"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, December 13, 2014

SUPER CRITICAL IRON

Aku bermula, dan bertahan dengan garam jilat 3000mg iron/kg. Lebih 9 tahun aku menyaksikan kambing membiak elok, dan tumbesaran yang cantik. Tiada kematian besar besaran berlaku, dan kes kambing anemik boleh dibilang dengan jari. 

Dan ini semua berlaku walaupun hanya 100% browsing, dan aku amalkan selective deworming, dan aku guna dewormer yang kurang berkesan untuk tapeworm. 

Ye, aku ada guna garam jilat berlainan, dan lebih rendah kandungan iron. Tapi semuanya jangka pendek, atas asas cuba cuba. Nampak aje kambing slow semacam menjilat, aku terus tak guna garam baru. Aku kembali kepada garam jilat asal.

Tapi masuk tahun ke 10 aku bela kambing, aku beranikan diri cuba cuba, dalam skala besar dan jangka panjang - garam jilat yang baru. Yang lebih rendah kandungan iron per kg, tapi ada macam macam aditif mineral. 

Setelah beberapa bulan berlalu, kini aku berada dalam minggu minggu dimana manifestasi anemia berlaku secara mendadak. Berderet deret. Dramatik.

Mass anemia.

Belum pernah sepanjang sejarah aku biakkan kambing, aku menyaksikan 'such low performance' dari kambing betina aku. Belum pernah terjadi mass anemia. It's such a spectacular collapse. 

Kambing berderet tumbang, kambing banyak kurus kurus, kambing lambat membiak, kambing banyak yang ringan ringan walau nampak sihat, kambing tak naik naik berat walaupun kuantiti dedak bertambah tambah, kambing mudah gugur, kambing mudah diserang penyakit, kambing mudah kecacingan.

Aku ingatkan disebabkan cacing, atau pun dewormer yang aku gunakan dah tak rasi.

Tidak. 

Kini aku tahu ianya anemia. Disebabkan kekurangan iron. 

Dan aku pasti ianya disebabkan garam jilat yang baru aku gunakan beberapa bulan yang sudah. Yes, I am very sure of that. I have no doubt.

Aku mesti segera 'restore' atau kembalikan tahap iron dalam darah kambing kambing aku. Jangka panjang, dan jangka pendek. Jangka panjang ialah dengan menukar garam jilat kepada yang asal, yang 3000mg/kg. Dan aku sedang memburu garam jilat yang lebih tinggi kandungan iron. 

Dan aku tahu, mamalia ruminan kecil macam kambing yang pantas membiak (babi pun sama juga), perlukan kuantiti iron yang jauh lebih tinggi berbanding ruminan besar macam lembu kuda kerbau. 

Bagi kambing, kalau kita nak unlock prestasi pembiakannya dan tumbesarannya yang pantas, maka iron menjadi kritikal. Super kritikal. Jauh lebih penting daripada dewormer, antibiotik, dan segala macam jenis ubat. 

Iron, berdasarkan pengalaman aku - adalah rukun adalah tiang adalah tulang untuk prestasi kambing yang terbaik. Apalagi untuk cuaca tropika kita yang sangat mencabar untuk ruminan. Ya, sama seperti rukun Islam yang lima, atau rukun iman yang enam.

Kalau wujud rukun pembiakan kambing, maka aku pasti, dan sangat pasti, iron adalah salah satu rukun tersebut. 

Dan kalau rukun iron ini dilanggar, atau dibuat main main, kita akan nampak hala ke mana kambing kita tuju. Spectacular collapse. Spectacular failure. 

Sepertimana yang aku sedang lalui sekarang ini.

Dan aku tidak mahu rakan rakan pembiak yang lain melalui pengalaman buruk ini. 

Sangsi? Ketahuilah selama 9 tahun aku guna garam jilat high iron, dan high zinc (untuk bantu penyerapan iron), aku sangat kurang masalah kesihatan kambing. Dan bila aku bertukar kepada garam jilat low iron, banyak masalah datang melanda kambing.

Perbezaan prestasi itu sangat ketara.

It's all down to iron.

Critical. Super critical. Super essential mineral. 

The pillar of high performance production of meat goat in the tropics.

Assalamualaikum!






2 comments: