PELAWAT DAN PELANGGAN KAMBING HARI SABTU DAN AHAD YANG SUDAH
Terima
kasih kepada Tuan S dari Langkap yang berkunjung ke ladang. Pelawat
kerap juga. Dulu ternak lembu kat selatan tanah air, buat style aku -
isolation mode, tapi anak anak semua dok bising suruh pindah balik
pekan. Jadi terpaksa surrender operasi lembu. Kini lepaskan rindu
kepada ternakan dengan tengok kambing aku.
Bukan
pembaca blog.
_________________________
Terima
kasih kepada Tuan N dari Bidor yang beli kambing. First time buyer.
Dan terima kasih sekali lagi kerana order lagi untuk minggu depan.
Tuan N ada potential untuk jadi sales channel, bukan lagi tahap
repeat customer. Tak naik kandang pun tengok kambing. Tengok dari
jauh aje kambing yang melompat lompat kat tanah. Ini macam punya
customer banyak senang. Tak cerewet langsung.
Bukan
pembaca blog.
__________________________
Terima
kasih kepada Tuan Mat dari Petronas. Kawan lama. Kerja kat Kelantan,
tapi keluarga bersauh di Ipoh. Peminat hardcore kuda, dan kambing.
Tak silap aku, Tuan Mat adalah pelanggan pertama kambing aku. 9 tahun
yang dulu. Dia beli jantan sekilo $15.
Tak
lama lagi nak pencen. Mungkin ada hasrat nak menternak kambing. Tanah
luas dah ada.
Aku
minta maaf atas ketiadaan di ladang. Tengah hadir majlis kenduri
kahwin sepupu di Bidor.
Probably
bukan pembaca tetap blog. Aku suruh dia baca (promo!) tapi tak
tahulah dia baca ke idak.
__________________________
Terima
kasih kepada Tuan Nordin dan isteri dan anak perempuan yang melawat
sebelah petang. Dari Hutan Melintang. Kedua duanya cikgu. Dah dua
tahun bela kambing. Part time. Kambing dalam 50 ekor. Sendiri jaga.
Pagi mengajar, petang bagi makan kambing.
Mmmm....
jarang sangat dengar cerita cikgu bela sendiri kambing. Anak murid
bela kambing - ye - selalulah dengar cerita.
Pembaca
blog. (May I have your phone no, again? Kelam kabut lah tak tahu mana
satu nombor. Ada dua tiga lagi orang area hutan melintang dok sms.
Nanti nak melawat tuan punya ladang, bersekali dengan ladang
berhampiran).
__________________________
Terima
kasih kepada Tuan Azam dan isteri dari Cheras. Kerja kat.... oil
platform kot. Tak ingatlah. Sori. Anyway pernah bela kambing dari
2006 hingga 2010. Jamna. Piau. Pejantan $5,000. Direct from
Indonesia.
Terpaksa
stop bila pindah kerja dan isu milikan tanah. Dan aku bersetuju
dengan pandangan dia yang jamna piau piau ni perlukan high input
husbandry. Pasaran kena target baka dan susu. Tak boleh pedaging.
Pernah
tanam cili fertigasi atas rumah teres dua tingkat. Wahhhh... dasat
dasat memang minat tinggi dalam pertanian. Dan cili cara fertigasi
sebenarnya adalah high input menurut pandangan Tuan Azam, dan aku
juga bersetuju.
Dan
terima kasih atas hadiah cheese powder. (Isteri Tuan Azam adalah ejen
pembekal tepung keju - yang style KFC tu - sos cheezy wedges. Sedap
wehh!).
Pembaca
blog.
__________________________
Terima
kasih kepada Tuan S dari kampung berdekatan yang order kambing untuk
minggu depan. Repeat customer.
Bukan
pembaca blog.
__________________________
2
pembaca blog. 4 bukan pembaca. Ini profil pelawat yang datang sabtu
dan ahad sudah.
Menurut
sebuah kajian tempatan berkenaan penggunaan media sosial dalam
pemasaran, di Malaysia secara purata media sosial menyumbang kepada
25% pelanggan.
Hmmm...
aku belum bangunkan customer profile untuk operasi aku. Macam menarik
aje kalau dikaji ni.
Aku
fikir bagi industri kambing buat masa ini, mungkin potensi media sosial lebih kot daripada 25%?
Hari
hari aku dapat sms dan call - majoriti pembaca blog, dan penternak
baru, atau bakal penternak. Mungkin penternak dan bakal penternak
generasi muda yang banyak bergantung kepada media sosial.
Dari
segi jualan retail (kambing jantan sembelihan) - semuanya local user.
50km radius. Ada juga yang 200km jauhnya tapi itu pengecualian. Jadi
situasi pasaran aku sekarang - kambing jantan untuk local
consumption, kambing betina yang memenuhi piawaian breeder protocol -
merentas negeri.
Dan
aku tiada kontrak bekalkan kambing kepada JPV walau pun aku Penternak
Negeri. Semuanya independent sales channel. Dan aku tahu banyak
penternak 'besar besar' akan tertonggeng kalau JPV tak support.
Aku
pikir hanya seorang pengembala adalah benar benar bebas.
Truly
independent.
Truly
master of their own.
Salam!
*Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/01/mao-zedong-punya-offer.html
*Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/01/mao-zedong-punya-offer.html
Saya nak gi melawat boleh?serius ni.
ReplyDelete