Ok. Biasanya aku guna Baygon atau Fumakilla HitZ untuk lipas dan semut di rumah, manakala Anirid atau Woundsarex atau Zoosarex atau segala brand yang ada bilamana ada kambing yang luka berulat (maggot wound). Spray luka berulat ni kita boleh beli kat kedai vet. Harga semuanya bermula $30 ke atas bagi setiap tin.
Tapi satu benda yang tak best ialah sprayer cap bagi semua jenama spray luka berulat ni - mudah tertanggal. Mudah sangat. Kalau jatuh kat lantai kandang takpa lagi, masalahnya selalu sangat jatuh terus ke tanah yang penuh dengan taik kambing.
Sakit hati betul dibuatnya.
Jadi aku beli Baygon/Fumakilla untuk dapatkan housing bagi sprayer cap (plastik warna merah kat atas tin Anirid). Haaa.... takdelah isu sprayer cap 'accidentally' jatuh ke tanah lagi. Takdelah aku menyumpah nyumpah sesumpah sumpah turun naik kandang dok ambik sprayer cap. Jadi lebih terpeliharalah kondisi jantung aku.
Tapikan bila aku check kandungan chemical Baygon/Fumakilla - macam sama kelas je dengan spray luka berulat ni. Ada yang cypermethrin, ada yang cypernothrin, ada yang permethrin.
Dan memang aku ada test sembur baygon pada kambing yang luka berulat. Lari keluar juga semua ulat ulat lalat dalam luka tu. Side effect? Tak dak apa pun. Elok aje kambingnya. Banyak kali juga aku test.
Heyy... Baygon/Fumakilla lebih murah banding vet spray ni. Jauh lebih murah.
Tapi aku tak rekemenlah kat tuan puan. Jangan cuba cuba. Karang kambing mati ka sakit ka, salahkan aku pula.
Apa pengalaman dan pandangan tuan puan berkenaan luka berulat ni?
Ramai rakan penternak di kampung saya suka gunakan baygon utk bunuh ulat pada luka. Dah jadi mcm satu kepercayaan. Tapi keberkesanan setakat yg saya perhatikan kurang menjadi. Tak tahulah kalau sebab spray nipis sgt.
ReplyDeleteRakan penternak saya juga ada simpan stok ivermectin. Saya sentiasa recommend utk guna ivermectin pada luka berulat. Titiskan sahaja. Dalam masa beberapa minit ulat akan mati. Hari kedua atau ketiga kawasan luka akan mula menyembuh dan kering. Cost wise tinggi sikit la. Tapi keberkesanan terbukti.
"The patient was administered a single oral dose of 12 mg of ivermectin, following which she had a dramatic relief from pain. 1% ivermectin drops prepared by dissolving the tablet in distilled water was additionally instilled four times a day in the right orbit for a week. Dead maggots were easily removed and rapid wound healing ensued. The patient was discharged with a healthy socket"
Deletekat manusia pun boleh pakai rupanya..
ivermectin memang boleh untuk manusia. memang digunakan sebagai dewormer manusia. alternatif kepada kumpulan benzimidazole.
ReplyDeleteinfo baru ni, tq alwi
Deletekalau kmbg sy.. luka berulat.. atuk sy sapu diesel kt tmpt yg berlubang.. lepas tu.. spray pakai fumakila.. last skali.. tumbuk ubat gegat..sumbat kt dlm lubang... hari2.. smpai pulih... secara teori sy pun xtaw ape kebaikan bahan2 yg digunakan. haha
ReplyDelete