Berhampiran
tempat aku ada sebuah pusat perlindungan dan pemuliharaan harimau.
Mana mana harimau yang sakit, cedera, dan tidak mampu dijaga akan
dihantar ke sini. Buat masa ini ada lebih kurang 40 ekor.
Dulu
para harimau ini diberi makan daging beku yang diimport. Ianya murah.
Ianya mudah.
Masalahnya
tok tok belang lambang kegagahan ini lambat pulih dari kecederaan,
dan banyak yang sakit sakit. Ngauman mereka ini...... anemik. Tiada
vitaliti. Tiada cukup ke'harimau'an.
Dan
bila diet mereka ditukar kepada kambing segar, dimana kambing kambing
ini disembelih dan dipotong empat, dan diberi beserta kulit dan
bulunya – transformasi berlaku. Harimau yang cedera cepat pulih,
dan kekuatan mereka berada di tahap yang sepatutnya. Mereka tidak
lagi anemik. Ngauman mereka bergema dan menakutkan.
Betapa
berbezanya kualiti makanan sejuk beku dibandingkan makanan segar.
Ya
makanan frozen memang boleh mengenyangkan bahkan menggemukkan. Tetapi
ianya kurang vitaliti. Ianya kurang memberikan kekuatan. Ianya lambat
menambahkan kekuatan. Healing factor rendah.
Berbeza
dengan makanan segar. Penuh vitaliti. Cepat memulihkan kekuatan.
Pantas menambahkan kekuatan. Healing factor dia tinggi.
Itu
sebabnya kenapa makanan tempatan mesti diutamakan. Kesegarannya lebih
terjamin. Vitalitinya tinggi. Healing factor pun tinggi. Mereka tidak
perlukan jarak perjalanan yang jauh sebelum sampai ke mulut kita.
Justeru kurang tempoh dibekukan.
Itu
sebabnya kenapa.... qurban mesti kambing hidup. Ternakan yang hidup.
Al an'am yang hidup. Ruminan yang hidup.
Tuhan
mahu kita makan daging yang segar. Hangat. Yang penuh vitaliti. Yang
memberikan kekuatan. Yang memelihara kesuburan anak anak Adam dan
Hawa. Agar anak cucu Adam terus membiak, dan penuh dengan kekuatan.
Lebih
lebih lagi kepada mereka yang lidah dan hatinya bersaksikan Tuhan
yang Satu.
Tuhan
mahu melindungi kita.
Marilah
kita utamakan 'produce' yang segar dan tempatan! Terbaik untuk kita!
*Macam
mana pula dengan vitaliti aged meat? Ianya tidak beku, tapi sejuk.
Ada yang disejukkan dua minggu, ada yang sampai dua bulan. Sedap
memang sedap, tapi aku pikir bila kembali kepada apa yang Tuhan
perintahkan dalam ibadah qurban, dan alam semula jadi – jelas Tuhan
mahu kita mempercepatkan pengagihannya. Binatang pun suka makan yang
segar segar.
Yep.
Kualiti vitaliti aged meat di tengah tengah. Sedap dan menggemukkan.
Tapi tak boleh lawan yang segar. Yang segar tetap yang terbaik.
Frozen food - mudah, cepat dimasak, dan mengenyangkan. Tetapi rendah 'healing factor'.
Local produce @ makanan tempatan - 'healing factor' tertinggi. Makanan paling sempurna untuk anak anak Adam yang tinggal di Bumi ini.
Wallahua'lam.
(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)
Tengok YouTube: best Malaysian picnic part 1-14(samsul bahrih nursali).Geng surau bkt beruntung berkelah bawa kambing fresh.kelebihan fresh drpd
ReplyDeletefrozen-Sablee.