Kali
ni kita pi 'feedlot capital of the world' - Texas Panhandle. Kita
korek sikit operasi penggemukan lembu disana. Dalam satu satu masa,
lebih 500,000 ekor lembu digemukkan disini selama 4-6 bulan.
Ok.
Kita zoom kepada satu feedyard dari sekian banyak feedyard disini.
Wrangler Feedyard, dimana ada 43,000 ekor lembu sedang digemukkan.
Ada 49 pekerja untuk jaga 43,000 ekor lembu. Huii.... nisbah 1 orang
jaga 877 ekor lembu. Kira efisyen juga lah ni.
Setiap
ekor lembu dalam operasi penggemukan ini diberi peruntukan kawasan
seluas 150 - 200 kaki persegi. (Aku peruntukkan setiap ekor kambing
16 kaki persegi). Bila feedlot luas macam ni, situasinya ialah -
sesak tapi bukan penuh sesak. Crowded but not overcrowded. Jadi
risiko meletusnya wabak penyakit berkurang banyak.
Kemudiannya,
objektif penggemukan ialah - mengepam sebanyak mungkin tenaga ke
dalam rumen (perut besar lembu) agar lembu tersebut naik berat
sebanyak mungkin secepat mungkin tanpa membuatkan lembu itu jatuh
sakit.
Tenaga.
Bukannya protein. Haaaa kena ingat baik baik ni.
Bukan
apa, pasal kita disini ada banyak debat nak bagi lembu kambing lebih
tenaga atau lebih protein semasa penggemukan. Jadi bila tengok contoh
professional feedlotter, kita nampak sikit kaedah yang sebenar. Dan
observasinya - mereka fokus kepada amaun tenaga.
Untuk
mendapatkan tenaga sebanyak mungkin, feedlotter ini menggunakan
jagung. Dan... ianya dimasak terlebih dahulu demi membebaskan lebih
banyak tenaga dan memudahkan penghadaman.
Jagung ini dimasak dalam bentuk flake (sebijik macam corn flake) kerana saiz sebegini didapati sesuai dengan ruminan dan mengurangkan risiko acidosis. Biasanya 'steam flaked corn" ini meningkatkan tenaga sebanyak 18% (signifikan nih!).
Kalau kita masak jagung dalam bentuk bubur, atau diberi halus halus kepada lembu kambing, memang lagi cepat gemuk tapi risiko acidosis melonjak terlalu tinggi.
Jagung ini dimasak dalam bentuk flake (sebijik macam corn flake) kerana saiz sebegini didapati sesuai dengan ruminan dan mengurangkan risiko acidosis. Biasanya 'steam flaked corn" ini meningkatkan tenaga sebanyak 18% (signifikan nih!).
Kalau kita masak jagung dalam bentuk bubur, atau diberi halus halus kepada lembu kambing, memang lagi cepat gemuk tapi risiko acidosis melonjak terlalu tinggi.
Tak
pasal pasal banyak yang kembung lepas tu KO.
(Pasal
tu kalau tuan puan tengok pemilihan dedak aku - semenjak sekian lama,
aku pilih dalam bentuk pallet. Bukannya serbuk atau tepung. Dan aku
juga tak memilih super high protein. Aku cenderung kepada amaun
tenaga dan jenis bijirin. Tapi realitinya pasaran kita belum ada
dedak skala komersial yang spesifik untuk pembiakan kambing pedaging
tropika dan juga penggemukan kambing pedaging tropika).
Orait.
Di Wrangler Feedyard ni, ration bijirin (flaked corn) mencapai 92%.
Roughage cuma 8%. Uh oh.... berbeza sungguh dengan operasi pembiakan
kambing pedaging aku. Breeder 100% foraj, yang beranak dua dan
tiga baru bagi dedak. Itu pun 30% aje. 70% lagi pandai pandailah
meragut cari foraj sendiri.
Dan
bagi yang anak anak jantan dalam 'penggemukan' (ok ok ok sebenarnya
aku punya stail tak buleh panggil dan tak cukup syarat untuk
penggemukan), cuma 55% sahaja dedak digunakan. Lagi 45%? Kome pi
turun kandang, cari rumput sendiri. Jangan harap aku nak cari rumput
untuk kome.
woww...
55% nak pergi kepada 92%? Ermmmm... nope I don't think so for now.
Masa depan? Barangkali. Kalau dedak turun harga lah.
No comments:
Post a Comment