"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, December 1, 2014

MUDAHNYA AKU SYIRIK

Pagi sarapan semalam.

Bini aku kata "Abang, abang punya stok caffein dah habis. Tak boleh minum kopi hari ini". 

Segera aku jawab "Habislah, hancur musnahlah hidup aku! Tunggang langganglah hidup ini".

Dan sebaik sahaja ayat itu aku muntahkan, saat itu juga aku sedar aku telah melakukan dosa besar. Aku terlalu bergantung kepada caffeine, hinggakan bila terputus sumber caffeine, aku hilang arah hilang akal hilang waras hingga mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa sedar. 

Seolah olah aku hanya bergantung kepada caffeine. Seolah olah hanya caffeine lah yang mengatur dan menceriakan hidup aku. Seolah olah caffeine itu Tuhan hingga merasakan putus nyawa bila putus caffeine. Seolah olah aku putus asa dengan rahmat Tuhan bila caffeine tiada.

Aku telah syirik. Dan begitu mudah.

Segera aku beristighfar. Segera aku bersyahadah. Segera aku memohon ampun kepada Tuhan. Berkali kali. Dan sehingga hari ini saat ini aku masih sesal dengan kejadian pagi semalam. Terfikir fikir akan kebodohan, dan ketongongan aku.

Nampak sangat dada aku kosong ilmu tauhid. Kering kontang bagaikan padang pasir. 

Ambillah iktibar dari kesilapan yang aku lakukan ini. 

Berilah aku petunjuk, wahai Tuhan Maha Pemberi Hidayah!

2 comments:

  1. ..setiap butir beras yang kita makan tu kena berterima kasih kepada parti politik. Ini pun dah lain mcm juga

    ReplyDelete