"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, January 31, 2014

LENCANA YANG SANGAT BERAT

Pada mulanya aku seronok dan berbesar hati bilamana dianugerahkan Penternak Negeri, dan dilantik sebagai Ladang Pengganda ARB, dan dijadikan ladang kajian bertahun tahun oleh Universiti Malaya, dan blog serta facebook aku dibaca oleh banyak rakan penternak dan bakal penternak.

Pada mulanya.

Sebenar benarnya, la ni aku rasa dibebani dengan jangkaan dan harapan. Bahu aku rasa sangat berat. Dada aku rasa sesak.

I think the fire of fame is slowly, silently, mercilessly burning through my soul.

I am crushed. I am dying...

Aku rasa sangat tidak selesa. Aku rasa aku nak larikan diri. Aku nak keterasingan. Sepertimana suatu ketika dahulu.

Aku tak layak sebenarnya untuk semua pujian, kehormatan dan anugerah yang dihamburkan. Tidak. Tidak sama sekali.

Sebabnya.... SEBABNYA...

Biak kambing ni mudah. Mmmm.... yeah mudah. Tak susah. Semua penternak boleh buat.

Janji kita pastikan perkara ini wujud dalam operasi kambing pedaging kita :

Pilih baka kambing yang betul berdasarkan pasaran sasaran kita. Kemudian pastikan kambing makan benda yang betul, dan makan benda yang betul dalam kuantiti yang betul. Kemudian, pastikan pilih garam jilat yang betul dan adlibitum. Kemudian, pastikan sumber air minum kambing adalah bersih tak tercemar dan adlibitum. Kemudian, jangan benarkan situasi overcrowding.

Kemudian, .... nope. Takde dah. Ubat pelbagai bagai hanya untuk extra 20% performance. 80% performance adalah dari perenggan di atas. Itulah SOP aku.

Tengok... kan mudah. Mudah sangat. Semua orang boleh buat.

Sebab tu aku tak layak untuk semua status, pangkat, anugerah dan pujian. Takde benda yang special pun. It is too basic. Orang yang patut menang anugerah ni kenalah ada benda atau falsafah unik atau teknologi tinggi. Masalahnya aku takde menatang apa pun nak tunjuk. Langsung takde yang specialnya.

Penat aje para pelawat ni datang jauh jauh melawat ladang aku. Maybe I am the wrong farm to visit.

Aku perhatikan ada banyak lagi penternak yang jauh lebih berdisiplin daripada aku. Banyak lagi penternak yang jauh lebih bersemangat sanggup bersengkang mata siang malam jaga kambing. Banyak lagi penternak yang kurus kurus badannya tak cukup makan - asalkan kambing yang diternak cukup makan. Banyak lagi penternak yang jauh lebih kreatif daripada aku.

Banyak lagi penternak yang jauh lebih baik daripada aku. Banyak lagi penternak yang lebih layak dapat anugerah dan pujian berbanding aku.

I am not the man whom you, dear readers and breeders, should look up to.

I AM NOT..

the Prof..

Carilah sahabat pembiak kambing yang lebih baik daripada aku. Sematkanlah lencana Prof kepada dirinya. Bukannya aku. Aku tak layak untuk semua ini.

Aku hanyalah seorang... pengembala kambing.

Yang autistik, dan ada masalah serius terlebih kafein.

Itulah aku yang sebenarnya..







Tuesday, January 28, 2014

PERUT

Aku sedang berjuang (ok ok ok berangan angan) mengempiskan perut. Dari saiz 34 kepada 32. Harapnya berjayalah untuk 2014.

Teknik yang bakal digunakan ialah kurangkan gula dalam diet. Dan banyakkan berjalan.

Banyak berjalan tak susah nak buat. Aku memang kehulu kehilir dalam ladang sampaikan pekerja dan bini aku naik pelik lagi tensen tengok 'kehuluhiliran' aku ni. Biasaklah orang sindrom asperger ni. Suka kehulu kehilir padahal tak buat apa apa yang penting pun.

Tapi kurangkan gula dalam diet ni yang mencabar. Willpower kena tinggi. Aku dah kenalpasti kat mana sumber terbesar intake gula aku - nescafe dan kopi o 3 dalam 1. Ni punca dan masalah terbesar.

Aku surrender dengan aroma geng geng 3 in 1 ni. Aduhh... seksa seksa.

Anyway, aku tahu saiz perut yang kecik adalah 'desirable' bagi monogastrik macam aku. Spesis perut satu elok sangatlah kalau saiz perut kecik... atau tak buncit. Sebarang lebihan lemak perut (visceral fat) bagi monogastrik menandakan wujudnya masalah kesihatan.

Berbeza pula dengan ruminan. Saiz perut besar menandakan kematangan dan kesempurnaan sistem penghadaman. Yeah sebab mereka makan makanan yang sukar dicernakan (selulos tinggi), jadi perut kena besar dan panjang dan pelbagai peringkat.

Perut buncit adalah 'desirable' bagi ruminan.

Jadi kalau nak cari kambing.. bagi sesapa yang buat sistem lepas meragut dimana kambing banyak makan foraj yang tinggi selulos.. carilah kambing kambing yang perutnya besar. This is matching attribute.

Tapikan.. perut besar tak menjamin kesuburan tinggi. Cepat gemuk dengan makan foraj.. ye.

Still that is a nice attribute to have.


Salam pembiak!

Monday, January 27, 2014

RASI?

Ada yang tanya aku pasal rumput. Jangan.

Aku bukan pakar rumput. Aku adalah kaunter pertanyaan terburuk untuk soalan rumput.
Cara terbaik menanam? Hasil sehektar setahun? Spesis itu macam mana prestasi? Spesis ini bagaimana pula?

No no no. I don't know.

Aku jenis 'panas' dengan tanaman. Apa yang aku tanam semuanya mati. Termasuklah rumput napier yang paling senang nak hidup. Itu pun mati kalau aku yang tanam. Padahal tanam tepi parit - tempat paling subur. Orang tua tua kata tak rasi.

Orang tua tua kata nak bela kambing kena ada pusar, baru cerah harapan nak berjaya. Lagi banyak pusar lagi bagus. Dan orang tua tua juga berpendapat, sapa sapa yang selalu tumbuh bisul kat paha atau kelangkang, cerah harapan dengan tanaman. Mudah tumbuh apa yang ditanam. Cepat besar dan banyak hasil tanamannya.

Tapikan aku ingat lagi, masa mula mula aku bela kambing, ada orang yang check kepala aku kata aku takde pusar - jadi rendah harapan nak berjaya bela kambing. La ni, sembilan tahun kemudian ada pula yang check kepala aku kata ada banyak sangat pusar - memang sesuai sangat dengan kambing.

Hmmmpphh.... macam mana ni? Whatever.....

Ok. Aku tak berapa yakin dengan cerita cerita pusar dan bisul ni. Aku anggap ini sebagai mitos. Sesuai untuk dijadikan tajuk borak borak kosong. Lebih lebih pun aku anggap sapa sapa yang ada pusar atau bisul ni - ada potensi, tapi belum tentu berjaya.

Nak berjaya kena ada disiplin, ilmu, dan sedekah. Proven old fashioned formula.

Dan kejayaan ambil masa. Memang kena banyak bersabar.

Harapkan pusar, harapkan bisul, tak ke manalah ni.

Anyway, bagi sapa sapa yang musykil pasal rumput dan foraj - tanyalah kepada penternak penternak yang buat sistem intensif atau sistem makan tanggung. Mereka lebih arif, lebih pandai, jauh lebih berpengalaman dari aku dalam bab rumput dan foraj ni.

Mereka adalah grass farmers.

Aku adalah ........ lantak ko lah kambing suka hati ko nak makan apa. Jangan pi makan tempat diracun sudah...

Atau pun boleh rujuk pakar pakar pastura di Mardi, atau universiti kolej sekolah pertanian yang ada kat Malaysia ni.

Yeahhh remember... and please always keep this in your mind dear readers... I am the worst penternak kambing that ever existed and graced this planet.


Jangan tanya akuuuuu!!!!

Wednesday, January 22, 2014

THE ALLY

Barangkali musuh itu sebenarnya kawan.
______________________________________

Aku nak majukan hipotesis aku yang kontroversi. Bakal mengundang ketidakselesaan, dan ketidakpercayaan kepada pihak pihak tertentu dalam industri.

Dewormer atau ubat nyahcacing yang digunakan secara intensif akan melambatkan kadar pembiakan kambing, dan memendekkan tempoh produktif kambing betina.

Ooopss.. aku tahu ramai penternak dan penyelidik yang sangat sangsi dengan kenyataan kontroversi aku ni. Terbalik sungguh dengan kepercayaan selama ini.

Baik. Apa yang aku perhatikan selama ini, sebenarnya dewormer adalah alat bantu produktiviti yang sangat berguna dari sudut kenaikan berat badan dan pengeluaran susu. Bunuh cacing, atau uruskan populasi cacing dalam badan kambing ke tahap minimum, dan penternak akan dianugerahkan dengan kenaikan pantas berat badan dan pengeluaran susu yang maksimum, kerana.... tiada lagi cacing cacing yang senang senang mencuri zat zat yang penat penat diproses oleh perumah.

Dewormer juga nampaknya sangat bagus dalam bab mengurangkan mortaliti kambing dengan drastik.

Jangka pendeklah.....

Aku juga perhatikan suatu situasi aneh dimana bilamana aku mula buat selective deworming, dimana penggunaan dewormer kurang intensif - kadar pembiakan kambing meningkat. Jangka panjang. (From kid rate 1.3-1.6 per year INTO a consistent 2.2-2.3) Dan... betina betina tua yang sepatutnya dipencenkan kerana risau kurang produktif sebenarnya masih mampu menghasilkan anak anak yang sihat. They keep on producing... for longer period.

Cacing adalah musuh?

Nope. Aku tak fikir sebegitu. Malahan bagi sebuah operasi PEMBIAKAN PEDAGING (repeat : PEMBIAKAN PEDAGING, repeat : PEMBIAKAN PEDAGING) yang mahu BERTAHAN LAMA - cacing boleh dijadikan alat bantu penambah prestasi.

Cacing ye, bukannya ubat nyahcacing.

We can turn them from a great enemy into a great friend.

Anehkan? Tapi kalau kita perhatikan alam semulajadi, sebarang kewujudan ancaman kepada survival sesuatu organisma - akan menjadikan organisma itu lebih efisien lebih cekap lebih pantas berkembang biak. Survival mode. Fast breeding mode.

Manusia pun sama. Populasi akan berkembang sangat laju ketika perang atau selepas perang. Perang dimana ramai yang terbunuh adalah suatu ancaman kepada survival sesuatu bangsa. Dan semua bangsa yang melalui fasa peperangan semuanya pantas membiak.

Aku pikir kambing juga sebegitu. Bila wujud cacing, dalam kuantiti yang sederhana atau tinggi, akan mengaktifkan 'fast production genes' dalam badan kambing. Species survival instinct kicks in, and breeding readiness goes into overdrive mode.

Kewujudan cacing dalam badan telah terbukti merangsang dan meningkatkan sistem imun badan, dan kali ini aku pergi selangkah lagi ke depan. Cacing sebenarnya membantu meningkatkan dan memelihara fertiliti jangka panjang, dan sangat membantu dalam kadar pembiakan.

Makanya aku rekemen dewormer hanya digunakan bila perlu - hanya kepada kambing yang menunjukkan simptom beban cacing yang tinggi. Tak perlu guna dewormer terutamanya kepada kambing dewasa, apalagi yang telah bertahun tahun biasa meragut dalam mukabumi (terrain) yang sama, kerana mereka telah pun memiliki daya rintang dan daya juang yang tinggi terhadap kehadiran cacing cacing tempatan.

Yeah cacing adalah kawan bukannya lawan.

Dan kadang kadang kawan memang makan kawan, tapi itu normal. Sikit pun kes macam kes tu. Anggap sahaja sebagai sebahagian proses semulajadi. Boleh jadi 'decoy' - geng cacing akan pikir dia sedang mendominasi. Jadi takdelah diorang pulak masuk breeding overdrive mode.

Apa pun, apa yang aku cerita ni hanya tertakluk kepada operasi pembiakan kambing pedaging jangka panjang. Sapa sapa yang buat susu dimana keperluan pengeluaran susu mahu dimaksimumkan, atau sapa sapa yang cuma nak buat operasi pembiakan pedaging short term - peduli apa cacing nak dibuat kawan pula.

Ini hanya buah fikiran aku yang terbuka untuk direnungkan atau dibincangkan oleh para pembiak pedaging berpengalaman. Jenis yang nak jadikan usaha biak mereka 'sustainable'. Jenis yang fikir jangka panjang jauh ke depan.

Restrategise.

Turn the annoying enemy into a powerful ally.


Salam pembiak!!

Tuesday, January 21, 2014

CACING SERIBUUU....

Dan keperkasaan darah pribumi
_____________________________

Geng UM yang buat research kat ladang kambing aku ada buat study pasal beban cacing dalam kambing kambing aku. Diorang buat Fecal Egg Count (FEC). Kira telur cacing dalam tahi kambing. Sampel diambil daripada ibu kambing yang sedang menyusukan dan anak anak kambing.

Now, aku tahu sangat aku dah berkurun tak bagi ubat cacing kat kambing kambing aku. Ada yang dah bertahun tahun tak bagi. (SOP alwigoatfarm yang betul ialah ibu deworm ketika prepartum, dan anak setiap 4 bulan hingga umur setahun - masalahnya aku sendiri tak ikut SOP aku - parah parah.... masalah disiplin serius aku ni).

Makanya aku tahu sangat, ada kemungkinan tinggi kambing kambing aku tinggi beban cacing.

Bila geng UM bagitahu aku yang semua ibu kambing yang menyusukan ini adalah tinggi FECnya, dimana semuanya lebih konsentrasi 1000 ekor cacing per bahagian - aku pandang diorang, diorang pun pandang aku.

Surprised.

Surprised sebab kambing aku masih hidup, masih berisi badan, masih perform, masih mampu susukan anak, .... masih menonong rilek semacam walau pun FEC tinggi.

Masih tidak menunjukkan simptom beban cacing walau FEC tahap Burj Khalifa.

Sebenarnya FEC normal patut 100-200 per bahagian. Mana mana penternak yang buat mass deworming setiap 3-4 bulan (semua kambing diberi ubat cacing) akan dapat result macam ni.

Lebih 800 per bahagian dah kira .... very danger zone. Kambing patut tunjuk simptom beban cacing - kurus murus, bulu tak berkilat, dan tak lama lepas tu kiok.

Masalahnya semua ibu kambing aku, SEMUA, yang menyusukan... lebih 1000 FECnya. Tapi tidak menunjukkan mereka sedang dibebani cacing.

Apa yang aku boleh cakap ialah... inilah apa yang kita panggil resilience atau daya juang. Kambing masih bertahan, masih perform seperti biasa walau pun kepekatan cacing dalam badannya melebihi kebiasaan.

Kalau resistance atau daya rintang pula, cacing susah nak masuk, susah nak nak invade perumah. Macam kubu. Tapi dalam kes aku ni, dimana kubu dah pecah, inilah dia gunanya secondary defense, inilah dia gunanya kambing memiliki high resilience. Populasi cacing tinggi tapi tidak mendatangkan ancaman kepada perumah.

Inilah kekuatan darah tempatan yang sangat sukar dicari pada darah asing. Hanya darah tempatan yang ada built in resistance dan built in resilience terhadap parasit tempatan.

Sebab itu darah tempatan pantas membiak. Senang jaga. Kurang penyakit. Memudahkan kita buat program pembiakan low input.

Tinggi daya rintang. Tinggi daya juang.

Pahlawan.

Perkasa.


Ke hadapan!!!

Monday, January 20, 2014

PENTERNAK TERBURUK DALAM SEJARAH

Aku.

Tiada keraguan. Walau secubit.
______________________________

Kebenarannya aku adalah penternak kambing yang paling rendah skil dalam sejarah industri kambing di Malaysia. Dan juga antara yang termalas.

Banyak penternak adalah multi skilled. Boleh buat atau bina kandang sendiri. Pandai bertukang. Jimat banyak kos kandang. Tapi aku? 10 kali ketuk paku, 8 bengkok. Dua aje yang masuk. Itu pun panjang 2 inci. Lebih 2 inci, belum pernah berjaya dalam sejarah hidup aku.

Banyak penternak juga pandai sembelih dan lapah kambing. Aku? Sembelih kambing kecik boleh. Kambing besar? Tak boleh. Menggigil. Melapah? Sorry. Sorry. Sorry. Walau pun dah banyak kali tengok orang melapah.

Banyak penternak kambing juga pandai masak masak lauk kambing. Masak kurma masak kari masak bbq. Boleh dapat pendapatan tambahan. Aku? Tak pernah lagi masak kambing sendiri. Apalagi nak ambik order masak orang punya.

Banyak penternak kambing juga ligat cari income tambahan. Buat trading, jual susu kambing, jual ubat ubat. Aku? Buat dunno.

Banyak penternak kambing juga agresif dalam pemasaran. Pandai lagi rajin buat iklan sana sini. Aku? Duduk diam. Diam diam sediam diamnya. Tunggu orang datang.

Banyak penternak kambing juga rajin cari rumput atau dedaun sebagai makanan tambahan untuk kambing mereka. Aku? Malas. Beli dedak aje. Atau pun upah pekerja cari foraj. (Upah gembala lain, upah cari foraj lain).

Banyak penternak juga rajin periksa kambing, tahu ubat apa yang sesuai dengan penyakit kambing, dan rajin bagi rawatan berkala kepada kambing. Aku? Dah berkurun tak bagi ubat cacing, dah lama sangat tak inspect atau quality control kambing kambing aku.

Maka ini dengan rasminya, AKU adalah penternak kambing, atau usahawan ternak kambing, terburuk lagi termalas pernah wujud dalam sejarah tanah air, mungkin juga sedunia. Langsung tak boleh dijadikan contoh oleh penternak penternak lain.

Jangan ikut aku weh!!

Aku cuma tahu biakkan kambing. Low input. Itulah satu satunya skill aku. Dan aku cuma pandai dalam skil tersebut.


Aku cuma tahu gembala...

Sunday, January 12, 2014

MAO ZEDONG PUNYA OFFER

1973.

Dalam sebuah mesyuarat perdagangan antara US - China, Mao Zedong yang merupakan Pengerusi Republik China telah menawarkan suatu perkara yang sangat aneh. Mungkin tawaran dagang yang paling tak masuk akal dalam sejarah.

Mao Zedong berkata "China sebuah negara miskin. Tapi yang China ada banyak ialah penduduk wanita. Jadi saya nak tawarkan 10,000 wanita China untuk dipindahkan ke Amerika".

Beberapa saat kemudian, Mao Zedong menaikkan tawarannya. "Bagaimana dengan 10 juta wanita China?".

Henry Kissinger yang merupakan 'lead negotiator' Amerika membalas dengan penuh diplomasi "Tawaran itu terlalu menarik sehingga saya perlukan masa panjang untuk menelitinya".
_______________________

Crazy punya offer. Ada plak offer rakyat sendiri. Kalau offer kambing, takpe lagi ye tak?
_______________________

Now, aku perhatikan ada beza antara bangsa pemakan daging kambing (US) dengan bangsa bukan pemakan daging kambing (China).

Dari segi sejarahnya, aku perhatikan China bukanlah bangsa penakluk. Polisinya lebih kepada 'inwards' atau hal dalam negeri. Tak agresif dalam hal luar.

Tetapi bagi mana mana bangsa pemakan daging kambing (Mongol yang menyerang China 800 tahun yang lalu, atau British, atau US, atau banyak tamadun Arab) - mereka adalah umat penakluk.

Penaklukan sesuatu wilayah menjadi strategi utama dalam pembinaan tamadun, atau ketika wujud situasi overpopulation. Empayar British misalnya, ketika tekanan populasi 400 tahun yang dulu (teknologi pertanian yang ada tak dapat membekalkan makanan yang cukup untuk rakyat) - masuk 'conquest mode'. Jajah sana jajah sini, hantar keluar sebanyak rakyat yang mungkin.

Lebih berani ambil risiko peperangan.

Manakala China yang 'farmer centric' (tak kuat makan daging kambing) - tak suka konsep penaklukan walau pun saiz dan sumber wilayah mereka yang besar memungkinkan mudahnya mereka melanggar jiran jiran.

Kurang berani ambil risiko peperangan.

Masalahnya - dunia ialah milik mereka yang berani ambil risiko.

Aku tak suka peperangan. Aku pacifist. Tapi aku juga sedar yang semua tamadun hebat dalam sejarah manusia, tamadun yang memiliki wilayah dan pengaruh yang luas lagi dalam, tamadun yang memiliki zaman emas paling panjang - semuanya akan mengharungi peperangan.

Perang adalah ramuan kritikal untuk mewujudkan tamadun hebat.

Perang akan melahirkan ahli falsafah, ahli seni, ahli sains, dan ahli ekonomi yang hebat hebat. Semua tokoh hebat dalam sejarah semuanya lahir atau tercipta ketika zaman peperangan.

Dan selalunya bangsa yang akan mulakan perang dan muncul sebagai pemenang ialah bangsa yang kuat makan daging kambing.

Dan dalam banyak banyak bangsa yang kuat makan daging kambing, bangsa pengembala atau pastoralis adalah bangsa yang paling kuat paling agresif.


Apa yang ada dalam daging kambing yang membangkitkan semangat penaklukan? Dan kenapa kambing bangsa pastoralis atau bangsa pengembala menjadikan para pemakan lebih agresif?

*Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/01/last-weekend-visitors.html

LAST WEEKEND VISITORS

PELAWAT DAN PELANGGAN KAMBING HARI  SABTU DAN AHAD YANG SUDAH


Terima kasih kepada Tuan S dari Langkap yang berkunjung ke ladang. Pelawat kerap juga. Dulu ternak lembu kat selatan tanah air, buat style aku - isolation mode, tapi anak anak semua dok bising suruh pindah balik pekan. Jadi terpaksa surrender operasi lembu. Kini lepaskan rindu kepada ternakan dengan tengok kambing aku.

Bukan pembaca blog.
_________________________

Terima kasih kepada Tuan N dari Bidor yang beli kambing. First time buyer. Dan terima kasih sekali lagi kerana order lagi untuk minggu depan. Tuan N ada potential untuk jadi sales channel, bukan lagi tahap repeat customer. Tak naik kandang pun tengok kambing. Tengok dari jauh aje kambing yang melompat lompat kat tanah. Ini macam punya customer banyak senang. Tak cerewet langsung.

Bukan pembaca blog.
__________________________

Terima kasih kepada Tuan Mat dari Petronas. Kawan lama. Kerja kat Kelantan, tapi keluarga bersauh di Ipoh. Peminat hardcore kuda, dan kambing. Tak silap aku, Tuan Mat adalah pelanggan pertama kambing aku. 9 tahun yang dulu. Dia beli jantan sekilo $15.

Tak lama lagi nak pencen. Mungkin ada hasrat nak menternak kambing. Tanah luas dah ada.

Aku minta maaf atas ketiadaan di ladang. Tengah hadir majlis kenduri kahwin sepupu di Bidor.

Probably bukan pembaca tetap blog. Aku suruh dia baca (promo!) tapi tak tahulah dia baca ke idak.
__________________________

Terima kasih kepada Tuan Nordin dan isteri dan anak perempuan yang melawat sebelah petang. Dari Hutan Melintang. Kedua duanya cikgu. Dah dua tahun bela kambing. Part time. Kambing dalam 50 ekor. Sendiri jaga. Pagi mengajar, petang bagi makan kambing.

Mmmm.... jarang sangat dengar cerita cikgu bela sendiri kambing. Anak murid bela kambing - ye - selalulah dengar cerita.

Pembaca blog. (May I have your phone no, again? Kelam kabut lah tak tahu mana satu nombor. Ada dua tiga lagi orang area hutan melintang dok sms. Nanti nak melawat tuan punya ladang, bersekali dengan ladang berhampiran).

__________________________

Terima kasih kepada Tuan Azam dan isteri dari Cheras. Kerja kat.... oil platform kot. Tak ingatlah. Sori. Anyway pernah bela kambing dari 2006 hingga 2010. Jamna. Piau. Pejantan $5,000. Direct from Indonesia.

Terpaksa stop bila pindah kerja dan isu milikan tanah. Dan aku bersetuju dengan pandangan dia yang jamna piau piau ni perlukan high input husbandry. Pasaran kena target baka dan susu. Tak boleh pedaging.

Pernah tanam cili fertigasi atas rumah teres dua tingkat. Wahhhh... dasat dasat memang minat tinggi dalam pertanian. Dan cili cara fertigasi sebenarnya adalah high input menurut pandangan Tuan Azam, dan aku juga bersetuju.

Dan terima kasih atas hadiah cheese powder. (Isteri Tuan Azam adalah ejen pembekal tepung keju - yang style KFC tu - sos cheezy wedges. Sedap wehh!).

Pembaca blog.
__________________________

Terima kasih kepada Tuan S dari kampung berdekatan yang order kambing untuk minggu depan. Repeat customer.

Bukan pembaca blog.
__________________________

2 pembaca blog. 4 bukan pembaca. Ini profil pelawat yang datang sabtu dan ahad sudah.

Menurut sebuah kajian tempatan berkenaan penggunaan media sosial dalam pemasaran, di Malaysia secara purata media sosial menyumbang kepada 25% pelanggan.

Hmmm... aku belum bangunkan customer profile untuk operasi aku. Macam menarik aje kalau dikaji ni.

Aku fikir bagi industri kambing buat masa ini, mungkin potensi media sosial lebih kot daripada 25%?

Hari hari aku dapat sms dan call - majoriti pembaca blog, dan penternak baru, atau bakal penternak. Mungkin penternak dan bakal penternak generasi muda yang banyak bergantung kepada media sosial.

Dari segi jualan retail (kambing jantan sembelihan) - semuanya local user. 50km radius. Ada juga yang 200km jauhnya tapi itu pengecualian. Jadi situasi pasaran aku sekarang - kambing jantan untuk local consumption, kambing betina yang memenuhi piawaian breeder protocol - merentas negeri.

Dan aku tiada kontrak bekalkan kambing kepada JPV walau pun aku Penternak Negeri. Semuanya independent sales channel. Dan aku tahu banyak penternak 'besar besar' akan tertonggeng kalau JPV tak support.

Aku pikir hanya seorang pengembala adalah benar benar bebas.

Truly independent.

Truly master of their own.

Salam!

*Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/01/mao-zedong-punya-offer.html





Friday, January 10, 2014

ISRAFIL'S MIGHTY HORN

Tanduk Israfil. Penghujung semakin hampir.

Peringatan : Bacaan yang akan meyebabkan rasa tidak selesa kepada mereka yang konservatif.

Segala kebesaran kepada Tuhan, Pemilik alam semesta dan enam lagi lapisannya, dan Pemilik multisemesta dan setiap lapisan mereka.

Hipotesis.

Apa yang Junjungan kita ceritakan dalam pengembaraan Mikrajnya.... walaupun nampak sangat aneh dan tak masuk akal manusia..... sebenarnya tiada konflik dengan sains terkini. Bila ilmu sains semakin dalam diterokai terutamanya ilmu kosmos, fizik, quantum dan sebagainya - apa yang Nabi ceritakan adalah possible.

Ok. Sedikit intro sebelum pergi lebih dalam. 10 malaikat yang wajib diketahui sebenarnya adalah ketua. Kepala divisyen. Masing masing memiliki ketumbukan tentera di bawah perintah sendiri. Izrail sang pencabut roh adalah ketua kepada divisyen tentera malaikat pencabut roh. Begitu juga Ridhwan, penjaga syurga memerintah para malaikat penjaga syurga syurga. And so on... termasuk Israfil sang peniup sangkakala juga ada tentera tentera yang akan meniup sangkakala.

Dan Jibril adalah supreme commander kepada semua jemaah malaikat. Chief to the chief. Memiliki kekuatan luarbiasa sehingga mampu memanipulasi jirim gelap dan tenaga gelap untuk menjadikan Nabi kita galactic traveller yang terhebat dalam sejarah. Yeah, dalam Mikraj rupa rupanya Nabi kita zig zag ke seluruh penjuru alam semesta pada kelajuan jutaan warp speed dan kembara ini memerlukan amaun tenaga yang sangat besar dan tidak boleh dibekalkan oleh lapisan pertama alam semesta (alam yang kita duduk sekarang dimana cuma 4% sahaja kandungan keseluruhan alam semesta)... melainkan ada bekalan tambahan tenaga dari enam lagi lapisan alam semesta (jirim gelap dan tenaga gelap yang merupakan 96% alam semesta, dan 96% ini adalah alam ghaib yang para jin dan manusia tidak akan mampu menembusi).

Now, saiz Jibril yang sebesar planet Jupiter adalah hadis yang kuat lagi sahih. Dan saiz Jibril yang sebegini besar membolehkan manipulasi jirim gelap dan tenaga gelap dilakukan untuk menjayakan sebahagian misi Mikraj - membawa jasad Nabi pergi balik ke Sidratul Muntaha dengan selamat.

Saiz Israfil malaikat peniup sangkakala pula agak sukar ditentukan kesahihannya. Tak berapa kuat sanadnya. Tetapi berdasarkan apa yang ada, dapat dianggarkan saiz Israfil adalah lebih besar daripada matahari. Kategori 'red dwarf'. Matahari kita ialah kelas 'yellow dwarf'. Red dwarf ni dalam lingkungan 3-4 kali ganda lebih besar daripada bintang kelas yellow dwarf.

Manakala malaikat penanggung Arasy, saiznya berdasarkan keterangan hadis - hyper giant. Tidak sepatutnya wujud, tidak mampu wujud dalam alam semesta kita kerana hukum fizik alam semesta kita tidak memungkinkan kewujudan saiz hyper sebegitu. Segala teori kuantum dan fizik yang ada menyatakan, kalaulah boleh wujud pun, jangka hayatnya terlalu pendek dan matinya..... kurang 'bergaya'. Haaa tetapi lapan malaikat penanggung Arasy ni bukanlah duduk dalam alam semesta kita. Mereka diam di sebuah alam semesta yang lain. Jadi mereka tidak tertakluk kepada undang undang alam semesta kita.

Now, saiz Israfil yang sebesar 'red dwarf' walau pun kita boleh kata nampak tak mengkagumkan berbanding bintang bintang gergasi yang ada dalam alam semesta kita, tetapi implikasinya adalah sangat besar.

Bintang bintang red dwarf adalah bintang tua. Lebih tepat lagi, sangat matang. Umur alam semesta kita ialah 13.8 billion tahun. Dan saiz red dwarf, atau apa apa makhluk yang bersaiz red dwarf - menunjukkan mereka lahir serentak dengan Big Bang, dan mereka adalah penghuni terawal alam semesta, DAN mereka sekarang dalam peringkat matang, DAN mereka menunggu masa untuk mati ..... spectacularly. Absolutely spectacular.

Mana mana bintang, atau makhluk yang lebih kecil daripada red dwarf, menunjukkan mereka adalah remaja atau 'kids' dari segi umur alam semesta, dan tidak memiliki kekuatan yang cukup untuk mati dengan hebat. Manakala mana mana bintang , atau makhluk, yang bersaiz lebih besar daripada red dwarf, sebenarnya adalah muda juga, dan memiliki jangka hayat sangat pendek dari perspektif alam semesta, dan akan mati meletup tidak sehebat red dwarf.

Hanya red dwarf, atau makhluk bersaiz red dwarf, akan mati...... dengan tenaga letupan..... yang paling besar dalam alam semesta setakat ini.

Hanya red dwarf, atau makhluk bersaiz red dwarf, bila mati .... akan mampu menjadi..... supermassive black hole.

Dan supermassive black hole - ada dua jenis.

Sang Penelan. Singularity. Possible entrance into another universe. Sebagaimana Sidratul Muntaha.

Dan Sang Pemuntah. Quasar. Pemberi isyarat paling paling terang dan paling paling bertenaga ke alam semesta. Jantung galaksi. Dan isyaratnya (pelbagai sinar, radiasi, dan gelombang tenaga tinggi) boleh dikesan walau nun jauh di ceruk alam semesta.

Now, dalam Kalamullah peristiwa sangkakala yang menandakan Kiamat bermula dirujuk sebagai 'The Blast' atau pun Letupan. Fortunately, Nabi Besar kita beri maklumat tambahan, yakni sangkakala itu ialah 'The Horn' atau... Tanduk.

Semasa zaman Nabi, tanduk digunakan sebagai pemberi isyarat. Dari jauh lagi dah boleh dengar bunyi amaran. Tak perlu tunggu manusia pembawa khabar. MAKNANYA - peristiwa sangkakala ditiup, adalah peristiwa ISYARAT. Sign. Amaran.

Dari jauh di hujung alam semesta, semua makhluk dalam segenap pelosok alam semesta dan enam lagi lapisannya akan nampak atau akan dengar peristiwa sangkakala ini. Pasti dan pasti.

Ok. Cerita sedikit pasal quasar. Sebuah fenomena kosmos yang sangat berkuasa. Quasar biasanya sebuah supermassive black hole di tengah tengah galaksi. Dia memiliki tarikan graviti yang sangat kuat, mampu menelan semua jenis objek kosmos, tetapi dalam masa yang sama memuntahkan sebahagian apa yang ditelannya. Kuasa muntahannya adalah sangat sangat ekstrem. Kita boleh bayangkan kuasa muntahannya seperti berikut. Seorang pemain bola di Bumi menendang sebiji bola di sebuah padang. Masalahnya bola itu tak berhenti henti, terus ke langit, melepasi tarikan graviti bumi, melepasi planet Marikh, melepasi planetoid Pluto, melepasi Kuiper Belt.... dan masih bergerak..

Apa sahaja yang dimuntahkannya akan bergerak pada halaju hampir dengan laju cahaya, memiliki momentum super raksasa, dan memusnahkan apa sahaja yang melintas di hadapannya. Termasuk bintang bintang malah galaksi berhampiran.
Dan proses muntahan ini melampiaskan pelbagai isyarat bertenaga tinggi. Yang boleh dikesan hatta di penghujung alam semesta.

Sekarang kita pergi kepada tahun 2013. Februari - sepasukan saintis telah menemui kewujudan Large Quasar Group (LQG), sebuah super struktur alam semesta. Saintis telah mengetahui yang quasar quasar sering terdapat berhampiran, membentuk sebuah kumpulan quasar. Masalahnya LQG adalah terlalu besar, tidak sepatutnya wujud, dan buatkan para saintis bingung kerana Prinsip Keseragaman Alam Semesta telah.... luput.

Dan apa yang lebih 'mind boggling' ialah pada November 2013 - para saintis menemui sebuah lagi super struktur alam semesta yang jauh lebih gergasi dari LQG. Hercules Boriana Great Wall.

Semua kosmologis dalam Bumi sekarang tengah tergaru garu kepala sangat bingung memikirkan kewujudan dua super struktur alam semesta yang sepatutnya tidak wujud ini.

Now, aku yakin para saintis akan terus menjumpai quasar superstructure demi quasar superstructure yang lebih besar dan lebih besar. Dan hipotesis aku ialah Israfil dan tentera tentera malaikat peniup sangkakala di bawah arahannya akan diam antara salah satu atau semua superstruktur ini.

Dan hipotesis aku lagi ialah, Israfil dan para tenteranya akan menjana letupan gergasi demi letupan gergasi berderet deret yang jauh lebih berkuasa jauh lebih dahsyat daripada para quasar sedia ada sekarang. Ini kerana isyarat Sangkakala bukan sahaja akan nampak pada lapisan pertama alam semesta yang kita duduk sekarang, tetapi akan bergerak menembusi enam lagi lapisan alam semesta, dimana semua penghuni lapisan tersebut akan nampak dengan jelas sebagaimana jelasnya kita nampak peristiwa letupan tersebut.

Letupan yang akan dijana oleh Israfil tidak pernah wujud dalam sejarah alam semesta, dan ianya akan menjadi yang terkuat di mana isyaratnya akan bergerak ke semua penjuru, sampai kepada semua galaksi galaksi, bintang bintang, dan planet planet dalam tujuh lapis alam semesta.

Kita akan nampak. Kita akan dengar. Pasti dan pasti. Kita akan tahu ianya Sangkakala.

Dan menurut ulama, Sangkakala akan ditiup tiga kali. Yang pertama, pra Kiamat (huru hara dalam planet dan sekitar planet - kerja malaikat). Kedua Kiamat bermula (space-time semua tujuh lapis alam semesta akan dilipat lipat, semua galaksi bintang dan planet akan dikeronyokkan - kerja Tuhan, dan semua malaikat, setelah membunuh semua penghuni planet planet, menantikan pula saat saat kematian mereka sendiri). Dan ketiga, ketika semua kehidupan dibangkitkan kembali untuk menghadapi Hari Penghakiman. Judgement Day.

..........

Aku excited dengan kemampuan manusia sekarang dalam observasi alam semesta. Sains kosmos, dan pemahaman kita tentang alam semesta semakin maju. Tetapi dalam masa yang sama aku juga takut. Kerana apa yang diberitakan dalam Kalamullah semakin jelas.. dan semakin jelas.

Apa yang ada dalam Kalamullah adalah selari dengan penemuan terkini sains. Termasuklah kedudukan kita dalam lapisan pertama alam semesta, dan ... reluctantly.... sangkakala. The End is near. More visible.

Well, ini semua adalah hipotesis aku semata mata. Sesungguhnya Allah Tuhan Sekalian Alam lebih Mengetahui.

Salam hormat!





Wednesday, January 8, 2014

BILA BULAN TERBELAH

Hipotesis. Part ..... whatever..

Peringatan : Post post dalam siri hipotesis bukanlah bacaan sesuai kepada mereka yang konservatif.
____________________

"The Hour has come near, and the moon has split [in two]." AlQamar:1

Berdasarkan keterangan Kalamullah, adalah jelas ketika hampir Kiamat (hampir ye, belum mula lagi) bulan yang tertenggek cantik di langit malam akan terbelah dua. Kita umat manusia pastinya akan menggigil ketakutan menyaksikan fenomena luar biasa tersebut.

Macam mana bulan boleh terbelah dua? Aku pun takde idea. Melainkan.....

Suatu ketika dahulu, ketika zaman Muhammad SAW, tak silap aku, aku pernah dengar cerita yang Nabi pernah tunjuk jarinya ke langit, dan bulan terbelah dua secara sementara dengan izin Allah, sebagai bukti mukjizat kenabiannya kepada orang kafir Quraisy.

Now, bulan telah bercantum kembali tetapi.... bagi suatu objek solid yang telah pun pecah... dan dicantumkan kembali.... kekuatan pegangannya sudah berkurang. Maknanya akan datang, sedikit kuasa atau tenaga sudah cukup untuk menceraikan kembali bulan.

Yeah, mungkin suatu hentaman komet (atau apa apa 'celestial bodies') yang 'biasa biasa' sudah cukup untuk menyebabkan bulan terbelah.

Bukan senang ye bagi objek kosmos nak terbelah. Susah weh... samada hancur berkecai (terbelah juga tapi berkecailah) atau rosak permukaan bila dilanggar oleh objek kosmos lain - yang ni senang sikit nak paham.

Fenomena sebarang jenis planetoid terbelah dua.... aku fikir adalah peristiwa unik dan luarbiasa alam kosmos.

Now, bila bulan terbelah, maknanya hubungan sangat rapat Bumi-Bulan yang bagaikan adik beradik juga akan berkecai. Pengaruh bulan ke atas bumi akan hilang dan menyebabkan kestabilan yang selama ini Bumi nikmati akan .... lesap.

Putaran bumi akan jadi tak stabil, bergoyang goyang macam gasing yang dah habis tenaga putarannya, dan putarannya semakin perlahan dan perlahan.... dan akhirnya reverse. (Ada kemungkinan sebahagian bulan akan jatuh ke bumi dan pelanggaran ini menjadi 'impetus' atau pemula kepada keterbalikan putaran bumi. Bila dah jadi begini, kita umat manusia akan saksikan matahari terbit dari barat dan tenggelam di timur, bukan lagi terbit di timur dan tenggelam di barat seperti kebiasaannya).

Now, Bumi akan masih mengelilingi Matahari, masih kejap pada orbitnya, tetapi itulah... cerita kat dalam bumi memang tengah kelam kabut. Bencana alam demi bencana alam. Dengan bulan dah lesap (atau tinggal separuh), matahari terbit dari barat, laut pasang laut surut tak tentu hala, cuaca bumi berubah drastik, organisma semua keliru dan ketakutan - Anehnya.....

KIAMAT BELUM BERMULA PUN.

Bulan terbelah, putaran bumi terbalik, bencana demi bencana, dengan segala penderitaan kesakitan kekeliruan penghuni bumi - tak mula pun lagi Kiamat.

Kalau Kiamat bermula, jelas sekali, kemusnahan dan azab lebih besar akan berlaku...

Bila sebenarnya Kiamat bermula?


(TO BE CONTINUED..)    

Tuesday, January 7, 2014

BILA HASBULLAH DATANG



27 tahun. Dah kahwin. Anak satu. Yang kedua incoming in sha allah. Bela kambing dah dua tahun. Tak berapa jauh dari tempat aku. Kampung Gajah.

Kambing ni part time. Small scale. Mak mentua jaga.

Kerja full time kat sebuah janakuasa bebas di selatan tanah air. Independent power producer. IPP. Haaa bagus gak sekali sekala orang sektor tenaga datang melawat. Boleh juga selak selak kain dalam terintai intai industri tenaga.

Dan nampaknya industri tenaga akan terus seksi bergetah. Demand is going up and up. Berdasarkan cerita Hasbullah, arang batu sekarang menjadi pilihan berbanding minyak dan gas. Yeah.. it's cheap. Sebab kuantitinya lebih banyak, dan lebih mudah ekstrak banding minyak dan gas. Tapi itulah yang tak tahannya - tahap pencemaran tinggi. So nampak gayanya akan datang lebih ramai rakyat Malaysia akan alami penyakit penyakit pernafasan.

Dan satu cerita menarik yang aku tak tahu sebelum ini ialah rupa rupanya TNB yang supply coal kepada semua IPP. Aiseymann... ini macam rupanya. Dan TNB ada share 20% dalam janakuasa tempat kerja bro Hasbullah ni.

Oppss... padanlah rilek aje para IPP ni walau pun keliling meriah orang dok hentam sana sini.

Dan aku bersetuju dengan pandangan Hasbullah dimana tenaga nuklear sepatutnya dijadikan sumber utama janaan elektrik untuk masa depan Malaysia. In fact, semua orang sektor tenaga yang datang melawat ladang aku semuanya condong habis kepada nuklear.

It has to be.

Malaysia mesti jadi nuklear untuk keperluan strategik, dan nuklear sebenarnya adalah sumber tenaga termurah, tercekap, dan terlindung daripada kenaikan mendadak harga bahan bakar.

Lagipun dari sekuriti, generasi terkini reaktor nuklear adalah sangat stabil, selamat, dan ada banyak research sedang dibuat untuk memproses guna kembali sisa nuklear.

Aku fikir memang kita patut ikut cara Iran, dimana keperluan tenaga domestik dijana hampir sepenuhnya dengan teknologi nuklear, manakala bahan bakar fosil dieksport.

Tenaga mesti murah. Wajib murah. Baru kos manufacturing rendah. Baru kos barang dan perkhidmatan lebih rendah. Bagi aku sumber tenaga yang murah adalah sangat kritikal dalam program pembangunan sesebuah negara. It's an absolutely a very very strategic advantage.

Tapi tulah kita dah dalam ASEAN, dan diwartakan pula sebagai nuclear free zone - nak buat lagu mana pula ye? Aiii dilema sungguh..

Ok ok. Cerita tenaga pula. Patutnya cerita kambing. Sekali sekala terbabas.

Hasbullah cerita kat aku, ada seorang Penternak Negeri (dapat award penternak jaya peringkat negeri) rekemen kat dia, tak yah guna pejantan bila bela kambing ni. AI (artificial insemination) kan aje.

Uh oh.... misplaced advice ni. Tak kena seorang Penternak Negeri 'dish out' nasihat macam tu.

Aku expect seorang Penternak Negeri akan bagi nasihat yang praktikal, atau yang menjimatkan kos, atau menambahkan keuntungan. Lebih lebih lagi kepada seorang penternak skala kecil yang sangat sangat memerlukan panduan.

Guna AI untuk operasi pedaging small scale?

I don't think so. Kos AI seekor kambing dah $200 (tak silap akulah - lama dah tak check harga). Kadar kejayaan normal baru 30-40%. Ada juga yang 0%. Kalau kawan tu bela 10 ekor kambing betina, dia kena belanja $2000 untuk membuntingkan para betina tu. Itu baru sekali kahwin. Tiap tiap kali kahwin kena panggil servis doktor AI. Demam kawan penternak dibuatnya.

Baik beli pejantan. Baru berapa harga. Natural mating. Mudah, berkesan, murah.

Kalau kita buat operasi pembakaan, dimana harga jualan baka boleh cecah 3-4 dinar, takpelah guna teknologi AI. Kalau setakat operasi pedaging, small scale pula tu, tak yah pening pening guna AI ni. Beli aje pejantan. Biar dia buntingkan semua betina yang ada. Auto.

Manual manual ni leceh aaa untuk kahwin kahwin ni....


Oklah. Terima kasihlah kepada bro Hasbullah kerana datang melawat. May we meet again. Thanks man!