Salah seorang ahli gengkambing.com mengeluarkan ayat ini bila berbicara soal perempuan.
"Bukan senang nak jumpa perempuan yang sanggup cium bau kambing. Yang sanggup cium duit jual kambing memang ramaiii..."
Ada butir butir kebenaran dalam ayat tersebut.
Makanya, jika ada perempuan yang menunjukkan minat mendalam terhadap kambing, maka eloklah para penternak kambing yang laki laki bersegera masuk meminang. Kerana adalah jelas mereka berminat dengan bau kambing dan bau taik kambing, bukannya berminat dengan duit jual kambing semata mata.
Betul? Ke tak betul?
Awek minat kambing? Apa tunggu tunggu? Cepat cepat lah sunting! (Khas buat seorang ahli www.gengkambing.com yang masih bujang)
(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)
www.gengkambing.com - lets breed for freedom!
Betul ,betul,betul.Bila cakap kambing saja orang perempuan sudah senyum kambing.Nak cium ..susah nak cari. Ada satu dlm 1000.Misti cari...Saya dah jumpa perempuan mistri suka kambing.tapi belum dapat yg eligible.
ReplyDeleteKalau Tuan jumpa hint2lah sikit.tq