"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, January 15, 2015

KENAPA TAK BIAKKAN SANG FERAL?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya membiakkan (makmur dengan anak anak dan keturunan serta menguntungkan) kambing liar atau kambing feral atau kambing hutan?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya membiakkan (melimpah ruah keturunannya) lembu liar atau seladang atau bison atau apa jenis baka liar sekali pun?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya membiakkan unta liar?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya menundukkan binatang liar menjadi al'anam (ternakan) yang sesuai dibuat qurban dan aqiqah?

Ada?

Orang kafir sendiri tak mahu bersusah payah menundukkan kambing atau binatang liar, tetapi sanggup bersusah payah membiakkan kambing kambing yang terpilih - kenapa kita termakan dengan tipu daya mereka?

Mereka sendiri tak mahu makan kambing feral atau kambing liar yang dianggap sebagai bushmeat dan lebih sesuai untuk bushmen. Tak sesuai untuk 'civilised people'. Kenapa kita sanggup ambil apa yang mereka reject dan mempersembahkan kepada Tuhan kita sebagai hadiah untuk qurban dan aqiqah?

Kita hilang harga diri kerana terlalu bergantung kepada kafir nasrani dan yahudi. Kita malukan nabi nabi dan rasul rasul kita dengan tidak mengikut jalan yang mereka tunjukkan. Kita jemput kemarahan Tuhan dengan mempersembahkan apa yang tidak menepati kemahuan dan perintahNya.

Apa sudah jadi dengan kita? 

Apakah kita hanya mahu menurut perintah Allah dan RasulNya bilamana perintah tersebut memberi kesenangan dan kemewahan, tetapi resah gelisah bantah membantah mencari alasan demi alasan bilamana perintah Allah dan rasulNya membawa beban dan mengurangkan kekayaan kita?

Dan kalau benar feral itu boleh diternak atau ditundukkan justeru memenuhi syarat al an'am, kenapa tidak sahaja golongan pro feral ini membiakkan feral sebanyak banyaknya bergerombolan gerombolan pada tanah kerajaan luas yang mereka dapat di utara tanah air?

Kenapa tidak berani membiakkan feral kalau benar feral itu al an'am?

Kenapa tetap memilih boer dan dorper atau apa sahaja baka selain feral? 

Biakkanlah feral itu sebanyak banyaknya. Bukankah itu yang kamu golongan pro feral bermati matian mempertahankan?

Dan baru sahaja pro feral yang paling kanan paling mahsyur dalam Malaysia ini memberi kenyataan "feral tidak sesuai diternak... utk trading sahaja".

Dia sendiri beri kenyataan tersebut, dan kita yang berpengalaman juga turut tahu feral tidak boleh diternak tidak mampu ditundukkan tidak sesuai dibiakkan.

JELAS. TERANG. BENDERANG. TIDAK LEPAS TAKRIFAN AL AN'AM.

Berhujahlah dengan Allah dan ayat ayatNya. Kerana Allah akan memperlihatkan kebenaran. Kebenaran tetap akan muncul walau ditahan tahan, dan kebatilan akan padam. 

Pilihlah Allah dan RasulNya!


4 comments:

  1. Teruskan bro........sokong 100 n ten %

    ReplyDelete
  2. Mana nk beli baka feral..saya nak biakkan la.mcm senang hidup saja,tadok penyakit..hehuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli kat Nordin Mat.. orang kata dia king import feral!!!

      Delete
  3. Kat kampong ambo pun ado pengedar feral,siap pasang banting,KAMBING AQIQAH/QURBAN.Tu dia,ntah mana dia dapat. Belum masa lagi ambo nak bertekak ngan dia ni,pasal dia ni warak,tentu dia tahu jenis2 binatang utk wat aqiqah/qurban.

    ReplyDelete