In
God we trust, and so do vaccination.
Suatu
ketika dahulu, masa aku muda remaja, ketika aku sibuk memburu ilmu
ilmu kesihatan yang dapat memulihkan masalah kesihatan yang aku
alami, aku terpengaruh dengan pemikiran anti vaksinasi.
Geng
anti vaksinasi kata program vaksinasi adalah tidak berkesan,
merbahaya, dan ada juga yang percaya ada elemen konspirasi yahudi
dalam program global vaksinasi.
Well,
dulu aku percaya. Sekarang tidak.
La
ni aku sokong program vaksinasi komprehensif, baik untuk manusia, dan
juga haiwan ternakan. Sebagai sebahagian elemen penting dalam
perubatan, vaksinasi sebenarnya banyak menyelamatkan nyawa dan hati
yang menderita kerana kehilangan seseorang atau beban menjaga
seseorang yang berpenyakit.
Vaksin
bukan sahaja melindungi individu, tetapi juga melindungi masyarakat
daripada serangan penyakit agresif yang melumpuhkan. Manfaatnya
adalah jauh lebih besar berbanding kesan sampingannya.
________________________
Now,
aku sokong vaksin ternakan. Aku menggalakkan kita semua buat program
vaksinasi pada ternakan kita TERUTAMANYA kepada mana mana penternak
yang buat breeding + trading dimana ternakannya selalu keluar masuk,
atau ternakan kita kerap terserempak dengan ternakan milik orang lain
masa dok meragut (kedua dua perkara ini meningkatkan risiko cross
contamination), atau ternakan kita adalah bernilai tinggi (baka dan
susu).
Apa
yang aku perhatikan, vaksin adalah cemerlang dan paling kos efektif
atau paling berbaloi sekiranya jumlah ternakan kita banyak, dan
risiko cross contamination tinggi disebabkan mobiliti tinggi.
Kalau
jenis yang pure meat breeder macam aku, dimana tiada keluar masuk
ternakan, dan tiada isu gembalaan terserempak dengan lain lain
ternakan (mobiliti rendah seterusnya risiko pencemaran silang pun
rendah juga), maka vaksinasi .... tak berapa tinggi nilai
perlindungannya.
Tu
yang buat aku 'stuck in the middle'. Berbelah bahagi. Antara nak buat
atau tak nak buat.
__________________________
Ada
program vaksinasi yang ditanggung kosnya oleh Jabatan Veterinar. Tak
silap aku vaksin sakit kuku dan mulut, dan.... apa lagi ye aku pun
dah lupa.
Untuk
negeri Perak, peruntukan setahun untuk program ubatan dan vaksin
adalah lebih kurang $300,000. Cukup tak cukup untuk cover penternak
lembu dan kambing seluruh Perak, aku tak tahu pula. Kalau $300,000 tu
kena cover ternakan ayam, memang sahih tak cukup.
Tapi
apa yang aku tahu, ada seorang penternak berdekatan yang memiliki
1400 ekor kambing susu dan 200-300 ekor lembu susu, memang rajin buat
vaksinasi pada ternakannya. Kejap kejap bagi ubat. Kejap kejap bagi
vaksin.
Rasa
rasa aku, mahu majoriti peruntukan ubat kat Perak ni habih kat dia
aje. Buahaha... untunglah dia, penternak lain tak berapa rajin nak
bagi ubat.
So,
oklah. Itu dulu buat masa ini. Ketemu lagi. Salam hormat!
No comments:
Post a Comment