"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, November 16, 2011

BERAPA UMUR KAMBING CUKUP UMUR?

Banyak sangat penternak tidak tahu berapa sebenarnya syarat kambing cukup umur. Banyak sangat yang kata 2 tahun baru dikira cukup umur. Pernahkah kita betul betul menyiasat kebenarannya?

Matlamat qurban dan akikah dicapai dengan binatang yang baik, sihat, dan berisi tetapi dari segi umur kebanyakan ulama berijtihad. Pandangannya berbeza.

Bagi mazhab hanbali, maliki dan hanafi : memadai kambing yang telah mencapai umur 6 bulan dan masuk bulan ke tujuh. Maksudnya ialah kambing cukup umur bila umurnya 6 bulan 1 hari = 181 hari.

Bagi mazhab shafie : memadai kambing yang umurnya setahun masuk tahun kedua. Maksudnya kambing cukup umur bila umurnya setahun 1 hari = 366 hari.

(kalau ikut tahun islam lagi cepat kan?)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Memadai kambing biri biri yang berusia lapan ke sembilan bulan untuk dibuat qurban" (Riwayat Ibn Majah dan Imam Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Jangan sembelih qurban kecuali yang berusia setahun. Jika menjadi kesukaran kepada kamu, maka sembelihlah kambing biri biri (yang berusia lapan ke sembilan bulan). (Riwayat Muslim drpd Jabir RA).

Hmmm.. Takdepun  Nabi atau ulama yang kata kena tunggu umur 2 tahun.

Kalau ikut keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa Negeri Sembilan, dan bicara mufti Perak yang saya dengar di Radio Perak FM : kambing cukup umur bila umurnya setahun sehari. Maknanya masuk tahun kedua. Bila takde rekod barulah tengok gigi.

Nampak tak ? Ini satu lagi sebab saya menyeru kepada semua rakan rakan ternak untuk simpan rekod kelahiran dan kematian kerana sangat membantu dalam penentuan syarat cukup umur kambing. Sekiranya berpandukan gigi, kalau anda nak tahu, kambing berdarah tempatan lambat tanggal gigi. Ada yang dah berumur setahun setengah tapi tak tanggal tanggal sepasang gigipun.  Agaknya dari sinilah terbitnya pandangan yang kata kambing cukup umur 2 tahun, sebab baru tanggal gigi umur tu.

Jadi jangan pening pening nak tunggu tanggal/salin gigi, simpanlah rekod kelahiran sebaik mungkin untuk membantu kita nanti.

Ya satu lagi perkara yang ingin saya kongsi. Sebenarnya kambing betina cukup umur boleh dibuat aqiqah. Kenapa ada yang berkeras kata kambing jantan aje yang boleh dibuat aqiqah?

Dan lebih afdal melakukan qurban 1 individu = 1 nyawa ternakan. Kambing lebih afdal dari lembu untuk dibuat qurban dan aqiqah. Bagi setiap keluarga Islam yang mampu buatlah qurban bagi setiap individu dalam keluarga setiap tahun.

Terima kasih.



13 comments:

  1. Salam...

    tentang kambing cukup umur ni kdg2 menimbulkan kekeliruan. yang den blajar (dari kitab mutaalbadrain) qibas(bebiri)boleh diakikah/qurban bila umur 1 tahun @ tanggal gigi susu. kalo kambing hendaklah umur 2 tahun @ tanggal gigi susu (mana terdahulu)

    den try cari hadis yang bro maksudkan tu untuk mendapatkan kesahihan.

    ReplyDelete
  2. salam bro alwi...
    sy pengikut baru blog tuan ini...
    maknanya segala jenis kambing yg berumur 1thn 1 hari boleh dijadikan korban dan akikah ye??

    ReplyDelete
  3. Asalam,,,setengah kata kmbing kg,,2thn bru ckup umur,,,kmbing biri2 1thn bru ckup umur,,,mana 1 btl

    ReplyDelete
  4. sy tgok kt jakim die kate kambing ckup umur 2 thun...

    Jawapan:

    Umur binatang sembelihan, cukup matang untuk dibuat akikah atau qurban.

    Unta berumur 5 tahun lebih,

    Lembu / kerbau berumur 2 tahun lebih.

    Kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.

    Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.

    Sila rujuk buku,INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT.muka surat 7,

    2 ,Sila rujuk soal jawab ibadah haji, umrah dan ziarah, ms223 ( Tabung Haji

    ReplyDelete
  5. Sila rujuk fatwa dari n.sembilan dikeluarkan pada 2009 (bil:1/1430) kambing boleh korban aqiqah bila masuk tahun ke2,bkn umur 2 thn

    ReplyDelete
  6. Sebetulnya..jakim pun was2..bulan lepas saya cll seorang pegawai jakim,ustazah..saya tanya dia kambing cukup umur.mula2 dia kata 2 tahun.lepas tu saya maklumkan ada fatwa kebangsaan yg maklum kambing boer masuk tahun kedua,iaitu setahun sehari dah seterusnya boleh dibuat akikah..baru dia cari fatwa tu.dan megiyakan kepada saya iaitu kambing boer cukup umur setahun lbh...kemudian saya tanya pasal kambing kampung.dia kata sama.kemudian dia cll saya bgtau yg kambing kampung 2 tahun..dah klu cross kg dengan boer setahun setengah.. perkara ni menimbulkan kekeliruan.so saya ambil pendekatan bila kambing salin gigi,maknanya cukup umur....

    ReplyDelete
  7. sebenarnya...x susah pun....kita hanya mengikut pandangan org lama kita...orang kg.....orang tua kita...dan kebanyakkan ustaz2 kita sebelum ni hanya memaklumkan mengikut satu pandangan sahaja....iaitu mengikut mazhab syafei....secara mutlak....tidak ada pilihan...sedangkan kalau ditanya yang lebih ahli spt ustaz yang membandingkan pandangan 4 mazhab umumnya atau merujuk hadis2....ia lebih terbuka dan x payahpun....saya melihat perkara ini disusahkan oleh ustaz ustaz kebanyakkan jugak....tapi takpa ilmu dimana2....perselisihan ini cabang sahaja...bukan akidah...saya bersetuju pendapat artikel ini...dan saya telah lama amalkan...sesungguhkan Nya Islam datang untuk memudahkan....jgn kita payahkan....sebelum itu saya tegaskan....kita tidak dituntut untuk berpegang pada mana2 mazhab....kalu kita mampu kita boleh beristihaj sendiri silakan....klau x mampu rujuk mereka yang pakar dlm perbandingan mazhab....nak mudah....cari maklumat dulu....kalau tanya ustaz kg yang hanya berpegang pada mazhab syafei....Jem la jawapannya...tapi x salah....ikut la mana2 pun......maaf panjang pulak...contohnya begini...kalau kita maseh berpegang pada 2 tahun maknanya sudah masuk tahun ketiga....hakikat nya n umunya...sangat sukar kita dapatkan....pasal....umumnya kambing yang ada diimport dr luar spt myamnar melalui thailand n juga...australia....kambing ini yang penternak duk bela n simpan...trading n transit....mcm Fidlot la....tp terkenal ngan penternak...hehe sedangkan....kambing tempatan sangat sukar untuk didapatkan....kambing import kita x tau umur....tapi biasanya....dlm 1 tahun ke 1 setengah giulah....n mererka ini telah lama rujuk ahli maknanya....kalau anda ke kandang nak buat akikah mereka umumnya akan iyakaan...n telah sampai umur akikah...sedangkan anda sangka dan 2 tahun....satu masalah lg...kambing tempatan yang ada cukur sukar...melainkan untuk mereka2 yang tertenttu sahaja...kadang pusing satu daerah x dapat lagi....org punya la....mak sdare dah cop la...dan sering terjadi...ada yang 2 tahun masuk 3 tahun....tapi kambing terbantut...kemerehh....tengok x semangat....x kisahlah harga mahal atau murah....tapi biasanya harga x kalah....pasal tuan berpegang umur cukur akikah....disini anda nak pilih yang mana?cukup 2 tahun mengikut Imam Syafei atau ikut pandangan lain....harga dalam 800-1200 berat hidup30-45 kg...dapat separuh karkas lebih kurangan ngan....terbantut cukup 2 tahun...berat hidup 22 kg....dapat separuh...harga 500 atau lebih jugak...Imam Syafei melarang Taksub ngan pandangannya....boleh jadi silap boleh jadi betul...tapi Imam 2 ini tetap dapat pahala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Tuan,saya ada beberapa perkara yang nak saya nyatakan di sini

      1) para asatizah kita di Malaysia hanya memberikan/mengajarkan satu mazhab di Malaysia kerana sudah sinonim kita di Malaysia mempraktikkan fiqh Mazhab Syafie tanpa kita menolak/menafikan Mazhab Fuqoha' ahli sunnah Waljamaah yg lain. Ini kerana bg mengelakkan berlaku kekeliruan dlm kalangan org awam

      2) mengikut mazhab lain dlm displin ibadah yg berlainan adalah dibolehkan tetapi haram untuk kita mencampur adukkan pendapat ulama' dlm satu displin ibadah
      (تتبع الرخص)

      3) saya setuju bahawa islam datang untuk memudahkan, tp ingat, jangan kita ambil mudah dengan islam. Setiap ibadat perlulah dilakukan dengan berdisiplin mengikut kaedah-kaedah yg ditetapkan. Jika kita mengikut satu2 mazhab dlm satu2 disiplin ibadat maka wajib bg kita meraikan pendapat mazhab tersebut dlm ibadat itu, ini kerana setiap ulama' ada cara pemahaman Nas quran dan hadis mengikut cara pemahaman tersendiri berbeza dgn lain.

      4) Tuan mengatakan bahawa "kita tidak dituntut untuk berpegang pada mana2 mazhab.klu kita mampu berijtihad sendiri silakan" Kenyataan ini sy setuju pada satu sudut tetapi pada sudut yg besar saya x setuju. Ini kerana org yg layak untuk mengistinbat hukum dari quran dan hadis adalah seseorang yg sudah mencapai tahap mujtahid. Dan ulama' 4 mazhab diakui oleh seluruh ulamak bahawa mereka sudah mencapai tahap itu. Manakala kita sbgai org awam yg x mampu perlu mengikut kefahaman para imam2 ini kerana keterbatasan ilmu kita. Untuk mencapai tahap mujtahid mutlak seseorang perlu menguasai belasan cabang ilmu(boleh rujuk ditempat lain kerana sy lupa brp banyak). Ulama' sepakat pada zaman ni dah xde org yg sampai tahap mujtahid mutlaq sedangkan tahap mujtahid mazhab pun xdek jd bagaimana tuan boleh ckp "klu mampu ijtihad dlsilakan". Kata2 tuan ni seakan-akan tuan ckp "kita wajib ikut pendapat mazhab2 fiqh yg ada" oleh kerana sudah xade org yg mampu untuk istinbat hukum dr quran dan sunnah. Kita contohi ramai ulamak yg sudah sampai tahap mujtahid mutlak tetapi tetap ikut mazhab seperti Imam Suyuti yg masih mengikut mazhab Syafie walaupun sudah sampai tahap mujtahid multak....

      Wallahualam

      Delete
    2. Slmber dia kata mazhb syfei ust kmpong( mfhum muafakh)..ko ingt ust2 mlyisa ni bodh ka amlkn mazhb syefie...mana mula ilmu disitu kita hormti..ko tahp mna bljar pgang mana2 mazhb ikut aqal dn nfsu dikira itulah pehangan.mna ko bljar sedangkn smua ulmk feqah mngtakn ikut mazhb wajib sbb merka ahli fiqh..kalo di ngra kita mmng dh amlkn mazhb syefie..klo ko nk amlkn mazhb lain ko amlkn bkn tuduh beramlkn mazhb syefie kira amalkn kampong.aku bg jwapn kmpong sbb jwapn ko pon kmpong..klo ilmiah jom bhas bab ilmiah buka kitb fqh ...

      Delete
  8. Umur kambing kg dgn kambing jenis boer dan biri2 berbeza usiaumatangnya ye..

    ReplyDelete
  9. umur braapa kambing bisa diaqiqah??
    Info

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, saya ada beberapa persoalan kepada Tuan.

    1) Bagaimana tuan ckp 'takdepun Nabi atau ulamak yg kata kena tunggu 2 tahun?

    Dalam Mazhab Syafie jelas mengatakan lembu, kerbau dan kambing perlu genap 2 tahun masuk tahun ke-3. Tuan rujuklah mana2 kitab muktabar Mazhab Syafie. Manakala unta disyaratkan genap 5 tahun masuk tahun ke-6. Biri2 pula disyaratkan genap setahun atau cukup sekadar jika dah bersalin gigi tetapi disyaratkan bersalin gigi slps umurnya cukup 6 bulan.

    ReplyDelete
  11. saya pun mahu kepastian tentang permasalahan menentukan cukup umur bagi kambing & biri2 ini...

    ReplyDelete