"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, March 3, 2014

IT'S TOASTY BUT TASTY

Semenjak aku bela kambing, setiap 4-5 tahun aku perasan akan datang gelombang panas yang mengering lagi menyesakkan. Macam dalam pembakar roti. Toasty. Mungkin kitaran fenomena El Nino atau La Nina - aku tak tahu yang mana satu, tapi puncanya dari kawasan Filipina.

Masa heatwave ni, hujan tak turun atau tak cukup lebat selama tiga bulan. Air permukaan hilang. Kalau telaga dalamnya cuma 10-12 kaki, memang habis terus airnya.

Kena gali telaga yang kategori 'subsurface', 30 kaki ke atas. Sekarang kat tempat aku, telaga telaga parit parit anak sungai anak sungai semuanya kering. Aku cuma ada satu punca air untuk minum kambing dan kegunaan pekerja - telaga tubewell 2 inci yang dalamnya 95 kaki.

Aku guna pam air jenis petrol. Kos sebulan $150. Terpaksa. Takde punca air lain yang berdekatan. Mahal pun mahal lah. Janji kambing ada air minum, tak ada masalah dehidrasi. Pekerja pun tak perlu mandi atau basuh baju kat sungai. Takdelah jatuh moral.

Dan bagi punca makanan kambing, sebab kawasan ragut aku bawah sawit - ada kelebihan besar masa gelombang panas ni. Sawit bagi perlindungan heat stress dimana kambing tak perlu meragut di tempat terang, dan rumput rampai bawah sawit tak mengering sepertimana padang rumput yang ditanam atau sepertimana padang rumput yang terang benderang.

Masa heatwave ni adalah masa yang sangat mencabar bagi sesiapa yang tanam rumput pasal rumput susah hidup. Dan masa yang mencabar bagi sesiapa yang cari rumput atau dedaun liar kerana kepanasan suhu. Dan masa yang .... berhati hati bagi sesiapa yang buat sistem meragut integrasi.

Yeah, sapa yang buat gembala bawah sawit atau gembala bawah tanaman kekal ada 'insurans' prestasi kambing. Tak risau sangat prestasi pembiakan kambing masa serangan heatwave, disebabkan kehadiran teduhan oleh pokok pokok besar yang mengurangkan risiko heat stress.

Ini satu kelebihan low input system yang tak boleh dipandang ringan.

Daya tahan lebih tinggi terhadap perubahan cuaca.

Anyway, menurut satu kajian di Amerika, didapati buah buahan dan sayuran yang dihasilkan ketika musim kemarau atau kering berpanjangan - memiliki rasa yang lebih sedap.

Lebih manis, lebih pekat, lebih kaw. Tasty. Tastier. 30% lebih.... menggigit..

Untuk daging, aku belum jumpa kajian yang serupa. Tapi rasanya sama jugalah. Cuaca memang berperanan sangat besar dalam penentuan kuantiti dan kualiti produk pertanian.

Jadi kita sebagai petani penternak nelayan kena terima dan belajar adapatasi dengan cuaca tempat kita bercucuk tanam, atau menternak. Work with nature, dan kita dapat operasi pembiakan yang low input dan sustainable.

Work against nature, pun boleh juga. Tapi high input lah jadinya, dan perlukan amaun tenaga yang besar dan konsisten, dan juga perlukan pemasaran yang tersusun, untuk dapatkan sustainability jangka panjang.

Yeah. Aku tak 'oppose' atau menentang high input system. Aku juga tak menentang 'work against nature'. Cumanya -

Kepada petani atau penternak 'novice', atau yang belum cukup hijau, lebih baik kita pilih jalan work with nature. Kalau dah tinggi tahap kepakarannya, atau 'high level of mastery in low input system' - boleh pilih nak buat high input system , atau work against nature.

I am a liberal.

Salam!



No comments:

Post a Comment