Tanduk
Israfil. Penghujung semakin hampir.
Peringatan
: Bacaan yang akan meyebabkan rasa tidak selesa kepada mereka yang
konservatif.
Segala
kebesaran kepada Tuhan, Pemilik alam semesta dan enam lagi
lapisannya, dan Pemilik multisemesta dan setiap lapisan mereka.
Hipotesis.
Apa
yang Junjungan kita ceritakan dalam pengembaraan Mikrajnya....
walaupun nampak sangat aneh dan tak masuk akal manusia.....
sebenarnya tiada konflik dengan sains terkini. Bila ilmu sains
semakin dalam diterokai terutamanya ilmu kosmos, fizik, quantum dan
sebagainya - apa yang Nabi ceritakan adalah possible.
Ok.
Sedikit intro sebelum pergi lebih dalam. 10 malaikat yang wajib
diketahui sebenarnya adalah ketua. Kepala divisyen. Masing masing
memiliki ketumbukan tentera di bawah perintah sendiri. Izrail sang
pencabut roh adalah ketua kepada divisyen tentera malaikat pencabut
roh. Begitu juga Ridhwan, penjaga syurga memerintah para malaikat
penjaga syurga syurga. And so on... termasuk Israfil sang peniup
sangkakala juga ada tentera tentera yang akan meniup sangkakala.
Dan
Jibril adalah supreme commander kepada semua jemaah malaikat. Chief
to the chief. Memiliki kekuatan luarbiasa sehingga mampu memanipulasi
jirim gelap dan tenaga gelap untuk menjadikan Nabi kita galactic
traveller yang terhebat dalam sejarah. Yeah, dalam Mikraj rupa
rupanya Nabi kita zig zag ke seluruh penjuru alam semesta pada
kelajuan jutaan warp speed dan kembara ini memerlukan amaun tenaga
yang sangat besar dan tidak boleh dibekalkan oleh lapisan pertama
alam semesta (alam yang kita duduk sekarang dimana cuma 4% sahaja
kandungan keseluruhan alam semesta)... melainkan ada bekalan tambahan
tenaga dari enam lagi lapisan alam semesta (jirim gelap dan tenaga
gelap yang merupakan 96% alam semesta, dan 96% ini adalah alam ghaib
yang para jin dan manusia tidak akan mampu menembusi).
Now,
saiz Jibril yang sebesar planet Jupiter adalah hadis yang kuat lagi
sahih. Dan saiz Jibril yang sebegini besar membolehkan manipulasi
jirim gelap dan tenaga gelap dilakukan untuk menjayakan sebahagian
misi Mikraj - membawa jasad Nabi pergi balik ke Sidratul Muntaha
dengan selamat.
Saiz
Israfil malaikat peniup sangkakala pula agak sukar ditentukan
kesahihannya. Tak berapa kuat sanadnya. Tetapi berdasarkan apa yang
ada, dapat dianggarkan saiz Israfil adalah lebih besar daripada
matahari. Kategori 'red dwarf'. Matahari kita ialah kelas 'yellow
dwarf'. Red dwarf ni dalam lingkungan 3-4 kali ganda lebih besar
daripada bintang kelas yellow dwarf.
Manakala
malaikat penanggung Arasy, saiznya berdasarkan keterangan hadis -
hyper giant. Tidak sepatutnya wujud, tidak mampu wujud dalam alam
semesta kita kerana hukum fizik alam semesta kita tidak memungkinkan
kewujudan saiz hyper sebegitu. Segala teori kuantum dan fizik yang
ada menyatakan, kalaulah boleh wujud pun, jangka hayatnya terlalu
pendek dan matinya..... kurang 'bergaya'. Haaa tetapi lapan malaikat
penanggung Arasy ni bukanlah duduk dalam alam semesta kita. Mereka
diam di sebuah alam semesta yang lain. Jadi mereka tidak tertakluk
kepada undang undang alam semesta kita.
Now,
saiz Israfil yang sebesar 'red dwarf' walau pun kita boleh kata
nampak tak mengkagumkan berbanding bintang bintang gergasi yang ada
dalam alam semesta kita, tetapi implikasinya adalah sangat besar.
Bintang
bintang red dwarf adalah bintang tua. Lebih tepat lagi, sangat
matang. Umur alam semesta kita ialah 13.8 billion tahun. Dan saiz red
dwarf, atau apa apa makhluk yang bersaiz red dwarf - menunjukkan
mereka lahir serentak dengan Big Bang, dan mereka adalah penghuni
terawal alam semesta, DAN mereka sekarang dalam peringkat matang,
DAN mereka menunggu masa untuk mati ..... spectacularly. Absolutely
spectacular.
Mana
mana bintang, atau makhluk yang lebih kecil daripada red dwarf,
menunjukkan mereka adalah remaja atau 'kids' dari segi umur alam
semesta, dan tidak memiliki kekuatan yang cukup untuk mati dengan
hebat. Manakala mana mana bintang , atau makhluk, yang bersaiz lebih
besar daripada red dwarf, sebenarnya adalah muda juga, dan memiliki
jangka hayat sangat pendek dari perspektif alam semesta, dan akan
mati meletup tidak sehebat red dwarf.
Hanya
red dwarf, atau makhluk bersaiz red dwarf, akan mati...... dengan
tenaga letupan..... yang paling besar dalam alam semesta setakat ini.
Hanya
red dwarf, atau makhluk bersaiz red dwarf, bila mati .... akan mampu
menjadi..... supermassive black hole.
Dan
supermassive black hole - ada dua jenis.
Sang
Penelan. Singularity. Possible entrance into another universe.
Sebagaimana Sidratul Muntaha.
Dan
Sang Pemuntah. Quasar. Pemberi isyarat paling paling terang dan
paling paling bertenaga ke alam semesta. Jantung galaksi. Dan
isyaratnya (pelbagai sinar, radiasi, dan gelombang tenaga tinggi)
boleh dikesan walau nun jauh di ceruk alam semesta.
Now,
dalam Kalamullah peristiwa sangkakala yang menandakan Kiamat bermula
dirujuk sebagai 'The Blast' atau pun Letupan. Fortunately, Nabi Besar
kita beri maklumat tambahan, yakni sangkakala itu ialah 'The Horn'
atau... Tanduk.
Semasa
zaman Nabi, tanduk digunakan sebagai pemberi isyarat. Dari jauh lagi
dah boleh dengar bunyi amaran. Tak perlu tunggu manusia pembawa
khabar. MAKNANYA - peristiwa sangkakala ditiup, adalah peristiwa
ISYARAT. Sign. Amaran.
Dari
jauh di hujung alam semesta, semua makhluk dalam segenap pelosok alam
semesta dan enam lagi lapisannya akan nampak atau akan dengar
peristiwa sangkakala ini. Pasti dan pasti.
Ok.
Cerita sedikit pasal quasar. Sebuah fenomena kosmos yang sangat
berkuasa. Quasar biasanya sebuah supermassive black hole di tengah
tengah galaksi. Dia memiliki tarikan graviti yang sangat kuat, mampu
menelan semua jenis objek kosmos, tetapi dalam masa yang sama
memuntahkan sebahagian apa yang ditelannya. Kuasa muntahannya adalah
sangat sangat ekstrem. Kita boleh bayangkan kuasa muntahannya seperti
berikut. Seorang pemain bola di Bumi menendang sebiji bola di sebuah
padang. Masalahnya bola itu tak berhenti henti, terus ke langit,
melepasi tarikan graviti bumi, melepasi planet Marikh, melepasi
planetoid Pluto, melepasi Kuiper Belt.... dan masih bergerak..
Apa
sahaja yang dimuntahkannya akan bergerak pada halaju hampir dengan
laju cahaya, memiliki momentum super raksasa, dan memusnahkan apa
sahaja yang melintas di hadapannya. Termasuk bintang bintang malah
galaksi berhampiran.
Dan
proses muntahan ini melampiaskan pelbagai isyarat bertenaga tinggi.
Yang boleh dikesan hatta di penghujung alam semesta.
Sekarang
kita pergi kepada tahun 2013. Februari - sepasukan saintis telah
menemui kewujudan Large Quasar Group (LQG), sebuah super struktur
alam semesta. Saintis telah mengetahui yang quasar quasar sering
terdapat berhampiran, membentuk sebuah kumpulan quasar. Masalahnya
LQG adalah terlalu besar, tidak sepatutnya wujud, dan buatkan para
saintis bingung kerana Prinsip Keseragaman Alam Semesta telah....
luput.
Dan
apa yang lebih 'mind boggling' ialah pada November 2013 - para
saintis menemui sebuah lagi super struktur alam semesta yang jauh
lebih gergasi dari LQG. Hercules Boriana Great Wall.
Semua
kosmologis dalam Bumi sekarang tengah tergaru garu kepala sangat
bingung memikirkan kewujudan dua super struktur alam semesta yang
sepatutnya tidak wujud ini.
Now,
aku yakin para saintis akan terus menjumpai quasar superstructure
demi quasar superstructure yang lebih besar dan lebih besar. Dan
hipotesis aku ialah Israfil dan tentera tentera malaikat peniup
sangkakala di bawah arahannya akan diam antara salah satu atau semua
superstruktur ini.
Dan
hipotesis aku lagi ialah, Israfil dan para tenteranya akan menjana
letupan gergasi demi letupan gergasi berderet deret yang jauh lebih
berkuasa jauh lebih dahsyat daripada para quasar sedia ada sekarang.
Ini kerana isyarat Sangkakala bukan sahaja akan nampak pada lapisan
pertama alam semesta yang kita duduk sekarang, tetapi akan bergerak
menembusi enam lagi lapisan alam semesta, dimana semua penghuni
lapisan tersebut akan nampak dengan jelas sebagaimana jelasnya kita
nampak peristiwa letupan tersebut.
Letupan
yang akan dijana oleh Israfil tidak pernah wujud dalam sejarah alam
semesta, dan ianya akan menjadi yang terkuat di mana isyaratnya akan
bergerak ke semua penjuru, sampai kepada semua galaksi galaksi,
bintang bintang, dan planet planet dalam tujuh lapis alam semesta.
Kita
akan nampak. Kita akan dengar. Pasti dan pasti. Kita akan tahu ianya
Sangkakala.
Dan
menurut ulama, Sangkakala akan ditiup tiga kali. Yang pertama, pra
Kiamat (huru hara dalam planet dan sekitar planet - kerja malaikat).
Kedua Kiamat bermula (space-time semua tujuh lapis alam semesta akan
dilipat lipat, semua galaksi bintang dan planet akan dikeronyokkan -
kerja Tuhan, dan semua malaikat, setelah membunuh semua penghuni
planet planet, menantikan pula saat saat kematian mereka sendiri).
Dan ketiga, ketika semua kehidupan dibangkitkan kembali untuk
menghadapi Hari Penghakiman. Judgement Day.
..........
Aku
excited dengan kemampuan manusia sekarang dalam observasi alam
semesta. Sains kosmos, dan pemahaman kita tentang alam semesta
semakin maju. Tetapi dalam masa yang sama aku juga takut. Kerana apa
yang diberitakan dalam Kalamullah semakin jelas.. dan semakin jelas.
Apa
yang ada dalam Kalamullah adalah selari dengan penemuan terkini
sains. Termasuklah kedudukan kita dalam lapisan pertama alam semesta,
dan ... reluctantly.... sangkakala. The End is near. More visible.
Well,
ini semua adalah hipotesis aku semata mata. Sesungguhnya Allah Tuhan
Sekalian Alam lebih Mengetahui.
Salam
hormat!
No comments:
Post a Comment