Aku
menangis.
Aku
menangis bila mendapat tahu Briged Qassam Palestin dibarisi anak muda
palestin yang cintakan Allah. Anak muda yang perkasa imannya, yang
gagah berjihad melawan nafsu diri sebelum keluar berjihad menentang
israel durjana, yang senantiasa solat fardu berjemaah, yang istiqamah
dalam solat tahajud di tengah malam dingin, yang kerap berpuasa
sunat, yang hafaz alquran dan hadis, yang menjadikan Rasul Allah dan
sahabat sebagai ikon agung.
Barisan
pemuda luar biasa spiritualnya, suatu pemandangan yang paling
mengkagumkan dalam alam semesta, dan menggetarkan jiwa serta
menakutkan musuh musuh agama kita. Barisan yang tidak akan terkalah
sebagaimana yang telah dijanjikan Tuhan yang Maha Benar.
Walaupun
kelengkapan mereka daif, walau pun mereka bukan tentera profesional,
walau pun mereka tidak mendapat gaji dan ganjaran wang, walau pun
mereka tidak mendapat bantuan dari saudara seugama yang hanya tahu
menghamburkan janji janji manis.
Aku
juga menangis bila mendapat tahu bagaimana peribadi dan persiapan
Muhammad AlFatih, sultan empayar usmaniyah yang berjaya menundukkan
kota Constantinople, kubu besar kristian yang tidak pernah ditembusi
ratusan tahun.
Aku
juga menangis bila mendengar sejarah peribadi dan pengorbanan
Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan kebenaran.
Aku
menangis kerana aku lambat mengetahui jalan lurus mereka ini. Aku
tidak diajar sifat sifat dan kehebatan orang Islam yang sebenarnya
baik di sekolah rendah dan menengah mahu pun di universiti. Sejarah
Islam yang aku tahu hanyalah sepintas lalu. Dan ianya jelas tidak
cukup. Kurikulum Islam yang diajar kepada kita tak cukup
membangkitkan semangat kita untuk menelusuri sejarah hebat yang
tersembunyi pada tokoh tokoh sejati agama kita.
Kalaulah
alim ulama itu pewaris Nabi dan bara yang memastikan Islam tidak akan
padam, maka barisan pemuda palestin perkasa iman inilah nyalaan obor
yang terang benderang. Mereka inilah yang menegakkan dan menjulang
panji panji Islam. Cahaya iman mereka bukan sahaja menerobos seluruh
penjuru bumi tetapi menerobos seluruh langit tujuh lapisan.
Tuan
tuan yang mulia,
Mereka
ini bukan lagi gentar dan takut dengan neraka di akhirat, malah
mereka bukan mengejar syurga di akhirat. Tidak tidak tidak.
Mereka
mahu berjumpa Tuhan mereka. Mereka mahu roh mereka bersatu dengan
Tuhan. Mereka mahu nikmat melihat wajah dan zat Tuhan yang selama
hidup ini disuruh beriman kepadanya. Ya inilah nikmat terbesar bagi
sebarang makhluk, jauh melebihi nikmat merasai hidup di syurga
akhirat hatta 70,000 tingkat sekali pun.
Inilah
cinta. Cinta yang sebenar benarnya. Tiada lagi ketakutan dalam roh
mereka, yang ada ialah cinta kepada Tuhan. Inilah iman peringkat
tertinggi, iman para utusan Allah. Mereka bukan mahukan syurga,
tetapi mahukan Tuhan mereka.
Dan
sekarang aku tahu kenapa mukmin sejati mahu syahid. Mereka gembira
meninggalkan dunia ini, mereka gembira dapat berbaris bersama para
nabi, para sahabat, para syuhada dan para mukmin. Bersama sama
mendapat nikmat teragung, melihat zat Tuhan yang Maha Esa.
Jalan
mereka jalan yang lurus. Malaikat mengiringi mereka, menghulurkan
bantuan ketika mereka berperang, memberikan mereka kemenangan yang
tidak disangka sangka. Dan saat mereka gugur syahid, Allah membelai
roh mereka, mengusap berkata kata " Marilah kepadaKu, kembalilah
kepadaKu, bersamalah kamu denganKu".
Ya
Allah ya Allah ya Allah besarnya nikmatmu kepada mereka.
Dan
aku menangis kerana aku malu dengan tahap imanku. Betapa jahilnya
aku, betapa nipis dan goyangnya iman aku, betapa jauh bezanya aku
dengan barisan anak muda palestin yang perkasa imannya.
Aku
malu tuan tuan, aku sangat malu.
Janganlah
mencontohi diriku, baik aku mahu pun usaha kambing aku..
Aku
sering lalai mengingati Tuhan..
Ya
Allah ampunilah dosa dosaku yang sangat banyak..
nice...
ReplyDeleteApa yg anda lakukan juga satu jihad.
ReplyDeleteIngat, bila dipanggil berjihad, ada satu golongan yg tinggal utk menguruskan urusan umat yg lain.
Jadi, buatlah yg terbaik dlm apa jua yg kita lakukan.
Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteBagi orang2 di Malaysia yang ada banyak masa, tenaga dan usaha, tanggungjawab kita adalah Menyumbang sebanyak mungkin. Sahabat2 besar Nabi Muhammad SAW ramai dari golongan pedagang/usahawan dan pengembala kambing.
Mari menyumbang kepada palestin melalui NGO seperti AMAN PALESTIN
MAYBANK - 5622630107815 AMAN PALESTIN
Semoga dapat memberi sinar harapan pada orang islam disana. Satu petanda bahawa mereka tidak keseorangan dalam perang ini.
Jika disana medan perang mereka dengan pelura dan bom, kita disini diduga dengan kemewahan dan serangan fikiran. Ramai yang hanyut dengan nafsu. Sama2 kita saling mengingati. Amin