"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, October 19, 2014

BEWARE OF WHEAT BRAN!

Kulit gandum. Ada juga yang panggil wheat pollard. Aku panggil nestum. 

Aku setuju dengan komen Telaga Emas Agrofarm dalam facebook. Komennya "Den dah surrender bagi wheat pollard kat bebiri den. Banyak jadi kes kaki belakang lari alignment". Oopppsss... kita tak mahu situasi itu terjadi kepada kambing kita.

Baik. Aku kena terangkan dengan lebih jelas sebelum ada orang yang ikut aku. Pertama sekali, aku sentiasa sedar makanan ternakan rumusan manusia tidak akan mampu menandingi kehebatan kesimbangan makanan ciptaan Tuhan dalam memelihara kekuatan pembiakan. 

Apa sahaja yang kita cipta memang lari habih keseimbangan. Kena adjust sana adjust sini, repair sana repair sini, upgrade sana downgrade sini. Nak gemukkan atau bina badan ternakan jangka pendek boleh, nak maintain potensi pembiakan jangka panjang? 

Semua gagal. Fail. Dengan sangat cemerlang. Distinction. Anugerah dekan berturut turut. 

Jadi kulit gandum ni aku cuma gunakan jangka pendek. Untuk anak anak kambing yang dah cerai susu hinggalah mereka boleh ikut gembala. Dalam 3-5 bulan tempoh penggunaan. Untuk anak jantan dalam proses penggemukan pun aku guna. Tapi sekejap juga lah. 

Aku tak guna kulit gandum untuk pejantan, dan untuk anak anak yang menyusu, dan juga betina yang menyusukan, dan juga betina betina dewasa. Walaupun kulit gandum ni tinggi vitamin E. (Sepatutnya boleh bantu dalam libido kambing dewasa - masalahnya vitamin E dalam kulit gandum cepat rosak. Melainkan kita dapat supply kulit gandum yang betul betul fresh. Atau dalam bentuk minyak. Wheatgerm oil. Haa barulah ada nilai vitamin E nya). 

Aku utamakan kualiti fiber pada kulit gandum berbanding zatnya bilamana aku bagi pada kambing. Nak memudahkan tugas aku, yang secara semulajadinya malas cari rumput. Dan nak mengurangkan kes kekembungan. Memang jarang kes kembung. Tapi nak bagi jarang lagi. 

Dan... aku campurkan dengan dedak kambing pada nisbah 3:1. Dedak kambing 3 : kulit gandum 1. Aku memang bercadang nak tingkatkan nisbah ni. Dalam ertikata lain, mengurangkan kulit gandum dalam rumusan anak anak kambing cerai susu. Mungkin ke tahap antara 5:1 hingga 7:1. 

Apa pun, ini masih dalam peringkat eksperimen. Besok besok kalau aku tengok kambing lain macam aje, aku berenti guna kulit gandum. 

Ok. Selesai satu benda. Kemudiannya Puan Nurul Akmar dari Brunei ada bertanyakan "berapa umur anak kambing yang boleh diturunkan untuk gembala?".

Haaa..... sebenarnya umur seminggu dua pun boleh. Kalau kambing sikit. Kalau dah banyak, sekali turun lebih 100 ekor - tak lalu nak jaga anak anak kambing kecik molek ni masa gembala. Kambing lain boleh lompat parit. Kena turn dia melompat, dia tak mahu melompat. Pehhh terkejar sana sini nak tangkap dia bagi lepas ke seberang parit. 

Anak kambing yang kecik kecik ni lincah. Susah nak tangkap. Pernah sekali aku main kejar kejar dengan 12 ekor anak kambing kecik kecik ni. Semua tak nak lompat parit. Puncanya kawan seorang tak ikut lompat. Lagi 11 ekor pun tak nak ikut.

Fuhhh sesak perut sesak dada sesak nafas kembang kuncup ventrikel kiri kanan jantung aku dibuatnya main kejar kejar dengan bebudak ni. Adehhhh ..... Last last aku tinggalkan je. Bilamana dah sampai masa balik gembala, ikut jalan pergi tadi. Jadi bebudak kecik ni jumpa balik dengan maknya. Tapi tu lah saspen juga tinggalkan berjam jam takde sapa tengok. Bahaya. 

Jadi pengalaman aku, anak anak kambing umur 10 minggu dan ke atas - BARU boleh ikut gembala. Dia dah pandai melompat. Dah kurang sifat penakutnya. Senang. 

Ok. Selesai benda kedua. 

Yang ketiganya. Ada seorang pembaca bertanya :

"Hi prof.....hope you're fine. Just want to find out, in your latest update you mentioned about wheat pollard.....mind to ask is it actually a brew that we are getting from Carlsberg factory, I mean it's also called hampas gandum right?

And another doubt is this wheat pollard is having high fibre as well as protein is it?

Sorry prof, just want to learn a bit more with regards to wheat waste before feeding my goats.

Thank you."

Terima kasih. Aku copy paste aje soalan dia di sini. 

Bagi aku, secara teknikalnya hampas bru, atau sisa bru dari kilang Carlsberg ni sama kategori dengan hampas soya basah. Boleh guna jangka pendek. Tapi ada masalah kalau guna jangka panjang. Kambing memang boleh gemuk berkilat tapi potensi pembiakan menurun. 

Kalau nak guna jangka panjang, memang kena upgrade. Salah satu masalah utama sisa bru ialah ketidakseimbangan kalsium:fosforus. Antara makanan ternakan yang paling tak seimbang Ca:P. 

Terlalu tinggi fosforusnya. Way too high. Kena repair dulu. Kena tambah kalsium dalam makanan, atau calcium free choice kat kandang. Biar kambing jilat kalsium sepuas puasnya. (Tapi tu lah takde jaminan setiap kambing dapat cukup kalsium bila buat free choice ni). 

Apa pun cerita pasal sisa bru ni kena bab lain. Aku tak sempat nak tulis panjang panjang. Ada hal pula ni. So cerita lain kali. Atau pun,boleh bertanyakan pakar nutrisi ternakan macam mana nak bagi ok sikit sisa bru ni. 

Salam hormat!


No comments:

Post a Comment