"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, October 20, 2012

EM IN FEED : AN UNEASY VERDICT


Kontroversi lagi aku ni. Sapa sapa tak suka kontroversi, jangan baca. Pi baca blog blog kambing lain yang lemah lembut tak panas. Blog aku ni banyak cili, panas berapi. Pasal lori cili dari cameron eksiden tertumpah semua cili 6 tan masuk dalam blog aku. So sapa sapa yang tak tahan cili, please do not proceed to read.

Warnings given.

Ok. EM adalah effective microorganism. Mikrob baik. Probiotik. Aku nak cerita pasal EM dalam makanan kambing. Atau minuman kambing. Depa yang dok jual dan promote EM ni kata menatang ni bagus. Teknologi yang baik. Sangat bagus untuk mempercepatkan tumbesaran kambing pasal meningkatkan kecekapan pencernaan (lower Feed Conversion Ratio) dan mengurangkan bau. Ada juga yang claim daging lebih sedap. Ianya dicapai dengan meningkatkan jumlah mikrob baik dalam perut kambing.

Sebenarnya beban menghadamkan rumput yang susah dicernakan memang terletak pada bahu mikrob (bakteria, virus, protozoa, fungi) dalam perut ruminan. Mikrob inilah berusaha gigih memecahkan selulosa dalam dinding sel tumbuhan. Dah pecah dinding sel, baru boleh diserap khasiatnya. Takdak mikrob ni, memang rumput tak boleh dicernakan. Dok lagu tu jugalah. Tak jadi apa.

So bila banyak mikrob dalam perut, secara teorinya lebih cekaplah penghadaman makanan. FCR jadi rendah. Less feed to gain the same amount of body weight. Or same amount of feed to gain more body weight. Jadi feed cost cheaper, atau kambing lebih cepat berisi. EM supposedly can help achieve that.

Right?

mmm... not so fast. Teknologi EM yang wujud sekarang tidak efektif kepada semua penternak ruminan. Hanya sebilangan yang mendapat manfaatnya. Nak kena tengok sistem macam mana. Mengejutkan tapi aku ada penerangannya.

Tuan tuan yang dimuliakan, rumput segar ni bersifat prebiotik. Prebiotik (perhatikan ejaan aku betul betul) membantu perkembangan probiotik dalam perut. Ruminan yang cukup makan rumput segar akan mempunyai well developed rumen, omasum, abomasum, small and large intestine. Dalam erti kata lain, ruminan yang cukup makan rumput segar akan cukup prebiotik dalam perut untuk membantu mencipta suasana kondusif bagi mencapai populasi mikrob (dan probiotik) yang seimbang (balanced microbe population).

Cukup rumput segar, cukuplah prebiotik, maka cukuplah probiotik, dan cukuplah mikrob dalam perut. Efficient lah perut, dalam kondisi yang terbaik, sentiasa bersedia untuk low FCR. Tak perlu penambahan EM.

Bagi mereka yang buat sistem semi intensif di mana kambing cukup makan rumput segar, EM tidak diperlukan. Kalau kita guna juga EM, kita dapat very insignificant advantage yang tidak berbaloi dengan kos yang kita keluarkan.

Kalau buat intensif tapi diet kambing cukup rumput segar pun tak payah guna EM. Yang aku nak tekankan di sini ialah sekiranya makanan kambing kita sebahagian besarnya rumput segar dan pada paras yang cukup, maka EM tak perlu langsung. Tak beri kelebihan.

Yang berbaloi guna EM ialah ruminan yang makanannya banyak bergantung kepada dedak atau silaj atau soya basah atau apa apa yang bukan rumput segar. Sebabnya ruminan yang tak cukup rumput segar, sistem pencernaannya tidak sempurna, tidak terbangun sepenuh, tidak cekap. Mikrob tak cukup, so memang ada kesan (visible effect) bila guna EM.

Dedak mana ada prebiotik atau probiotik. Silaj pun sama. Tak kisahlah silaj jerami padi,silaj pelepah sawit atau silaj batang jagung. Silaj ni tuan tuan sebenarnya kurang cekap untuk pencernaan kambing. Tapi penambahan EM akan akan memperbaiki available digestible nutrient.

Tetapi kena ingat tuan tuan, silaj dari sumber dan pembuatan yang terbaik pun hanya hampir menyamai kualiti rumput segar. Itu fakta. Kalau ada yang dok heboh kata silaj lebih baik dari rumput segar, maka kebenaran telah disorokkan, diselewengkan.

Now, aku dah terbabas, tapi tak pa, sambung sikit cerita silaj. Silaj ni bukan tak boleh guna. Boleh guna especially bagi mereka yang terhad sumber rumput segar, atau yang malas nak cari rumput segar. Tapi kena bubuh EM dan support dengan dedak.

Kalau guna silaj semata mata sebagai makanan (as a single feed) untuk program pembiakan - it will fail spectacularly. Tambah concentrate (dedak) takpa. Baru ok. Baru berisi kambing. Tapi kan, kambing yang membesar dengan makan silaj, mikrob dalam perut dia akan berbeza dengan mikrob dalam perut kambing yang biasa makan rumput segar. Vastly different.

So kalau kita beli kambing biasa silaj, lepas tu suruh dia makan rumput segar, memang susut badan dia. Dramatik juga penyusutannya. So cara yang terbaik mengurangkan penyusutan ketara berat badan, gunakan dedak yang sama dengan tempat asal kambing tu. At least mikrob dalam perut dia dah biasa dengan dedak tu, boleh cernakan. Memang ambik masa nak rebuild mikrob dalam perut ruminan yang jauh berbeza jenis pemakanan.

emm.. mana tadi, yaa EM. So yang dok promote EM ni akan quote impressive figure, macam kenaikan berat badan yang phenomenal, dan tunjuk gambar kambing kurus jadi kambing gemuk berkilat lepas makan EM.

Aaaa... aku perhatikan kajian kesan EM ni banyak dibuat di research station. Kerajaan punyalah. So ladang ladang kerajaan apa realitinya tuan tuan? It is not run as a commercial enterprise, it is not profit driven, it is run by people on comfortable salary. Kambing tak cukup makan rumput. Kambing lebih banyak makan dedak. Kambing tidak berada dalam kondisi yang terbaik. Their rumen is not well developed.

Tuan tuan pi tengok sendiri ladang kerajaan macam mana. Aku pernah kerja tanpa gaji kat ladang kerajaan, aku ada melawat ladang ladang research, dan aku berinteraksi dengan penyelidik penyelidik dan mereka yang jadi farm hand ni.

Realitinya eksperimen di ladang kerajaan dibandingkan dengan eksperimen di ladang sebenar boleh jadi sangat jauh berbeza. Result terbalik pun ada.

Bila kambing tak cukup rumput segar, atau tak cukup makan, memanglah ada kesan yang sangat ketara bila diberi EM. Mikrob dalam perut dia yang sebelum ini lemah kerana tak cukup prebiotik (rumputlah), akan dapat bantuan dalam bentuk populasi baru EM.

Mana mana ruminan yang tak cukup rumput segar memang akan dapat kesan bila guna EM. Tapi kalau dah bagi cukup rumput segar, atau lepas meragut, maka EM tak diperlukan. Ikut pengalaman aku pun, di mana aku pernah guna probiotik dalam bentuk serbuk campur dalam dedak, atau jenis cecair campur dalam minuman, kesannya tidak memuaskan.

Kenaikan berat adalah serupa, cuma bulu yang cepat sikit berkilat. Bulu berkilat ni kalau cukup lemak bawah kulit. So itu aje kesannya. Mempercepatkan bulu berkilat. That does not impress me. Sebabnya kambing aku cukup makan rumput, jadi ada cukup prebiotik, so that the microbes are in a very conducive environment.

So kalau aku nak boost weight gain, tambah dedak sikit dah. Tak yah guna EM.

Aaa tuan tuan yang dihormati, bukan semua teknologi itu berkesan pada semua tempat. Tak kisahlah teknologi Jepun ka, Korea ka, Planet Marikh ka. Kita jangan cepat teruja dan melatah bila orang dok heboh sana sini. Aku sendiri pun dah habih beribu ribu ringgit test macam macam produk, ubat itu ini, suplemen itu ini, dedak itu ini, bla bla bla.... Excited sangat. Last last balik ke asal.

Balik ke asal. Asal.

Rumput segar. Bagi cukup cukup. Sepertimana yang Tuhan Maha Bijaksana dah jadikan. Guarantee itulah yang terbaik. The best type of feed on the planet.

So itulah pandangan aku berkenaan penggunaan EM dalam makanan kambing. EM lebih sesuai kepada ruminan yang tak cukup intake rumput segar, atau tak cukup makan (limited feed availability). Kepada pembiak semi intensif, atau ekstensif, tak yah tinggikan input kita nak guna EM. Yang intensif pun kalau cukup rumput segar memang tak perlu EM. Kesannya insignificant.

Marah geng EM dengan aku ni. Tapi pandangan aku ni hanya terpakai kepada teknologi EM yang wujud sekarang. Akan datang mana tahu ada revolusi dalam EM yang betul betul boleh upheaval industri ternakan. Masa tu, boleh berubah lah aku punya viewpoint.

mmm.. jangan salah faham ye. EM boleh guna, tapi tengoklah situasinya. Dan ini adalah pandangan peribadi aku sendiri yang terbit dari pengalaman. Tuan tuan punya experience mungkin berbeza. Kita boleh kongsi bersama.

Apa apa pun, knowledge is power!

Let us hunt it wherever it is.

Salam.

10 comments:

  1. perghhh..power rangers pnya xplanation nih.prof mcm tau2 je aku bru beli EM mggu lpas.tp xpakai lg ler.hehe..tp mmg tak plan nk bg kmbing,nk pkai utk bt baja tahi kmbing..ok trjwab sdah prsoalan knapa kmbg yg mkn silaj mngalami ksusutan slepas dlepas ragut.mmg saintifik pnya jwpan..siap ada pre n pro biotik lg..aku tau antibiotik jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. EM yang aku cerita ni campuran makanan kambing je. Kalau untuk tahi kambing buat baja, cantiklah guna EM tu.

      Delete
  2. haha. prof alwi, macam pos berkaitan dengan saya tanya pada prof je ni. bagus2.

    ReplyDelete
  3. Aku cukup takut nak ubah diet kambing sekarang ni. Pengalaman lampau yang traumatik. Memang bukan main2 kalau populasi bakteria ni kita kacau.

    Sebenarnya kalau kambing dah kembung tu memang ada yang tak kena dengan rumen. Sampaikan bagi soda bikarbonat pun ganggu pH perut tu. Rumput memang sumber prebiotik yang bagus. Tapi kalo kambing dah tak selera sebab perut meragam sampai nak makan rumput. Yogurt lah jawapannya. pun kultur bakteria hidup juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diet berubah memang kita kena hati2. Ruminan punya perut mudah upset, tak macam monogastrik.

      Delete
  4. Terima kasih pada Prof alwi yg buat kajian so skg bleh berhenti campurkan dalam minuman utk kambing aku sbb kambing aku mmg cukup bekalan rumput segar so blh jimat...hehehe.EM yg ada boleh digunakan sepenuhnya untuk tinja kambing.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkan stakat tinja kambing..tinja tuan kambing pun boleh..hehe

      Delete