"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, June 4, 2015

THE KIDS AND THE PROTOCOL

Sebahagian anak anak kambing di alwigoatfarm baru baru ini.

Dalam operasi pedaging apalagi tenusu, disiplin dalam mengikuti protokol atau Standard Operating Procedure adalah lebih penting daripada mencipta protokol. Kita ni suka buat macam macam protokol (pasal kita tahu kalau buat protokol tersebut - prestasi kambing akan meningkat).

Masalahnya bila semakin bertambah protokol, kita pula yang takde disiplin. Tak larat nak ikut. 

Aku bagi contoh ye. 

Ok. Kalau kita tambah tepung vitamin ke dalam dedak ibu kambing yang menyusukan, kita tahu prestasi ibu dan anak akan meningkat. Tapi dalam masa yang sama, input buruh bertambah pasal kita kena gaul dedak dengan vitamin. Hari hari. (Jangan gaul siap siap bubuh dalam tong untuk simpanan beberapa hari atau minggu - vitamin mudah teroksida/reput, tak kisahlah dalam bentuk tepung atau cecair - kena buat 'fresh' atau bila nak guna je). 

Satu lagi protokol ialah gunakan garam biasa + tepung vitamin ke dalam air minum kambing. Ini juga boleh meningkatkan prestasi kelahiran dan kenaikan berat badan kambing. Juga menurunkan mortaliti dengan signifikan. Haa yang ni senang sikit kerjanya.

Dan satu lagi protokol ialah menggunakan iron dextran kepada ibu kambing yang menyusukan dan anak anaknya. Ini pun protokol yang bagus untuk diikuti. Berdasarkan pengalaman aku, ianya berkesan untuk mempercepatkan kenaikan berat badan anak anak kambing walaupun jumlah dedak dikurangkan. Haa jimat dan berkesan. Cuma larat tak larat nak buat. Nak kena cucuk satu satu. Pehhh kambing sikit buleh la. Kena beratus ratus?

Sekarang aku nak tanya tuan puan - larat tak kita ikut semua ketiga tiga protokol di atas? Siapa antara kita yang cukup berdisiplin, dan ada masa untuk membuat ketiga tiga protokol di atas secara konsisten?

Kita masing masing ada kekangan. Macam macam sebab. 

Apa yang aku buat sekarang ialah bertahan dengan protokol kedua. Menggunakan air garam bercampur tepung vitamin. Yaaaa aku ambil cara yang aku boleh buat secara 'mass effect'. Dan sekejap. Aku tak pilih protokol yang kena buat secara individu. Senang sikit kerja. Input tak banyak sangat.

Protokol pertama aku dah tak buat. Protokol ketiga dibuat secara selektif. 

Takpelah. SOP sikit. Tapi bertahan. Dan berdisiplin. Istiqamah. Amalan.

Dan sama seperti yang diajar dalam agama, amalan yang sedikit tapi berterusan membawa kesan yang besar. Yep, benar sekali.

Kalau buat tiga tiga protokol? Dan istiqamah dalam ketiga tiganya?

Pehhhh...... aku pikir breeding performance mencecah tahap ekstrem. Boleh pecah kid rate 2.3 per year, average weight = @ >30kg pada umur 6 bulan, production cost seekor <$100 (kalau lebih $100 pun takdak masalah - produktiviti tinggi, output tinggi).

Dan semua ini boleh dibuat tanpa menaikkan input dedak.

Ke dah ada sapa sapa yang buat dan mencapai prestasi sebegini?

**Aku harap ada Geng Vitamin yang boleh mengkaji peranan vitamin dalam prestasi pengeluaran kambing di Malaysia. Harapnya ada yang boleh mengkaji tahap vitamin dalam foraj bawah sawit/pokok dibandingkan foraj terbuka. Juga ada kajian ke atas tahap vitamin dalam darah kambing yang berprestasi tinggi dan rendah.

Geng Herba dah sampai, Geng Vaksin dah sampai, Geng Kutu pun dah sampai, haa tunggu Geng Vitamin pula sampai......

Cepat sikit ye, tak sabar menunggu. 

Assalam! 

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

No comments:

Post a Comment