"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, December 5, 2014

MENGGEMUKKAN 500,000 EKOR LEMBU

Sebuah praktis syarikat feedyards lembu di Amerika membuatkan aku terfikir bagaimana aku menggemukkan kambing.

Ok. Feedyard ni maksudnya sebuah ladang khas untuk menggemukkan lembu lembu secara fidlot. Di Amerika utamanya di Texas, wujud pelbagai feedyards yang biasanya menggemukkan lembu lembu selama 3-4 bulan sahaja. 

Kadar penggemukan yang pantas. Biasanya lembu pedaging paling kurang 6 bulan digemukkan sebelum betul betul sesuai mencapai saiz 'komersial'. Kalau lembu wagyu yang digemukkan untuk daging Kobe yang premium, tempoh penggemukan lebih lama. 16-24 bulan. 

Semua feedyard gergasi ini masing masing ada kilang makanan di tengah tengah ladang. Giant mill. Yang memasak jagung sebelum diberi makan kepada lembu lembu setiap hari.

Ya. Jagung yang dimasak terlebih dahulu. Atau apa apa jenis bijirin. Yang penting - dimasak. Tapi biasanya diorang gunakan jagung. Dalam bentuk flaked corn (macam corn flake). Yang distimkan. 

Rupanya bijirin yang dimasak memudahkan penghadaman, dan mampu membebaskan lebih banyak tenaga berbanding bijirin yang tidak dimasak. Mencontohi manusia. Cumanya kita lebih kritikal dimana kita anak anak Adam dan Hawa sememangnya memerlukan makanan yang dimasak untuk survival kita.

Ok. Satu tip penggemukan yang sangat bagus. Bijirin yang dimasak. Baik baik.

Kemudiannya dalam proses feedlotting ni, rangsum lembu adalah 80% bijirin dan cuma 20% roughage. Dan mereka gemar guna hay, atau rumput yang dikeringkan. Ini kerana rumput kering memiliki kualiti penggemukan lebih baik berbanding rumput segar/basah. Yang ni aku dah tahu. Memang sahih. 

Yang ketiga, para feedyarder ni akan membunuh mikrob sedia ada dalam rumen lembu ketika lembu lembu ini baru sampai ke dalam operasi. Mereka akan bunuh mikrob penghadam rumput, agar mikrob penghadam bijirin pantas membiak. Mereka mahu populasi mikrob penghadam bijirin penuh dalam rumen rumen lembu lembu mereka. 

Jadi lembu akan perform dengan jauh lebih efisien bila terima diet bijirin, dan kurang masalah penyakit.

Ya mereka gunakan antibiotik. Monensin. Mereka tidak gunakan probiotik. 

Hmmm.... para penggemuk ruminan ini rupanya anti probiotik. Anti effective microorganism. Anti EM. (well... just for their cattle. Hygiene ladang agaknya guna EM lah). 

Ok. Yang keempat, bila lembu difidlotkan dengan diet tinggi bijirin - penyakit yang sering muncul ialah 'liver abcess'. Untuk merawat penyakit ini, biasanya mereka gunakan antibiotik tylosin.

Haa.... tylosin ye. Yang ni aku baru tahu buehehe..

Anyway, praktis fidlot lembu sebegini 'mencerahkan' pemahaman aku akan teknik teknik penggemukan yang lebih baik. Dan aku terfikir.. barangkali penternak tempatan yang kerja mereka pesawah padi, adalah lebih baik membuka operasi fidlot berbanding breeding. 

Mereka ada access kepada beras yang banyak lagi murah. Ianya satu advantage yang sangat besar. Biar breeding buat kat tempat yang banyak rumput atau foraj. Macam ladang sawit, ladang getah, dusun etc.

Betoi tak?





1 comment:

  1. Sekali tengok mcm kesian pulak kat lembu2 ni..mcm dok dalam concentration camp auschwitz birkenau..without the gas chamber. Doomed for condemnation.

    ReplyDelete