"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, June 7, 2014

LAGI TERSEMBUNYI PASAL IRISH GREAT FAMINE

Penternak lembu dan kambing terselamat daripada diserang kebuluran, tetapi..
____________________

Pelik sungguh Irish Great Famine kalau kita kaji betul betul selak selak dalam dalam sikit. Ok. Kita tahu yang Irish Great Famine sebenarnya ialah Irish Potato Famine. Ketika itu sebahagian besar rakyatnya tanam dan makan kentang bergenetik asing. Dan bila cuaca berubah menjadi lebih lembap, kentang itu rosak akibat diserang kulat phytophtora infestans. 

Tetapi bagi sapa sapa yang menternak kambing dan lembu di Ireland ketika itu tidak menghadapi masalah dari segi pembiakan walaupun berlaku perubahan cuaca. Ini kerana ruminan mereka adalah ruminan tempatan. Genetik tempatan. Ada daya tahan terhadap perubahan cuaca.

Malah.... kadar pembiakan ruminan meningkat semasa tahun tahun berlangsungnya Irish Potato Famine. Rumput rumput menjadi lebih subur akibat cuaca yang semakin lembap. Ternakan menjadi semakin cepat gemuk dan membiak lebih baik. Jadi tiada isu kekurangan makanan atau kebuluran kepada para penternak ruminan.

Tetapi..

Polisi ekonomi pemerintah English ketika itu adalah sangat.... kejam lagi tamak haloba. Semua hasil ternakan kambing dan lembu dari Ireland hendaklah dihantar atau dieksport ke England. Kambing dan lembu yang terlebih lebih di Ireland ketika itu semuanya dieksport keluar dari Ireland, dan situasi kebuluran golongan peasant atau petani dibiarkan berlarutan.

Ada makanan, dan ada makanan berkualiti tinggi, dan ada makanan berkualiti tinggi yang terlebih lebih - tetapi ianya tidak diagihkan kepada rakyat tempatan ketika situasi yang paling memerlukan.

Zalim. Sangat zalim...

Memang patut sangat anak anak Ireland yang lelaki dan perempuan bangkit menentang kezaliman pemerintah English. 
____________________________

Apa yang aku nampak ialah golongan penternak ruminan lebih lebih lagi golongan pastoralis yang menggunakan genetik tempatan dalam usaha ternak mereka - memiliki daya tahan lebih tinggi terhadap perubahan cuaca. Tahap sekuriti makanan mereka adalah lebih baik daripada golongan petani. 

Seterusnya ialah sejarah telah membuktikan lagi dan lagi betapa pentingnya untuk berpaksikan genetik tempatan dalam usaha pengeluaran makanan untuk anak cucu Adam. Sejarah mengingatkan kita agar jangan sekali kali memandang rendah atau membiarkan atau meludah genetik tempatan. Kelak bencana yang menimpa.

Kita mesti melindungi darah kita. Kita mesti menghargai darah kita. Kita mesti... bangga dengan darah kita!

Salam hormat!

No comments:

Post a Comment