Barangkali
musuh itu sebenarnya kawan.
______________________________________
Aku
nak majukan hipotesis aku yang kontroversi. Bakal mengundang
ketidakselesaan, dan ketidakpercayaan kepada pihak pihak tertentu
dalam industri.
Dewormer
atau ubat nyahcacing yang digunakan secara intensif akan melambatkan
kadar pembiakan kambing, dan memendekkan tempoh produktif kambing
betina.
Ooopss..
aku tahu ramai penternak dan penyelidik yang sangat sangsi dengan
kenyataan kontroversi aku ni. Terbalik sungguh dengan kepercayaan
selama ini.
Baik.
Apa yang aku perhatikan selama ini, sebenarnya dewormer adalah alat
bantu produktiviti yang sangat berguna dari sudut kenaikan berat
badan dan pengeluaran susu. Bunuh cacing, atau uruskan populasi
cacing dalam badan kambing ke tahap minimum, dan penternak akan
dianugerahkan dengan kenaikan pantas berat badan dan pengeluaran susu
yang maksimum, kerana.... tiada lagi cacing cacing yang senang senang
mencuri zat zat yang penat penat diproses oleh perumah.
Dewormer
juga nampaknya sangat bagus dalam bab mengurangkan mortaliti kambing
dengan drastik.
Jangka
pendeklah.....
Aku
juga perhatikan suatu situasi aneh dimana bilamana aku mula buat
selective deworming, dimana penggunaan dewormer kurang intensif -
kadar pembiakan kambing meningkat. Jangka panjang. (From kid rate
1.3-1.6 per year INTO a consistent 2.2-2.3) Dan... betina betina
tua yang sepatutnya dipencenkan kerana risau kurang produktif
sebenarnya masih mampu menghasilkan anak anak yang sihat. They keep
on producing... for longer period.
Cacing
adalah musuh?
Nope.
Aku tak fikir sebegitu. Malahan bagi sebuah operasi PEMBIAKAN
PEDAGING (repeat : PEMBIAKAN PEDAGING, repeat : PEMBIAKAN PEDAGING)
yang mahu BERTAHAN LAMA - cacing boleh dijadikan alat bantu penambah
prestasi.
Cacing
ye, bukannya ubat nyahcacing.
We
can turn them from a great enemy into a great friend.
Anehkan?
Tapi kalau kita perhatikan alam semulajadi, sebarang kewujudan
ancaman kepada survival sesuatu organisma - akan menjadikan organisma
itu lebih efisien lebih cekap lebih pantas berkembang biak. Survival
mode. Fast breeding mode.
Manusia
pun sama. Populasi akan berkembang sangat laju ketika perang atau
selepas perang. Perang dimana ramai yang terbunuh adalah suatu
ancaman kepada survival sesuatu bangsa. Dan semua bangsa yang melalui
fasa peperangan semuanya pantas membiak.
Aku
pikir kambing juga sebegitu. Bila wujud cacing, dalam kuantiti yang
sederhana atau tinggi, akan mengaktifkan 'fast production genes'
dalam badan kambing. Species survival instinct kicks in, and breeding
readiness goes into overdrive mode.
Kewujudan
cacing dalam badan telah terbukti merangsang dan meningkatkan sistem
imun badan, dan kali ini aku pergi selangkah lagi ke depan. Cacing
sebenarnya membantu meningkatkan dan memelihara fertiliti jangka
panjang, dan sangat membantu dalam kadar pembiakan.
Makanya
aku rekemen dewormer hanya digunakan bila perlu - hanya kepada
kambing yang menunjukkan simptom beban cacing yang tinggi. Tak perlu
guna dewormer terutamanya kepada kambing dewasa, apalagi yang telah
bertahun tahun biasa meragut dalam mukabumi (terrain) yang sama,
kerana mereka telah pun memiliki daya rintang dan daya juang yang
tinggi terhadap kehadiran cacing cacing tempatan.
Yeah
cacing adalah kawan bukannya lawan.
Dan
kadang kadang kawan memang makan kawan, tapi itu normal. Sikit pun
kes macam kes tu. Anggap sahaja sebagai sebahagian proses semulajadi.
Boleh jadi 'decoy' - geng cacing akan pikir dia sedang mendominasi.
Jadi takdelah diorang pulak masuk breeding overdrive mode.
Apa
pun, apa yang aku cerita ni hanya tertakluk kepada operasi pembiakan
kambing pedaging jangka panjang. Sapa sapa yang buat susu dimana
keperluan pengeluaran susu mahu dimaksimumkan, atau sapa sapa yang
cuma nak buat operasi pembiakan pedaging short term - peduli apa
cacing nak dibuat kawan pula.
Ini
hanya buah fikiran aku yang terbuka untuk direnungkan atau
dibincangkan oleh para pembiak pedaging berpengalaman. Jenis yang nak
jadikan usaha biak mereka 'sustainable'. Jenis yang fikir jangka
panjang jauh ke depan.
Restrategise.
Turn
the annoying enemy into a powerful ally.
Salam
pembiak!!
Memang controversial,Bro.....but plausible!! Tunggu respond geng UM dan otai-otai pengembala kambing (baka tempatan).
ReplyDeleteHahaha.. ni mau kena maki ni kalo geng2 pengamal tegar ubat cacing baca.
ReplyDeleteBila dilihat pada kambing feral di Australia, macam mana dia boleh berkembang biak dengan laju, sehingga dilabel sebagai perosak pertanian, sedangkan tiada supplementation, tiada ubat-ubatan, tiada teknologi, makan sana sini, tiada kandang, tidur merata2?
Survival. Bila ada yang survive, maka 1 keturunan yang lebih kuat akan lahir. Dari semasa ke semasa, ada improvement, dari segi behaviour, genetic, dan sebagainya.
Apabila survive daripada cacing, maka akan lahir 1 keturunan yang kuat melawan cacing, produktiviti juga akan meningkat untuk menggantikan kehilangan, kekalahan semasa "peperangan" dengan cacing.
Hahaha... dh start komen balik di blog prof..
Saya sangat dengan kapten don. Ada induk cross yang survive cacing di ladang saya. Dapat anak betina awal jan 2013. Anaknya kini dah bunting..nak beranak anytime..anak ini tak pernah deworm sejak dari kecil..tak pernah demam..taknpernah cucuk antibiotic..tak pernah kena puru..she's the perfect goat..
DeleteHeheheheee! betul jugok apo yang ambo buat.Tok pernah cocok ubat 3serangkai kee dan entah apo2 lagi, tapi sihat2 je.Kiro oganik la ni kambing ambo.
ReplyDelete