"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, May 4, 2015

PELAWAT - THE CHARITY MAN!

Atas permintaan khas dan terbaru tuan punya badan, aku menarik balik identiti pelawat ini. Dan juga gambarnya. Sorry guys!

Hamba Allah. Lebih muda dari aku. Buat masa ini pemilik dua cawangan tadika islam. Beliau berminat dengan ternakan kambing setelah puas beristikharah di rumah, dan di Mekah. 

Personaliti dan gaya bercakap Hamba Allah ini seiras bah kan persis dengan adik aku Adip, jurutera Proton Shah Alam. Bezanya Hamba Allah ini dulunya adalah jurutera MAS, dan kapal terbang pertama yang diselenggaranya ialah MH 370. 

Beliau tinggalkan kerjaya di MAS yang bergaji $13,000 sebulan untuk terjun dalam education business. Kini dua tadika islam yang dimilikinya menghasilkan revenue $50,000 sebulan.

Dan anehnya.... mengkagumkan sebenarnya, setelah ditolak belanja operasi $30,000 sebulan, beliau ada baki $20,000 sebulan sebagai keuntungan untuk diri sendiri. Tetapi beliau cuma peruntukkan $2,000 sebagai keuntungan tadika nya, dan $18,000 lagi? Semuanya didermakan kepada sebuah pusat tahfiz.

.............

Masya Allah, ini benar benar usaha mencontohi Abdul Rahman Auf, sahabat kepada Junjungan kita Muhammad SAW. Hamba Allah ini tidak pentingkan keuntungan perniagaan untuk kesenangan dan kemewahan dirinya, sebaliknya keuntungan perniagaan disalurkan kepada penjanaan ummah. Syabas aku ucapkan kepada beliau. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana menemukan aku dengan dia.

Ya, Hamba Allah ini juga adalah sekretariat Majlis Perundingan Persatuan Islam Malaysia, dimana ada 73 NGO yang berdaftar dibawahnya. Yaaaa beliau aktif.... sangat aktif dalam kerja sukarelawan, dan beliau telah melakukan kerja kerja sukarelawan semenjak sekian lama dan merata rata pelusuk dunia.

Buat masa ini, beliau sedang tumpukan humanitarian work di Assam, India.

Syabas sekali lagi aku ucapkan kepada Hamba Allah. Aku sangat bangga lagi bertuah dapat  bertemu dengan dirinya, dan semoga usahanya untuk berjinak dengan kambing dipermudahkan dan diberkati Yang Maha Pemurah!

Terima kasih Hamba Allah kerana melawat alwigoatfarm!

Hamba Allah. Wanna be goat breeder, in sha Allah! Kepada semua rakan rakan penternak, dan yang mengenali diri beliau, mari kita ucapkan selamat datang ke dunia kambing! Welcome bro!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Salam n SANSAW.Ya ALLAH segala puji-pujian atas MU.Berilah taufik dan hidayah kepada hamba ALLAH yg mahu berfikir.Datangkan ramai lagi penternak kambing agar umatmu tidak kelaparan dgn memakan daging dan meminum susunya.
    Dari data/orang yg berfikir.
    Atau sejarah ketemadunan manusia.Manusia yang memakan daging(kambing) dgn kuantiti yg tinggi mendapat pertumbohan penduduk yg tinggi.
    Persoalan yg perlu ddifikirkan.
    Kenapa Islam mensyariatkan sembelihan Aqiqah n Sembelihan Qurban.Dagingnya pulak diagihkan.??
    Dan Kenapa penganut Hindu xmakan lembu.Tahukah anda?.India mempunyai penduduk tertinggi dunia perkapita meter squre bumi.tq

    ReplyDelete
  4. Abdul Rahman Auf berhijrah sehelai sepinggang.Beliau dpt memecah monopoli yahudi dlm penternakan unta dgn menjual unta pd harga kos.Cuma ambik untung dari tali ikat unta.-Sablee.

    ReplyDelete
  5. Abdul Rahman Auf berhijrah sehelai sepinggang.Beliau dpt memecah monopoli yahudi dlm penternakan unta dgn menjual unta pd harga kos.Cuma ambik untung dari tali ikat unta.-Sablee.

    ReplyDelete