Sebenarnya bukan kopi. Tapi teh o. Aku takut nak minum kopi malam malam. Takut tak boleh tidur. Karang siang besok muka toyo aje tak larat nak buat kerja.
Dan sesi kopi (teh) kali ini ialah bersama Geng Kambing Temerloh, atau pun nama rasminya Komuniti Penternak Kambing Temerloh.
Mereka juga berkongsi hasrat yang sama dengan www.gengkambing.com. Berusaha membebaskan umat Islam dari kebergantungan. Berusaha membiakkan kambing kambing yang terbaik untuk keperluan umat Islam.
Zaid @ Penternak Tegar, merangkap ketua Komuniti Penternak Kambing Temerloh. Yang pakai baju kelabu cap Kaki Bakar. Geng kambing golek juga dia ni.
Sebelah kanan ialah Suparbi, atau Bang Bi. Pembiak kambing di Kerdau. Berhampiran Temerloh.
Terima kasih kerana sudi minum kopi (teh) dengan aku. Dan...
Welcome into the fight for freedom!!
No comments:
Post a Comment