"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, October 21, 2014

FERAL SHOOTER

Sepupu aku mastautin di Australia. Jurutera. Hobi masa lapangnya - pikul senapang dan tembak kambing feral, anjing feral, unta feral, dan segala macam binatang feral (liar). Buat masa ni dia diberi lesen untuk menembak di sebuah ladang lembu dan kambing yang seluas 220,000 ekar. Aku tak dapat bayangkan 220,000 ekar besar mana, tapi..... gamaknya seluas KL kot. Ke lagi luas dari KL? I don't know.

Dan sepupu aku kata pemilik ladang beri kebebasan sepenuhnya kepada dia untuk tembak sepuas puasnya. Suka hati. 

Just... shoot.

Shoot the god damn ferals!

Bagi pemilik ladang, lembu dan kambing yang diternak dan dibiakkannya adalah jauh lebih bernilai daripada kambing feral, unta feral, dan segala macam binatang feral. Semua binatang feral ini ditembak dan dibiarkan begitu sahaja. 

Dianggap perosak. Parasit. Tidak bernilai. Bukan untuk... dimakan. 

Dan sepupu aku rasa ralat bila melihat ada kambing kambing feral ini dieksport ke negara luar. It's something that is so pathetic, such low quality, such.... worthlessness that it should be banned from being exported. 

Malangnya negara Islam adalah pengimport terbesar kambing feral. Dan Malaysia adalah no 1. Dan lebih malang ada pihak yang bermati matian mempertahankan kebergantungan kepada kambing feral dari kafir australia.

Kambing Feral = Kambing Qabil.

Kan lebih baik kita ikut jalan Habil? Jalan para rasul?

Sanggup bersusah payah menghasilkan yang terbaik? Membiakkan yang terbaik?

Oh anak anak Habil! Bebaskan diri kita dari kebergantungan!


6 comments:

  1. Bila sebut feral ni ajer...semua membisu!!! Kenapa yer??? (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Yos....terbaik.ulasan yg diberikan

    ReplyDelete
  3. Sambutan baik terhadap post ni,Bro!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  4. Alwi-Cakap Kat sepupu tu,drpd tembak bawa lah unta2 ke Malaysia,industri yg menguntungkan!-Sablee

    ReplyDelete
  5. Assalam prof. Tolong ulas tantang penggunaan kopra dlm program pembiakkan kambing pedaging. Tqvm!

    ReplyDelete