Dulu aku pernah post pasal "The Shrinking Sheep of Hirta". Sekarang kajian sebuah universiti Eropah menemukan fenomena serupa pada kambing kambing yang menghuni Banjaran Alps.
Kajian ini dibuat Universiti Durham. Diterbitkan pada tahun sudah. 2014. Dalam jurnal 'Frontiers in Zoology'.
Kajian mengambil masa 30 tahun. Dan fokus kajian ialah kambing gunung dari jenis Alpine Chamois. Para saintis mengkaji kesan perubahan cuaca ke atas saiz dan berat badan kambing Alpine Chamois ini.
Yep. Inilah anak kambing jenis Alpine Chamois. Geram betul aku tengok telinganya.
Hasil kajian selama 30 tahun mengejutkan para saintis. Didapati saiz dan berat badan kambing gunung ini menurun 25% dalam tempoh 30 tahun. Semakin panas cuaca (dalam tempoh 30 tahun cuaca naik 3-4 darjah celsius di banjaran ini) - semakin kecil saiz kambing.
Tiada perubahan signifikan pada vegetation atau pastura dalam persekitaran pergunungan Alps. Yang saintis nampak, bila semakin panas, kelakuan kambing berubah. Kambing gunung ini lebih banyak berehat justeru semakin kurang masa meragut.
Adakah ini mempengaruhi survival baka ini? Ya. Kerana saiz yang semakin kecil bermakna anak anak Alpine Chamois kurang simpanan lemak untuk menghadapi musim sejuk yang mencabar.
Kesimpulannya - Cuaca sememangnya sangat mempengaruhi produktiviti ternakan dan pertanian.
Dan.. aku perasan mana mana penternak yang bela baka boer atau dorper atau saanen (baka baka asing yang menghadapi masalah adaptabiliti dengan cuaca tropika) pada kawasan pergunungan yang lebih sejuk - produktivitinya lebih tinggi dan lebih mudah diuruskan berbanding usaha membiak pada tempat yang panas.
Yep. Keep it cool babehhh....
(Untunglah mana mana penternak yang ada bekalan letrik di kandang - buleh pasang kipas di siang hari, dan lampu penghangat di malam hari -----> survivabiliti ternakan meningkat).
No comments:
Post a Comment