Aku
tak tahu, dan tak nak ambik tahu, situasi politik di Selangor, tetapi
aku tahu yang situasi air di Selangor adalah runcing. Too many
people, too little water. Semuanya bergantung kepada empangan yang
mengumpul air permukaan. Tanpa air yang cukup, dan air adalah infra
yang paling asas lagi maha penting, Selangor boleh.... musnah. Hilang
kekayaannya, hilang penduduknya, dan hilang dalam lipatan sejarah.
Memandangkan
kita semua berdolak dalik smash sana smash sini dalam isu penjanaan
tenaga dari nuklear, dan nuklear adalah satu satunya sumber tenaga
yang viable dan murah untuk proses penyulingan air laut skala besar,
dimana air masin boleh diproses menjadi air tawar, justeru boleh
digunakan untuk aktiviti manusia - aku nampak tiada janakuasa
nuklear, aku nampak tiada kompleks desalinasi, aku nampak tiada air
masin jadi air tawar, dan aku nampak tiada harapan untuk rakyat
Selangor mendapat bekalan air yang cukup dan konsisten.
Melainkan...
Selangor import air dari negeri lain. Pahang kata boleh tolong
supply. Jual. Dapat untung $70-$80 juta setahun. Baguslah tu...
takdak masalah. Selangor kan kaya, ada $2 billion ringgit tunai
(betul ke ni?).
Perak
pun boleh supply. Dengar cerita bawah Tapah ada reservoir air bawah
tanah yang lebih luas daripada Singapura. Tak terusik. Excellent!
Aku lagi suka air bawah tanah. Kurang pencemaran. Tak payah kompleks
merawat air kalau beli air bawah tanah.
In
fact aku pelik juga kenapa Malaysia tak berapa nak guna sumber air
bawah tanah sepertimana negara negara lain. Asyik nak guna air
permukaan je sebagai sumber bekalan. Pelik sungguh. 98% sumber
bekalan air di Malaysia adalah sumber permukaan.
Ye
ye aku tahu Malaysia negara tropika yang banyak ditimpa hujan. Jadi
senantiasa ada bekalan air permukaan. Itu pasal lah kita rasa konon
kononya kita selamat. Sekali datang musim kering, haa ternganga
melopong sampai masuk lalat kita dibuatnya.
Aku
fikir kita kena ada backup untuk bekalan air. Dan air bawah tanah
adalah sumber yang lebih besar dan lebih selamat. Adalah diberitakan
sungai bawah tanah, jauh dibawah sungai Amazon, dan sungai Amazon
adalah sungai terbesar di dunia - memiliki 9 kali ganda isipadu air
sungai Amazon. That is a lot of untapped water resource.
Itu
cerita sungai bawah sungai. Ada juga tasik bawah tasik, juga laut
bawah laut. Sangat besar sangat luas. Aku tak kisah sebenarnya kalau
ada environmentalist yang dok bising kata janganlah kacau sungai atau
tasik air tawar bawah tanah ni pasal umur mereka jutaan tahun tidak
terusik, mungkin ada makhluk baru dalam kawasan sebegitu. Tetapi bagi
aku survival manusia lebih penting. Alien tak alien, khazanah tak
khazanah, manusia guna air tawar untuk makan minum. Tak boleh lari.
Tak
nak usik air bawah tanah, kena suling air laut. Tak nak juga suling
air laut - kita takde back up supply.
Tapi
masih ada satu option...
Recycle.
Kitar semula air. Macam Singapura buat. Air tandas diproses semula
jadi air minum. Mahal? Of course. Teknologi membran adalah yang
termurah dan paling viable untuk kitar air skala besar. Tetapi masih
mahal. Sebab banyak guna tenaga nak pisahkan kekotoran daripada air.
Apa
pun, semua option bekalan air perlukan input tenaga yang besar. Kita
mesti cari jalan, dan cari dengan cepat, bagaimana nak rendahkan kos
tenaga. It is absolutely vital. Dunia semakin dipenuhi manusia, dan
air semakin meningkat nilai strategiknya. Bekalan air mesti banyak
mesti murah untuk kelangsungan tamadun.
We
should go nuclear. Quick. And we should step up research on fusion.
Salam!
air antara terbanyak dimalaysia tetapi pengurusan air antara terburuk di dunia (tak payah tengok stastistik)..musim kering baru dua bulan, itu belum berlaku El Nino seperti tahun 1997-1998.
ReplyDeleteskrang dah confirm suhu dunia dah meningkat lebih 2 darjah celcius. saintis kata (bukan aku kata) dah SAMPAI tahap 'point of no return' irreversibles..satu masa nanti, paras air laut bleh meningkat hingga 20-30 kaki.
kita ada banyak policy..dah lama cakap psal low carbon economy..sustainability development..water conservation tapi nak prevent water wastage pun tak mampu..
so camne?
p/s: skrg bleh tengok dapat web national geographic fatwa pertama (dari Indonesia) lah kot psal haram memperdagangkan hidupan liar. baguslah kalau ulamak dah 'sedar' selama ni tak pernah NG lapor psal 'fatwa' hehehe.
tengok berita tv baru ni Air Kelantan (jabatan ke apa x tahu spesifiknya) dah supply air bawah tanah yg cukup utk Kelantan, teknologi Jerman...
ReplyDelete