Bersama
isterinya.
Mr
H dah ada bisnes. Stabil. Menjana untung yang konsisten. Tapi banyak
berurusan dengan manusia. VIP, artis, dan orang orang glamour, dan
juga orang yang tak berapa glamour tapi nak rasa glamour.
Penat
berurusan dengan manusia ni. Terlalu penat. Dan pening.
Mr
H dan isterinya sedang berfikir untuk terjun ke alam perkambingan.
Mulakan interaksi dengan binatang, dan tamatkan interaksi dengan
manusia manusia yang banyak kerenah.
Aku
pikir aku tahu apa yang Mr H nak.
10
pagi berada di beranda rumah. Pegang suratkhabar. Mungkin juga
secawan kopi yang sedang panas berasap. Aromanya membawa kepuasan
yang sukar didefinisikan. Sambil perhatikan kambing kambing leka
meragut. Sambil angin berhembus lembut membelai pancaindera.
Aaaaahhh.....
contentment. Kepuasan.
Ok
ok ok. Mungkin tidak. Ini apa yang aku buat. Selalu buat. Mr H
mungkin ada idea lain. Mungkin belai belai anak kambing. Mungkin
kejar kejar anak kambing.
Apa
pun, Mr H datang melawat aku bukan dengan dada yang kosong, bukan
datang dengan impian indah indah semata mata. Dia datang dengan
persediaan dan strategi.
Umurnya
tua dua tahun je dari aku. Isterinya sebaya dengan aku. Anak empat.
Dengan umur dan komitmen yang ada, memang dia tak boleh main main.
Aku boleh describe Mr H sebagai antara pelawat dan bakal penternak
yang paling 'prepared'. Soalan soalannya 'strategic level' bukannya
'technical level'. Siap buat sendiri unjuran aliran ternakan, dan
aliran tunai.
Well,
aku sendiri tak bersedia sepertimana dia. Main terjun aje. kosong
habih buta habih. Jangan ikut aku. Baik buat macam Mr H ni. So bila
kita punya 'level of preparation' tinggi macam yang Mr H buat,
kemungkinan kejayaan tu lebih tinggilah.
By
the way, ada satu benda aku nak share berdasarkan observasi aku.
Salah satu culture shock yang akan dialami oleh penternak baru ialah
jumlah tenaga fizikal yang diperlukan (dan jumlah peluh yang
dikeluarkan) ketika mula mula menternak kambing. Ianya tinggi.
Terutamanya
bagi mereka yang nak amalkan sistem intensif atau makan tanggung. Cut
and carry. Aku rekemen sapa sapa yang nak start, bela bawah 30 ekor
dulu selama tiga bulan. Tengok macam mana. Nak kurangkan physical
shock. Tengok boleh sustain tak disiplin cari rumput.
Biasanya
ramai penternak akan alami 'discipline breakdown' bila kambing lebih
30 ekor, atau lebih 3 bulan. Untuk kelangsungan - samada kita rekrut
pekerja, atau kita buat gembala, atau kita mula bagi dedak.
Option
gembala yang paling low cost low input.
Bela
kambing ni 'physical work'. Kekuatan dan stamina tubuh adalah atribut
penting yang mesti dimiliki sang penternak. Willpower untuk maintain
discipline juga kena tinggi. Ini semua akan meningkatkan kemungkinan
kejayaan dalam bidang ini.
Dari
segi nisbah pekerja : kambing yang optima, aku perhatikan :
Kalau
buat sistem intensif (makan tanggung) dimana foraj adalah 100% - 1
pekerja untuk 100 kambing. Kalau 1 pekerja kena cari foraj untuk
lebih 100 ekor, akan ada penurunan kualiti kambing.
Kalau
buat sistem intensif dimana foraj dan suplemen (dedak) digunakan - 1
pekerja boleh jaga 300 ekor kambing.
Kalau
buat sistem gembala - 1 pekerja boleh jaga 300 ekor kambing. Ribu
ribu? Ada yang claim 1 gembala dengan tongkat boleh jaga ribu ribu
kambing? Kat Malaysia ni tak sesuai, banyak pokok, kambing cepat
hilang. Kalau kat Assie atau padang pasir atau savannah atau padang
luas seluas mata memandang - haaa takpe ribu ribu ekor.
Aku
cadangkan kita kat Malaysia ni ikut jalan kualiti berbanding
kuantiti. Tak boleh ikut stail omputih. Diorang ada kelebihan tanah
yang sangat sesuai untuk penternakan, jadi boleh fokus pada kuantiti.
Kita tanah kecik, jadi fokus pada kualiti. Kadar pembiakan kambing
kita pantas. So walau pun kecik tanah kita, tapi produktiviti dah
ada. Cuma kena exploit dan upgrade pada kualiti.
alahhh
lebih kurang macam strategi Porsche la. Jangan ikut macam car maker
yang target mass market.
Mass
production kambing - negara negara zon cuaca 'arid' dan 'temperate'
diorang monopoli. So kita kena buat 'niche'. Ada 'differentiation'.
Kualiti - daging kambing yang lebih sedap.
ok
ok ok. Lari tajuk dah ni. Aku nak cerita pasal Mr H, macam mana pula
samapai cerita porsche plak ni?
Anyway,
aku dah takde masa nak tulis lebih panjang. Aku ucapkan terima kasih
banyak banyak kepada Mr H dan isteri yang datang melawat. Penat penat
bawa buah tangan. KFC. Belanja aku lagi lepas tu makan tomyam plak.
Thanks man! Thanks a lot!
*My
concern to Mr H, is the 'initial physical shock' you are going to
encounter. I am sorry I did not say this during our meet. But since
you said you will recruit somebody, that alleviate my concern.
God
Bless You!
Salam
pembiak!
Welcome Mr.H...to the glamour world of mmmbbekkkk!!
ReplyDeleteingtkan Triple H..slmat mnternaklah kt Mr.H..:-)
ReplyDeleteKalau Mr H datang rumah ambo,boleh lee test mandi darah dulu(pacat).
ReplyDelete