Rakan pembiak seangkatan,
Aku sebenarnya teragak
agak nak tulis post kali ini. Tak pasti samada patut mendedahkan atau
tidak. Lama juga fikir antara nak ke tak nak. Berbelah bahagi. Tapi
takpa memandangkan aku ni autistik, justeru tak berapa memikirkan
kesan jangka panjang, maka aku memberanikan diri dedahkan juga.
Dulu masa aku kursus
kambing di sebuah tempat, aku diberitahu cikgu kursus bahawa setiap
100 induk atau ibu kambing akan menghasilkan income rm2400 sebulan
bagi seorang pembiak kambing. Income ni revenue (jualan) tolak
expense (belanja) lah. Kira macam gaji kitalah.
8 tahun kemudian, aku ada
120 induk. Malangnya aku tak dapat income sebanyak tu dalam sebulan.
Sedih kan?
Tapi aku masih teruskan
usaha pembiakan kambing yang sangat mencabar, jauh lebih berliku dari
jalan trading dan importing, demi menyahut slogan "pertanian
adalah perniagaan" dan cabaran meningkatkan pengeluaran makanan
dalam negara.
Semangat pembiak aku
masih menyala nyala sebabnya......
Surprisingly income yang
aku dapat adalah lebih daripada income yang cikgu kursus aku percaya
dan sebut.
Double that amount.
Maybe we can safely say,
close to triple that amount.
Dan bagi seorang pembiak
yang mencapai taraf master breeder, quadruple that level, even
exceeding that. But admittedly, I have not reach that master breeder
territory yet.
Ini cerita livestock
(kambing hidup), belum masuk income dari susu dan 'makjun', dan lain
lain.
Tuan tuan pembiak yang
dimuliakan, yes... income level seorang pembiak kambing pedaging
sebenarnya lucrative dan mahsyuk tapi kena betullah caranya.
Kena tahu apa sebenarnya prioriti kita dan cara mencapai dan maintain
prioriti tersebut. Dan income yang aku sebut ni bukannya projection,
estimation, atau agak agak rasa rasa congak congak atas kertas but
real income.
Now, aku pelik sebenarnya
bila ada rakan rakan pembiak yang kata kambing 200 ekor tak cukup,
atau 300 ekor tak cukup, even 400 ekor pun tak boleh survive sebagai
pembiak pedaging full time. Ada yang kata kita kena ada koman koman
500 ekor baru boleh capai comfortable level of income.
Aku tak tahu apa yang
diorang buat dengan usaha diorang, atau diorang punya expected level
of income tapi realitinya aku dah comfortable dengan income level aku
sekarang, dengan jumlah induk aku sekarang. In fact instead of
pushing up the number, I am pushing down on my stock. Aku nak
kurangkan bilangan induk aku, aku nak streamlining operation aku.
Watch this number
closely, 120 : 350
120 induk kepada 350 ekor
populasi keseluruhan. Maknanya induk aku adalah 34% daripada
populasi. 66% adalah anak anak kambing pelbagai peringkat.
Large number of output
from small number of input. High output, low input.
Efficiency.
And efficiency brings
down cost, really brings down our input, a major competitive
advantage. And our local blood are wondrously, magnificently,
amazingly efficient breeder. Remarkable generator of kids. And kids
are where the money is for a goat breeder. Its not weight gain rate
sir!
Yes! The capacity to
reproduce quickly (kidding rate) is the key, the goal, the priority
if we want to be a successful meat goat breeder. Its not size, its
not how big they can get, its not how fast their weight gain rate.
Keep that in mind. Firmly. Ambik pahat ketuk kuat kuat ke dalam
kepala kita ni.
Dan aku tengah
streamlining, kurangkan induk sebab kadar kecekapan tu boleh
diperbaiki lagi. Improved further. And there is much much room
for effficiency improvement. Lagipun infra aku tak boleh catch up
dengan produktiviti local blood ni. Tak laratlah asyik nak expand
kandang aje tiap tiap 2 tahun. I need a breather time, a period to
stop, reflect and enjoy it despite right now is the golden time for
expansion.
Rakan pembiak seangkatan,
Sebenarnya membiakkan
kambing ni sangat menguntungkan the moment we say we have enough
number of breeders, so we will sell all the kids. Tak kisahlah walau
pun 10 ekor aje induk.
Yang buat kita tak tahan
bila bela kambing ni ialah kos yang terpaksa kita keluarkan bila nak
buat kandang. Ni betul betul buat dilema, silap silap bunuh semangat.
Aku sendiri tak tahan sebab banyak profit dimakan oleh kos nak buat
expansion. Kambing local blood kita ni cepat membiak, kejap aje
kandang baru buat dah nampak sesak. Dah nak kena buat kandang lagi.
Kita kena buat research
untuk kurangkan kos bina reban, urgently.
Jadi kepada sapa sapa
yang yang nak jadi pembiak kambing pedaging, dan berjaya, jangan dok
sibuk sangat asyik sangat nak design kandang hebat hebat sampai ke
tahap boleh jadi 8th wonder of the world. Lebih penting ialah kambingnya.
Keep it simple.
Keep it low input.
Keep it unimpressive.
But most important of
all, keep local blood.
Our blood.
Darah unggul warisan mak
ayah kita, nenek moyang kita. Darah yang telah terbukti membiak
bergenerasi lamanya.
The best blood there is!
Salam pembiak!
yahoo... akhirnya prof update blog. haha. saya pun ngah buat calculation untuk kandang baru. seminimum mungkin, seringkas mungkin. hehe. go go local blood!
ReplyDelete100 ekor induk, katakan kidding rate setahun 1.8, 3 kali beranak dalam 2 tahun. 100 x 1.8 x 3 = 540 ekor anak. katakan setiap anak dijual bila umur 3 bulan, berat 15kg. sekilo RM18.
ReplyDelete540 x 15 x 18 = RM145800.00, bahagi 24 bulan = RM6075 kasar. katakan kos 70%, so untung bersih 30%= RM1822.50. ok gak ni, lebih gaji gred w17.
kalo kira sekali kematian 5%, bulanan bersih RM1731.375. not bad for 100 does with rough calculation.
pening jadi migrain aku tengok ko punya kira kira ni weh!
Deletehahaha.. ni la jadi bila orang akaun bela kambing prof.
Deletegood calculation...but.... permintaan kambing&biri2 mmg slalu ade ek?
ReplyDeletepersepsi orang kita yang buat kambing kurang dapat sambutan, sebab bau dia la, pening kepala bila makan. sebab kita makan kambing tua, dah boleh mengawan.
Deletepak arab amalkan makan kambing muda, orang mexico makan cabrito.
permintaan sebenarnya ada. dengan trend kambing golek yang semakin popular, menjadikan market kambing lebih menarik, dan juga pelaksaan ESCAS oleh Australia yang mengetatkan peraturan import, menyebabkan breeder dan trader tempatan mula beralih dan menumpukan perhatian kepada kambing tempatan.
this is not calculation. it's real income. as for demand, right now it is not expanding, it is exploding!
Deleteit is conquering!
DeleteSalam alaika prof..den dah berbueh mulut trangkan kos dan profit dari business kambing ni sperti dlm post The Opex,tp msih ada yg sukar untuk mnerimanya dan gak skeptikal dgn unjuran profit yg diutarakn.Dan yg tak stuju pulak adalah pntrnak lama,mmg ssah nk mngubah buluh yg dh keras ni rupenye.hehe..
ReplyDeleteBro don pngiraan tu den rasa agk slah pd part kidding rate tu.kidding rate dkira ikut tahun.jd 1.8% kna darab 2 utk 2 tahun bkan 3..
eh, bkn kidding rate setahun. calculation sy base on kelahiran, kebarangkalian untuk kembar. ngan andaian 8 bulan sekali dia beranak, so 2 tahun, 24 bulan, 3 kali beranak. setiap kali beranak kembar, dengan rate 1.8. makna kata setiap ibu, beranak kembar dengan rate 1.8, 3 kali beranak dalam 2 tahun. betul x kalo sy kira atas andaian ni? hehehe.
Deletethe trouble with the veterans - most do not keep records. Only with detail records can we really really improve our productivity, hence our profitability
Deleterecord, catat, tulis. bukan pahat, welding terus dalam kepala.
DeleteTq to Alwi for the updates!
ReplyDeleteYes, totally agreed.
Keep writing to inspire newly breeder like me!
ZM
Sandakan, Sabah.
Current capacity : 12 starting June 2012.
teruskan usaha bro ZM. saya pun baru je start Mac 2012. start jun 2012, hujung tahun ni get ready la jadi bidan. hehe. saya dah dapat anak ke 6 dah ni.
DeleteComel anak dara kambing ko ni
ReplyDelete