Semalam. Petang semalam aku pi melawat. Salah satu ladang kambing yang unik. Pasalnya tepi sungai utama. Di Teluk Intan.
Rumah Kama Azwan (selepas ini Wan) seberang sungai. Jadi paling mudah nak ke kandang - naik bot. Aku pi kandang dia ikut jalan raya - humak aihh jauhnya parking jauh kena jalan kaki. Terpaksa tinggal anak bini dalam kereta. Nasib baik aku ada gembala training - kalau tidak dah tercungap cungap.
Ok. Mari kita saksikan ladang kambingnya, dan tuan punya badan.
Inilah Wan. Umur 35 sekarang. Anak empat orang. Dulu kerja technician kilang kat Penang. Bila umur 27, terpaksa balik kampung jaga mak ayah yang sakit. Semenjak itu buat kerja kampung. Kerja utamanya nelayan, tukang rumah, dan ternak kambing.
Buat masa ni, semenjak Raya Haji, kerja nelayan tak boleh dibuat kerana cuaca yang sangat basah menyebabkan air sungai jadi keruh. Ikan dan udang tidak mahu membiak.
Kandang kambing yang tengah dibuat tu bukan dia punya. Kawan dia punya. Nuuuuuun jauh kat belakang sana dia punya kandang. Nak sampai pagar ni pun jauh berjalan.
Banyak monyet di sini. Baanyaakkk. Babi pun banyak. Buaya pun ada. Bukan buaya kecik, tapi buaya sebesar batang sawit. Halamak aihh...
Berjalan ke arah kandangnya. Ikut 'bund'. Takdak bund ni, memang jadi sungai kawasan ni. Luas kawasan Wan ni adalah 3.5 ekar.
the river of life.. and the cradle of every mighty civilization
Buat masa ni, Wan ada 50 ekor kambing. Dan tak perlu digembala sebab kawasan ni berpagar dan berhalangan semulajadi (natural barrier). Tiada dedak digunakan. 100% foraj.
Setulusnya, aku pikir kawasan sebegini banyak parasit, tapi... nampak ok sihat walafiat gemuk kambingnya. Darah kampung kuat dalam kawanan kambing Wan. Ya itu satu sebab.
Kandang kambing Wan. Sebenarnya Wan dah masuk tahun ke 5 bela kambing, dan baru 11 bulan berpindah ke kawasan ni. Dulu selama 4 tahun di mana Wan bela kambing belakang rumah seberang sungai - kambing tak menjadi walau pun kuat genetik kampung. Pasal.... kandang lama betul betul 'direct' tepi sungai (anak kambing selalu jatuh sungai), dan ada satu jiran yang selalu sangat meracun kawasan ragut kambing si Wan ni (sampaikan depan kandang pun diracunnya).
Ya sampai banyak kambing yang mati keracunan, yang rosak organ dalamnya, seterusnya gagal membiak. Tapi bila dah pindah seberang sini, takde pula jiran tu sibuk meracun. Dibiarkannya semak samun jadi hutan. Pehh parah parah orang macam ni..
Maka kepada rakan penternak yang tetap dengan keputusan nak buka kandang kambing dikelilingi jiran jiran - pastikan semua jenis pagar kita gunakan. Pagar fizikal, pagar chainlink, pagar cyclone, pagar kawat, pagar zink, pagar ghaib, pagar doa, pagar tawakkal. Bawak keluar semua pagar yang ada.
Siap sedia untuk berlawan dengan hasad yang pasti muncul.
Timbang elektronik. Comel semacam. Sampai berapa kilo boleh timbang ni?
Comelnya bebudak ni. Baru lahir semalam kot? Kandang kosong. Kambing semua kat luar. Ada lah dua tiga ekor yang balik awal ke kandang.
Garam biasa yang diisi ke dalam tempurung untuk jilatan kambing
Eh eh comelnya budak tu!
Ermmm comel sungguh..
"I Want To Touch A Kid Goat!"
Genetik tempatan. Meragut sendiri. Kalau digembala ke luar kawasan, dan garam jilat yang sesuai - lagi 'explosive' kambing kambing nih. Terima kasih kepada Wan kerana percaya pada genetik tempatan dan menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara. Terima kasih juga kerana melawat ladang aku dan beli kambing daripada aku.
Hmmm... ada satu lagi cerita menarik daripada Wan yang boleh dijadikan renungan khas buat penternak muda. Utamanya yang belum kahwin atau nak kahwin tak lama lagi.
Wan kahwin umur dia 27. Dia dah bercinta 5 tahun. Tahun yang dia kahwin adalah tahun pertama dia membuat keputusan menjadi anak tani. Meninggalkan sekuriti bergaji tetap sebelum ini, dan bersusah payah menjadi anak tani.
Kehidupan di bandar yang selama ini senang lagi mudah bertukar kepada ketidaktentuan dan kesusahan (dan ini adalah normal kepada mana mana first time business atau usaha tani - tetapi banyak manusia tidak faham hakikat kena susah sebelum senang - itu pasallah skim cepat kaya sentiasa ada sambutan).
Hari pertama Wan akad nikah, esoknya bini dia lari meninggalkan dia. Tak sanggup hidup susah bersama suami yang baru dinikahinya. Terang terang bini baru dia cakap "Duit adalah segala galanya".
Wan menghadapi situasi ini dalam keadaan ibubapanya sedang sakit kritikal di hospital. Wan terpaksa menelan kepahitan isteri yang baru dinikahinya mengkhianati dirinya. Dan setelah didesak bertalu talu oleh isteri dan kedua mentuanya, Wan terpaksa menceraikan isteri barunya. Seminggu setelah akad nikah.
"That's one ungrateful, materialistic... bitch" (ini apa yang hati aku cakap bila aku dengar cerita Wan ni). Dan aku sedar, sememangnya inilah harga yang kita perlu bayar, yang kita mesti sanggup bayar, yang kita mesti sedia bayar - ujian kehilangan apa yang dicintai - sebelum kejayaan boleh dikecap.
Apa pun Wan berjaya melupakan dan mengharungi episod hitam tersebut. Wan berkahwin sekali lagi pada umur 30 tahun. Kini umur baru 35, anak dah empat. Yaaaaaa.... kalah aku. Kalah kambing kampung hehehe...
Ya, sekarang elok aje Wan bahagia bersama keluarganya. Rezeki ada dimana mana.
Tahniah Wan atas kesabaran anda! Tahniah atas usaha murni anda menjadi nelayan dan penternak!
Kambing umat Islam untuk umat Islam! Kambing umat Islam untuk qurban kepada Tuhan umat Islam! Kita ikut jalan Habil, dan para anbiya' sesudahnya! Kita adalah yang terbaik!!
Sejahtera ke atas kita semua!
Kepada Wan,ambo harap banyak2 bersyukur Kepada Allah kerana di sebalik duka pada permulaannya,kini bahagia sudah datang menjelma.KESUSAHAN DIAWALNYA,AKAN MENJADI KEBAHAGIAAN DIAKHIRNYA.Dan ingatlah,TIDAK SEMUANYA MUDAH,TAPI TIDAK SEMUANYA PAYAH.Janji kita SABAR,BERFIKIR DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH.
ReplyDeleteyaa suatu renungan berguna dari Tok Ba!
DeleteSedih kisah hidup wan....tapi boleh jadi pembakar semangat disebalik kekecewaan itu...
ReplyDeletefailure is the fuel for determination... (main bantai aje tulis ni hahaha)
DeleteKambing cantik betul...
ReplyDeleteasan, takde post ka dalam blog?
DeleteSetakat ni belum berisi lagi blog. Tunggu kandang ade le
DeleteSalute.....angkat tabek pada engkau, Wan!! Memang semangat Mmbbeekkkk!!! (Es Emdi)
ReplyDeletesalute juga pada tuan es emdi!
DeleteComel Kambing beliau.. :)
ReplyDeleteYnag timbang elektronik tu saya ada pakai, boleh timbang sampai 45kg. maksimum 50kg kalau kata penjual.. haha
rege penimbang dalam rm15-rm30 kalau cari kat lelong.my
oh takde lah mahal. sesuai lah timbang anak kambing. sesuai sangat.
Deletesaya dah link blog tuan kepada blog saya.
terima kasih kerana membaca!
Alamak..boleh p lawat ni...
ReplyDelete