"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, March 10, 2014

LAWATAN RASMI ARB

Dr Jo, ketua ARB, melawat ladang aku semalam. Meninjau perkembangan ladang ladang pengganda Mardi. Ada beberapa perkara yang aku nak tulis berdasarkan perbincangan aku dengan Dr Jo.

Pertama, ARB akan tamat kontrak dengan Mardi sebagai penyelia Program Ladang Pengganda bulan depan. Maknanya lepas ni ARB dibubarkan, ladang nukleus di Kluang akan diserahkan kepada Pusat Kajian Ternakan Strategik (nama pendek LR - Livestock Research), dan program ladang pengganda semuanya akan dipantau oleh LR.

Return to government control.

Aku tiada kemampuan menilik masa depan, jadi harapnya semua baik baik belaka, dan bertambah baik. Jujurnya aku tak kenal dengan geng LR yang terkini. Yang aku kenal geng geng Mardi semuanya veteran. Banyak yang dah pencen. Dan akan pencen sekejap lagi.

Jadi bila LR ambil alih, aku akan berhadapan dengan muka baru. Muda muda. I dont know what to expect.

So itu yang pertama. Yang keduanya cerita pasal kambing, berdasarkan observasi ARB di ladang nukleusnya, kambing yang dibesarkan dengan open mono pasture - kurang perform berbanding kambing yang dibesarkan dengan open multi pasture.

Open mono pasture ni - padang ragut terang benderang yang ditanam dengan sejenis rumput sahaja. Result - kambing meragut 6 jam sehari pun tak cukup energy intake.

Open multi pasture - padang ragut terang benderang yang ditanam dengan pelbagai jenis rumput. Result - performance kambing lebih baik daripada open mono pasture.

Ok. Aku setuju dengan observasi ARB tersebut. Dan kalau ikut aku, cara yang lebih baik, dan lebih low input, ialah tak yah penat penat buat pasture pun. Kalau nak bela kambing tak yah susah susah buat padang rumput, baik mono mahu pun multi. Biar aje rumput tumbuh meliar. Dan kalau nak tanam, tanamlah pokok pokok jenis belukar (shrubs) macam turi macam petai belalang macam indigofera. Belukar tu buat selingan.

Aku pasti kambing akan perform setaraf dengan 7 wonders of the world. Wondrously.

Open pasture ni sesuai untuk bebiri dengan lembu. Geng makan rumput. Open pasture tak berapa sesuai dengan kambing yang merupakan browser.

Yang ketiganya, observasi ARB ialah rumput jenis bachiaria decumbens, dan humidicola didapati tidak sesuai dengan kambing. Dry matter tinggi, tapi lambat tumbuh, jadi penghasilan pucuk rendah. Tak sesuai dengan sifat kambing. Kambing yang banyak makan humidicola rendah prestasi FCRnya. Rumput guinea lebih baik untuk kambing.

Ya aku setuju. Dan pandangan tambahan aku ialah bagi mana mana operasi pembiakan kambing yang bersumberkan rumput bukannya dedaun, adalah lebih baik guna suplemen konsentrat tinggi tenaga untuk pastikan cukup ambilan tenaga. Barulah kambing perform pada potensi penuhnya.
Orait. Yang keempat ialah, di Mardi sekarang tiada pakar pastura atau pakar rumput. Yang ada dah pencen dan nak pencen. Takde pelapis. Bahaya nih..

Bagi aku kewujudan specialist dan bilangannya melambangkan betapa dalamnya ilmu sesuatu bidang. Lebih maju sesuatu bidang, lebih dalam ilmu yang ada, dan lebih banyak specialist wujud.

Kalau boleh bagi industri kambing ni, aku nak sampai wujud specialist kuku kambing hatta specialist tahi telinga kambing. Haa biar sampai tahap macam tu. Tak nak setakat specialist pembiakan, atau penyakit, atau pemakanan sahaja. Nak juga specialist genetik dan .... apa sahajalah yang berkaitan kambing.

Nak majukan sesuatu bidang atau industri, kena tambah ilmu. Kena bersedia curahkan duit untuk research. Dan bila lagi banyak ilmu muncul, lagi banyak pakar muncul. Itulah hukum ilmu.

So. Itu ajelah kot. Lain lain cerita aku pun tak ingat dah. Terima kasih kepada Dr Jo dan pasukannya yang datang melawat. Jumpa lagi. Terima kasih!


Salam!

3 comments:

  1. hehehe.. saya ada study pasal grass:legume pasture. sekarang makin popular. beberapa jenis perennial grass + perennial legume dalam satu pasture. nisbah 70:30 macam tu.

    ReplyDelete
  2. typing error......bachiaria decumbens=brachiaria decumbens

    ReplyDelete