Selepas menerjah ladang Hafiz di Gopeng, aku terjah pula ladang Denaibunda Multifarm di Parit, Perak. Dekat dekat Sri Iskandar.
Cikgu Zuraini punya. Baru beroperasi selama 5 bulan. Sanggup pencen cikgu semata mata minat bela kambing. Stress mengajar kot. Pasalnya dulu dah biasa mengajar student UPSI, lepas tu Tingkatan 4,5,6. Lepas tu Tingkatan 1,2,3 pula. Tu yang makin jem jengkreng dibuatnya.
Lagi senang bela kambing. Senyap. Aman damai. Kalau kambing melawan, rotan aje dengan tongkat gembala. Takde risiko diserang makbapak. Takde risiko surat lawyer dalam petisurat.
Ok. Jom kita tengok suasana ladangnya.
Dah ada papan tanda.. bagus bagus. Aku sendiri tak tahulah bila nak buat.
Nampak tak? Ini view dari jalan besar. Denaibunda terletak di kawasan berbukit. 3 ekar. Asalnya hutan. Nak tolak dan ratakan tanah untuk kandang makan kos $14,000.
Closeup. Ada kabin kontena. Macam ladang TAJ di Tg Tualang.
Masa aku sampai, kedengaran ayat ayat suci sedang playback. Macam di Arraudhah biotech juga.
Kambing jadi tenang. Kambing lebih produktif.
Banyak bebiri banding kambing.
Kuarters pekerja
Kandang ni diperasap setiap malam. Kayu api senang cari. Keliling ladang pokok getah. Hmm kandang aku tak pernah perasap.
Orang pompuan jumpa orang pompuan. Aku terpinggir buahahaha...
Bebiri dan kambing dilepaskan meragut dalam kawasan ladang 3 ekar ni. Pagi ada dedak. Petang dah balik meragut, ada lagi ditopup dengan silaj batang jagung. Huiii banyaknya makanan..
Aku punya breeders dah balik meragut takde top up top up. Melainkan yang beranak kembar, dan selama dia menyusukan lebih kurang 3 bulan. Bila anak dah cerai susu, kembali kepada 100% browsing.
Garam jilat putih digunakan. Tak silap aku yang ini jenis 100% sodium tanpa sebarang makro dan mikromineral. Patutnya dijual lebih murah, tapi yang hairannya lebih mahal. Pelik sungguh aku.
Cikgu Zuraini pernah cuba trading kambing feral sebelum ini. 3 ekor. Tapi tiga tiga mati sebelum sempat dijual. Memang pengalaman buruk. Dan bukan Cikgu Zuraini seorang sahaja yang ada pengalaman sebegini dengan feral, tapi dah berderet deret rakan pembiak berpengalaman serupa.
Haii! Kenapa tu? Macam gaya kartun Inspector Gadget...
Palung makan guna kanvas. Cheaper to construct i think.
Silaj sisa jagung yang dibuat sendiri. Ok secara peribadinya aku berpendapat kambing yang lepas meragut tak perlu bantuan silaj. Kehadiran EM mengganggu prestasi dan potensi pembiakan mikrob penghadam foraj dalam perut kambing yang meragut.
Ramai rakan pengembala mendapati penggunaan EM dalam makanan kambing meragut tiada kesan. Malah penurunan prestasi. Susah gemuk. Lambat biak. Mudah keguguran.
Bagi bebiri, atau kambing yang dibuat secara fidlot, atau kambing dalam rawatan, ye EM barangkali membantu.
Dan bagi feed seperti batang jagung yang sangat tinggi kadar seratnya, bebiri memiliki kemampuan lebih baik menghadamkan batang jagung berbanding kambing yang pendek tali perutnya. Justeru kemampuan kambing adalah terhad untuk mencerna foraj tinggi serat.
Bebiri takpa. Tali perutnya lebih panjang. Memang sesuai cerna makanan tinggi serat.
Aku rekemen kpd Cikgu Zuraini agar menghentikan silaj pada kambing breeder yang meragut. Dedak yang diberi sebelah pagi sudah cukup sebagai bantuan pemakanan. Bagi bebiri takpa topup dengan silaj sisa jagung.
Fuhh bersih betul kandang Cikgu Zuraini ni. Dasat dasat..
Bulat berisi bebiri Cikgu! Best!
Tak nak naik kandang tengok kambing. Sibuk main pasir.
Yaa inilah Cikgu Zuraini dan anak bongsunya. Terima kasih kerana membenarkan kami sekeluarga melawat. Ada kesempatan kita berjumpa lagi.
Sapa sapa nak kambing atau bebiri, di Parit dan kawasan sekitar, (kalau yang duduk jauh tapi berkenan dengan kambing/bebiri sini) bolehlah berhubung dengan Denaibunda Multifarm pada nombor 0139955542. Blognya ada dalam senarai rakan blog - Kambing Aqiqah, Kurban dan Kenduri (denaibunda.blogspot.com).
Terima kasih Cikgu dan keluarga kerana bersama sama dengan saf membebaskan umat dari kebergantungan!
Assalamualaikum!
wah dekat tur... boleh aku terjah ni...welcome cikgu...
ReplyDeleteMakin ramai pembiak, nanti negara kita buleh jadi pengeksport kambing.....
ReplyDeleteNk tnye bro alwi..ap dh jd dgn ldg kambing boer tpi jln dari sri iskandar mnghala ke pekan parit(ikut jln dalam..simpg dpn uitm)rsa besor ldg tu
ReplyDeleteuntuk dijual 22 juta. tapi rasanya dah ada somebody takeover
DeleteAssalamualaikum Cikgu
ReplyDelete