"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, December 26, 2014

PARKING KAMBING BANJIR

Parts of Perak is flooded. For the first time, I accepted two shipments of goats in dire need of a safe place. Praise to God, my farm is only slightly affected by the severe weather. I have room for 100-150 more goats.

Here is the first shipment from a hobbyist breeder. 4 heads.



And last night I accepted another distress shipment from RDS Farm in Kampung Gajah. The owner - Rizal, who works in Sime Darby Property Shah Alam - has seen his riverside farm being gripped by fast rising water. And the water did reach the barn floor. 

JPV Perak has been dispatched to help him transfer the goats. And the goats were transferred from the barn to the lorry by... small boat. Individually. No choice. This was painfully slow work. 

Some pictures of the goats arriving at my farm last night.




Weak from being trapped in flood for days


The spectator ladies watching the spectacles unfold

Thank you JPV Perak for their help in the relief operation!




Wednesday, December 24, 2014

RESAH GELISAH

Aku sangat dukacita dengan apa yang sedang terjadi pada Imran dari House of Goats. Beliau sedang melalui saat saat getir lagi genting berhadapan dengan air bah luar biasa yang melanda Kuala Krai di Kelantan.

Berdasarkan update dari beliau, aku sangat tidak menyangka sebegitu buruk situasi disana. The speed of devastation is astonishing. Terrifying. Ketakutan ini tidak dapat digambarkan dengan kata kata atau apa jenis pun ayat yang aku tulis. 

Banjir kali ini benar benar luar dugaan. Yang terburuk dalam tempoh 60 tahun menurut penduduk tempatan disana. Dan Imran adalah salah seorang anak tempatan yang terpilih untuk melalui ujian dan dugaan sangat hebat dari Yang Maha Kuasa. 

Koloni kambing disana hampir mengalami total wipeout. Kandang telah pun runtuh akibat dilanggar kayu balak yang hanyut. Pekerja Myanmar nya tidak dapat dihubungi. Bekalan elektrik putus. Saki baki kambing yang ada, dan pekerjanya, terpaksa berenang menyelamatkan diri naik  ke bukit.

Masing masing menangis. Tiada ikhtiar. Tiada upaya. Tiada kekuatan. Pekerja Myanmar nya masih trauma dengan kemusnahan yang dibawa oleh siklon Nargis, hanya untuk menyaksikan kemusnahan dan ketakutan berulang kembali. 

Kandang kambing pada background gambar telah pun telah pun tenggelam dan akhirnya runtuh. Jeritan kambing kambing yang terperangkap dalam kandang sangat meruntun hati. Kambing didepan itu sebenarnya berenang sendiri dan berjaya sampai ke bukit. Ada kambing yang berenang ke arah lain, dan tidak dapat dipastikan nasibnya.

Oh Tuhan! 
Kami menyaksikan kekuatanMu!
Kami takut berhadapan dengan kemusnahan dariMu!
Ampunkan lah dosa dosa kami! 
Kasihanilah kami!
Berilah kami kekuatan untuk mengharungi ujian dariMu!
Janganlah Engkau bebani kami dengan apa yang kami tidak tahan menanggungnya!
Kami bersujud tunduk padaMu wahai Yang Maha Perkasa!

Kepada Imran, aku berdoa agar Tuhan menggantikan kemusnahan ini dengan sesuatu yang lebih baik. Dan kepada semua rakan rakan penternak yang berhadapan dengan ancaman musibah banjir, aku doakan agar kalian semua selamat.

Dan alangkah baiknya kalau semua sultan sultan sama sama saling menyeru kepada semua rakyat jelata agar berhimpun memohon keampunan dari Tuhan dan menghilangkan bencana yang melanda kita semua.

Let us all pray!

Tuesday, December 23, 2014

THE STRENGTH RETURN

Semenjak aku sedar kesilapan garam jilat yang merudumkan tahap iron dalam darah kambing kambing aku, dan membunuh kambing kambing serta merudumkan prestasi mereka, aku telah melakukan dua perkara pembetulan;

 Jangka panjang : dimana garam jilat asal yang high iron digunakan kembali,

Jangka pendek : iron dextran digunakan dalam bentuk injection untuk segera meninggikan tahap iron dalam kambing yang anemik.

Alhamdulillah, I am happy to report both techniques work. Wonderful. Powerful.

Sekarang kambing kambing datang kembali kekuatan mereka. Bila kejar nak tangkap, terasa susah. Bila dapat pegang, terasa main tarik tali atau beradu tenaga. Berdasarkan perkiraan aku, tahap kekuatan kawanan kambing aku berada pada kadar 50%. 

Ya, masih banyak kekuatan yang perlu direstorasi. Harapnya tiga empat bulan akan datang, kekuatan penuh dicapai.

Mungkin ada yang perlekehkan pandangan aku. Mungkin ada yang kata mana pulak si awi ni memandai mandai kata 50% kekuatan.

Well, whatever they want to say, but I do know..

Aku telah menghabiskan lebih 10,000 jam membiakkan dan bersama sama kambing aku. Aku telah menyaksikan kekuatan dan kelemahan kambing kambing aku selama bergenerasi, daripada onyang, moyang, nenek, mak, anak, cucu,cicit - dah lebih 7 generasi. Aku membesar bersama mereka.

I know the difference.

Dan aku tahu kekuatan kambing yang digembala boleh mencapai kekuatan feral pada tempat asal mereka. Dan ada sebilangan kecil kambing yang digembala boleh memiliki kekuatan melebihi feral.

Beyond feral.

Savage.

In strength.

Dan zat besi atau iron mainkan peranan besar dalam menentukan tahap kekuatan. Lebih tinggi iron dalam darah, lebih pekat hemoglobin, lebih banyak tenaga boleh disalurkan kepada otot dan organ - lebih banyak kekuatan yang dimiliki.

Sekarang aku tahu kenapa zat besi dipanggil besi. Memang ia layak dipanggil besi. Memang ia layak dipanggil iron. 

"To breed, we look for strength".

Assalamualaikum!


PISAU LAPAH PESEN BARU

Baru baru ini geng lapah di ladang aku guna pisau bentuk baru. Ciptaan sendiri. Buat sendiri. Memang berbeza dengan pisau lapah yang kita beli kat kedai vet.

Bengkok sedikit. Diperbuat daripada hujung sabit buah sawit. 

Bagaimana mereka melapah dengan pisau tersebut. It does seem faster. And cheaper. 

Yeah. Welder guys are a creative bunch!

Monday, December 22, 2014

HERE COMES MJOLNIR!!!

Enchanted with extra magicka to deal with extra long goat hooooooffssss..

Somewhere in Malaysia. Not in my farm.

Kandang boer dan dorper juta juta ini dulunya mengamalkan sistem intensif. Sekarang sebahagian breedlot, sebahagian gembala, sebahagian masih intensif. Yang geng kuku panjang dibawah semuanya jenis intensif - nak makan atas kandang je. 

Dia punya kuku.... huiiiiii... kalau berjalan kat tanah memang tergolek sokmo!

Sebenarnya aku pernah melihat kuku yang lebih panjang dari ini. Sapa yang bela kambing atau bebiri secara intensif - memang kena rajinlah potong kuku. Memang extra workload tapi nak buat macam mana. Dan jangan dibiarkan kambing kuku sebegini. Seksa kambing tu. Sakit sebenarnya.

Kena ikat dulu kambingnya

Tak boleh dah guna pemotong kuku kambing yang ratus ratus tu. Kena guna heavy duty pahat dan tukul. Lebih afdal tukul Mjolnir. Yang Thor punya tu. 

This.. is not going to be pretty

Ok. Ok. Aku lupa nak ambik gambar kambing tu dah siap trim kuku. Tapi aku boleh pastikan dia selamat dan lebih gembira sekarang. Dan sebenarnya aku nak mengaku disini, aku dah masuk tahun ke 10 biakkan kambing dan ini kali pertama aku menyaksikan kambing dipotong kuku dengan pahat dan tukul.

Kali pertama.

Diladang aku tak pernah wujud isu kuku kambing panjang sebegini. Bila kita lepas gembala, kuku semuanya automatik jadi haus dan pendek. Biasanya rakan rakan yang buat intensif, program potong kuku ni dibuat setiap 3 bulan.

Kalau ada 300 ekor? 1000 ekor? 

Uh oh... 

Mjolnir pun mau lari balik ke Asgard..






MANGSA AMMARAH

Gembala aku ni baran juga. Dah berapa kali dia belasah motor. Disepak sepak. Diterajang terajang. Diparang parang. Dan dia pernah bakar motor bila motor buat hal. 

Cuma kali ni dia tak bakar. Dia tak parang motor. Dia guna dumb bell konkrit. Dan dihempaskan pada motor malang ini berkali kali. Sampai dumb bell yang keras kerkung tu pun pecah. Dan dibiarkan motor ini tersadai buat beberapa hari.

Tapi lepas tu repair balik. Bagi CPR. Dibelai belai. Elok pula guna. 




Selalunya dia akan 'smash' motor bila gaduh dengan bini. Dan bukan sahaja motor jadi mangsa, tapi barang barang dalam rumah pun kena 'smash'. Gadget gadget, radio, tv. Termasuk handphone. Aku rasa dah kali keempat atau kelima aku belikan handphone untuk dia.

Dan aku dah give up tak nak dah ganti handphone dia. Tak lalu aku dibuatnya.

Anyway, aku takdak hal sebenarnya dengan sifat baran dia ni. Walau pun tak suka. Kerana aku lebih gemar pekerja yang ada 'imperfection'. Daripada yang jenis 'yes man' atau 'yes boss'. Jenis 'yes man' atau kaki ampu ni memang baik sungguh depan kita, tapi belakang kita habih ditikamnya. Sedar sedar dah lari, kambing dah habih jual.

Dan alhamdulillah setakat ini, gembala aku tak pernah 'betray' aku lagi. Ya aku setuju dengan Hariz Nordin dari Terengganu berkenaan sifat pekerja. Baik yang ada 'imperfection', sekali sekala bangkang, jahanamkan harta benda kita - daripada yang jenis depan kita pijak semut tak mati. 

Betrayal runs higher in yes man. Way much higher.

Keep 'no man' around. It is safer.

Betul tak?

Sunday, December 21, 2014

PARANOID DENGAN IRON

Setelah melalui pengalaman buruk dimana kambing kambing mengalami mass anemia akibat kekurangan serius iron, aku jadi paranoid dengan iron. Aku fikir semuanya patut diperkuatkan dengan iron, semua orang mesti ambik iron.

Termasuk aku, dan keluarga aku.

Habih aku check kelopak mata sendiri, bini, dan dua orang anak pompuan aku. Mencari tanda tanda anemia justeru kekurangan iron. Yep. Aku buat Famacha ke atas setiap ahli keluarga. Bukan kambing je yang kena Famacha.

Kelopak mata aku merah. Urat urat pun jelas nampak. Kemerahan. Tapi ini tak menghalang aku daripada berfikir yang aku kekurangan iron dan mesti beli suplemen iron. Dan memang aku beli. Iberet. Yang biasa doktor kerajaan bagi pada ibu ibu mengandung yang anemik.

Iberet ada B Complex, vitamin C, asid folik, iron dalam bentuk gradumet - semua ini membantu penyerapan iron secara maksimum. Dan.... menaikkan selera makan.

Aku telan Iberet sebelah malam. Dimana tiada intake susu dan kafein. Susu dan kafein menghalang penyerapan iron. Menurut doktor di klinik kerajaan berhampiran. Aku tak pasti kebenarannya tapi aku ikut aje lah.

Dan memang aku rasa ada tenaga extra pada keesokan harinya. Rasa macam ada generator dalam badan aku yang menjana extra 'horsepower'. Dan ini membantu aku buat kerja kerja berat di ladang sampai ke malam.

Malangnya selera makan aku juga bertambah tambah mendadak dadak. Makaaaaannnn aje aku ni. Kejap aje dah rasa lapar.

Ini membahayakan. Sebabnya dalam masa dua hari perut aku naik dari 33 ke 34.

Damn man!

Sekarang bini aku kata perut aku ni macam pompuan mengandung 3 bulan. Oh crap this!

Aku terpaksa berenti makan Iberet. Ataupun sebarang jenis iron supplemen. Kerana iron menaikkan selera makan. Di luar kawalan. 

I got to stop my iron paranoia!

THOSE STRANGE BEHAVIOUR

Kadang kadang ada kambing berkelakuan aneh. Dan keanehan perangainya samada mengundang rasa geli hati atau panas hati. Kedua duanya adalah terapi bagi jiwa. 



Yang ni buat aku geli hati. Sendiri sangkutkan kepala, lepas tu kelam kabut mengembek mintak kita tanggalkan. 

Yang ni buat aku panas hati. Tak nak ikut kawanan masa gembala. Boleh pula menonong berjalan terkedek kedek ke arah berlawanan. Sorang sorang dia aje. Ke tempat yang banyak anjing pula tu. 

Ada masalah personaliti dia ni. Mungkin kekurangan  zink. Kekurangan zink memang boleh buat dia 'high' semacam. Ye. Happy, or to be exact - delirious. Rasa macam diri terawang awang mencapai 'zen' atau 'transcendence' tapi sebenarnya kekurangan serius zink. Mungkin aku patut inject Modivitasan pada dia. Yeah, aku patut cuba.

CANCER RESIST RAW GOAT MILK

Aku ada dengar khabar angin (yang tak berapa kencang) dimana ada seorang penternak kambing susu berbangsa Cina menawarkan terapi anti kanser menggunakan susu kambing MENTAH. 

Caranya ialah dengan menggunakan herba cina yang terpilih lagi susah nak jumpa, kemudiannya diberi makan pada kambing sebelah malam. Pagi esoknya susu kambing tersebut diperah. 

Menurut Cina tersebut, herba anti kanser tersebut lebih berkesan jika disinergikan, atau disinkroniskan dengan susu kambing. Dan terbaik, jika kambing itu dulu yang makan dan memproses herba tersebut. 

Secawan susu kambing MENTAH berherba tersebut dijual pada harga $6,000.

Itu cerita pertama. Cerita yang kedua melibatkan seorang tabib Cina yang mahsyur juga di Kedah dengan rawatan anti kansernya. Beliau menggunakan biji betik, bunga betik, dan daun betik yang dijadikan serbuk sebagai minuman harian untuk pesakit kansernya.

Dan untuk lebih keberkesanan, tabib tersebut berpesan agar diminum susu kambing MENTAH setiap hari sepanjang proses rawatan. Dan mestilah susu kambing itu daripada kambing yang bebas meragut dan digembala.

Dua dua cerita di atas menjadikan susu kambing MENTAH sebagai 'powerful ally' kepada herba dalam rawatan anti kanser.

Di India pula, antara syor ayurvedic purbakala ialah minum susu kambing MENTAH setiap hari. Hanya susu kambing  MENTAH semata mata selama sekurang kurangnya 90 hari. Tiada makanan jenis lain. Untuk rawatan total jasmani. Revitalization. Buang penyakit dalam badan. Termasuk kanser.

Kali ini susu kambing bukan lagi 'powerful ally', tetapi 'supreme role'.

Dalam Islam pula, tak perlu cerita panjang, memang susu kambing MENTAH (bukannya susu serbuk) dari kambing yang digembala adalah sunnah Nabi. 

It does seems raw goat milk from shepherded goats, has powerful curative properties.

Raw. Mentah. Dari kambing yang digembala.

Kita je yang teragak agak. Tak yakin. Tak tahu. 

Mari minum susu mentah dari kambing yang digembala!




Saturday, December 20, 2014

BEBIRI 6 JUTA

Seorang penternak bebiri di China tidak mahu berpisah dengan bebiri pejantan yang dibeli dari Afghanistan walaupun ditawarkan 12 juta yuan = 1.1 juta pound sterling = 5.94 juta ringgit.

Bebiri pejantan ini dari baka Wagir. Juga dikenali sebagai 'Swordsman sheep'.  Tak sampai 1,000 ekor baka ini wujud di seluruh dunia. 

Nilai semen per straw dianggarkan sekitar 30,000 pound sterling = RM 162,000. 

Hmmmm..... fabulous investment. Very fabulous indeed.

Lepas ni kita semua pi Afghanistan, cari dan beli bebiri Wagir dari pembiak disana, dan jual balik dengan segera ke dunia luar. Gila meroyan tinggi ROI (return on investment).

Mahsyuk.. mahsyuk..




Friday, December 19, 2014

GARAM JILAT WAJIB ADA

Wajibal ghunnah. Mesti ada. Baru menjadi lembu dan kambing kita membiak.

Kalau ada kambing yang makan plastik @ jilat batu @ kayu @ baja yang ditabur bawah pokok @ benda pelik pelik - maka ini menunjukkan kambing kekurangan serius sodium dalam badan.

Kambing yang cukup garam, atau puas menjilat garam - tidak akan makan benda benda mengarut di atas. 

Lindungi kambing kita. Suburkan kambing kita. 


Kita tak mahu kambing kita sampai ke tahap ini. Punyalah kemaruk nak cari batu masin, sampai sanggup panjat empangan. Pengsan kita gembala nak ikut diorang nih!

KUASAI MAKANAN KUASAI TERNAKAN?

Hanya kepada pembiak sistem intensif.

Bagi pengembala, yang lebih relevan ialah 'delegate power' kepada kambing itu sendiri untuk pilih makanannya. Biar dia sendiri yang kuasai makanan atau menu apa dia nak makan hari tersebut.

Kita sebagai tuan kambing, lebih baik kuasai garam jilat, dan betul betul menguasai hubungan 'master-servant' dengan kambing kita.

Terbukti berhasil membiakkan kambing.

Pedaging.

Low input. High output.

Wahai para pengembala sekalian! Kuasai garam jilat kita ---> kuasai kambing kita!

Thursday, December 18, 2014

AKU PENGGEMUK KE PENGKURUS?


Masa aku guna garam jilat SK Thailand, salah satu perkara aneh yang berlaku pada kambing kambing jantan yang sedang digemukkan ialah - berat badan jatuh semasa penggemukan. 

Jatuh.

Sepatutnya naik. Busuk busuk pun maintain berat. 

Gila Cik Bi sungguh. Ini berlaku walaupun kambing jantan sudah dinyahcacing. Memang 'disaster' betul garam jilat SK ni. Mimpi ngeri aku dibuatnya dengan garam jilat sebegini. Agaknya aku menempa sejarah sebagai penggemuk pertama dunia yang menyaksikan ternakan yang sepatutnya menggemuk .. mengkurus pula. Barangkali aku pengkurus pertama dunia...

Sekarang aku dah tukar garam jilat. Kambing jantan dah stabil, dah bermula proses recovery, dan harapnya full restoration tercapai. 

Aku juga ada incorporate dedak baru ke dalam rangsum jantan. Kulit gandum tidak lagi digunakan. Tapi sebenarnya aku masih tercari cari supplier dedak spesifik penggemukan kambing jantan.

Yang berkualiti, dan konsisten dari segi kualiti. Juga reliable (tak mudah putus supply). 

Mana nak cari yek?

Wednesday, December 17, 2014

BILA MUSIM BAH

Terlebih dahulu aku doakan semua rakan rakan pembiak dan kambing kambing mereka selamat dari mara bahaya banjir.

Baik. Bila banjir, kita tak boleh lepaskan kambing, atau tak boleh dan tak sempat cari foraj untuk makanan kambing. Jadi masa ni sesuai lah nak guna dedak. Senang cerita. Tapi jangan guna dedak yang bijirin tinggi. Cari yang tinggi fiber. Macam PKC. PKE. Soyahull. Hampas kelapa. 

Takpalah 100% dedak tinggi fiber. Susah kambing nak kembung, acidosis, atau cirit birit. Kalau guna yang tinggi bijirin - alamat banyaklah kambing terkejut dan keracunan. Mendadak tiba tiba high cereal, memang terkejut beruk lagi cereal lah mikrob mikrob dalam rumen kambing kita. Tak pasal pasal kiok.

Silaj pun ok juga time banjir banjir ni. Beli aje. Tak yah susah susah buat. Leceh aaa betul tak? 

Tak kisahlah silaj 21 hari, atau 3 hari, atau 2 hari, atau 1 hari, atau super spontan, atau poof tiba tiba muncul, - jangka pendek kita guna takdak masalah. 

Yeah. They are handy. During times of shortage.

Semoga kita dan kambing kita semua selamat dan sihat wal afiat musim bah ini!

Assalamualaikum!

CAMPAK SUNGAI@FIREBOLT@CHARITY?

Ikutkan hati aku, agar garam jilat SK lesap dari pandangan, aku campak je semua garam jilat SK ni ke dalam anak sungai belakang kandang kambing aku. Biar sungai bertukar merah semerah merahnya. Biar jadi misteri tahap 'biblical proportion'. 

Ikutkan imaginasi aku, agar garam jilat SK lesap dari pandangan, aku 'firebolt' atau 'chain lightning' atau' ice spike' aje semua garam jilat SK ni. Macam aku firebolt 'bandit bandit' dan 'mighty dragons' dalam game Skyrim yang aku tengah main sekarang ni. 

Tapi ikutkan akal nuraniku yang tak berapa nurani, agar garam jilat SK lesap dari pandangan, bagi  aje lah atau sedekah aje lah kepada rakan pembiak lembu. Aku dah bagitau dia jangan guna untuk kambing. Lembu ok. Kot. I think so. 

Berderet deret aku keluarkan garam jilat SK dari kandang aku. Ada lagi yang takde dalam gambar.

Lokasi 1

Lokasi 2

Lokasi 3

Lokasi 4

Lokasi 5

Aku tak berapa pasti kenapa aku nak masukkan gambar selfie ni.

Ok. Aku rasa lega aku dah keluarkan semua garam jilat SK. Tiada satu kambing pun yang ada access kepada garam jilat SK. Sekarang ni semua kambing jilat garam asal. KNZ universal multi. 3000mg iron/kg. 

Dan memang nampak kambing bersemangat menjilat garam asal. Siap gigit gigit kruk krak macam nak pecahkan  garam jilat tu. Berbeza dengan garam jilat SK. Kambing buat dunno, slow semacam.

Bagus. Bagus. Bagus. Jilatlah selaju lajunya sepuas puasnya garam KNZ ni. Cepat cepatlah restore iron level dalam badan korang Cik Bing Cik Bing semua. Aku dah dapat pengajaran baik dari korang. Lain kali kalau aku nak bagi garam jilat, aku akan cari garam jilat yang korang berebut rebut jilat laju laju. Itulah yang sebetulnya.

As for SK salt lick - I dont wanna see your red ass ever again!

Good riddance SK!!


MISTERIA ANEMIA BERTERUSAN

Aku teringat minggu sudah.

Bini aku yang mengandung pergi buat check up kat klinik berhampiran. Doktor yang in charge hari tu kata kat bini aku "Peliklah.. tahun ni ramai sangat patient kawasan ni yang anemik. Hb (hemoglobin) tak naik naik. Susah sangat nak naik."

Dan ini membawa persoalan "Bolehkah perubahan cuaca mempengaruhi kadar penyerapan zat besi dalam tumbuhan dan binatang yang dimakan oleh manusia? Pada kawasan kawasan tertentu?"

Aku pikir ya. Cuaca mempengaruhi kadar vitamin dan mineral dalam tumbuhan yang tumbuh dalam sesuatu kawasan, seterusnya mempengaruhi binatang yang memakan tumbuhan tersebut, dan seterusnya mempengaruhi manusia yang makan binatang atau tumbuhan di kawasan tersebut.

Barangkali untuk mengurangkan risiko anemia pada ibu ibu mengandung di Malaysia, dan seterusnya meningkatkan fertiliti dan kadar pembiakan rakyat Malaysia - Beras yang ditanam di Malaysia hendaklah dimodifikasikan genetiknya untuk merembeskan zat besi tambahan.

Sama seperti di India, ke Filipina? yang melakukan pengubahsuaian genetik kepada padi yang menghasilkan beras tinggi vitamin A. Dan beras spesifik ini didapati membantu mengurangkan kes kes kekurangan vitamin A dikalangan mereka yang memakannya. 

Kambing takpa ada garam jilat. Boleh dapat iron kat situ. (Tapi tak cukup tinggilah. Ada sesetengah kawasan perlukan kadar iron yang jauh lebih tinggi berbanding kawasan lain).

Hmm... sapa sapa nak perkenalkan garam jilat super high iron? Atau napier dan indigofera tinggi iron?

Tuesday, December 16, 2014

THE HIDDEN BASTARD IN SK

Aku dah withdraw atau tarik balik garam jilat SK buatan Thailand dari kandang aku. Tapi masih ada sebahagian kambing kambing dalam petak beranak yang ada access kepada garam jilat SK. 

Observasi aku sangat tidak menyenangkan. Kambing kambing anemik yang sudah diinject dengan antianemik, samada Hematofos B12 (ammonium iron citrate) atau Intrafer 200 (iron dextran) - masih anemik. Kambing ni ok sekejap lepas kena inject antianemik, tapi tahan 2-3 minggu je. Lepas tu datang balik anemia.

Tapi bagi kambing kambing yang tiada access kepada garam jilat SK, mereka nampak ok. Kembali kepada normal. Tiada degradasi kondisi badan. Bila kita buat Famacha, kelopak mata mereka 'maintain' kemerahan. 

Maknanya ada 'something' yang menghalang penyerapan iron, atau dok telan habih iron, dalam garam jilat SK. Something wrong. Something really really wrong.

A bastard. Dan aku belum ada upaya kenalpasti siapa bastard tersebut.

'Bastard' ini menjadikan garam jilat SK beracun untuk kambing aku. Damn stupid bastard!!!

Hipotesis aku, atau telahan aku - mungkin copper. Copper dalam kuantiti yang sedikit tak mengapa untuk kambing, tapi mungkin dengan pengenalan garam jilat SK kepada kawanan kambing aku - uptake copper menjadi semakin tinggi dan tinggi, dan akhirnya menjadi excess copper.

Copper poisoning? Maybe..

Tu yang habih cepat semua iron. Digunakan untuk meneutralkan excess copper dalam badan. 

Dan aku flashback kepada suatu ketika dahulu dimana aku pernah eksperimen penggemukan kambing dengan PKE semata mata. Garam jilat high iron digunakan. PKE kita tahu tinggi copper.

Dok bagi 700-900gm PKE sehari per ekor, tapi naik berat cuma 1-1.5kg per bulan. Lambat sangat naik beratnya!

Aku pikir kawasan ragutan aku yang bawah sawit ni dah cukup tinggi copper. Tak perlu copper suplement dalam garam jilat. Kalau guna garam jilat bercopper - hanya merudumkan prestasi kambing je. 

Hmmm... itu apa yang aku agak. Kalau nak confirm, kena buat kajian lanjut lah. Mana budak budak universiti nih?

Garam jilat SK ada copper

Garam jilat KNZ takdak copper

DISCIPLINE UNDONE

Patutnya aku balik lewat dari ladang malam tadi. Pagi dah banyak hal. Lewat tengahari baru masuk ladang. Kerja kat ladang banyak. Bersepah sepah. Tertunggak tunggak. Jadi kena lah balik lewat sikit. Ingat nak balik pukul 10 malam.

Tapi semua willpower dan discipline aku  punah hancur lebur. Balik awal juga aku. Maghrib balik dah. Semuanya pasal dok teringat ingat terkenang kenang akan lauk di rumah hari ini. 

Kari kepala ikan jenahak....

Nyum nyum... aku suka bahagian mata dia yang berlemak, dan telur dia. Sedapnya... 

Aiii aku tewas juga dengan kari kepala jenahak..

Terima kasih bini!

Monday, December 15, 2014

SHORT TERM IRON BOOSTER

Selamat sejahtera kepada semua pembiak dan pengembala kambing pada setiap tujuh lapisan alam semesta, dan semua alam alam semesta. 

Baik. Kali ni cerita apa yang aku buat untuk segera meningkatkan kadar iron dalam badan kambing kambing. Kalau garam jilat, jangka panjang baru nampak kesannya. Paling awal pun 3-4 bulan. 

Kalau inject suplemen iron - cepat sikit. Tapi cepat cepat pun mahu 3 minggu, baru kepekatan hemoglobin dalam darah paling tinggi, dan nampak ketara perubahan pada fizikal kambing. 

Tapi satu benda yang bagus bila inject iron (dan tukar garam jilat high iron) - the slide down in performance has been halted. Haaa kita sempat bubuh brek pada kejatuhan prestasi. Dia stop kat situ. Takde lagi kambing yang tergolek tumbang tak pasal pasal kiok. Atau... bila beranak - takde yang tumpah darah banyak semacam, takde yang anak anak mati, takde yang kena bubuh antibiotik WALAUPUN kita baru je inject iron 3 hari sebelum dia beranak. Dan ye.. takde juga yang gugur. 

Apalagi ye... senang cerita, those nightmares stopped. Dah takde saspen saspen pekerja telefon pagi pagi bagitau kambing itu sakit kambing ini sakit kambing tu kiok kambing ni kiok.

Alhamdulillah.

Jadi buat masa ni, aku guna dua jenis injection iron, atau hematinik, atau blood supplement. Bentuk. Bahan. Ramuan aktif. Bukannya brand. Bukannya jenama. 

Ammonium iron citrate. Atau iron dextran. 

Dua dua aku ada. Haaa TETAPI perlu aku cerita kat sini sepanjang aku guna garam jilat high iron - aku tak pernah ada ubat hematinik, aku tak pernah ada ubat macam macam. Aku cuma ada sebotol antibiotik oxytetracycline. Itu je arsenal ubat aku. Takdak segala macam jenis ubatan. Dan aku tidak pernah dilanda pelbagai penyakit misteri yang melanda rakan rakan pembiak yang lain. 

Yes. Yes. Yes.  That is the power of high iron (and high zinc) salt lick. Kerja bela kambing kita jadi mudah. Penyakit kurang. Prestasi tinggi. Iron cukup. Tiada kes mass anemia. 

Tapi memandangkan aku dah buat 'spectacular mistake' dimana aku bertukar kepada garam jilat low iron - pelbagai penyakit melanda, dan nak tak nak aku kena repair. Pengalaman berharga huhuhu...

Ok. Balik kepada short term iron booster. Tengok gambar di bawah. 

Hematofos B12 dari Peru. Modivitasan dari Peru. Intrafer 200 dari Holland. Kebetulan garam jilat high iron high zinc juga dari Holland.

Ok. Hematofos B12 guna ammonium iron citrate. Modivitasan lebih kepada mineral suplemen bukannya hematinik (dia ada ammonium iron citrate juga tetapi rendah sangat). Manakala Intrafer 200 guna iron dextran.

Untuk kes anemia samada aku guna Hematofos B12 atau Intrafer 200. Aku tak guna Modivitasan sebagai anti anemia.

Hematofos mahal. $120 untuk 250ml. Kambing dewasa sukatannya 5ml. Maknanya satu dos $2.40. Tapi dia sangat cepat menyerap. Kesan segera. TETAPI.... cepat juga habis dimetabolisme oleh badan, dan kepekatan hemoglobin mungkin lebih rendah selepas 3 minggu.

Intrafer 200 pula murah sikit. $26 untuk 100ml. 1ml = 10kg. Kambing dewasa biasanya aku bagi 4ml. Maknanya kos sedos $1.04. Kesan penyerapannya lebih lambat, tetapi kepekatan hemoglobin lebih tinggi dan tahan lebih lama berbanding Hematofos.

Ok. Berdasarkan pengalaman aku, dua dua bentuk iron - ammonium iron citrate atau iron dextran, kalau kita bagi pada kambing yang anemik, anemia akan berhenti. Kambing akan recover. Cuma pantas tak pantas. Tak kisahlah skala Famacha tu tahap berapa pun. 

Tapi bagi aku, buat masa ini, aku guna hematofos untuk anak anak kambing ; dan bagi kambing dewasa yang serius sangat anemianya (putih habih selaput mata) - aku guna Hematofos + Modivitasan. 

Bagi tahap lain anemia, aku tak guna Hematofos. Cukup dengan Intrafer 200. 

Dan aku pikir, untuk kambing, kerana mereka pantas membiak - iron dextran yang sifatnya 'inorganic' (berbeza dengan ammonium iron citrate yang lebih organik) sebagaimana yang terkandung dalam Intrafer 200, adalah lebih berkesan. 

Yeah I think so. Iron dextran memiliki iron yang jauh lebih tinggi berbanding ammonium iron citrate. Better suited for 'Cik Bing', and 'Cik Bi'. Kalau tuan puan tanya aku apa iron jab nak bagi, aku rekemen iron dextran. Je. TAK PAYAH MULTIVITAMIN. TAK PAYAH MULTIMINERAL.

Tak payah semua suplemen canggih manggih. Iron dextran pun dah cukup powerful. Tak kisahlah apa jenama pun. Ferriade ke, IronDex ke, IronOne ke.....

DAN... semua iron suplement yang aku cerita di atas, aku tak pernah guna pun masa aku guna garam jilat 3000mg iron/kg. 

Damn... banyak garam jilat yang mengarut di pasaran. Tak sesuai untuk kambing. Sesuai untuk bebiri, lembu, kerbau, kuda, rusa, blah blah... Tapi severely under performing untuk kambing.

Kita kena formulate sendiri garam jilat khas untuk kambing gembala tropika Malaysia. Sapa sapa nak buat?




Saturday, December 13, 2014

SUPER CRITICAL IRON

Aku bermula, dan bertahan dengan garam jilat 3000mg iron/kg. Lebih 9 tahun aku menyaksikan kambing membiak elok, dan tumbesaran yang cantik. Tiada kematian besar besaran berlaku, dan kes kambing anemik boleh dibilang dengan jari. 

Dan ini semua berlaku walaupun hanya 100% browsing, dan aku amalkan selective deworming, dan aku guna dewormer yang kurang berkesan untuk tapeworm. 

Ye, aku ada guna garam jilat berlainan, dan lebih rendah kandungan iron. Tapi semuanya jangka pendek, atas asas cuba cuba. Nampak aje kambing slow semacam menjilat, aku terus tak guna garam baru. Aku kembali kepada garam jilat asal.

Tapi masuk tahun ke 10 aku bela kambing, aku beranikan diri cuba cuba, dalam skala besar dan jangka panjang - garam jilat yang baru. Yang lebih rendah kandungan iron per kg, tapi ada macam macam aditif mineral. 

Setelah beberapa bulan berlalu, kini aku berada dalam minggu minggu dimana manifestasi anemia berlaku secara mendadak. Berderet deret. Dramatik.

Mass anemia.

Belum pernah sepanjang sejarah aku biakkan kambing, aku menyaksikan 'such low performance' dari kambing betina aku. Belum pernah terjadi mass anemia. It's such a spectacular collapse. 

Kambing berderet tumbang, kambing banyak kurus kurus, kambing lambat membiak, kambing banyak yang ringan ringan walau nampak sihat, kambing tak naik naik berat walaupun kuantiti dedak bertambah tambah, kambing mudah gugur, kambing mudah diserang penyakit, kambing mudah kecacingan.

Aku ingatkan disebabkan cacing, atau pun dewormer yang aku gunakan dah tak rasi.

Tidak. 

Kini aku tahu ianya anemia. Disebabkan kekurangan iron. 

Dan aku pasti ianya disebabkan garam jilat yang baru aku gunakan beberapa bulan yang sudah. Yes, I am very sure of that. I have no doubt.

Aku mesti segera 'restore' atau kembalikan tahap iron dalam darah kambing kambing aku. Jangka panjang, dan jangka pendek. Jangka panjang ialah dengan menukar garam jilat kepada yang asal, yang 3000mg/kg. Dan aku sedang memburu garam jilat yang lebih tinggi kandungan iron. 

Dan aku tahu, mamalia ruminan kecil macam kambing yang pantas membiak (babi pun sama juga), perlukan kuantiti iron yang jauh lebih tinggi berbanding ruminan besar macam lembu kuda kerbau. 

Bagi kambing, kalau kita nak unlock prestasi pembiakannya dan tumbesarannya yang pantas, maka iron menjadi kritikal. Super kritikal. Jauh lebih penting daripada dewormer, antibiotik, dan segala macam jenis ubat. 

Iron, berdasarkan pengalaman aku - adalah rukun adalah tiang adalah tulang untuk prestasi kambing yang terbaik. Apalagi untuk cuaca tropika kita yang sangat mencabar untuk ruminan. Ya, sama seperti rukun Islam yang lima, atau rukun iman yang enam.

Kalau wujud rukun pembiakan kambing, maka aku pasti, dan sangat pasti, iron adalah salah satu rukun tersebut. 

Dan kalau rukun iron ini dilanggar, atau dibuat main main, kita akan nampak hala ke mana kambing kita tuju. Spectacular collapse. Spectacular failure. 

Sepertimana yang aku sedang lalui sekarang ini.

Dan aku tidak mahu rakan rakan pembiak yang lain melalui pengalaman buruk ini. 

Sangsi? Ketahuilah selama 9 tahun aku guna garam jilat high iron, dan high zinc (untuk bantu penyerapan iron), aku sangat kurang masalah kesihatan kambing. Dan bila aku bertukar kepada garam jilat low iron, banyak masalah datang melanda kambing.

Perbezaan prestasi itu sangat ketara.

It's all down to iron.

Critical. Super critical. Super essential mineral. 

The pillar of high performance production of meat goat in the tropics.

Assalamualaikum!