"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, June 11, 2014

GELAGAT PEMBELI

Minggu sudah. Dalam masa dua hari. Patutnya buat post minggu lepas tapi tak sempat. Dan kepada pelanggan yang tak diceritakan, harap maaf dan .... harap jangan baca blog ni. 

Cuti sekolah memang banyak customer. Itulah trendnya. Banyak majlis, banyaklah kambing jadi lauk. 

Baik. Antara pelanggan.


Shipment kambing tiga ekor kepada Tuan Azam di Cheras. Aku pass kepada rakan pembiak. Begitu juga lembu seekor. Tapi daging lembu takde dalam shipment ni. 


Kambing untuk barbeku seekor, untuk masak berkuah dua ekor. Terima kasih Tuan Azam!


 Tuan Khairul dan keluarga dari Sungkai.


Selamat masuk dalam but kereta. TQ Tuan Khairul!


Wak Ngatimin dari kampung berdekatan. Guna motor dan trailer kawannya. Dua ekor. 


Masukkan dalam guni yang diikat. Kambing jadi stabil. Tak boleh nak lari. Kalau lari juga, lari dalam guni. Senang nak tangkap. Terima kasih Wak!


Tuan Mat Noor dan kawannya Tuan Shafie dari Sungkai.


Red Fellow menyibuk. TQ Tuan Mat Noor!


Halip anak Wak Rokib dan abang ipar dari Besout. 


Tiga ekor. Sumbat aje belakang four wheel


Red Fellow bergambar bersama. Terima kasih ahli keluarga Wak Rokib!

Kepada para pelanggan yang tak dapat di'feature' atas pelbagai sebab ( biasanya aku takde masa urusan jual beli, atau kamera tertinggal), aku mohon maaf banyak banyak. Jangan marah jangan terasa. 

Terima kasih semua!









No comments:

Post a Comment