"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, January 9, 2013

A NOTE ON DEATHS


Bila kambing aku hilang atau tak dapat dikesan, atas pelbagai sebab, aku malas nak fikir panjang, aku tulis sebagai mati. Kalau kambing aku beranak pramatang pun aku rekodkan sebagai mati. So mortaliti aku memang tinggilah walau pun tak berapa tepat kriteria aku.

Tahun 2012 mixed fortune untuk aku. Record deaths tapi dalam masa yang sama record profits. Pelik gak ni. Mortaliti tinggi menyamai tahun pertama aku bela kambing. Kelemahan pengurusan, salah aku sendiri. Malu dibuatnya apalagi bila mendedahkan kepada tatapan umum.

Probably ada kaitan dengan chaos theory yang aku akan post tak lama lagi.

Anyway, berdasarkan research research yang aku semak, bagi sistem semi intensif atau extensif dalam cuaca tropika, kadar kematian 20% ke 30% adalah normal. Figure textbook 5% atau 10% kematian sahaja adalah pengurusan yang sangat ketat. Very heavy involvement. High input. Dan dalam zon cuaca panas dan kering.

Tetapi...

Pengalaman aku sendiri aku pernah dapat kadar kematian cuma 8% pada tahun 2008. Masa tu aku ada 120 ekor kambing. Now perhati baik baik.

120 ekor tanpa guna sebarang jenis dedak atau supplementation untuk induk induk semua status.
120 ekor tanpa ada cukup segregation, tanpa pengawasan kelahiran, tanpa botol susu.
120 ekor tanpa pengurusan high input.

Dan aku mengamalkan mass deworming setiap 3 bulan. Masa itu.

Memang seronoklah masa tu. Tak banyak mati. Tetapi aku dah mula terfikir sampai bila aku nak bergantung harap kepada chemical dewormer. Wonder effect tapi pasti akan berakhir. Pasti. Masa tu nanti silap haribulan, total collapse aku punya herd. Berderet deret mati.

2008 aku dah mula dengar banyak resistance timbul sana sini. Local dan international. Devastating effect kepada ladang ladang yang mengalaminya. Ahh tak boleh jadi. So aku buat keputusan untuk buat selective deworming.

So my mortality start trending up. Naik dan naik, apalagi tanpa pengawasan yang cukup. Dan 2012 menyaksikan kematian tertinggi. Peak. Tetapi takpa. Biar susah sekarang.

Dan berdasarkan rekod aku sekarang, kematian dah mula stabil dan menurun. Masih dengan selective deworm tanpa pengawasan yang cukup. Tapi masih terlalu awal buat kesimpulan. Kena habiskan 2013 tengok macam mana.

Jadi tuan tuan pembiak sekalian, jangan ketagih dengan penggunaan dewormer baik chemical mahu pun herbal. Lebih baik guna cara genetik, biarkan kambing yang darahnya semulajadi lasak membiak keturunannya. Tapi tu lah, kita sebenarnya tersepit. Dilema.

Survivability kita sebagai pembiak lebih penting. Overriding factor.

So strategi yang aku recommend ialah selective deworm. Kalau mass deworm, buatlah 4 bulan sekali atau 5 ke 6 bulan sekali. Buat pada dos yang agak tinggi, jangan underdose. Dan jangan ikut nasihat sesetengah pihak yang suruh kita bantai ivermec setiap bulan bagi tiap tiap ekor kambing.

Parah kita dibuatnya masa akan datang. Risk of total collapse.

I don't use ivermec as a dewormer. For now.

Salam!

Tuesday, January 8, 2013

BERANIKAN DIRI KITA!

Aku biak kambing sahaja. Takdak ayam, lembu, atau ikan. 
Gembala.

Takde integrasi. Tak bergantung pada susu. Tak mengharap pada tinja.

Aku pure livestock breeder. Trading takde, import pun takde.

Rumput pun aku tak tanam. Mesin chopper pun takdak. 

Memang cara kampung. Unimpressive. Low tech. Low input. 

Aku survive. Dan bukan setakat survive, aku juga makmur. Alhamdulillah.

Siapa kata breeding tak boleh buat? Kenapa kata usaha pembiakan mustahil berjaya? Adakah memerlukan modal juta juta baru kata ada chance untuk berjaya?

Kita kena berani, berani untuk terjun, berani untuk melawan arus, berani menghadapi saat saat lemas.

Akan ada yang lemas, tapi akan ada juga yang dapat memijak seberang.

Dan yang lemas tak akan mati, belum game over. Boleh bangkit dan berusaha sekali lagi.

Yang penting kena percaya pada kemampuan diri sendiri. Tak percaya diri sendiri, jangan terjun ke dalam usaha perniagaan. Duduklah kat opis elok elok. Kerja dengan orang lain. Bawah boss. Bawah big boss. 

Dan big boss percaya pada kemampuan diri sendiri. Self belief. Visionary. 

Big boss berani terjun, berani melawan arus, berani untuk lemas, berani untuk gagal.

Berani. Maka beranikanlah diri kita.

Walau kita kecil seperti semut sekali pun.

Dunia milik orang yang berani. 










Monday, January 7, 2013

I GO BOOM BOOM AND COLLAPSE!


Aku belum tutup buku 2012. Belum audit sepenuhnya. Tapi ada pengajaran yang boleh dijadikan renungan bersama. Baiklah, untuk tahun 2012 aku mendapat 315 kelahiran atau anak kambing. Lebih sikitlah dari 2011 di mana aku dapat 238 ekor anak kambing. Jadi potential income lebih besarlah untuk 2012.

Malangnya bagi 2012 aku boom dan collapse. Dalam tahun yang sama. Aneh. Mortaliti atau kadar kematian kambing aku untuk 2012 ialah 34% (unaudited). Separuh pertama 2012 adalah dimana sebahagian besar kematian ni berlaku. Disebabkan infra kandang aku tak cukup.

Petak beranak tak cukup baanyaakk.. adehhh..

Adalah dinasihatkan tuan tuan pembiak kambing kacukan kampung sekalian, kita peruntukkan petak beranak pada 1/3 jumlah induk. Maknanya kalau ada 90 induk buat 30 petak beranak seafdalnya. Lebih petak beranak pun takpa, pasalnya banyak fadilat petak beranak ni. Segregation really is very important in determining kids survivability.

Dan aku cuma ada 24 petak beranak untuk menerima 226 anak kambing. Way too much under capacity. Oktober 2012 baru aku dapat kapasiti 48 petak beranak, dan menerima kehadiran anak kambing selanjutnya.

Itu cerita petak beranak. Satu lagi sebab ialah aku buat selective deworming without adequate observation. Bila buat selective deworming, kadar kematian memang akan meningkat kalau tak observe betul betul. Dan aku memang tak cukup observe. Banyak sangat kambing yang aku terlepas pandang, especially budak budak kambing yang sedang membesar. So jadikan pengajaran.

Berdasarkan kadar kematian yang agak tinggi, sepatutnya income aku biasa biasa je untuk 2012 (tak rugi ye) Mmmm.... tidak. In fact 2012 adalah tahun di mana revenue dan income aku paling tinggi. Improvement sebanyak 233% berbanding 2011.

Yeah kidding rate yang tinggi salah satu faktor yang menyelamatkan usaha pembiakan aku. Kalau kidding rate rendah, mortaliti pula tinggi memang aku dah habih tergolek. Total collapse.

Dan aku juga perasan satu benda atau pattern. Berdasarkan rekod aliran tunai keluar masuk aku, 2012 adalah tahun di mana aku paling konsisten dalam bersedekah. Dan paling banyak. Maka benarlah janji Tuhan. Dia memang guarantee kalau kita bersedekah, nescaya dia tambah. Tambah dan tambah.

Lagi banyak kita bagi, lagi banyak Dia tambah. Dan boleh jadi dari sumber yang tidak disangka sangka. Sampai sekarang aku garu kepala, patutnya income normal je untuk 2012, pasalnya mortaliti anak kambing aku agak tinggi, hasil dari kurangnya kapasiti infra, tapi macam mana pula boleh terlebih lebih?

Sahih dah - sedekah adalah investment terbaik yang kita boleh buat. Pedulikan stock market, emas atau ntah apa apa jenis pelaburan ciptaan manusia yang wujud. Baik kita bersedekah, dan konsisten.

Give, give and keep giving.

Return is guaranteed.

By God Himself.

Salam!

Friday, December 7, 2012

300


Bukan cerita pasal Leonidas dan 300 tentera Sparta. Pertempuran di Thermopylae, menahan kemaraan gerombolan tentera Xerxes, Maharaja Persia. Zaman tamadun Greek purba.

Ini cerita pasal lembu susu. China sudah banyak maju teknologi kejuruteraan genetiknya. Dah dapat mencipta lembu susu yang bukan keluarkan susu lembu tapi susu manusia. Bukan seekor dua tapi 300 ekor lembu susu.

Maknanya bukan tahap eksperimen, atau test drive, tapi dah kira full scale production. Dari segi hukum agama aku tak tahu pula macam mana, tapi rasa rasanya kita orang Islam tak boleh minum susu tu. Rasa rasa je. Ye lah, sel susu manusia pada lembu tu semuanya berasal daripada seorang perempuan China bukan Islam yang tidak diketahui identitinya. Parah gak ni.

Anyway, bila susu manusia buat pertama kali dalam sejarah dapat diproduksi pada skala besar besaran, itu dah menjadi milestone, membuka lembaran baru sejarah manusia. Menentang atau tidak, history is being made.

Mungkin ada juga baiknya teknologi ini. Especially untuk ibu baru beranak yang bermasalah tak cukup susu, atau alahan susu lembu. Lebih baik orang Islam segera belajar teknologi ni. Guna para muslimah yang berkaliber sebagai 'ibu susuan'. Ini lebih meyakinkan.

Well, aku tunggu apa kata majlis fatwa berkenaan hal ini.

Dan apa yang aku nampak, teknologi 300 ekor lembu susu transgenetik ini membuatkan aku terfikir. Mungkin kambing high performance dari zon cuaca panas dan kering (kambing boer lah), kita boleh apply genetic engineering ni untuk menghasilkan kambing boer yang lebih banyak liang peluh pada kulitnya. Jadi dah boleh mengurangkan heat stress yang menjadi halangan utama pencapaian potensi penuh kambing kambing ni dalam zon cuaca tropika.

Ok ok ini agak agak aku je.

But it is tempting to think about that.

Salam.

AKU MENANGIS..


Aku menangis.

Aku menangis bila mendapat tahu Briged Qassam Palestin dibarisi anak muda palestin yang cintakan Allah. Anak muda yang perkasa imannya, yang gagah berjihad melawan nafsu diri sebelum keluar berjihad menentang israel durjana, yang senantiasa solat fardu berjemaah, yang istiqamah dalam solat tahajud di tengah malam dingin, yang kerap berpuasa sunat, yang hafaz alquran dan hadis, yang menjadikan Rasul Allah dan sahabat sebagai ikon agung.

Barisan pemuda luar biasa spiritualnya, suatu pemandangan yang paling mengkagumkan dalam alam semesta, dan menggetarkan jiwa serta menakutkan musuh musuh agama kita. Barisan yang tidak akan terkalah sebagaimana yang telah dijanjikan Tuhan yang Maha Benar.

Walaupun kelengkapan mereka daif, walau pun mereka bukan tentera profesional, walau pun mereka tidak mendapat gaji dan ganjaran wang, walau pun mereka tidak mendapat bantuan dari saudara seugama yang hanya tahu menghamburkan janji janji manis.

Aku juga menangis bila mendapat tahu bagaimana peribadi dan persiapan Muhammad AlFatih, sultan empayar usmaniyah yang berjaya menundukkan kota Constantinople, kubu besar kristian yang tidak pernah ditembusi ratusan tahun.

Aku juga menangis bila mendengar sejarah peribadi dan pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan kebenaran.

Aku menangis kerana aku lambat mengetahui jalan lurus mereka ini. Aku tidak diajar sifat sifat dan kehebatan orang Islam yang sebenarnya baik di sekolah rendah dan menengah mahu pun di universiti. Sejarah Islam yang aku tahu hanyalah sepintas lalu. Dan ianya jelas tidak cukup. Kurikulum Islam yang diajar kepada kita tak cukup membangkitkan semangat kita untuk menelusuri sejarah hebat yang tersembunyi pada tokoh tokoh sejati agama kita.

Kalaulah alim ulama itu pewaris Nabi dan bara yang memastikan Islam tidak akan padam, maka barisan pemuda palestin perkasa iman inilah nyalaan obor yang terang benderang. Mereka inilah yang menegakkan dan menjulang panji panji Islam. Cahaya iman mereka bukan sahaja menerobos seluruh penjuru bumi tetapi menerobos seluruh langit tujuh lapisan.

Tuan tuan yang mulia,

Mereka ini bukan lagi gentar dan takut dengan neraka di akhirat, malah mereka bukan mengejar syurga di akhirat. Tidak tidak tidak.

Mereka mahu berjumpa Tuhan mereka. Mereka mahu roh mereka bersatu dengan Tuhan. Mereka mahu nikmat melihat wajah dan zat Tuhan yang selama hidup ini disuruh beriman kepadanya. Ya inilah nikmat terbesar bagi sebarang makhluk, jauh melebihi nikmat merasai hidup di syurga akhirat hatta 70,000 tingkat sekali pun.

Inilah cinta. Cinta yang sebenar benarnya. Tiada lagi ketakutan dalam roh mereka, yang ada ialah cinta kepada Tuhan. Inilah iman peringkat tertinggi, iman para utusan Allah. Mereka bukan mahukan syurga, tetapi mahukan Tuhan mereka.

Dan sekarang aku tahu kenapa mukmin sejati mahu syahid. Mereka gembira meninggalkan dunia ini, mereka gembira dapat berbaris bersama para nabi, para sahabat, para syuhada dan para mukmin. Bersama sama mendapat nikmat teragung, melihat zat Tuhan yang Maha Esa.

Jalan mereka jalan yang lurus. Malaikat mengiringi mereka, menghulurkan bantuan ketika mereka berperang, memberikan mereka kemenangan yang tidak disangka sangka. Dan saat mereka gugur syahid, Allah membelai roh mereka, mengusap berkata kata " Marilah kepadaKu, kembalilah kepadaKu, bersamalah kamu denganKu".

Ya Allah ya Allah ya Allah besarnya nikmatmu kepada mereka.

Dan aku menangis kerana aku malu dengan tahap imanku. Betapa jahilnya aku, betapa nipis dan goyangnya iman aku, betapa jauh bezanya aku dengan barisan anak muda palestin yang perkasa imannya.

Aku malu tuan tuan, aku sangat malu.

Janganlah mencontohi diriku, baik aku mahu pun usaha kambing aku..

Aku sering lalai mengingati Tuhan..

Ya Allah ampunilah dosa dosaku yang sangat banyak..

Sunday, December 2, 2012

MAHA 2012


Pergi juga MAHA. Last minute decision. Lebih kepada nak bagi anak anak peluang tengok ayam arnab lembu kambing etc. Dan aku separuh menyesal dengan keputusan berkunjung ke MAHA membawa anak kecik. Sebabnya bas yang nak ke bahagian expo ternakan terlalu sesak.

Terlalu sesak. Sesak nafas dibuatnya. Jadi aku tak recommend datang ke MAHA bawak budak kecik. Kesian diorang.

Anyway, aku cuma pergi bahagian ternakan. Tak pergi pameran kat dewan utama mahu pun lain lain tempat. Jadi aku tak tahu sepenuhnya apa yang dipamerkan. Tak boleh nak buat kesimpulan penuh bagi MAHA 2012.

MAHA fun factor dah bertambah. Ada macam macam tarikan untuk budak budak. Carnival like. Ada banyak gerai makan minum, jual selipar, tudung, baju, bla bla bla. Produk tani pun banyak juga.

Knowledge factor? Payah nak cakap ni. Aku kan pergi bahagian ternakan je. Tapi ok sangatlah untuk penternak baru. Ok juga untuk penternak lama. Kalau betul betul rajin tour sana sini, memang boleh uncover a few gems of knowledge. Cuma yang boringnya lagi lagi on display ialah jamnapari dengan boer. Bosan sungguh la..

Generally MAHA berjaya menggalakkan minat dalam bidang pertanian. Jadi ada banyak possible new entrants dalam agriculture. Which is important. Yang ni aku setuju betul. Dan aku sendiri bila pergi MAHA terdedah kepada amalan dan teknologi baru, walau pun bukan semua teknologi tu applicable atau reachable dalam realiti industri.

Contohnya fodder solution. Besarkan benih barli dalam kontena. Sprout. Bukan biakkan ye. Cambahkan dari biji benih kepada anak rumput dalam masa 6 hari. Dalam persekitaran yang kita boleh control parameternya. Itu yang buat dalam kontena. Cahaya, suhu dan kelembapan kita kawal. Untuk itu kena ada bekalan letrik lah. Yang stabil. Jadi kos tenaga boleh tahan juga ye.

Macam pasang aircond 24 jam. Hehehe boleh kira sendirilah berapa energy cost tuan tuan. Dan tak boleh bergantung kepada grid sahaja. Kena ada backup power. Kena beli generator. Mana tau tiba tiba kondem TNB punya supply. Kalau takde backup, sekejap je dah rosak berkulat barley grass dalam kontena tu.

Kulat aspergillus clavatus. Seriously deadly kepada ternakan kita. Dalam persekitaran tropika kita ni, kena jaga betul betul lah kita punya kontena tu. Kena selalu bersihkan. Satu hal lagi. Banyak kerja betul. Beli dedak lagi senang weh. Terus kasi makan.

Macam mana pula dengan setup cost?

Mahal. Sorry, out of reach kepada penternak kecik macam kita. $120,000 untuk kambing 250 ekor. Kontena dan sistemnya. Campur bekalan benih barley. Berapa lama punya supply aku tak tanya pula. Tapi benih barley di import. Diimport. Bukan locally produced. Masalah besar ni. Tak menggunakan sumber tempatan. Hilang independence kita.

Mmm $120,000.. kalau beli dedak dah dapat berapa ratus tan tu ye?

Now proponent fodder solution ni kata tumbesaran ruminan lebih baik bila makan rumput barli segar. Tetapi kalau tuan tuan buat kajian intensif dan tidak bias, tengok research paper (jangan baca satu je) yang diterbitkan berkenaan hal ini, performance level antara dedak kering grain based dengan rumput barli segar adalah sama. Atau tidak jauh beza.

Bagi sistem intensif, ya ada beza. Tetapi bagi sistem semi intensif di mana kambing lembu ada access kepada free browsing atau free grazing + dedak, tiada beza.

Yaa tuan tuan semua projek fodder solution baik oversea mahu pun local ni menjurus kepada penggemukan, bukannya pembiakan. Short term. Watch out watch out watch out!! Semua pembiak kena berhati hati, jangan mudah terpana. Yang heboh fodder solution ni pun bukannya pembiak tapi importer. Jenis short term thinking.

Tuan tuan pembiak,

Semua bijirin adalah famili rumput. Tetapi rumput bijirin (barli ke, gandum ke, etc - kering atau basah) semuanya ada satu sifat yang serupa - nisbah kalsium:fosforus yang tak seimbang DAN toksik jangka panjang. Untuk dedak, isu nisbah kalsium:fosforus mudah kita address, tapi kalau rumput bijirin basah macam barli kontena ni, aku tak pasti macam mana. So kena hati hati.

Anyway, despite limitation yang aku nampak pada fodder solution, aku masih menyokong pengenalan teknologi ni. Aku bukannya traditionalis yang konservatif, aku jenis open sikit. Aku boleh adopt teknologi ni tetapi sekiranya :

First, setup cost tu direndahkan lagi. Tinggi sangat la ni. Terbeliak bijik mata penternak kecik bila pertama kali dengar sebutharga ni. Baik guna dedak kering lagi senang punya cerita. Kedua, bila Malaysia dah ada banyak janakuasa nuklear atau tak kisahlah apa jenis sumber tenaga pun, janji energy cost cheaper than right now. Ketiga, local grain punya biji benih. Apa ke halnya nak kena import lagi sumber makanan ternakan. Tak habih habih import. Pusing pusing teknologi lagu tu juga. Ini innovative ke destructive?

Payah payah kita guna tauge. Senang gak hidup. Tak yah kontena. Sama juga kualiti penggemukannya. Hehehe..

Tauge oh tauge!

"Mata hati seorang pembiak berbeza dengan mata hati seorang importer"

Always differentiate between these two contrasting personality. Salam!

Saturday, December 1, 2012

THE BOAST


Cerita jamna sikit. Penternak kambing yang baru berjinak dengan jamnapari. Sebahagiannya. Bukan semua. Pasal aku kerap jumpa diorang ni eksen dengan jamna diorang ni. Samada bila datang kandang aku, atau aku pergi kandang diorang, atau bila aku telepon diorang.

Penternak baru je yang selalu macam ni. Berdegar degar cakap. Jamnapari besarlah panjang 10 kaki, telinga maha panjanglah jadi nampak kiut sangat, tak pun tetek besar cecah lantai kandang, atau leher berlipat lipat. Bela jamna tulen sebagai pedaging adalah lebih baik dari baka cross atau kampung. Menurut kepercayaan dioranglah yang taksub dengan jamna ni.

Baru baru ni ada seorang penternak baru taksub jamna datang kandang aku. Sibuklah cerita jamna dia panjang 10 kaki, jauh lebih besar dari kambing paling besar yang aku ada. (Aku consider mereka yang bawah 4 tahun pengalaman sebagai penternak baru, dan level aku adalah pembiak intermediate, bukannya season atau veteran).

Tapi dalam dok sibuk eksen ngan jamna, beli juga kambing cross untuk pedaging. Pasalnya dia mengaku jamna ni slow membiak. Lambat sangat tunggu hasil. Input tinggi pula tu. Jadi kurang sesuai jual jamna sebagai pedaging. Jual market baka boleh la. Atau nak buat pedaging, harga kena mahal. Mahal betul.

So nak terus survive sebagai penternak kambing pedaging, last last bergantung kepada darah sendiri juga. Main juga kambing kampung. Exotic jadi domestic. See?

I don't give a damn kalau sang jamna sepanjang 10 kaki.
I don't give a damn kalau sang jamna sepanjang brontosaurus.
I don't even give a damn kalau sang jamna sepanjang kapal layar roman abramovich.

Biarlah panjang macam mana sekali pun kambing jamna ni, aku tak heran. Pasalnya basic principle biology macam ni. Semua cacing dalam badan hidup dalam perumah yang bertulang belakang. Dan lagi panjang tulang belakang, lagi attractive perumah tu sebagai tempat sesuai bagi cacing membiak.

Maknanya lagi panjang badan ruminan kita, lagilah susceptible terhadap serangan cacing. Observe betul betul semua ruminan liar dan keturunannya. Badan panjang panjang ni tak menjadi pilihan dalam natural selection.

Lagi satu perasan tak kambing yang kecacingan serius ni mengerekot badannya? Mengerekot ni selain mengurangkan heat loss, posisi ni juga memendekkan tulang belakang. Posisi ini membantu memberi signal kepada cacing dalam badan yang perumah makin mengecil, makin berkurang sumber. Jadi lebih baik keluar dari badan perumah. Well, tak semua cacing yang keluar, tapi ini adalah salah satu adaptasi fizikal terhadap tahap serangan cacing.

Ok itu satu. Kemudiannya badan yang besar besar ni banyak resource kita habiskan untuk maintain basic body function sebelum jadi weight gain. Maintain body temperature je dah berapa banyak tenaga? Lagi besar badan lagi banyak tenaga guna. Lagi banyak kena makan. Higher energy cost per unit of weight gain berbanding binatang bersaiz lebih kecil. That partly explain why small size animal have much faster breeding rate. It is easier to breed, since energy allocated to other body function can be easily met.

Masuk pula cerita tetek jatuh ke lantai, kononnya susu banyak sangat. Memang nampak impressive, tapi bila jadi lagu tu, kita sebagai penternak habih banyak masa nak pastikan anak jamna baru lahir survive. Sebabnya puting mencecah lantai macam mana pula budak baru lahir tu nak hisap susu. Confuse dia bila mencari puting maknya sebagaimana confusenya Fernando Torres menjaringkan bola hatta di depan pintu gol. Mau seminggu dua minggu kita kena pastikan budak tu dapat hisap susu maknya. Penat ooo... tak pasal pasal high input.

Then cerita pula pasal centre of gravity. Semua baka kambing pedaging tulen semuanya rendah badan, rendah titik gravitinya. Jadi lebih banyak daging boleh disimpan pada rangka. Sebab tu semua baka pedaging rendah rendah pendek pendek.

Ok. Telinga panjang panjang. Ada satu observation menarik daripada Darwin (Charles Darwin adalah naturalist yang sangat hebat melainkan teori evolusinya yang aku tak setuju langsung) dan satu eksperimen puluhan tahun Belyaev berkenaan sifat telinga panjang ni. Tapi aku tak boleh cerita sekarang pasal makan satu bab lagi. Nanti dulu. Ada masa aku cerita.

So bagi aku jamnapari ni kalau nak buat pedaging, elok cross kan aje. Dengan local blood. Baru berbaloi. Guna full blood buat pedaging mau tertonggeng kita dibuatnya melainkan kita ada resource yang mencukupi dan bersedia buat very high input.

Dan bagi penternak baru, stop boasting pasal kambing eksotik yang anda miliki. Especially depan aku. Melainkan kalau ada rekod ternakan yang lengkap. Tapi tu lah tiap tiap tahun aku akan jumpa golongan macam ni hahaha. Tak boleh buat apalah. Gedebak gedebuk cakap last last exit the business.. tak tahan dengan input..

So be careful tuan tuan.. jangan pandang rendah pada darah tempatan.. don't look down upon the blood that course our veins, that has nourished us for centuries, that has enable our very existence on this beautiful land..

Kita adalah anak anak, lelaki dan perempuan,

Tanah ini..

Salam.

Friday, November 30, 2012

TAKDE MASA NAK BLOG!


Pekerja indon aku dah masuk balik malaysia. Dah start kerja pun. Tapikan, aku overwork juga. Dah berbulan bulan overwork ni, tak pernah cuti. Mak abah aku kat bangi pun aku dah berbulan tak jenguk, mak ayah mentua kat jengka pun sama juga dah lama tak jenguk.

Rasa 24 jam tak cukup, dan berimaginasi aku ada satu lagi klon untuk ambil alih tugas aku. Sah workaholic, tak pun control freak aku ni. Tak reti nak delegate work load, nak buat semua. Sebab kalau aku yang buat, jadi detail detail. Kalau aku suruh pekerja buat, hilang semua detail tu. Tu yang tak best, tak serupa macam aku buat. Iye aku tahu slow kalau ikut style aku, tapi nak buat lagu mana. Aku kan autistik?

Aku nak cuti sekejap pun susah. Selalu orang datang kandang. Atas pelbagai sebab. Aku hairan juga, kandang aku ni jauh ke dalam, takde signboard sana sini, takde proper access road, tapi ada juga pelawat pelawat ni.

MAHA tahun ni pun tak pergilah nampak gayanya. First time miss. So bergantung kepada laporan tuan tuan rakan rakan yang sempat pergi.

Aku nak berblogging pun payah benar rasanya sekarang ni. Ada masa free pun sebelum subuh je. Aku kena bangun pukul 4 pagi kalau nak tulis post. Orang lain bangun pukul empat sembahyang tahajud, aku pula bangun pukul empat nak berblog. Sunnah sapa pula aku ikut ni weiii.....

Lagi baik aku tidurlah. Blog blog nantilah dulu. Lagipun aku ada dua anak kecik. Pesen selalu jaga melalak tengah malam. Tak cukup tidur aku dibuatnya. Siang penat takde time out, non stop kerja. Malam pula terkebil kebil kena buai kena pujuk kena buat susu anak. Baru tahu macam mana rasanya jadi mak ayah hahaha

By the way, memang tensen bila anak anak ni melalak tengah malam. Tensen betul sepertimana peminat MU tensen bila MU kalah. Tapi bila sampai pagi, mata bebudak ni celik, tengok senyuman diorang (tambah lagi si kecik yang takde gigi tu), rasa bahagia la pula. Pelik sungguh la.

aahh.. the joy....and despair... of parenting.

oklah tuan tuan, aku tahu takde cerita kambing kali ni. Saja nak kasi warm up. Kasi naik balik semangat nak berblogging. Bukan senang ye ada blog?

Salam hormat.

*Reply untuk komen Don Jenal bagi post Hunting The Truth - Trans Fat masih dalam draft. Tak siap siap. Memang pandangan aku berbeza. Sangat menongkah arus. Panjang pula tu. Kus semangat. Nak kena trim dulu. Itu satu lagi sebab tak terupdate lama dah blog ni. pening pening!

Thursday, November 15, 2012

HUNTING THE TRUTH - TRANS FAT


Aku nak ucapkan terima kasih kepada brader zul dari blog kembara insan kerana begitu bersemangat menjawab dan berkongsi ilmu bila aku dok kacau dia. SMS. Panjang. Jujurnya aku tak larat bersms panjang lebar ni. Kena pula emergency kuli aku sakit petang semalam. Kena hantar hospital.

Ok. Cerita pasal trans fat. Lemak trans. Lemak buatan manusia, tak pernah wujud dalam bumi sebelum ini melainkan zaman kita. Dicipta untuk memanjangkan shelf life produk makanan especially snek, biskut, kek, kuih, frozen food, krimer kopi, dan apa lagi ntah berderet deret. Selain itu ianya menyedapkan makanan. Jadi lebih rangup. Atau dalam kes donat - fluffy, lembut, gebu, menggeramkan. Guna shortening. Dan shortening ada banyak lemak trans.

Marjerin pun ada lemak trans ni dalam kuantiti yang tinggi. Especially marjerin daripada vegetable oil - minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak jagung. Marjerin dari minyak sawit? Ni yang aku dok siasat, nak minta bantuan tuan tuan yang tahu kebenarannya.

Ok. Trans fat terhasil dengan teknologi penghidrogenan. Lemak sayuran ini dihidrogenkan (molekul hidrogen ditambah ke dalam molekul lemak) ketika suhu yang sangat sangat sangat tinggi. Kalau kita masak masak macam biasa (goreng guna minyak sunflower contohnya), tidak akan menghasilkan trans fat tetapi masalah lemak rosak pula yang timbul. Pun bahaya juga ni.

Now trans fat ni wujud bila ianya adalah partially hydrogenated. Kalau fully hydrogenated ianya bukan trans fat. So kena tengok label makanan tu betul betul lah. Partially hydrogenated maknanya trans fat. Tapi kan, lagi banyak makanan berlemak trans yang tidak berlabel. Kita bukan macam US di mana kat sana adalah mandatori untuk beritahu consumer sekiranya produk kita ada trans fat.

Ok trans fat tidak sepatutnya dimakan walau dalam kuantiti yang minute. Badan kita tak tahu nak buat apa bila trans fat masuk dalam badan. Benda tu alien, tak pernah wujud sebelum ini. Badan kita tak reti nak response. Jadi trans fat tidak akan dicernakan, tapi mendap dalam salur darah. Mendap dan mendap dan mendap..... sehingga membukit. Salur darah jadi sempit, keras, dan sakit (inflamed). Meningkatkan risiko serangan penyakit yang dikaitkan dengan salur darah. Very real risk.

Tu baru cerita salur darah, belum lagi yang mendap kat organ organ badan dan mengganggu keseimbangan kitaran hormon. Risiko diabetes memang melonjak tinggi bila banyak makan lemak trans ni. Pehh memang bahaya betul trans fat ni tuan tuan.

Kita dok takut sokmo seram serun tengok cerita alien vs predator, alien menyerang bumi makan manusia tapi yang kita dok kunyah biskut sedap betul masa tengok cerita tu? Kruk krak kruk krak?Lagi bahaya punya alien yang kita dok makan tu wehh... bukan alien yang makan kita, kita yang makan alien...

Anyway roti canai adalah sarapan favorite rakyat malaysia. Dan roti canai banyak guna marjerin. Baaanyaaak betull.. Daripada minyak sawit lah. Dan ada satu MPOB guy yang aku jumpa lama dulu dia kata marjerin minyak sawit tak dak trans fat. Tapi kan.... kenapa aku rasa kurang yakin..

So inilah sebab aku buat rayuan kepada tuan tuan yang tahu akan kebenaran. Boleh tak kita sama sama buru dan kongsi ilmu ni. Marjerin daripada minyak sawit ni ada trans fat tak? Kalau ada, banyak ke?

*There might be a link between trans fat consumption and goat meat intake. There is possibility some compunds in goat meat might be able to purge or clears up trans fat deposit in the body. That might explain the dizziness experienced by some when eating goat meat. I am trying to establish that link. I might be wrong, but hell, at least I try...

TQ!

Wednesday, November 14, 2012

BE UNREASONABLE


Reasonable people adapt themselves to the world.
Unreasonable people adapt the world to themselves.

Therefore change is only possible through unreasonable people.

Salam hormat,

Lebih baik kita keras kepala. Degil. Boleh lemah lembut, berdiplomasi. Tapi kita tetap dengan keputusan kita. Teguh tidak berganjak.

Kita percaya dengan apa yang kita cakap. Kita percaya dengan apa yang kita buat. Kita yakin sepenuhnya keputusan kita. Kita berani melawan apa yang cuba menggoyahkan keyakinan kita.

Kita beriman. Kita jadi unreasonable.

Barulah terbit semangat luar biasa.
Barulah terbit strength of character.
Barulah terbit karisma.
Barulah terbit inspirasi dalam hati manusia lain.
Barulah manusia lain mengikut kita.

Percaya dengan apa yang kita percaya.

And that is the essence of leadership. Changing people.

Bermula dengan tahap keyakinan kita kepada apa yang kita percaya.
Lebih yakin, lebih hebat kepimpinan kita, lebih banyak perubahan yang kita boleh buat.

All leaders who made deep marks in mankind's history are all actually unreasonable people. The more unreasonable they are, the greater their degree of change, the stronger their effect, and the more lasting their impression.

Either good or bad. Compassionate or tyrant.

All were and are unreasonable. Remarkable strength of conviction, extreme level of belief.

So let us learn to be unreasonable.  

Tuesday, November 13, 2012

DON'T SURRENDER MAN!


Setiap tahun aku akan jumpa penternak kambing yang dah berputus asa. On the verge of breakdown. Yang dah tak percaya kambing ada masa depan. Jenuh kita cakap jangan putus asa, sampai boleh kumpul air liur 10 baldi, tapi last last exit juga.

Dan setiap tahun juga, aku akan jumpa penternak kambing veteran yang telah menjadi pembiak sekian lama. Berbelas tahun, berpuluh tahun. Yang percaya kambing ada masa depan. Yang excited dengan prospek masa depan, dan sedang mengembangkan usaha masing masing. Ada yang sikit seco'et je bilangan kambing, dan ada yang mencecah lebih seribu ekor.

Aku paling ralat bila geng muda muda yang nak surrender, nak throw down the towels. Kalau yang dah tua tua tu takpalah pasal energy level dan masa dah berkurang. Tapi kita yang muda muda ni sayang betul rasanya bila give up.

Relentless pursuit of knowledge, unwavering discipline, and consistent charity. Kita buat dan kita jaga tiga benda ni, insya allah kita boleh berjaya. Banyak geng muda kita tak berapa jaga bab bab ni.

Buru ilmu bagaikan singa yang mengejar mangsanya - jangan puas hati bila dapat pergi kursus sehari, atau lima hari, atau tiga bulan, atau sepuluh tahun sampai dapat PhD sekali pun. Track down semua pembiak lama lama ni, observe betul betul usaha diorang. Kita nak membiak, so kita beri keutamaan pembelajaran kepada pembiak pembiak lama, yang dah berjaya. Our main source of knowledge.

Disiplin tinggi. Disiplin ni kemampuan kita melakukan sesuatu yang tidak disukai, yang memberatkan. Setiap hari. Walau pun nampak macam tidak mendatangkan hasil buat masa sekarang. Itulah namanya disiplin. Willpower kena tinggi, baru ada disiplin.

Contohnya masa gembala kambing. Jaga kambing tu betul betul dari mula lepas sampai balik kandang. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Jangan jaga sekejap, lepas tu biar kambing berterabur. Mesti ada disiplin, mesti ada keyakinan apa yang kita buat ini akan mendatangkan hasil pada masa depan.

Memang akan wujud sangsi, wujud was was, rasa goyang, betul ke apa yang kita buat hari hari ni boleh mendatangkan hasil. Penat aje yang banyak. Dah lah penat, habuk pun tarak.

The key - semua usaha yang berjaya memerlukan certain amount of discipline input.  The higher the discipline, the faster we achieve the result. Tuhan memang nak tengok kita curahkan beberapa jam kerja keras ke dalam usaha kita, baru Dia makbulkan kejayaan.

And then, consistent charity. Sifat ni sangat penting. Maybe lebih penting daripada dua sifat di atas. Aku sangat menggalakkan semua orang mengamalkan sifat ini sekarang juga. Jangan tunggu tunggu. Amalan bersedekah ni sangat sangat memudahkan dan mempercepatkan usaha bisnes kita untuk bertemu kejayaan.

Aku sendiri pun memang nampak perubahan ke atas usaha penternakan aku selepas mengamalkan sifat ni. Very visible change. Hehehe slow kan aku ni? Dulu liat nak buat aiiii... payah benar nak sedekah kat tabung masjid atau rumah orang tua rumah anak yatim.. jangan ikut aku ye.. buat benda baik ni awal awal lagi sebelum start bisnes.

Patutnya benda elok macam ni diajar dari sekolah rendah lagi. Ditanam ke dalam minda biar sebati dan diamalkan. Tapi tu lah kurikulum kita sekarang. Sibuk duniawi aje. A A A AAAA aje. Rahsia AlQuran, rahsia kata kata Tuhan, rahsia janji janji Tuhan tak dikorek sepenuhnya. Bengong lagi sangap betul lah.

Rahsia berjaya dalam hidup dah terang terang dalam kitab suci kita ni, tapi kita dijauhkan dari betul betul menelaah kehebatannya. Sapa education policymaker kita ni? Hangpa ni buat kerja ke tidak? Ke asyik minum teh makan karipap aje? Atau dok keropok lekor, kerepek ubi mak cik Nab, kerepak kerepuk? Kenapa tak jadikan Alquran sebagai buku teks maha wajib ke atas kitorang anak anak Islam?

Padanlah kita susah nak berjaya. Dah beribu ribu dasar dan polisi dan wawasan dibuat, macam macam usaha sampai terbalik meja mesyuarat, pening pecah kepala, menangis depan perhimpunan... nak ikut style dan jalan dan acuan orang kafir juga. Tak patut tak patut tak patut.

Mak aih terbabas pula aku ni, patutnya cerita penternak aje ni. Balik ke asal.

Mmm... yaa kalau kita semua pembiak ada tiga sifat di atas - relentless pursuit of knowledge, unwavering discipline, and consistent charity - insya allah kita akan bertahan dan dapat menuai hasil lumayan bila menternak kambing.

Jangan putus asa!

Salam!

Monday, November 12, 2012

DEMAND EXPLOSION


Sibuk.

Takde masa nak update blog.
Makin kurang masa dengan family, walau pun duduk sebelah kandang aje.
Takdak masa juga nak engage ritual khas aku waktu pagi yakni mengelap cermin kereta bersih bersih kilat kilat.

The money is getting better but my quality of life is going down. Fast. My wife and my kids are complaining my lack of time for them. Dang!

The workload kept piling up. Oh man... what is the use of money if I do not have the time to enjoy it. But more crucially, which are more important? The pursuit of money or the pursuit of happiness?

I found myself pondering this question more frequently lately.

Ok tuan tuan, aku sedang mengalami konflik jiwa. Oh God..

Amende aku nak cerita tadi ni? Sori sori.

Pasaran pembiak kambing la ni semakin menarik. Very very attractive. Actually meletup. Tak menang tangan kita dibuatnya. Sape sape dah lama membiak, atau dah mula menuai hasil program pembiakan, memang dapat above average return.

Tak kisahlah disebabkan ESCAS, atau beriani KasKas, atau Ferenc Puskas. Aku nak ucap terima kasih banyak banyaklah kepada NGO australia yang dok heboh bising bising minta ketatkan syarat eksport.

Elok kita upload kat puak puak ni gambar gambar video video masa kita sembelih binatang kat sini. Bagi yang graphic sikit, brutal brutal punya, yang senak perut bila tengok. Bagi lagi terkejut beruk sampai bergegar hippocampus diorang ni. Biar lagi lantang suara diorang ni, terus haramkan eksport ke Malaysia dan negara negara Islam.

Bila kita terdesak, baru jadi betul prioriti kita. Dan kita pun jadi lebih kreatif. Baru wujud absolute focus. Dan ianya adalah membangunkan industri pembiakan. Tempatan. Nak tak nak. Ni kalau banyak sangat jalan mudah kacau daun, mau 10,000 tahun lagi agaknya baru tercapai objektif food self sufficiency.

So tuan tuan pembaca sekalian,

Apa tunggu lagi, jangan habiskan baca post aku ni, terus beli kayu dan paku buat kandang kambing. Senget pun sengetlah. Cepat cepat isi kambing.

Demand is real good. Juicy. Skyrocketing. Exploding.

And the future points toward a much brighter future for local breeders.

Mari jadi pembiak kambing!

*Sebenarnya sebelum ESCAS lagi, demand untuk local goats memang tengah trending up. Datang ESCAS terus meletup. Good for us. 

Tuesday, November 6, 2012

THE INCOME


Rakan pembiak seangkatan,

Aku sebenarnya teragak agak nak tulis post kali ini. Tak pasti samada patut mendedahkan atau tidak. Lama juga fikir antara nak ke tak nak. Berbelah bahagi. Tapi takpa memandangkan aku ni autistik, justeru tak berapa memikirkan kesan jangka panjang, maka aku memberanikan diri dedahkan juga.

Dulu masa aku kursus kambing di sebuah tempat, aku diberitahu cikgu kursus bahawa setiap 100 induk atau ibu kambing akan menghasilkan income rm2400 sebulan bagi seorang pembiak kambing. Income ni revenue (jualan) tolak expense (belanja) lah. Kira macam gaji kitalah.

8 tahun kemudian, aku ada 120 induk. Malangnya aku tak dapat income sebanyak tu dalam sebulan.

Sedih kan?

Tapi aku masih teruskan usaha pembiakan kambing yang sangat mencabar, jauh lebih berliku dari jalan trading dan importing, demi menyahut slogan "pertanian adalah perniagaan" dan cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Semangat pembiak aku masih menyala nyala sebabnya......

Surprisingly income yang aku dapat adalah lebih daripada income yang cikgu kursus aku percaya dan sebut.

Double that amount.

Maybe we can safely say, close to triple that amount.

Dan bagi seorang pembiak yang mencapai taraf master breeder, quadruple that level, even exceeding that. But admittedly, I have not reach that master breeder territory yet.

Ini cerita livestock (kambing hidup), belum masuk income dari susu dan 'makjun', dan lain lain.

Tuan tuan pembiak yang dimuliakan, yes... income level seorang pembiak kambing pedaging sebenarnya lucrative dan mahsyuk tapi kena betullah caranya. Kena tahu apa sebenarnya prioriti kita dan cara mencapai dan maintain prioriti tersebut. Dan income yang aku sebut ni bukannya projection, estimation, atau agak agak rasa rasa congak congak atas kertas but real income.

Now, aku pelik sebenarnya bila ada rakan rakan pembiak yang kata kambing 200 ekor tak cukup, atau 300 ekor tak cukup, even 400 ekor pun tak boleh survive sebagai pembiak pedaging full time. Ada yang kata kita kena ada koman koman 500 ekor baru boleh capai comfortable level of income.

Aku tak tahu apa yang diorang buat dengan usaha diorang, atau diorang punya expected level of income tapi realitinya aku dah comfortable dengan income level aku sekarang, dengan jumlah induk aku sekarang. In fact instead of pushing up the number, I am pushing down on my stock. Aku nak kurangkan bilangan induk aku, aku nak streamlining operation aku.

Watch this number closely, 120 : 350

120 induk kepada 350 ekor populasi keseluruhan. Maknanya induk aku adalah 34% daripada populasi. 66% adalah anak anak kambing pelbagai peringkat.

Large number of output from small number of input. High output, low input.

Efficiency.

And efficiency brings down cost, really brings down our input, a major competitive advantage. And our local blood are wondrously, magnificently, amazingly efficient breeder. Remarkable generator of kids. And kids are where the money is for a goat breeder. Its not weight gain rate sir!

Yes! The capacity to reproduce quickly (kidding rate) is the key, the goal, the priority if we want to be a successful meat goat breeder. Its not size, its not how big they can get, its not how fast their weight gain rate. Keep that in mind. Firmly. Ambik pahat ketuk kuat kuat ke dalam kepala kita ni.

Dan aku tengah streamlining, kurangkan induk sebab kadar kecekapan tu boleh diperbaiki lagi. Improved further. And there is much much room for effficiency improvement. Lagipun infra aku tak boleh catch up dengan produktiviti local blood ni. Tak laratlah asyik nak expand kandang aje tiap tiap 2 tahun. I need a breather time, a period to stop, reflect and enjoy it despite right now is the golden time for expansion.

Rakan pembiak seangkatan,

Sebenarnya membiakkan kambing ni sangat menguntungkan the moment we say we have enough number of breeders, so we will sell all the kids. Tak kisahlah walau pun 10 ekor aje induk.

Yang buat kita tak tahan bila bela kambing ni ialah kos yang terpaksa kita keluarkan bila nak buat kandang. Ni betul betul buat dilema, silap silap bunuh semangat. Aku sendiri tak tahan sebab banyak profit dimakan oleh kos nak buat expansion. Kambing local blood kita ni cepat membiak, kejap aje kandang baru buat dah nampak sesak. Dah nak kena buat kandang lagi.

Kita kena buat research untuk kurangkan kos bina reban, urgently.

Jadi kepada sapa sapa yang yang nak jadi pembiak kambing pedaging, dan berjaya, jangan dok sibuk sangat asyik sangat nak design kandang hebat hebat sampai ke tahap boleh jadi 8th wonder of the world. Lebih penting ialah kambingnya.

Keep it simple.
Keep it low input.
Keep it unimpressive.
But most important of all, keep local blood.

Our blood.

Darah unggul warisan mak ayah kita, nenek moyang kita. Darah yang telah terbukti membiak bergenerasi lamanya.

The best blood there is!

Salam pembiak!