"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, January 2, 2014

KASINO KAMBING

Peringatan : Bacaan yang akan menyinggung dan menyirap bandung + laici kang hati sesetengah pihak.

Idea hotel kambing dimana pelabur cuma beli dan parking kambing, kemudian bayar maintanance bulan bulan kepada usahawan ternak kambing adalah .... baik kepada 'armchair breeder', atau 'hobbyist'. Jangan harap ada pulangan kepada pelaburan. Pelaburan makin susut lagi ada.

Banyak kali dah aku dengar cerita seram demi cerita seram mencucuk cucuk tulang daripada para pelabur yang kerugian. Belum lagi aku dengar cerita manis. (Tapi takkan takde kot ye? Adalah kot, cuma payah nak cari, agaknya 1 dalam 1,000, ke 1 dalam sejuta?).

Kalau pelabur sign kontrak jangka pendek dengan tuan punya kandang, takpe lagi. Setakat dua tiga bulan sementara menunggu kandang sendiri siap. Itu rugi sikitlah. Tapi kalau sign kontrak jangka panjang, atau parking kambing lama lama - memang lesap duit. Macam kasino.

Hotel kambing? Poda chiitt!! Kasino kambing istilah yang betulnya. Ternganga luas seluas luasnya tak sabar sabar telan duit kita..

Yang aku perhatikan, idea hotel kambing ni diuar uarkan oleh 'low skilled breeder', atau penternak yang dah 'overinvestment'. Bila operasi biak tak mendatangkan hasil, atau tak boleh nak cover overinvestment, kepala ligatlah cari jalan nak survive. Itu yang keluar idea animal hotel, atau hotel kambing.

Dan biasanya, yang sibuk promote hotel kambing ni, penternak (mostly importer) yang kandangnya besar, famous walau pun masih baru (sebab banyak buat iklan), tetapi gagal dari segi pembiakan.

Yeap, itulah pesen nya.

Kalau kita tengok pembiak berpengalaman, atau highly skilled breeder, mana ada yang buat idea hotel kambing ni. Mengarut ajelah idea hotel kambing bagi diorang ni. Takde nya nak trade in authority dan independence kepada orang luar. Buat apa buang masa nak menjawab dengan para pelabur.

Baik buat sendiri. Semua untung dapat. Freedom pun ye.

Aku sendiri dah beberapa kali kena approach dengan beberapa pihak yang berminat nak melabur kambing kat ladang aku. Diorang nak melabur, atau nak pawah kambing dengan aku. Kiranya kandang aku sediakan, dan aku jaga, dan kos operasi kambing yang diparking tu ditanggung pelabur, atau pun kalau jenis pawah - anak bahagi bahagi.

Adakah aku berminat dengan idea hotel kambing?

HELLLLL NOOOO!!!

Aku nak kebebasan mutlak, dan semua keuntungan. Untung wehhhh.... sapa cakap rugi biakkan kambing? Yang tak reti ajo cakap rugi besar biak kambing.

Tapi kalau ada para pelabur yang nak kongsi kos bina kandang, atau boleh sediakan flexible financing for barn construction....

HELLLL YEAHHHH!!!

Bagi seorang pembiak berpengalaman, aku tahu dia nak full authority dengan kambing kambing yang jadi aset penjana wang. Yang buat dia 'stuck' atau termenung ialah kos kandang yang 'prohibitive'.

Haa kat situ yang problemnya.

Bagi aku, idea animal hotel sesuai untuk peminat peminat kambing sahaja, yang bersedia habiskan duit tanpa mengharap sebarang pulangan. Tapi bagi pelabur pelabur yang nakkan pulangan pelaburan...

Get our sexy beautiful plump heavy ass off the couch, and be our own master...

Jangan main roulette... atau blackjack.... atau poker.... atau mesin kuda....


Salam!!

4 comments:

  1. Kenapa menyirap bandung nii rasa masam-pahit,Bro???

    ReplyDelete
  2. baik kita buat chalet kambing ,sapa2 nak rasa bauan kambing silala nginap,malam bbq kambing atau apa2 yang berkenaan kambing .Kalau Prof buat Chalet tentu penuh org nginap

    ReplyDelete
  3. Knp rugi lak prof alwi? Yg Rugi ni sbenarnye penyedia animal htel tu ke atau yg dtg mnginap kan ternakan di animal hotel tu? Kalo nginap utk jngka mase pndek pn rugi gak ke prof?

    ReplyDelete
  4. konsep animal hotel (datang duduk sekejap) bagi aku takde salahnya. seperti kata prof, untuk yang minat kepada binatang (untung bukan tujuan sebenar) atau nak 'parking' ternakan sementara nak siap kandang.

    Tetapi ramai 'salah guna' konsep tersebut. konon kalau sesaorang takde pengalaman dalam menternak, maka serahkan saja ternakan kepada orang lain untuk dijaga (aka 'kasino hotel'). Nampak memang macam 'iklas' tetapi konsep/idea tu sebenarnya banyak pelabur 'tertipu'.

    macam kita 'serah duit' kat orang lain (aka niat 'kasino' to get money for profit) dan memang kita tak akan dapat balik (aka seolah-olah berjudi) pelaburan kerana tanpa kita sedar akan tingginya risiko pelaburan.

    konsep animal hotel pada satu masa dahulu dan pembiakan adalah sangat bercanggah kerana seolah-olah ujud perjanjian berat sebelah (which is 'void contract' in the case of law) sedangkan tujuan utama pembiakan (aka perniagaan apa sekalipun) adalah 'sharing profit' (win-win situation) di antara pelabur dan owner.

    kalau konsep berasaskan agrotourism aku rasa takde masalah. sediakan chalet dsb. nak rasa bau kambing

    ReplyDelete