"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, February 9, 2014

BREEDLOT!!!

Ada cara yang lebih malas, lebih mudah, lebih untung dalam biakkan kambing pedaging. Ada tapi nya..
____________

Dulu ada orang UM buat kajian Phd kat ladang aku. Kajiannya memaksa aku asingkan sebahagian kecil betina untuk dibuat program biak secara breedlot. Berbeza dengan majoriti betina yang dibiakkan secara gembala - 100 peratus foraj.

Kajiannya dah habis. Jadi yang ada sekarang adalah saki baki eksperimen. Remnants. Dulu aku ingat nak jual habih semua betina yang dijadikan subjek eksperimen ni - pasal dikategorikan sebagai high input. Metod aku ialah low input.

Tapi pikir punya pikir, aku teruskan aje program breedlot. Tengok apa jadi.

Breedlot ni kalau ikut style aku - kambing diberi dedak belah pagi. Petang lepas meragut suka hati, samada dalam kawasan berpagar, atau pergi keluar. Tiada elemen gembala. Tiada elemen cut and carry. Tetapi ada elemen pemberian makanan. Jadi kambing masih masuk master - servant relationship, dikira ditundukkan, dan akan perform, fabulously, untuk kita.

Jumlah dedak - berat hidup 30kg ke bawah, sukatan 500gm dedak bijirin. Berat 30-60kg, sukatannya 1000gm dedak bijirin. Realitinya? Aku bagi 900gm seekor setiap hari. Cincai. Takde beza bezakan kambing kecik kambing besar.

So dalam eksperimen breedlot style aku, dedak bijirin dah bertukar fungsi. Bukan lagi suplemen, tapi jadi makanan utama. Foraj adalah sampingan, tapi kambing diberi kebebasan untuk pilih apa foraj yang ada. Luas kawasan yang diperlukan cuma 1-2 ekar (900gm dedak per ekor per hari).

Tuan puan boleh nampak dimana breedlot membolehkan kambing breeder ada access kepada matahari, exercise, udara luar kandang, dan foraj. Beza dengan intensif (feedlot) dimana kambing kurang cahaya matahari, kurang udara, kurang exercise, dan tiada pilihan foraj.

Breedlot juga membolehkan input buruh dikurangkan dengan sangat drastik. Tak payah guna pekerja. Cuma bagi dedak ( tak sampai 10 minit punya kerja). Lepas tu buka pintu kandang. Suka hati kambing tu lah turun naik kandang. Kambing tak akan pergi jauh meragut, selagi sukatan dedak (bijirin!!) melebihi 500gm per ekor per hari.

Air minum pastikan senantiasa ada. Kambing makan dedak memang kuat minum air. Baik guna nipple drinker. Jimat masa.

Oh! Eksperimen breedlot aku juga nampaknya menurunkan input ubat. Tak yah guna dewormer, jarang sangat sangat guna antibiotik, atau ubat ubat lain.

Ok. Kita masuk cerita prestasi. Bab paling penting. Input dah tinggi, output macam mana pula? Untung ke tak untung? Setakat mana darjah keuntungannya?

Bahasa mudah aku, dari sudut bisnes, bukan falsafah - untung lagi cemerlang dari gembala. Awesome!

Breedlot memastikan kambing dapat cukup tenaga untuk pembiakan, dan pembesaran pantas. Jarak kelahiran lebih pendek (sekiranya pejantan senantiasa ada), dan kadar kenaikan berat badan anak anak kambing sangat memberangsangkan.

Kadar kematian adalah sangat sangat rendah (sebenarnya takde pun sepanjang eksperimen bermula, habis, dan sampai sekarang. Dah bertahun tahun). Jadi semua anak kambing yang dilahirkan adalah available for sale, and.... massively profitable.

Kos 1 unit. Jualan 8 unit. Untung 7 unit. Maknanya profit margin 700 peratus. Kan kan kan? Aku tak pandai kira, tapi itulah yang aku nampak. Darjah keuntungan lebih besar daripada sistem semi intensif mahupun sistem intensif.

Tetapi tetapi tetapi,,,,

Breedlot adalah sesuai kepada pembiak yang kuat sikit kapasiti kapitalnya. Ada modal untuk tampung opex yang tinggi sementara menunggu hasil tuaian.

Breedlot, dari segi nilai strategik, adalah berisiko tinggi sebab mengharap kepada dedak bijirin. Kalau terputus dedak, dan senario itu tidak mustahil, memandangkan Malaysia bukan pengeluar bijirin tetapi sangat bergantung kepada import - kambing terus musnah prestasi. Hancur lebur. Jadi long term sustainability tu dikira rendah untuk operasi breedlot.

Breedlot adalah sesuai untuk kambing prestasi tinggi. Ibu, bukannya dara. Dan ibu yang jenis beranak kembar dan keatas tiap tiap kali beranak. Kalau kambing beranak sekor sekor dibuat breedlot - tak rugi, tapi untung kecik. Sakit hati kita dibuatnya. Dan lebih baik wujud suatu teknologi contohnya pembaca genetik yang boleh meramalkan prestasi kekembaran dengan lebih tepat, untuk program breedlot lebih berjaya.

So setakat ini, itulah analisis aku berkaitan kekuatan dan kelemahan breedlot.

Verdict - alternatif jangka pendek yang viable lagi untung.

Jangka panjang? Gembala sebagaimana sunnah para anbiya' adalah yang paling tinggi survivability dan sustainability. Still the king. Unquestionable.

Breedlot : Kambing macam ni untung besar. Beranak sulung dua ekor. Lepas tu dua, tiga, tiga ekor anaknya. 

Yang macam ni pening dibuat breedot. Mula mula beranak satu, lepas tu satu, satu, baru baru ni je dua. Aaaaaa sakit hati.....






3 comments:

  1. hahahaha.. statement gambar last yang paling lawak..

    Breedlot. Menarik. Tapi prof, saya ada baca, jika dedak diberi sebelum foraj, kadar serapan kurang, dan asid dalam perut meningkat.

    Adakah breedlot yang budak PHD buat, habis je dedak terus lepas, macam tu ke?

    Kaedah yang saya baca (bukan breedlot) menyatakan, dia bagi foraj dulu, kambing agak2 nak kenyang, atau dalam 80% kenyang dengan foraj, baru dia bagi dedak untuk mencukupkan nutrisi harian.

    Saya rasa kaedah foraj dulu, kemudian dedak, adalah lebih baik dari dedak dulu dari foraj. Contoh, kambing dilepaskan meragut. Agak2 cukup, dihalau balik, kemudian jamu dedak. Kadar metabolisme mesti meningkat, dan menjadikan penyerapan nutrient lebih cepat. Maka kambing akan menyerap lebih banyak zat dari dedak.

    Betul ke? Macam melalut je.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Eden tertarek dengan cadangan Don Capras...How viable and risk management consideration for dairy operations?? (Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. Sustainable Intensification. This is an interesting article. Is this in line with the concept, hotly debated in western countries?.

    ReplyDelete