"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, November 20, 2014

SEMAKIN RAMAI GEMBALA..

Masa mula mula aku masuk dalam industri, sangat kurang operasi pembiakan yang mengamalkan sistem gembala. Majoritinya sistem intensif, corak pembiakan berkurung. Yang ada access kepada kawasan meragut pun, tak nak lepaskan kambing ke bawah. Semua makan tanggung.

Input tinggi, output? ..... survivor sistem ini semuanya kena ada aktiviti terbitan, tak boleh fokus pembiakan pedaging semata mata. 

Yang tradisional pula - takat bukak pintu kandang, lepas tu lantaklah kambing nak pi mana. Takde jaga jaga. Ini memang betul betul sistem extensif. Senang punya cerita. 

Input rendah, output? ..... mengarut. Tak ke mana. 

Gembala di tengah tengah. Input rendah, output tinggi. Kambing pantas membiak.  Dan kepantasan membiak adalah kunci utama keuntungan sesebuah operasi pembiakan. Bukannya kenaikan berat badan.

Alhamdulillah, kebelakangan ini amalan gembala semakin mendapat sambutan di kalangan penternak baru. Meriah pula rasanya.

Takpelah kerajaan masih dok laung laung sistem intensif dan genetik asing, kejap teknologi itu, kejap teknologi ini (walhal dah sedar ramai yang bungkus)...

.... yang nyatanya... bagi kambing, bagi kambing pedaging, bagi pembiakan kambing pedaging - sunnah Habil sunnah para rasul Allah sebagai pengembala akan tetap terpelihara sehingga Hari Kiamat.

Long live gembala!!

3 comments:

  1. maklumat makin senang nak dapat, tekan2 je. jadi senang nak buat perbandingan cara mana lagi berbaloi. ok alwi ppkm ni apa syarat nak joint ye?

    ReplyDelete
  2. Waktu saya umur 8 tahun saya dah mula ikut ayah g gembala kambing dlm sawit, skrg selepas 25 tahun saya pulak sambung. One sweet memory.

    ReplyDelete
  3. Masa baru nak mula menternak saya tercari2 sistem yg bagus...intensif,semi intensif..x ada diceritakan pasal semi intensif gembala stail..alhamdulillah dipertemukan right person.. tq prof alwi membuka minda,berkongsi pengalaman..

    ReplyDelete