"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, March 8, 2013

THE UNFATHOMABLE MYSTERY OF "DO I LOOK GOOD IN THIS?"


I don't get it.

Why do women want to try 10 dresses when the very first one is already good? Or why do women want to enter 10 shops when the very first shop already provided the exact same thing?

I just can't figure it out, even when I utilise my brain's processing power to the maximum, to the point of overheating.

Women are certainly mind boggling. It is now universally certain, that a woman's 'dilemma' could not be solved just by her husband's brain power. Certainly, not by my already overworked and overheated tiny single core brain, which doesnt have any kind of cooling system to protect itself.

We need the brain power of a thousand Einstein, all in a highly caffeinated state, to solve this mystery..

Maybe we shall build a hundred supercomputer, the fastest of its kind in the world, all placed in the coldest regions of the Earth (to prevent them from overheating) - just to provide us the poor husbands, with a just good enough answer, that may stop women from this overwhelming need of wandering from shops to shops..

Yeah I seriously think we as a serious civilization, should seriously allocate some seriously huge budget, to seriously begin research on women, to seriously starting to understand them.

We shall not explore the Earth and the Universe, we shall not explore the mystery of dark energy and dark matter, we shall not send robotic rovers to dusty planets, ... we mankind shall stop exploring.

We shall explore women instead.

We shall begin to unravel the unfathomable mystery of "Abang! Ok tak baju ni?"

Yeah, we should.

God, give us men, dumbfounded men, the strength to undertake this seemingly impossible mission!

Wednesday, March 6, 2013

FITNESS IS REQUIRED FOR BREEDING VITALITY


I am going to land on hot water. Again. Ouch!

Sekiranya kita melihat natural behaviour kebanyakan haiwan liar di muka bumi, jantan mesti dapatkan hak untuk mengawan. Males must earn the right to mate. Jantan jantan ni kena bersaing, dan menang dalam persaingan. Ada antara persaingan ini mencapai tahap pertempuran, yang menyebabkan kematian.

Keinginan mendapatkan status alpha male wujud dalam setiap jantan, menjadikan mereka agresif, ego, dan territorial bila sampai masanya; dan menganggap setiap jantan sebagai potential rival walau pun darah daging sendiri; dan mereka sanggup mengambil risiko besar dalam usaha mereka memenangi persaingan.

The world of males is high risk, an endless stream of competition, a never ending power struggle, and that is why they die early.

Bagi ruminan liar aku perhatikan, bila sampai musim mengawan, jantan jantan ni akan beradu tenaga sesama mereka sehingga salah seorang mengaku kalah kepenatan atau mengalami kecederaan. Hanya yang menang boleh mengawan dengan kawanan betina. Yang kalah kena merantau jauh jauh, merawat semula kecederaan, membina semula kekuatan dan stamina, dan menunggu masa yang sesuai untuk kembali mencabar pesaing lama.

Tuan tuan pembiak,

Dalam persekitaran semulajadi, hanya jantan yang paling cergas dan lasak menjadi pejantan. Only those who are at the very peak of strength and endurance, at top physical condition, at the highest fitness level - earn the right to mate. Dan fenomena ini telah dan sedang berlangsung semenjak terciptanya mereka ini.

Kenapa fitness (strength + endurance) menjadi keutamaan semasa pembiakan? Kenapa tak kenaikan berat badan? Kenapa tak telinga panjang? Kenapa tak kemanjaan? Kenapa tak yang kulitnya berwarna warni? Kenapa bukan yang paling kuat makan?

Kerana fitness memelihara keupayaan pembiakan (breeding vitality). Bukan sahaja untuk generasi kini tetapi juga generasi selanjutnya. Fitness menjadi overriding factor dalam natural selection.

Renungkan dalam dalam kenapa fitness level menjadi keutamaan semasa pembiakan, walaupun wujud incestuos mating? Perasan tak, dalam kawanan ruminan liar, sebenarnya incestuos mating perkara lazim? Alpha male mungkin abang, mungkin adik, mungkin anak - tetapi yang pastinya semasa musim membiak, yang paling puncak fitnessnya menjadi pilihan.

Pertalian darah yang sangat dekat tidak diambilkira. Janji yang paling fit. Dan benih yang paling fit ini akan dibiakkan. Berterusan.

Keinginan kepada memelihara ciri fitness ini sangat melampau. Setiap kali musim mengawan, pasti pejantan alpha akan dicabar beradu. Setiap kali musim mengawan. Hanya yang puncak fitnessnya akan dibenarkan mengawan. Biasanya peak fitness pada ketika umur sedang sedang - tak muda tak tua.

Maknanya tempoh menjadi pejantan alpha adalah terhad, jangka pendek. Dan ianya bersilih ganti.

Dan ini membawa aku kepada amalan kita dalam membiakkan kambing. Kita tak terfikir pun akan ciri fitness ni bila memilih kambing untuk dijadikan pejantan, betul tak?

Selama ini aku tidak pernah memberitahu sebab musabab sebenarnya kepada mana mana pelawat ladang aku. Ye aku tahu ada kalangan tuan tuan yang mempersoalkan kenapa aku membiarkan berlakunya insiden inbreeding dalam program pembiakan aku. Tak takut ke inbreeding depression? Dan aku tahu ramai rakan ternak yang terkejut bila aku beritahu aku cuma ada 2 pejantan untuk 100 ekor lebih induk.

Panjang nak cerita weh. So aku dah mula reveal sedikit demi sedikit kenapa aku buat macam ni buat masa ini.

I mimic natural selection in the wild.

Selection pejantan aku bukan sahaja pada masa berat ketika cerai susu, tetapi aku menilai tahap fitness jantan jantan yang nak dijadikan pejantan. Sebenarnya aku sudah lama memburu kambing untuk dijadikan pejantan. Tapi setakat ini aku belum berjumpa lagi di mana ladang pembiak yang mampu menghasilkan pejantan yang very very fit.

Walau pun kambing jantan tu harga $3000, $5000, $10000. Cantik memang cantik. Geram memang geram. But I doubt their fitness level. I severely doubt it.

Aku bukan setakat mahu pejantan yang libidonya tinggi, tetapi juga memiliki stamina yang tinggi. Jantan libido tinggi ni biasa aku jumpa, tapi nak cari yang betul betul fit, payah betul. Dalam sistem intensif, fitness tidak akan terhasil. Tak kisahlah fullblood cantik macam mana pun, libido tinggi menggunung sekali pun - stamina tidak akan terbina tanpa aktiviti fizikal yang signifikan (walking, running, jumping).

Dalam sistem semi intensif - boleh muncul fitness. Tapi nak cari ladang semi intensif yang betul betul gembala sepenuh masa - mak aih seksanya nak cari. Itu pasal lah aku guna pejantan dalam kawanan asal juga. Tapi aku pastikan diorang ni di puncak kekuatan dan stamina. Very fit and in top physical condition.

Sepertimana behaviour kawanan kambing liar - alpha males aku juga tiada masa rehat sepanjang tempoh menjadi pejantan. Nak rehat nanti - bila dah nampak slow, stamina menurun, balik dari lepas meragut tercungap cungap - masa tu aku kick out terus permanent retirement. Ganti pejantan lain. Serupa situasi semulajadi.

And this strategy works for me. Beautifully. I have not encountered any supposedly fearful ill effects of inbreeding depression.

Fitness create and preserve breeding vitality. Every breeder will want breeding vitality in their herds. It is necessary for long term reproduction capacity and thus survival of the herds.

Dan bukan sahaja pejantan yang kita mahu superbly fit, tetapi juga kambing betina kita yang nak dijadikan induk. Pejantan fit + induk fit = kadar kelahiran tinggi dan kesinambungan.

Jadi tuan tuan pembiak, untuk dapatkan breeding vitality dan kesinambungannya, jadikan kambing kita fit.

Make them walk, and walk, and walk...

Bathe them in sunlight, let fresh air fill their lungs, and let nature shape them. They will become fit, and they will not disappoint their master.

Get fit!

WARNING : Apa yang aku buat di atas adalah untuk pembiakan kambing pedaging di mana boleh 'cincai' sikit. Kalau kita buat pembiakan baka, memang kena lebih selektif, elakkan situasi inbreeding. Karang banyak sangat orang persoalkan, tak larat nak jawab.

Aku tahu apa yang aku buat sangat kontra, sangat berlawanan dengan fahaman konvensional. Ada yang terkebil kebil tak percaya bila baca post aku ni. Terpulanglah pada tuan tuan. Nanti kongsilah pengalaman kita bersama.

Tuesday, March 5, 2013

ANAK BETINA


Kambing betina memang slow sikit kadar kenaikan beratnya berbanding jantan. Tak tahu kenapa. Ada sesapa yang dah kaji fenomena ini?

Ok. First aku nak ucap terima kasih kepada geng penyelidik yang telah menimbang setiap ekor kambing aku minggu sudah. Timbang kambing 300 ekor bukan kerja senang, tiap tiap bulan pula tu. Sah sakit pinggang. Kerja berat. So, thanks guys for your effort!

Pada umur 140 hari, seekor dara single birth yang menyusu beratnya 27kg. Pada umur 140 hari juga, dua ekor kembar betina masih menyusu berat masing masing 19kg. Maknanya total weight 38kg.

Jumlah dedak yang diberi kepada maknya adalah sama, baik kepada single birth atau twin birth. Cuma mungkin masa meragut, kambing yang beranak dua ni makan lebih banyak lebih pantas.

Maknanya lebih untunglah bila kambing beranak dua berbanding satu. Purata harga dara $20 sekilo. Yang single birth tadi harga jual dapatlah $540. Manakala si kembar dapat $760 walau pun setiap ekor lebih ringan.

Developing cost sama. Tunggal atau kembar.

Makanya tuan tuan, kadar kelahiran yang tinggi sepatutnya menjadi primary indicator prestasi ladang pembiak pedaging. Bukannya kadar kenaikan berat. Weight gain rate ni biarlah jadi secondary indicator. Kalau ada pembiak pedaging yang berkeras kata weight gain rate lebih penting daripada kidding rate, maka aku yakin operasi pembiakannya akan cepat bungkus.

Semua pembiak tulen berpengalaman pasti bersetuju dengan kenyataan aku. Geng trader dan geng importer seperti biasa akan memberi kenyataan berpusing pusing menyorok kebenaran, janji dapat jual kambing diorang. Bagi geng trader/importer ni memanglah nak peduli apa kadar kelahiran. Udahnya memang tak buat pembiakan.

Anehnya terlalu banyak penternak baru yang nak menjadi pembiak, sibuk jadikan geng importer dan trader sebagai consultant. Sanggup membayar yuran konsultasi yang tinggi. Dan seperti kebiasaannya, ramailah yang cepat bungkus.

Kita kena hati hati daripada mana sumber maklumat kita. Kalau kita nak membiak, dapatkan nasihat daripada pembiak. Kalau nak trading, dapatkan nasihat daripada trader. Kalau nak mengimport, dapatkan nasihat daripada pengimport.

Jangan campur aduk nasihat tu. Memang tunggang langgang serabut jadinya kepala kita.

Dalam masa yang sama, ada pembiak yang excited sangat nak dapatkan kadar kelahiran tinggi sampai ke tahap mahukan 3 ke 4 anak sekali beranak. Itu baiklah bagi sape sape yang mampu buat high input husbandry. Tapi bagi pembiak pedaging low input memang tak mahu lebih 2 anak sekali beranak.

Yelah, input terus naik mendadak. Kena beli milk replacer, kena guna botol susu. Kos dan masa. Banyak masa diguna untuk susukan anak kambing. Sekor dua boleh tahan, kena 30-40 ekor anak? Kena beli pula automatic feeder. Kena maintain bersih bersih semua peralatan. Aiii banyak sangat kerja weh.

Takpelah, sape sape yang larat buat high input husbandry, boleh target 3-4 ekor sekali beranak. Aku tak laratlah, aku low input husbandry cukup.

Biar mak kambing je yang jadi bank susu.

Salam!

Monday, March 4, 2013

THE SIGNS


I am a creationist, and I wage war against evolutionist.

Dalam kitab suci kita, Tuhan berulangkali menyuruh kita memerhatikan tanda tanda penciptaanNya pada seluruh isi langit dan bumi. Dan sesungguhnya penciptaan itu hanya berguna kepada orang orang yang berfikir mengenainya.

Tanda tanda.

Signs.

Dan berfikir.

Baiklah, Tuhan telah berfirman di mana semua benda dicipta berpasang pasang. Semua benda. Everything comes in pairs. Langit dengan bumi, syurga dengan neraka, pahala dengan dosa, lelaki dengan perempuan, matter dengan antimatter, graviti dengan antigraviti, energy dengan dark energy, hidup dengan mati - semuanya berpasang pasang.

And every Earth dwelling creature comes in multiple pairs. Multiple. Maknanya lembu kambing ayam monyet ikan bakteria protozoa pokok - semua single cell organism dan multiple cell organism bila dicipta, ada banyak pasangan. Tinggi variasi genetik. Genome (peta gen) lebih 'colorful' - memungkinkan kewujudan lebih banyak subspecies dan baka.

Except human. Agaknya kenapa Tuhan mula mula cipta manusia, dia cipta Adam keseorangan? Kenapa tak multiple pairs (multi pasangan)? Kenapa tak pair (pasangan)? Kenapa ye?

Tuan tuan janganlah  cakap buat apa penat penat kaji, atau janganlah cakap udahnya Tuhan nak buat macam tu. Tuhan dah katakan banyak kali dalam Alquran, dia suruh kaji dan berfikir mengenai tanda tanda penciptaannya pada seluruh alam agar nampak kebesaranNya?

Yang lebih aneh, bila akhirnya Hawa dicipta, dari tulang rusuk Adam. That is almost a clone. Almost. But not. (klon ni kalau sumber induk kita jantan, produk pun jantan. Kalau sumber induk betina, maka produk pun betina. kromosom XX, XY). Jadi Hawa ni memang sangat misteri penciptaannya, macam mana sumber induk jantan (Adam) tapi yang terhasil betina? 

Suatu misteri yang sangat besar, yang dapat membuka suatu pintu ilmu baru, merevolusikan bioteknologi sekiranya dikaji.

Kenapa manusia dicipta sebegitu? Jauh berbeza dengan makhluk lain? Dan kenapa tulang rusuk?

Ilmu genetik telah merungkai kenyataan di mana sekawan monyet (20-30 ekor) dalam satu kawasan hutan memiliki variasi genetik yang lebih tinggi daripada 7 billion manusia sekarang. Pehhh... takjubnya aku. Maksudnya tuan tuan, betullah sepertimana yang Tuhan cakap, semua makhluk di bumi diturunkan berpasang pasang. Manakala kita ni daripada Adam dan Hawa. Single pair je.

Peta genetik kita tak banyak berbeza antara sesama kita. Rupa kita mungkin berbeza, tapi dalaman serupa. Kita sangat hampir dengan ayah kita Adam.

Pengetahuan ini membawa aku kepada suatu persoalan baru.

Inbreeding, dan inbreeding depression. Tuan tuan, manusia tidak memiliki genetic richness. Hawa itu sendiri terlalu dekat kandungan genetiknya dengan Adam. Tetapi anehnya sampai sekarang manusia masih membiak, elok membiak keturunan demi keturunan. Walau pun kita manusia ni dari segi spesis, boleh dikatakan 'inbreeding'.

Kita ni asalnya single pair, pulak tu almost a clone mak Hawa kita. I am very very perplexed by this strange pheomenon. Ada sapa sapa boleh bagi penerangan?

*Hmmm... manusia adalah suatu makhluk yang dijadikan sangat suka mengembara. Curiosity kita melampau. Dan kajian genetik mendapati kita ada explorer genes, yang menjadikan kita tak senang duduk diam, tapi asyik terfikir mencari adventure.

Dan sifat suka mengembara ini mungkin menerangkan kenapa manusia tidak mengalami inbreeding depression walau pun asal penciptaannya single pair. Kerana persekitaran baru mampu mengubah susunan gen dan menggalakkan kemunculan gen baru demi adaptasi persekitaran.

Maka peta genetik manusia boleh berubah sedikit bagi setiap kawasan geografi dan iklim yang berbeza, tetapi sedikit perbezaan sudah cukup menurunkan kebarangkalian kesan buruk inbreeding.

Now mungkin ada antara tuan tuan sudah tahu apa rahsia dan peranan junk genes?

Sunday, March 3, 2013

BILA SHAHIID DATANG..


Aku tengah sakit perut masa shahiid datang. Baik punya sakit. Caffeine overdose + cili + belacan. Dan aku percaya aku tergolong dalam sebahagian manusia penghidap phenylketoneutrics. Sifat ini menyebabkan penghidap mengalami situasi pembetungan negara negara maju sebaik sahaja termakan benda benda tertentu. Efisien dan lancar. Jadi aku tak berapa stabil masa shahiid ni datang.

Shahiid dari lukut, port dickson. Muda lagi. 27 tahun. Sebaya isal lah. Dah kahwin. Baru je menternak kambing selepas raya. Raya puasa atau raya haji aku pun tak ingat. Datang bersama bapaknya yang kerja kat tenaga nasional. Aku lupa nak amik gambar. Perut tak stabil punya pasal.

Salah satu soalan yang menarik minat aku ialah apabila ditanya macam mana nak buat penggemukan. Is it possible to fatten only by using fresh forages?

Yes. Possible. Memang boleh gemukkan guna foraj segar sahaja (dedaun atau rumput). Kalau kambing kita bagi bagi dedaun secara ad libitum (sentiasa ada), mungkin hampir menandingi amalan grain mix(bukan sebarang dedak ye) + foraj. Dari segi kualiti nutrisi daging, pastinya menggemukkan dengan hanya menggunakan foraj segar adalah yang terbaik. Pasti nisbah omega 3:6 berada dalam keadaan sangat memuaskan.

Cumanya aspek kelembutan daging. Banyak kajian terhadap daging mendapati kambing dan lembu yang digemukkan dengan bijirin (grain) memiliki daging yang lebih lembut. Dan kelembutan maksimum (maximal tenderness) dicapai apabila penggemukan menjangkau 100 hari. Kalau bagi foraj sahaja sebagai makanan penggemuk, kelembutan setara boleh dicapai dengan penambahan beberapa proses - electrically stimulated, blade tenderized, and aged properly.

Jadi bagi sesiapa yang nak menggemukkan guna foraj segar sahaja - kita penat banyak nak cari kuantiti foraj, tetapi boleh dapat harga menarik kalau ada innovative marketing yang target very health conscious consumer.

Kalau guna dedak yang ada grain, lagi cepat gemuk kambingnya dan lagi lembut daging. Personally aku pilih cara ini buat masa ni. Sebabnya aku malas cari rumput, dan turnover kambing aku cepat. Kandang tak muat pun nak buat penggemukan sampai 100 hari. Biasanya 1.5 bulan ke 2 bulan, aku dah jual.

Kebanyakan penternak tak fikir sangat kualiti daging, pasal lebih tertumpu kepada berat hidup (liveweight gain). Janji kambing cepat naik berat. Peduli apa daging sedap tak sedap. Jadi macam macam feed digunakan. Kebanyakannya mengelak menggunakan grain, pasal grain mahal. Tapi cara ini tidak membina reputasi jangka panjang. Dan dah semakin banyak wujudnya discerning customer, jenis yang cerewet sikit dalam pemilihan citarasa daging. Jadi perubahan pasaran kita kena ambil kira.

Bagi pembiak pedaging yang nak masuk elite status, kualiti mesti diutamakan, kerana kita akan target niche market, bukan lagi mass market. Yelah kita pembiak, apalagi yang macam aku 100% pembiak. Jadi keupayaan pengeluaran terhad. Aku tak boleh target mass market selama lamanya, nanti profit level dok tang tu juga. So aku kena bergerak ke arah pasaran khusus (niche market) di mana bilangan customer lebih sikit tapi sanggup bayar harga lebih tinggi.

Macam Porsche. Buat kereta sikit aje, tapi berkualiti, ada attention to detail. Rupa kereta tak jauh beza. Itu juga dari dulu sampai sekarang, cuma dalaman yang banyak berubah. Pasaran sasaran bukannya mass market macam kereta toyota, nissan, volkwagen, audi, proton, blah blah blah. Tapi golongan tertentu, niche market. Dan lebih 80% kereta Porsche yang dibuat selama ini, masih mampu bergerak di jalan raya. Quality engineering.

Dan Porsche adalah the most profitable car company in the world.

Salam!

Friday, March 1, 2013

ELAKKAN TELINGA EKSTRA PANJANG!!


Bagi pembiak pedaging low input....

Dan telinga bukanlah untuk membebaskan haba.

Bagi sapa sapa yang membiak kambing pedaging style low input, pemilihan baka telinga labuh adalah kurang tepat. Manakala memilih kambing dari sistem extensif untuk dimasukkan ke dalam stail low input atau high input adalah tidak tepat. It is waaayyy off the mark. Do not entertain the idea of buying goats raised in extensive system for our breeding purpose. Do not. Please.

Tapi cerita kali ni akan fokus kepada kenapa telinga labuh (extra panjang - macam jamnapari, atau shami) kurang sesuai untuk pembiakan pedaging low input. Sapa sapa yang nak buat pembiakan pedaging high input takpe boleh guna telinga labuh.

Ok. Kita tengak observation Darwin dulu. Charles Darwin perasan satu benda yang unik, yang membezakan antara binatang ternak dengan binatang liar. Menurutnya cuma binatang ternak je yang telinga panjang dan jatuh ke bawah. Semua haiwan liar tiada yang telinga panjang atau jatuh ke bawah melainkan gajah.

"not a single domestic animal can be named which has not, in some country, drooping ears" (Darwin - On the Origin of Species).

Darwin juga perasan binatang ternak ada perbezaan kelakuan berbanding binatang liar, yakni binatang ternak ada perasaan ingin berdamping dengan manusia. Selain itu Darwin juga perhatikan binatang ternak ada perubahan dari segi saiz badan (menjadi lebih besar), warna kulit berubah (menjadi semakin berwarna warni dan bertompok), bulu pun berubah (boleh menjadi semakin panjang dan berombak - macam jamnapari), ekor pun boleh berubah (menjadi semakin pendek dan berpusing serta bergoyang ke kiri ke kanan bila nampak manusia), dan kitaran pembiakan juga berubah.

Semua perubahan itu terjadi apabila binatang ditundukkan, apabila binatang masuk master-servant relationship, apabila domestication genes diaktifkan, apabila keinginan berdamping manusia dipenuhi.

Tanpa kehadiran dan campurtangan manusia, binatang tidak akan menjadi binatang ternak, dan tanpa ternakan, tamadun manusia tidak akan wujud. Tidak akan wujud.

Now, tuan tuan pembiak telah pun mengetahui akan pemerhatian Darwin yang membuka minda kita. Sekarang aku nak bawa tuan tuan pergi mendalam sikit. Eksperimen Belyaev di Russia yang telah berjalan selama berdekad dekad. Aku rasa mungkin masih berlangsung hingga ke hari ini.

Ok. Belyaev menjalankan eksperimen unik ke atas musang. Beliau mahu melihat bolehkah musang liar dijinakkan dan apa yang terjadi kepada keturunannya. Belyaev memilih berdasarkan kejinakan. Maknanya mana mana musang yang nampak tidak takut bila manusia datang kepadanya, atau nampak 'excited' bila manusia menghampirinya, maka musang itu akan dipilih menjadi baka dan induk untuk dibiakkan, manakala keturunannya pun akan dipilih pilih lagi untuk generasi selanjutnya.

Semua pemilihan adalah berdasarkan tahap kejinakan. Makin jinak, makin bagus. Tetapi dalam masa yang sama, Belyaev juga menjalankan seleksi pembiakan berdasarkan keliaran atau aggressiveness. Mana mana baka dan induk yang paling liar akan dikahwinkan dan diperhati keturunannya.

Jinak versus liar.

Menariknya, Belyaev perhatikan, seiring dengan pertambahan kejinakan, semakin lama perdampingan dengan manusia, semakin banyak input yang dikeluarkan, semakin manja musang tersebut dengan manusia - semakin berubah sifat fizikal (morfologi) musang.

Yaaa musang musang jinak itu semakin jatuh (floppier) dan panjang telinganya, semakin muncul warna warna menarik dan bertompok pada kulitnya, semakin berkembang bulunya (fluffy), dan semakin mencanak bergoyang ekornya bila nampak manusia. Hanya dalam beberapa generasi, wujud perubahan ketara (bukan sikit perubahan ye) dari segi fizikal musang apabila Belyaev membiak musang berdasarkan sifat jinak.

Sifat fizikal musang jinak ini sangat sangat berbeza dengan sifat fizikal musang liar. Dan didapati bukan sahaja fizikal berubah, tetapi kandungan genetiknya juga berubah. Musang jinak ini sememangnya dah mencapai tahap pet (binatang peliharaan, bukan lagi binatang ternakan).

Now, kombinasi observasi Darwin dan eksperimen Belyaev membuatkan aku mendapat eureka moment bila aku tengok bagaimana kambing jamnapari dan kambing shami memiliki telinga labuh yang sangat ketara, dan cara dua baka telinga labuh ini dipelihara di bumi asal mereka.

Jamnapari dulu.

Di Indonesia, purata bilangan kambing bagi seorang penternak ialah 12 ekor. Majoriti penternak kambing Indonesia memelihara secara kecil kecilan. Dan ini membolehkan mereka memberi tumpuan lebih kepada kambing mereka. Senang nak kasi extra feed, senang nak manjakan, senang nak bagi botol susu, senang nak mandikan, senang nak gosok gosok belai belai – senang nak tinggikan input.

Sebab itu jamnapari di sana makin lama makin panjang telinga. Labuh betul. Dia punya panjang mak aihh. Itu adalah petanda ia sangat sangat jinak. Petanda ianya lebih kepada pet. Petanda ianya tuan, manakala kita  jadi hamba. Haaa..  dan aku tahu sebagaimana tuan tuan pembiak semua tahu, betapa jinaknya jamna berbanding baka baka lain, betul kan?

Shami pula.

Shami di Greece dipelihara secara besar besaran, terbalik dengan situasi jamna. Ada sebuah ladang utama pembiakbaka Shami di situ dan ia ada lebih 5000 ekor. Tujuan utama untuk susu dan produk hasilan susu. Kalau tuan tuan nak tahu, semua anak Shami yang dilahirkan akan dipisahkan dari maknya hari itu juga.

Semuanya.

Kolostrum? Buat rumusan sendiri. Susu seterusnya? Minum dari automatic feeder. Punca susu? Milk replacer lah, yang dari susu lembu tu. Kena buat macam tu, pasal semua susu kambing nak dijual. Dan ini menyebabkan kambing Shami sangat sangat bergantung (dependant) dengan manusia.

Shami menjadi sangat jinak. They have to.

Aku rasakan baka shami adalah baka kambing paling jinak dalam dunia. Udahnya semua anak dibotol susukan. Pasal tu telinga bukan main panjang. Labuh. Sama macam jamna. Menggambarkan di mana skala kejinakan mereka dalam master-servant relationship. Menggambarkan betapa tingginya input yang perlu dikeluarkan untuk mencapai outstanding output. Shami memang one of the world's best milker tapi input kena tiptop lah baru boleh dapat.

Now tuan tuan. Sekarang kita dah nampak kenapa wujud baka telinga labuh dan implikasinya. Observasi Darwin dan eksperimen Belyaev membantu kita memahami kenapa mereka jadi macam itu. Bagi para pembiak kambing pedaging yang memilih cara low input husbandry, kita akan elakkan telinga labuh ini. Mereka terlalu jinak, memerlukan input tinggi, perlukan layanan tahap master baru perform baik punya.

Tuan tuan pembiak, low input husbandry ialah kita jadi master, kambing jadi servant. Kita tak boleh terbabas. Kita mesti pilih baka yang sesuai untuk sistem low input. Bagi aku kambing telinga labuh adalah antara sifat kambing yang kita tak mahu wujud dalam situasi low input husbandry. Perit kita nanti nak maintain input. Melainkan kita dah bersedia. Takpe kalau macam tu.

Oh ye tuan tuan! Aku bukan anti high input husbandry ye, aku anti very low input husbandry (sistem extensif). Jangan salah faham. Kalau tuan tuan nak biakkan kambing pedaging guna high input, guna telinga labuh, guna kaki pendek, guna kambing bertompok tompok – dipersilakan. Aku takde masalah. High input husbandry ni berguna untuk high performing atau specialist atau commercial breeds. Memang kena lah pada tempatnya.

Yang aku cerita kali ni adalah untuk mereka (dan aku) yang nak jadi pembiak kambing pedaging low input. Kita guna telinga biasa, atau panjang sikit sudahlah. Baru ngam dengan objektif kita.Balance. Dan kita tak mahu kambing yang terlalu jinak, sebabnya kambing jinak ni banyak sangat minta perhatian kita. Tak lalu weh!

*Bagi pembiak pedaging low input, jangan guna botol susu untuk anak kambing. Jaaangannn. Mengkacau bilaukan master servant relationship. Ada kesan kepada keturunan seterusnya. Input kita akan meninggi. Boleh rujuk post lama aku untuk maklumat lebih.

*Telinga labuh lebih ke arah susu. Kurang sesuai untuk pedaging.

*Semakin jinak kambing, semakin tinggi probable output, semakin tinggi darjah specialization yang kita boleh buat TETAPI input pun kena ikut bertambah. Nak kena tahu fakta ni. Baru kita boleh jadi advanced breeder. Baru kita nampak sebab musabab. Takdelah kita main ikut orang je, atau mudah terpengaruh dengan segala macam khabar angin.

*Aku tak setuju dengan teori evolusi Darwin. Darwin hanya membentangkan teorinya berdasarkan artifak tulang temulang yang sangat sedikit dan langsung tak sempurna. Sesungguhnya semua tulang temulang makhluk seakan akan manusia yang dijumpai sehingga hari ini hanya muat separuh boot kereta kancil. Bengong geng evolutionists ni. 

Salam pembiak!

Wednesday, February 27, 2013

KAKI PENDEK


Ada empat keadaan yang aku perhatikan:

1) Kambing bertompok hanya wujud dalam persekitaran ladang,
2) Kambing kaki pendek (true meat breed) pun hanya wujud dalam persekitaran ladang
3) Kambing susu (true milk breed) pun hanya wujud dalam persekiran ladang
4) Kambing telinga labuh pun hanya wujud dalam persekitaran ladang

Keempat empat ciri tersebut tidak akan wujud bagi kambing yang hidup meliar. Dan empat ciri di atas hanya wujud apabila ada heavy involvement dari manusia. Ya untuk menjadikan salah satu ciri di atas sebagai ciri yang konsisten dalam kawanan kambing kita - high input husbandry diperlukan.

Tapi yang aku nak sentuh kali ni, pasal kaki pendek je. Tak lalu nak cerita semua, lenguh tangan menaip ni ha. Yang lain lain tu nantilah.

Ok, kambing boer tulen adalah specialized meat breed. Baka pedaging tulen. Badan rendah, kaki pendek. Tengok betul betul kaki kambing boer, memang pendek berisi. Banyak daging kat kaki tu berbanding kaki slim. Jadi ini membantu meningkatkan peratusan karkas boer. Boer sememangnya excellent meat breed..... bagi zon cuaca panas dan kering, atau bagi sesiapa yang yang boleh buat high input husbandry.

Sebenarnya kan, kambing pedaging tulen (tak kisah lah boer ka, kalahari ka, savannah ka atau apa apa baka yang sifat fizikalnya pendek gemuk) tak boleh wujud dalam keadaan liar.

Kaki pendek tak boleh berlari pantas. Tak cukup 'spring' kat kaki dia. Bila dikejar pemangsa yang buas buas, sekejap aje dah kena tangkap. Kalau kita tengok struktur kaki semua ruminan kecil yang liar liar, kita akan perasan mereka ada kaki yang slim, tak pendek sangat, tak panjang sangat. Mereka ada 'spring' ketika mereka berlari, membolehkan mereka melompat lebih jauh dan pantas. Justeru meninggikan kemungkinan meninggalkan pemangsa tercungap cungap mengejar di belakang.

Cuba tengok pronghorn atau gazelle. Betapa lincahnya mereka meloncat pantas bila dikejar pemangsa. Kaki memang slim, dan ada spring. Begitu juga kambing liar pergunungan. Kakinya bukan pendek sangat, bentuk badan pun tak gemuk. Sedang sedang gitu, baik kaki dan body shape. Senang nak meloncat kawasan curam curam.

Manakala true meat breed hanya mampu wujud dalam persekitaran ladang, hanya mampu wujud dengan campur tangan manusia yang signifikan. Dia boleh jadi jaguh dalam kampung dia, tapi easy prey bila dilepaskan ke persekitaran liar.

Kaki pendek ni disadvantage kalau dalam persekitaran semulajadi. Tapi advantage pula dalam persekitaran ladang. Ada trade off kat sini.

Penternakan (penundukan, kemudian penjinakan yang semakin tinggi darjahnya) membolehkan specialization dilakukan, tapi akan ada sifat sifat yang membolehkannya hidup lasak - hilang. Makin tinggi atau mendalam specialization, makin tinggi input yang mesti dikeluarkan. That's the rule.

Now, bila kenyataannya macam itu, kita akan faham kenapa ramai yang tumbang bila bela true meat breed, atau true milk breed, atau telinga labuh, atau bertompok. Ramai penternak tak bersedia sebenarnya nak buat high input husbandry. Terlalu ramai penternak yang aku tengok, beli baka specialist ni, kemudian buat style low input. Lagi teruk terus buat extensif. Mana mana yang faham, akan buat high input tapi tu lah tak tahan dengan kos.

Bagi aku, realiti dunia penternakan di Malaysia kita ni, belum bersedia mengamalkan high input husbandry, belum bersedia menggunakan baka specialist. High input husbandry untuk baka specialist hanya untuk pembiak advance, serentak dengan keupayaan kapital.

Dua dua kena ada, advanced knowledge, dan high capital. Berapa banyak pembiak yang ada dua sifat ni? Ada banyak ladang komersial yang aku tengok, memang keupayaan modal tak diragui. Masalahnya knowledge tak cukup. Syok sendiri yang banyak. Rekod ladang pun takde, nak knowledge amendenya.

Tuan tuan pembiak,

Untuk menggalakkan penyertaan pembiak pembiak entry level di mana kebanyakannya muda muda dan tiada super capital, jalan yang aku nampak ialah low input husbandry dan penggunaan darah tempatan sebagai asas. Kita kena lahirkan dulu banyak banyak basic breeder yang untung operasinya.

Besok nanti, bila dah makin ramai basic breeder ni, dan dah ada 'core' knowledge driven breeders, baru kita boleh buat high input husbandry. Ramai ramai boleh buat. Terpulanglah nak guna baka specialist atau nak develop baka kita sendiri.

Masa tu output kita boleh jadi incredible.

But first, get the basics right!

Tuesday, February 26, 2013

KENAPA KAMBING BERTOMPOK?


Aku tertarik apabila isal beli kambing bertompok. Dan aku tertarik bilamana zul berpendapat kambing pedaging patutnya fokus daging, bukannya warna kulit atau panjang tanduk. Inilah pandangan aku.

Tompokan pada kulit kambing hanya wujud pada kambing yang telah ditundukkan. Tak kisahlah samada dijinakkan melalui pengembalaan atau sistem intensif. Hanya kambing yang masuk master servant relationship akan memiliki tompok (samada kita jadi master atau pun kambing tu yang jadi master).

Kambing feral atau kambing liar atau kambing tak bertuan atau kambing sistem extensif tidak akan memiliki tompok, dan ketompokan tidak akan diwariskan dalam kawanan kambing yang hidup sebegitu.

Kalau kita beli kambing bertompok, kemudian kita cuba biakkan mengguna sistem extensif (tanpa gembala, atau tanpa elemen penundukan) maka ketompokan akan hilang pada generasi selanjutnya.

Kambing liar tidak akan bertompok kerana tompok membahayakan kewujudannya. Tompok memudahkan kambing visible kepada pemangsa. Macam serigala, anjing liar, dingo dan lain lain.

Kambing dan lembu hanya bertompok jika dia rasa selamat, jika dia rasa tuannya sering memantau keselamatan dirinya, jika tiada ancaman pemangsa.

Habis tu, apa guna tompok tompok ni? Takkan saja saja muncul? Sebab rasa selamat aje?

Tuan tuan pembiak, tompok sebenarnya menarik perhatian. Sangat menarik perhatian manusia. Bila binatang bertompok, kita akan beri lebih perhatian. Betul tak betul? kita akan lebih manjakan dia, belai belai dia, selalu memantau, bagi extra feed. Selalunya dia yang paling cantik dalam banyak banyak kambing kita. Sebab kita selalu pantau dia. Pantang ada yang tak kena, cepat je kita nampak, terus bertindak. Dia kan high visibility, betul tak?

Jadi tompok ni salah satu adaptasi kambing jinak untuk mendapat lebih perhatian manusia.

Kambing yang jinak (dah terbabas master servant relationship) hasil perhatian kita kepadanya, akan ekploitasi keadaan itu untuk dirinya DAN keturunannya. Kambing jinak tahu bagaimana memerangkap hati manusia DAN cara bagaimana untuk berterusan mencairkan hati manusia, agar terus memberi lebih perhatian kepadanya. Kambing jinak memiliki jauh lebih tinggi keupayaan merubah fizikal keturunannya (morph) berbanding kambing tak jinak.

Maknanya kalau kambing kita yang jinak tu tak bertompok langsung, ada kemungkinan keturunannya akan bertompok. Dan perkara ini memang terjadi kat ladang aku.

PENTING : Semakin jinak kambing, semakin banyak perubahan fizikal pada keturunannya. Semakin tinggi input kita, semakin banyak kambing bertompok akan muncul dalam kawanan kambing kita.

Bukan sahaja tompok, tapi bulu boleh berubah, ekor boleh berubah, bentuk badan berubah.

Adakah tuan tuan pembiak masih bersama aku?

Yaaaa tompok hanya wujud pada kambing yang jinak. Dan barangsiapa yang buat low input husbandry dimana kita adalah master dan kambing jadi servant, insiden ketompokan hanya minima.

Sapa yang buat high input husbandry (di mana banyak kambing yang jadi master dan kita pula jadi servant), maka ketompokan akan merebak ke dalam kawanan kambingnya.

Jadi kepada isal yang dah beli kambing bertompok, kena manjakan sikitlah kambing tompok tu, baru dapat ekstrak full potential, dan mewariskan keturunan yang bertompok. Kalau kita layan sama macam kambing biasa (kita master-kambing servant), maka ketompokan akan hilang perlahan lahan. Gradually disappear.

Jangan risau, tompok tompok ni takde hal sangat. Petanda signifikan kambing high input ialah samada kaki pendek ATAU telinga labuh (bukan tahap panjang lagi dah, tapi panjang melayut siap berpintal pintal). Yang ini aku akan cerita lain bab.

PENTING! PENTING! PENTING!

Tompok bukan disadvantage. Kambing bertompok biasanya memiliki prestasi lebih baik dalam hal kenaikan berat badan, atau kuantiti susu, atau kadar kelahiran. Cumanya kita kena up sikit input kita. Itu adalah normal.

Aku tak nak tuan tuan salah faham. Karang ada pula yang tak mahu langsung kambing bertompok. Bukan macam tu. Jadi kena baca betul betul post aku. Perkataan yang aku gunakan memang kena tengok banyak kali. Post post sebelum ini pun sama kena baca slow slow. Jangan cepat sangat terjun buat kesimpulan.

Balik kepada cerita kambing bertompok. Sebenarnya kambing bertompok memang higher performing samada kenaikan berat atau kuantiti susu atau kadar kelahiran. Memang ye. Bukan mungkin. Iye memang higher performing. Tetapi input kita mesti up sikit untuk dapatkan higher performing status tu. Kena manjakan. Kena belai belai. Kena bagi nama. Kena bercakap dengan dia. Kena gesek gesek hidung kita dengan hidung dia. Kena bagi extra feed.

Barulah dia bayar balik input yang kita keluarkan dengan outputnya yang lebih baik berbanding kambing tak bertompok. Dan lebih mudah keturunannya muncul bertompok tompok.

Ok. Salam hormat!

Monday, February 25, 2013

SIKIT LAGI USAIN !!!


dan Super Goat...

Usain Bolt adalah manusia terpantas dunia buat masa ini. Rekod 100m dalam 9.58 saat (top speed 45km/j) membuatkan dia tergolong antara manusia yang elit fizikalnya. Superhuman.

A near perfect sprinter, but not yet a perfect sprinter

Tapi berdasarkan kajian kajian oleh Human Performance Unit dari beberapa universiti Barat, secara teorinya, otot badan kita mampu memecut kepada 65km/j. Err.. teori lah, sebabnya banyak kekangan perlu diambilkira. Contohnya bagi kebanyakan manusia, pecutan paling laju boleh dibuat ialah 43km/j. Sebabnya atas 43km/j, tendon quadriceps akan terkoyak dari lutut.

Selain itu, berdasarkan kajian Alun Williams dari Manchester Metropolitan University yang diterbitkan dalam Journal of Physiology, beliau mengatakan ada 23 gen yang mempengaruhi potensi fizikal atlit pecut. Contohnya gen yang mengawal oxygen intake, muscle endurance, muscle contraction, dan lain lain.

Didapati Usain Bolt ada 21 gen atlit pecut.

Sikit lagi nak dapatkan 23.

Kalau ada semua 23 gen ini, maka Usain Bolt mampu benar benar menjadi jaguh pecut terhebat dalam sejarah manusia. A true blue absolute sprinter.

Kebarangkalian satu individu untuk muncul dengan semua 23 gen dianggarkan 1 dalam 1212 trillion. Omakkk kauu.... jenuh nak menunggu macam ni. Memang kena buat genetic engineering, baru menurun kebarangkalian, baru mudah muncul super atlit.

Dan aku terfikir bagaimana situasinya dengan kambing. Ada tak kajian genetik yang telah merungkai apa dan berapa banyak gen yang mempengaruhi potensi kambing pedaging? Dari segi kecekapan penukaran makanan, kecenderungan fat distribution dan sebagainya?

Kalau berdasarkan pemerhatian mata kasar para pembiak memanglah ada banyak kajian, pasal kita pembiak banyak buat fieldwork dan eksperimen. Cross sana cross sini, cuba macam macam teknik. Tapi kajian genetik ini menerobos masuk ke dalam, sains di sebalik semua itu. Rasanya belum ada kan?

Maybe in progress. Sebab ilmu genetik ni dikira baru. Genome sequencing pun tak banyak buat, baru berapa ekor kambing yang dah dibaca kandungan genetiknya kan? hmmm... kalau lebih banyak usaha kita curahkan untuk ilmu genetik, pasti kita dapat kenalpasti apa dan berapa banyak gen yang mengawal potensi kambing pedaging.

Ini bakal merevolusi dunia penternakan. Memudahkan kita memilih benar benar sifat pedaging terbaik. Lebih tepat daripada penggunaan darah keturunan, tak yah dah sibuk sibuk fullblood certificate. Sangat menjimatkan masa kita. Sekarang ni banyak sangat guessing game, dok teka teka berdasarkan mata kasar. Jadi boleh berlaku banyak kesilapan dalam meneka neka.

Senang cerita, bagi aku, ilmu genetik ni memudahkan kebarangkalian muncul super meat goat. Kalau dulu 1 dalam 1 billion, maka ilmu genetik ni memungkinkan 1 dalam 100 juta. Haaa kan baik punya cerita.

Dulu kita menunggu setiap 100 tahun muncul seekor kambing luar biasa. Kali ni kita boleh pendekkan masa menunggu. Mungkin 25 tahun sekali, muncul seekor kambing luar biasa. Mungkin juga dua tiga ekor sekali muncul.

Super Goat.

How exciting...

Sunday, February 24, 2013

THE TROUBLE OF PROCESSED VITAMINS


Kita rasa selamat dan sihat apabila kita menelan suplemen vitamin setiap hari. Kita juga rasa yakin bilamana dedak kambing yang kita beli, atau garam jilat, atau rumusan makanan kambing kita ditambah vitamin sintetik dalam dos yang tinggi. Kita semua sanggup keluarkan belanja yang lebih tinggi untuk rasa selamat membeli 'tambah nilai', baik untuk makanan kita sendiri atau pun makanan ternakan.

Kita disarankan mengambil vitamin secara jangka panjang untuk sifat antioksidannya yang boleh memanjangkan umur dan meningkatkan prestasi kesihatan. Tak kisahlah samada vitamin sintetik atau vitamin yang sumbernya organik (macam minyak hati ikan). Itu kita katakan vitamin diproses.

Kita tertipu.

Tertimbus dalam kepalsuan yang direka reka syarikat farma, syarikat jualan langsung (cosway, amway, zhulian, shaklee blah blah blah...), dan entah apa entiti bisnes lagi. Semuanya bergabung dan dengan licik memperdaya secara halus demi mengaut keuntungan lumayan.

Masing masing mengisytihar rumusannya terbaik, mengandungi segala spektrum vitamin dalam bentuk organik yang mudah diserap badan. Kononnya formulasi mereka lebih baik daripada makanan segar yang diciptakan Tuhan. Mereka isytihar produk mereka lebih pekat, lebih mantap, lebih high performing daripada sayur mayur, ayam, ikan, kerang, udang, daging, susu, bijiran, dan apa apa yang dicipta Tuhan.

Berani mereka katakan mereka lebih pandai dari Tuhan!

Karut sekarut karutnya.

Sebagai contoh, para penyelidik dari Institut Karolinska di Sweden telah menjalankan kajian ke atas 31,000 sukarelawan berumur 45 ke 79 tahun. Semua sukarelawan ini diberi pelbagai jenis vitamin pada pelbagai tahap dos. Kajian dibuat jangka panjang.

Salah satu penemuan mengejutkan (salah satu ye, dan ada banyak lagi) ialah didapati mereka yang kerap mengambil suplemen vitmin C, atau vitamin E, atau kedua duanya sekali - lebih mudah mendapat katarak (penyakit mata yang membolehkan kebutaan).

Tu diaaa.. kita dok ingat hari hari telan vitamin mahal mahal, susah nak dapat sakit. Rupanya meningkatkan risiko penyakit. Berapa banyak antara kita yang dah kena tipu?

Para penyelidik itu juga mendapati mereka yang berumur 65 tahun ke atas lebih berisiko sekali ganda mendapat katarak apabila mengambil suplemen tersebut setiap hari. Dan yang anehnya, mereka yang tidak mengambil suplemen, tapi cuma makan makanan segar didapati tiada risiko katarak.

Haa... makanan segar yang Tuhan jadikan untuk kita sememangnya dah seimbang, bukan setakat nisbah vitamin aje, tapi ntah segala macam chemical yang kita sendiri pun tak tahu. Terbukti memelihara kesihatan dan membiakkan umat manusia semenjak Nabi Adam.

Kita pula dok memandai kata vitamin ciptaan kita yang mencecah juta juta IU lebih baik dari yang diciptakan Tuhan. Bengong sungguh. Orang dulu dulu tak dak pun pil pil vitamin ni, tak yah keluar duit pun nak sihat. Apasal kita sekarang dihujani iklan iklan yang mengatakan kalau nak sihat, kena beli suplemen itu ini, kena beli alat senaman gini gitu, kena keluarkan duit banyak banyak baru boleh sihat?

Kesihatan boleh dibeli ke? Kesihatan hanya untuk orang berduit sahaja ke?

Kalau tengok cara hidup Rasul, kita akan tahu sepasti pastinya bahawa kesihatan tidak boleh dibeli. Kesihatan diperoleh dengan disiplin, dan makan makanan sesegar mungkin.

Ok. Balik kepada cerita keburukan vitamin diproses. Untuk kambing pula.

Aku tiada suplemen vitamin untuk kambing aku. Dan aku tidak menggunakan garam jilat bervitamin. Aku juga tidak menambah tepung vitamin ke dalam dedak kambing aku.

Aku cuma ada Hematofos. Dan ianya digunakan very sparingly. Hanya ketika kambing sakit, nampak betul betul anemik tak larat. Aku cuma gunakan untuk jangka pendek. Takde program pemberian vitamin berjadual atau jangka panjang.

Tak perlu sebenarnya. Sebab foraj segar dan mikrob dalam perut kambing dah cukup menghasilkan vitamin. Melainkan ketika kambing sakit. Masa ni baru kita guna vitamin. Dos tinggi pun takpe. Barulah kena pada tempatnya.

Atau pun mereka yang bela kambing susu. Dok perah hari hari. Macam tu takpelah guna vitamin dos tinggi. Sapa sapa yang bela kambing pedaging jenis semi intensif tak yah langsung suplemen vitamin ni. Mengarut sungguh la. Tapi cara intensif mungkin berbaloilah. Pasal kambing tak cukup cahaya matahari, foraj segar pun terhad.

Apa apa pun, makanan rumusan Tuhan adalah yang terbaik dalam dunia baik bagi manusia mahu pun binatang ternakan. Rumusan manusia semuanya downgrade kualiti dan bersifat jangka pendek. Jangan sekali kali kita berani isytihar rumusan ciptaan kita adalah yang terbaik dalam dunia walau nampak seimbang, hebat serba serbi, kerana banyak lagi yang kita belum tahu.

Ilmu kita tak akan setanding dengan ilmu Tuhan.

Salam.