"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, April 4, 2013

AGM 2013 PERSATUAN PEMBIAK, PART ONE


*Pandangan alwigoatfarm tidak mencerminkan pandangan rasmi persatuan pembiak. Alwigoatfarm hanyalah ahli biasa yang busybody, overopiniated dan mengalami masalah terlebih  caffeine.

Salam hormat rakan rakan pembiak sekalian.

Sabtu sudah baru berlangsung AGM ke 2 persatuan pembiak kambing malaysia. Terima kasih diucapkan kepada ahli ahli sedia ada dan yang baru mendaftar. Terima kasih kerana memberi sokongan dan menunjukkan minat bekerjasama.

Ok. Terus masuk apa yang aku nak sampaikan. Aku nampak ada antara ahli ahli yang masih keliru tentang tujuan dan pencapaian persatuan pembiak. Masa meeting itu hari, aku tak fikir tuan pengerusi sempat memberitahu sepenuhnya apa yang telah dilakukan oleh persatuan.

Jadi aku nak minta maaf terlebih dahulu kerana tidak update pergerakan persatuan kepada ahli ahli semua. Aku minta maaf banyak banyak. Bukan apa tuan tuan, kalau aku cerita pasal persatuan, takut aku terbabas cerita benda lain. Emosional sikit bab bab ni.

Baiklah. Persatuan pembiak ialah gabungan pembiak kambing seluruh malaysia. Kita ni baru sangat dan belum dikenali. Ada pun persatuan pembiak bukanlah ilham jpv atau kementerian pertanian sepertimana persatuan penternak ruminan negeri atau majlis ternakan negara (lebih kepada lembu). Kita independent, bukannya jpv yang tubuhkan kita, dan kita tak guna fasiliti jpv buat mesyuarat. Di samping itu kita mengkhusus kambing sahaja (dan bebiri), justeru objektif kita lebih 'kuat', takdelah tenggelam dek geng lembu.

Itu satu. Keduanya matlamat primer kita ialah mencipta iklim yang kondusif kepada usaha pembiakan kambing - polisi. Jadi kita akan senantiasa berusaha mempengaruhi policymakers agar mengeluarkan polisi polisi penternakan yang menggalakkan usaha pembiakan tempatan. Bukannya polisi yang samar samar dan jelas menyebelahi para pengimport tertentu.

Nak kena bagi jelas sikit kat ahli ahli - kita bukan meminta minta dana atau subsidi atau peruntukan atau kontrak dari agensi kerajaan termasuk jpv. Dalam mana mana meeting kita dengan agensi kerajaan, kita sangat jelas dengan pendirian kita - kita tidak meminta peruntukan. Macam tak best kan?

But that actually works for our cause. Impressively. Kalau kita sibuk dok mintak itu ini tiap tiap kali meeting, sahih agensi agensi kerajaan ni lari dan mengelak nak berjumpa kita.

Ok. Persatuan pembiak bukanlah jenis yang 'public' dan 'political' - kita tak deal dengan menteri menteri dan sekutunya. Kita target meja meja penasihat kepada pak menteri. Jadi kita banyak bergerak di belakang tabir. Tu yang nampak macam senyap aje, tapi sebenarnya kita buat kerja. Press statement sekali sekala adalah kita buat, tapi secara peribadinya aku rasa tak keluar suratkhabar pun takpe.

Tuan tuan, tuan pengerusi dah bagitau kat aku, kita tak boleh menampakkan yang persatuan pembiak adalah influential kerana nanti ada entiti entiti tertentu yang tak senang duduk dan cuba melambat lambatkan usaha kita.

Aduh laa, payah aku nak cerita. Aku tahu ada antara rakan rakan pembiak yang tertanya tanya apa yang kita dah buat semenjak penubuhan kita. Jadi ada antara tuan tuan pembiak yang hesitant, teragak agak, tak yakin nak join kita. Mmm... macam mana aku nak cerita ni ye? Ok. Ketahuilah yang persatuan pembiak kambing malaysia adalah on friendly terms dengan EPU dan Pemandu. Mereka ni adalah central agencies yang buat recommendation kepada Treasury bila dan berapa banyak nak allocate funding kepada kementerian dan agensi agensi kerajaan.

Ramai yang tak perasan ni tapi mana mana pembiak yang dah season boleh perasan apa yang mula terjadi dalam industri. Ada subtle change, ramai yang tak perasan. Ok ok aku tak boleh cerita lebih. Privately boleh tapi publicly tak boleh. Karang aku kena jentik lagi dengan tuan pengerusi.

Apa apa pun tuan puan pembiak sekalian, persatuan pembiak is gaining traction. Our foothold is getting firmer, and our allies is numbering up. Central agencies are sympathetic to our cause, and some ministry has iniated joint effort with us.

Yes. I feel persatuan pembiak is getting stronger.

Dan sesungguhnya, tuan puan pembiak kambing yang menjadi ahli persatuan pembiak, ketahuilah bahawa anda lah rakan sekutu persatuan yang terbaik dan terkuat. Tanpa sokongan dan kerjasama dan keyakinan ahli ahli, persatuan tidak akan memiliki kekuatan. You are what makes us strong.

Terima kasih sekali lagi kepada ahli ahli persatuan yang menghadiri AGM persatuan pembiak kambing malaysia tempoh hari.

"We don't wait for change, we make change happens". TQ everybody!

*Minta maaf ahli ahli sekalian, aku tak boleh cerita lebih lebih, aku tak boleh emosional macam dulu dulu. Blog aku ni dalam perhatian agensi agensi kerajaan. Rajin pula diorang ni baca padahal apa yang aku tulis bukan tuju kat depa ni. Blog aku ni adalah untuk pembiak kambing aje, yang mana bukan geng pembiak kambing atau yang tak berkenaan tu toksahlah baca. Buat pening kepala, buat sakit hati hangpa aje weh!

12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. baru part one ni. haha.

    sibuk la agensi-agensi ni, time banyak duit, dok fokus benda lain, bila kita dok rancak, sibuk plak nak menempel-nempel, baca2 blog.

    keep it up. saya sokong usaha utk membela nasib penternak & pembiak kambing serta biri2 Malaysia.

    Dah tak bela & biak kambing, memang pening la baca. pastu pulun nak perabis duit rakyat dengan projek, buat benda yang tak tahu, kenyangkan pihak yang berkenaan.

    Fokus: Kambing Muda + Sistem Roto-Terminal

    ReplyDelete
  3. Saya nak join jd ahli. Mintak maap sebb tak dpt dtg sebb kambing xde gembala

    ReplyDelete
  4. maaf hr tu x dpt sembang lebih sbb ada urusan lain...nice 2 meet u all...harap ppkm dapat percepatkan pengeluaran buletin agar ahli tahu perkembangan semasa... & boleh bg respon @ cadangan.

    ReplyDelete
  5. bro, so far org clear antara alwi atau setiausaha persatuan, yg lain nak terasa bior lah.....tulisan ikut hati ok, guna akal untuk yg terbaik.........

    sebenarnya sukar utk menyatukan manusia ni, tu pasal dibagi kambing....kita renung balik....rupanya kambing tu lagi cerdik dari kita walaupun banyak kerenah....

    jadi seperti persatuan pengguna, komitee tak ramai.....tapi beri impak kepada pengguna lain......

    hj zainal pun dah senior, timbalan pun gitu......biarlah yg muda ni jadi pelapis nya....bantu mana yg boleh....yg mana dok bising tu...satu hari nanti awok duduk situ sama juge..

    apa-apa selamat pada Persatuan dan ajk...

    ReplyDelete
  6. Salam... saya nak komen lebih2 pun tak berani sebab belom jadi ahli lagi..Anyway, terima kasih banyak Sdr. Alwi kerana sudi menjemput saya hingga sanggup turun ke kandang kambing saya yang serba kekurangan. Teruskan usaha baik ini.. saya doakan agar terus berjaya dan akan terus mengikuti perkembangan PPKM. Harap keahlian baru dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara online. Perkembangan dan berita rasmi persatuan juga boleh diakses secara online. Tak sabar nak tunggu Part2 dan yang seterusnya.

    ReplyDelete
  7. teruskan mnyusun strategi n langkah brkesan yg akn beri impak pd pembiakan kmbg/biri di ngara kita..skrg mmg rmai pngkritik sbb ianya mudah dlakukn brbndg yg mlaksana.den doakn yg trbaik utk barisan kpimpinan PPKM n ahli2 nya utk sma2 mmrtabatkn kmbali indstri pntrnkan kmbg stlah byk trpalit dgn kontroversi..mgkin akn lbih mudah urusan slps PRU nnti kot.haha..apapun keep it up..den sntiasa mnyokong slagi brada di jln yg benar..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut pasal kepimpinan PPKM, boleh tak share AJK, ho contek dan sebagainya?

      Delete
  8. Kalau rajin singgahlah My Goat Farm di Batu 8, Kampung Langsat, Changlun, Kedah. Call my partner Mahadir 019-470 6962

    Belum ahli.

    ReplyDelete
  9. Saya baru berjinak2 dgn kambing dan kandang. Baru je mulakan bela..dan plan untuk jangka panjang. Boleh tak emailkan saya cara utk jadi ahli dan sebagainya. Trm kasih.

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya baru mula berjinak dalam penternakan kambing sejak december tahun lepas. Saya ingin menyertai prrsatuan pembiak kambing malaysia tetapi tidak tahu caranya. Boleh tlng bgtahu cara untuk apply jadi ahli?

    ReplyDelete