Kadar
kelahiran secara mudahnya ialah jumlah anak kambing per tahun
dibahagi bilangan ibu kambing yang beranak per tahun. Kadar
kelahiran mestilah dikira berdasarkan keseluruhan kambing yang
beranak sepanjang setahun tersebut. Tidak boleh kita ambil sebahagian
kecil kambing yang beranak untuk mewakili kadar kelahiran
keseluruhan.
Contohnya
kita bela jamnapari 100 ekor. Tak aci kalau kita ambil yang grup elit
sahaja 10 ekor. Sekali semua beranak dapat anak 25 ekor. Kemudian
kita kata kadar kelahiran kita 2.5 - aaaa ini tidak tepat. Kita kata
misrepresentation. Sebetulnya kena kira untuk keseluruhan kawanan
kambing, baik yang elit, median, mahupun low performer.
Satu
lagi, kita mesti tunggu cukup setahun. Kita kira per tahun ye,
bukannya per musim beranak, bukannya per 8 bulan, bukannya dua tahun
tiga kali beranak, bukannya setiap 6 bulan beranak. Per tahun lebih
tepat, lebih menggambarkan situasi sebenar.
Bagi
seorang pembiak kambing pedaging, target kidding rate per year ialah
1.8. Maknanya semua ibu menghasilkan 1.8 anak sepanjang setahun, atau
100 ibu menghasilkan 180 anak dalam tempoh setahun. 1.8 adalah
textbook figure, accepted worldwide, petanda yang menunjukkan
sesebuah operasi pembiakan kambing pedaging mencapai tahap yang
sangat memuaskan.
Kalau
kita pembiak dapat kidding rate 1.8, dah kira excellent profit lah
ni. Dan berdasarkan pandangan peribadi aku, dan berdasarkan parameter
semasa ladang aku, minimum kidding rate bagi seorang pembiak pedaging
kacukan tempatan ialah 1.5 per tahun. Boleh cover cost, ada
acceptable profit untuk kita, kira safe zone lah, cumanya well...so
so.
Sapa
yang bela boer belum cross darah tempatan, hangpa kena target
kidding rate 1.1 atau 1.2 untuk profitability DAN target pasaran
baka. Kalau target pasaran pedaging, hmmm.... sakit juga dibuatnya.
Kalau kita ada 100 ekor ibu boer, make sure dapat 110 anak dan
dapatkan harga jualan >$800 per ekor. Kiranya sasaran ialah setiap
produced unit harga lebih 1 dinar. Baru boleh survive. (Pure blood
boer normal kidding rate under tropical climate is 0.78 per year
- keep that in mind, and if you do better than this -
congratulation!!).
Now
bagi baka besar besar macam jamna atau saanen yang lebih menjurus
kepada susu, ciri yang dikehendaki sebenarnya lower kidding rate. Yep
it's true sebab kita nak susu banyak, so kita nak tempoh laktasi
panjang. Lagi panjang kidding interval, lagi sikit anak, lagi
menepatilah parameter baka susu. Aaaa aku rasa ramai yang tak nampak
ni. Terbalik sebenarnya parameter pedaging banding susu ni. So tuan
puan kena aware.
Tak
kena sebenarnya cross baka susu dengan baka tempatan untuk operasi
pembiakan pedaging. Salah metodologi dah ni. Yang cantiknya crosskan
baka pedaging macam boer dengan baka tempatan, aaa ini baru kena
dengan target kita sebagai pembiak pedaging.
Tapi
takpa, buat masa ni realitinya kita masih tahap cincai. Banyak lagi
kena belajar. So takpe, sebat je lah apa apa cross pun. (Personally I
never prefer jamna blood and its derivative- average carcass is only
42%)
By
the way, satu lagi realiti cuaca tropika yang aku nak sebut di sini -
baka besar besar sebenarnya rendah kadar kelahiran per tahun
melainkan buat high input husbandry. Always remember this fact -
selalu orang claim dasat dasat pasal baka besar dia tapi rekod tak
simpan, dan dia tak bagitau yang dia buat high input. Very
misleading. So please be aware. Don't let ourselves be easily misled.
Ok,
baru nak masuk tajuk. Huh terbabas saja aku ni.
Tuan
puan, kadar kelahiran di ladang aku ialah 2.3 buat beberapa tahun
terkini. Bila aku dah phase out kambing awal yang takdak disiplin
(yang lahir dari sistem extensif), dan juga keluarkan boer pureblood,
dan mula mengikut sunnah para anbiya' yakni mengembala kambing -
barulah ladang aku terasa 'turbocharged', nampak jelas pertambahan
prestasi.
Especially
part mengembala tu yang betul betul boost aku punya kidding rate
performance melebihi 1.8.
Now
get this - adalah sangat... boleh, kidding rate kita melebihi 2.3...
boleh menjangkau an incredible 2.95.... and maybe all the way to mind
blowing 4.0.
It
is possible.
Very
much possible.
Tuan
puan, 2.3 tu aku dapat dengan menggunakan pejantan single birth dari
dulu sampai sekarang, dan majoriti induk adalah single birth. Kalau
kita select twinner untuk pejantan dan induk, of course kidding rate
kita boleh melonjak drastik.
Dan
2.3 aku dapat dengan menggunakan low input husbandry. Aaahh.. kalau
kita naikkan input kita? Setara dengan mereka yang buat high input
husbandry? Atau melebihi mereka? Hmmm...
Dan
kalau kita menggunakan DNA selection tool - salah satunya Marker
Assisted Selection untuk upgrade kualiti baka dan kewarisannya?
hmmmm....
Incredible
it will be.
Semi
intensif ni sebenarnya kita boleh jadikan high input kalau kita nak,
dan pastinya pulangan kita atau output kita lebih baik daripada masa
low input.
Dari
segi potensi pulangan per unit pelaburan, aku berpendapat sistem semi
intensive give much better bang per buck daripada sistem intensif.
Yeah.. apalagi jika darah tempatan ada sebagai paksi.
Now,
balik semula kepada kidding rate, sememangnya kita boleh dapatkan
kidding rate yang lebih tinggi dengan macam macam cara. Banyak juga
tech yang available untuk kita kan? - Kandang air cond anybody? -
cumanya nak pilih cara yang paling mudah dan murah.
And
that is using local blood as the base, together with semi intensive
system - gembala bertongkat. The surefire way to extract incredible
performance in goat breeding operation.
Apa
tunggu lagi?
Get
local.
Be
a shepherd.
God
bless us.
Salam.