan mewajibkan semua para rasulNya akan jalan seorang pengembala. Jalan seorang pembiak. Jalan menghasilkan yang terbaik.
Jalan mempersembahkan yang terbaik...
Demi kebebasan!
Ambo pagi dan petang dah jadi rutin harian perhati kambing, segar ke tidak.Motto ambo,SEDAP DIMATA SEDAP DIHATI.
ReplyDelete