Don
Jenal kata lagi baik bagi kambing bagi makan foraj dulu diikuti
dedak. Sememangnya kehadiran foraj dalam perut ruminan melambatkan
pencernaan dedak. Jadi kecekapan penghadaman lebih baik.
Tapi
sikit je. Tak signifikan sehingga memerlukan kita golongan penternak
beriman sepenuhnya kepada kefahaman 'foraj dulu, baru dedak'.
Yang
lebih penting ialah jadual kita atau kehendak kita sebagai penternak.
Dahulukan yang itu. Bagi aku adalah maha penting kambing kambing
sistem breedlot aku ni tidak sampai kepada rumah Bedah Tong Gas di
hujung kampung sebaik sahaja pintu kandang dibuka. Adalah maha
penting juga kambing kambing breedlot ni tidak sampai kepada kebun
betik AhSeng seluar pendek singlet pagoda yang terletak bersebelahan
ladang aku. Adalah maha penting juga kambing kambing breedlot ni cuma
berlegar legar tak hilang dari pandangan mata aku, sebab AhFat hilux
hitam ada bela 15 ekor anjing kat kebun dia yang berdekatan kubur
cina, dan kubur cina dekat je ngan ladang aku.
Maha
penting - jarak meragut kambing kambing breedlot aku tidak jauh.
Sebab
itu aku bagi dedak dulu. Bagi kambing kambing ni kekenyangan sampai
jadi couch potato. Malas nak pergi jauh jauh.
Kalau
aku bagi dedak kemudian daripada meragut - alamatnya kambing aku
hilang ntah ke mana. Dan... nope, aku tak nak jadi macam tu.
Ok
dah nampak reason aku.
Kemudiannya
cerita pasal breedlot yang dikategorikan sebagai high input - adalah
berbaloi, berdasarkan keadaan tertentu.
Antara
banyak banyak teknik atau sistem pembiakan kambing pedaging, aku
nampak yang breedlot adalah sistem high input, dan yang paling banyak
output berbanding sistem sistem high input yang lain.
Dan
pastikan apa sahaja input tambahan kepada operasi pembiakan kita,
mendatangkan jumlah output yang maksimal, atau pun optimal. Jangan
pula output kita tak seberapa bila naikkan input. Atau jangan pula
output tu masuk kategori hukum pulangan berkurangan bila kita naikkan
input.
Tengok
contoh pemberian botol susu kepada anak kambing. Bagi aku ini adalah
kerja kerja atau input yang outputnya masuk dalam hukum pulangan
berkurangan. Bayangkan kos pengeluaran seekor anak kambing yang
dibesarkan secara natural adalah $90-$120. Kalau bagi botol susu, kos
pengeluaran melonjak jadi $200 - $250 per ekor. Tetapi harga jualan
sama je. Haaa ..... nampak tak?
Kenapa
nak buat benda yang hanya mengurangkan untung? Dan kenapa nak buat
benda yang banyak curi masa?
So
bagi operasi pembiakan pedaging, pemberian botol susu adalah input
yang tidak berbaloi. Tidak sepatutnya menjadi pilihan. Kalau operasi
susu, mungkin lain pula ceritanya.
Breedlot
pula, adalah input yang memberikan impak output yang tinggi. Aaa...
high impact project. Jarak kelahiran lebih pendek, kambing pantas
membiak kambing pantas membesar. Darjah keuntungan tinggi, dan
memudahkan atau melapangkan masa kita. Berbaloilah walau pun input
tinggi. (Tapi sistem breedlot ada kelemahan juga - rujuk post
sebelum).
Apa
pun pastikan sepasti pastinya - bila kita naikkan input, output mesti
besar mesti maksimum dan.... seboleh bolehnya lebih memudahkan kerja
kita.
Begitulah
sifat operasi pembiakan pedaging yang cekap.
Salam
pembiak!
Very reasonable option,Bro.
ReplyDeletePukul 5 ptg buka kandang,pkl 7 ptg gerenti balik kandang.2 jam dah cukup untuk kambing meragut.Inilaa cara yang ambo akan guna pakai.Trimo kasih banyok2.
ReplyDeleteAtas asuhan sebenarnya tok ba.saing ambo ragut dalam setengah jam jah.kambing sudah kenyang.tapi downturn dia kambing tak cukup exercise la.
Deleteawal2 dah kena sebut. hahahaha.
ReplyDeletemodal cekang, kasi langgar je breedlot ni.. kalau tak cekang, jangan buat pasal.. takut sekerat jalan je
Ye laa DCH,pellet kena ade,jangan putus.Tu le ambo tak brani lagi nak tambah2.Ambo ikut cara spt cifu Alwi tulis tu,BREEDLOT.Ambo sebenarnye tak tahu,cara yg ambo buat dah hampir setahun tu BREEDLOT namenye.Heheheeh
ReplyDelete