A sturgeon farm right in the middle of a priceless tropical forest. Only in Malaysia.
Damn! It's so stupid it is ROYALLY stupid.
_____________________________________
Gila betul orang yang terlalu kejarkan duit ni. Nampak duit aje sampai tak nampak ancaman bencana kepada keselamatan khazanah biodiversiti negara. Bukan masa sekarang aje ancamannya, tapi berterusan kekal. Permanent damage.
Untung yang dikejar sebenarnya sedikit. Hanya menguntungkan segelintir orang. Hanya jangka pendek. Tak padan langsung dengan bencana yang bakal dilepaskan. Jangka panjang. Besar magnitud kerosakannya.
Telur ikan sturgeon yang dipanggil caviar sangat menguntungkan? Tebal 'profit margin'? Vladimir Putin terhangguk hangguk kepalanya beri sokongan?
Lagi baik telur ikan tembakul. Atau telur ikan keli. Atau ikan empurau. Atau ikan kelah. Atau apa sahajalah telur ikan tropika yang termampu kita pikirkan.
Mari kita lihat contoh Australia dan negara negara maju atau negara negara yang sedar akan kepentingan melindungi ekosistem mereka.
Macam cerita kambing boer kat australia.
Dalam usaha Australia meninggikan kualiti genetik kambing di negeri mereka, mereka cari genetik boer dari South Africa (SA). Ye... orang aussie tahu kambing feral di negeri mereka kualiti sampah sarap. Tak boleh pakai. Takde standard. Toksik. Tak boleh dibiakkan.
Jadi mereka bersusah payah memburu genetik kambing yang bersesuaian. Dan mereka tahu, mereka sangat tahu, mereka sangat jelas - yang mereka mesti buru genetik yang sama cuaca dengan negeri mereka. Cuaca panas dan kering. Baru ada harapan membiak dengan elok. Dan sempurna.
South Africa memiliki cuaca yang sama dengan Australia. Panas. Kering. Dan program pembangunan boer telah pun mencapai tahap yang mengkagumkan di South Africa. Jadi mereka pun dengan gembiranya mengimport genetik boer dari South Africa.
Sekarang, perhatikan betul betul...
Adakah Australia bawak masuk kambing boer hidup dari SA? Adakah Australia bersusah payah bawak masuk kambing boer berkapal kapal dari SA walaupun cuaca negeri masing masing sama?
TIDAK SAMA SEKALI.
Australia eksperimen. Test dulu. Dia pilih sebuah ladang pembiak kambing di Aussie yang ketat sekuritinya, dan.... cuma embrio boer SA yang dibawa masuk. Takdak satu pun kambing boer hidup yang dibawa masuk.
Ok. Embrio tu telur jantan yang telah pun bersenyawa dengan telur betina. Bila dah besar sedikit, dipindahkan masuk ke rahim ibu tumpang. Ni kita panggil embryo transplant. Bila lahir, memang boer betul lah walaupun ibu tumpangnya berlainan baka.
Dan boer yang lahir di aussie ini DIKUARANTIN selama SEPULUH TAHUN. Tidak dibiarkan bebas atau keluar dari ladang dalam tempoh tersebut.
10 tahun yang lama.... walau pun cuaca sama, dan menggunakan embryo transplant. Aussie cuba mengurangkan risiko masalah adaptabiliti dengan membesarkan embrio boer dalam ibu tumpang yang native (pribumi).
Dan kuarantin selama 10 tahun... rugi tak rugi... excited tak excited... ekosistem tempatan mesti dilindungi. Aussie dah belajar dari kesilapan anjing liar (dingo) dan kambing liar (feral) dan segala macam binatang yang terlepas masuk ke benua australia. Yang pada mulanya jinak manja 'harmless' tapi kemudiannya bertukar menjadi parasit predator perosak. Bencana kepada ekosistem pribumi.
Perhatikan bagaimana ketatnya sekuriti dan protokol yang digunapakai untuk memperkenalkan spesis baru dalam ekosistem.
Kenapa kita sambil lewa dengan projek ikan sturgeon ni?
Dah la berlainan cuaca, ikan 'storjang' ni pula predator. Makan ikan lain. Top of the food chain. Yang pro projek sturgeon kata buat dalam sangkar kebal. Jangan risau katanya. Huh hampeh mana ada sangkar kebal. Mesti terlepas punya. Kalau ada banjir? Kalau ada bencana?
Habih punah keseimbangan ekosistem tempatan kalau ikan storjang ni terlepas. Generasi akan datang yang menanggung akibatnya.
Udah udah la terpedaya dengan omputih. Apa kata kita pula yang kelentong omputih? Biar kita bergegak gempita bergendang dengan kehebatan ikan kelah dan ikan empurau. Biar omputih pula ternganga terlopong dengan kesedapan kemanisan ikan ikan tropika ni. Biar diorang pula kelam kabut beratur atur nak biakkan ikan tropika ni.
Haaa... instead of us being royally stupid, make them look 'emperorally' stupid. Yeah... it should be that way..
Katakan tidak kepada ladang sturgeon di Taman Negara!
Lindungi keselamatan biodiversiti kita!
Terbaik,Bro!! Very subtle connecting ikan sturgeon dengan kambing Boer!! (Es Emdi)
ReplyDeleteMentality orang kita,YANG LUAR SEMUA HEBAT.Dulu,ikan keli kita paling besar pun 500g,isi sedap,pejal dan manis.Dimana baka ikan keli kita sekarang?.Ada dua jenis.Orang kampong ambo panggil "keli lembut" dan "keli kayu".Yang ada kat pasar sekarang keli baka Afrika.
ReplyDeletesama macam bebiri, kenapa penyelidik Australia nak tahu sangat psal gen Booroola. sampai pergi India buat penyelidikan. sebab satu masa dulu dan kini, inilah sumber atau salah satu sumber kekayaan dari Australia yg gene nya berasal dari India atau sebelah jalan sutera dibawa oleh pengimpot ke Australia. kemudian dikacukan dgn baka tempatan yg lebih besar.
ReplyDeleteNak mengangkat martarbat bebiri tak pyah tengok pada baka Dorper. tengok je kat seberang. Indonesia. tapi biasalah malaysia, ego tak habis habis dgn sebangsa sendiri.