Itulah
kita umat manusia.
___________________________
Aku
terpikir kenapa Habil tak mahu memburu binatang liar untuk dijadikan
makanan, sebaliknya bersusah payah belajar menternak kambing. Ini
adalah misteri. Sangat misteri.
Biasanya
anak akan ikut apa yang dibuat si bapa, apalagi ketika suasana
genting manusia baru nak membiak sebaik diturunkan ke muka bumi. Apa
yang dibuat Habil adalah sangat 'revolutionary', sangat misteri.
Sangat sangat menghairankan. Completely stupefying.
Ok.
Berdasarkan sejarah manusia (bagi sesiapa yang kurang arif), didapati
aktiviti penternakan adalah aktiviti pertama manusia. Lebih kurang
11,000-12,000 tahun yang dulu. Kemudian bukti aktiviti pertanian
ditemui dalam tamadun pertama di Sumeria 10,000 tahun yang dulu.
In
that order.
Ternakan
dulu, baru bercucuk tanam. Bukannya bercucuk tanam dulu, kemudiannya
menternak. Kena ingat baik baik ni.
Maknanya
Tuhan ilhamkan kepada Habil untuk menternak kambing. Membiakkan
kambing. Dan Tuhan memudahkan proses penternakan itu dengan
menundukkan kambing. Kenapa?
Sebabnya...
salah satu...
Aktiviti
penternakan diikuti bercucuk tanam adalah asas kepada pembinaan
tamadun. Ye tamadun dibina oleh mereka yang menetap di sesuatu
tempat. Bermula dengan penempatan kecil yang berkembang menjadi
perkampungan kemudiannya pekan dan kemudiannya bandar. Dan penempatan
hanya muncul apabila wujud penternak dan petani.
Para
hominid sebelum kita seperti Cro Magnon dan Neanderthal adalah
'hunter gatherer'. Mereka memburu binatang liar sebagai makanan.
Kehidupan mereka adalah nomad. Mereka sentiasa bergerak mengikut
pergerakan binatang buruan mereka. Dalam keadaan ini tahap penempatan
terbesar yang mampu dicapai hanyalah perkampungan.
Tetapi
kita berbeza. Kita adalah manusia. Kita adalah anak cucu Adam dan
Hawa. Kita bukan berasal dari Bumi. Kita berasal dari luar Bumi.
Tuhan
mahu kita, manusia, menternak dan bercucuk tanam agar kita dapat bina
tamadun. Agar suatu hari nanti ketamadunan kita dapat bergerak ke
luar Bumi. Atau sekurang kurangnya menghasilkan instrumen yang dapat
memerhati dan mengkaji apa yang ada di luar Bumi.
Agar
kita dapat memburu tanda tanda kebesaran Tuhan.
Agar
kita dapat memburu tempat asal kita.
Syurga.
Tuhan
mahu kita cari dimana Dia dan dari mana asal kita. Kita tak akan
jumpa zatNya tapi pemburuan kita, kembara kita, yang didorong rasa
ingin tahu yang meluap luap akan asal usul diri kita - pastinya, akan
berjumpa sekian banyak tanda tanda kebesaranNya DAN kebenaran
KalamNya.
Dan
ini semua bermula bilamana Tuhan ilhamkan Habil untuk membiakkan
kambing. Menternak. Mengembala. Jalan Habil adalah batu asas untuk
keturunan Adam dan Hawa mencari jalan pulang. Asal kita.
Tuhan
tak ilhamkan Habil untuk memburu binatang liar. Tidak tidak tidak.
Sekarang aku nampak betapa pentingnya usaha berternak dan bertani
bagi umat manusia. Sumber makanan kita adalah binatang yang diternak
dan tumbuhan yang dicucuk ditanam.
Kita
adalah penternak. Kita adalah petani. Kita mesti menternak. Kita
mesti bertani. Kita adalah umat penternak kita adalah umat petani.
Barulah
kita dapat membina tamadun. Itulah... yang membezakan kita dengan
makhluk makhluk penghuni bumi sebelum ini.
Kita
bukan Neanderthal. Kita bukan Cro Magnon. Kita bukan asal mawas.
Kita bukan hunter gatherer. Kita bukan makan binatang liar. Kita
bukan makan kambing liar. Kita bukan makan lembu liar.
Tetapi
kita menternak dan bertani. Kita makan kambing dan lembu yang
diternak. Kita makan gandum beras jagung yang ditanam. Itulah kita.
Itulah manusia. Itulah keturunan Adam dan Hawa.
Umat
penternak. Umat petani.
Selamat
berfikir!
Kena baca sekali lagi lepas sahur!! Selamat berpuasa,Bro!! (Es Emdi)
ReplyDeletethanks for reading!
DeleteYang makan daging liar..kambing liar tu..geng feral aussie.
ReplyDeletekambing feral.... orang aussie sendiri pun tak nak makan. Susah payah bela boer.
Deletepelik..