Bukannya siri letupan bom, tetapi satu kali letupan raksasa dari sebuah supervolcano.
Baik. Harga minyak dunia jatuh. OPEC kata mungkin nak kurangkan bekalan minyak demi menaikkan kembali harga minyak. Tetapi US sekarang adalah kuasa dominan dalam bekalan minyak dan gas. US sekarang adalah exporter. Bukan lagi importer macam dulu.
Bukan lagi importer raksasa. Tetapi US boleh jadi eksporter raksasa.
Dan US bukan ahli kartel OPEC.
Semuanya disebabkan teknologi fracking. Tak sampai 10 tahun, status US bertukar. Dari importer kepada exporter. Amerika tiada lagi kebergantungan kepada Pak Arab.
OPEC kurangkan bekalan minyak? US tambah aje supplynya. Bukan susah.
Anyway, teknologi fracking membawa kepada suatu kesan buruk yang utama. Banyak peningkatan gegaran atau gempa kecil pada setiap kawasan fracking. Bila bawah tanah yang dulunya penuh berisi dah jadi kosong lompong - maka gegaran pun senang jadi. Pasal dok runtuh saja kat bawah tanah.
Kita kat atas memang tak nampak. Tapi kalau dok kat dalam tanah, baru nampak magnitud keruntuhan dan kemusnahan.
Dan aku pikir, dengan penuh saspen, bila banyak gempa kecil terjadi di seluruh kawasan US, dari timur ke barat - maka siri gempa kecil ini boleh membangkitkan dari tidur sebuah supervolcano yang telah lama dorman. Yang telah lama tidur. Yang telah lama terlajak diam. Yang dah sampai masanya meletup.
Yellowstone Caldera.
Saintis baru perasan yang Taman Negara Yellowstone yang sangat luas sebenarnya adalah bekas mulut sebuah gunung berapi raksasa. Dan bila mereka kaji, rupanya supervolcano ini meletup setiap 600,000 tahun. Itu kitarannya.
Dan kali terakhir ianya meletup? Lebih kurang 600,000 tahun yang dulu.
Dah sampai masa.
Supervolcano bukan volcano biasa. Bukan macam Krakatoa. Bukan macam Pinatubo. Kalau Krakatoa dan Pinatubo bila meletup, merendahkan suhu dunia sebanyak 0.5C selama 2-3 tahun, kalau Yellowstone meletup.....
kita terus masuk Zaman Ais. Berpuluh ribu tahun. Ratusan ribu tahun.
Dari suhu global 14C, terus menjunam 8-12C. Anak anak Adam dan Hawa tidak direka untuk hidup di Bumi pada suhu sebegini. Punah langsung segala jenis tanaman dan ternakan untuk anak anak Adam. Gandum, padi, kambing, lembu, ayam itik semuanya hancur berderai lesap akibat perubahan cuaca yang sangat mendadak.
Kalau kita Neandertal takpe juga. Memang tahan cuaca sejuk. Pulak tu memang boleh makan gajah mammoth. Kita? Mana ada dah mammoth. Dan memang x boleh makan mammoth.
Anak anak Adam Hawa direka untuk makan ayam kambing lembu. Bukannya badak apalagi gajah. Betul? Cuba tengok ada tak budaya yang boleh survive dengan makan badak atau gajah? Mana ada...
Itu satu. Global cooling.
Satu hal lagi, bila Yellowstone meletup, magnitud gempanya... boleh berganjak plat tektonik. Boleh slow putaran Bumi dibuatnya. Boleh goyang Bumi dibuatnya. Boleh lari paksi Bumi.
Amerika memang hancurlah. Tenggelam dalam kemusnahan. Terus lesap ketamadunannya.
Tapi kita yang lain pun kena tempiasnya. Bukan sikit sikit tempias. Bukan takat kena pelempang. Macam kena grenade juga.
Fuhh saspen saspen. Harap aktiviti fracking tidak membangunkan Yellowstone supervolcano. Aku tak mahu masuk Zaman Ais....
No comments:
Post a Comment