All praise to the Lord
who has created everything in pairs, and Who has willed the beast for
us, and Who has provided the necessary sustenance for them to multiply.
I bow before your Might,
I kneel before your Generosity, and I lie prostrate before your
Greatness.
Thank you my Lord, for
what You have given to me.
Salam tuan tuan pembiak
kambing di seluruh solar system,
Tuhan telah berkenan
menganugerahkan aku dengan kelahiran anak kambing ke 999 dan 1000.
Alhamdulillah. Ni gambar si kembar yang lahir pada 14 oktober baru
baru ni. Dua dua jantan. Nampak macam baik je. Tak taulah besar nanti
macam mana.
Maknya nama Rina. No tag
45. Rina ni pun kelahiran sini. Kelahiran ke 45. Pasal tu no tag dia
45. Umur Rina 5.5 tahun. Kali ni merupakan kelahiran ke 7 (seventh
parity). Dia ni dah keluarkan 9 anak setakat ni. Jadi kidding ratio
dia 1.29. Which is not really good. But still profitable sebab aku
buat low input husbandry. Yang buat best sikit pasal dia ni banyak
anak jantan. Daripada 9 anak, 8 jantan 1 je betina. So peratusan
jantan 89%.
Aku sekarang dah mencapai
full capacity. Jadi lebih prefer banyak production anak jantan. Tapi
tulah tung tang tung tang 7 tahun average ratio jantan:betina sama
juga. 50:50. Ada juga teknik teknik yang aku dengar boleh meninggikan
peratusan kelahiran jantan tapi aku tak apply pun teknik teknik tu.
Kalau low input punya teknik aku mahu lah. Kalau high input aku nak
kena analisis dulu, boleh dapat tak net positive return.
Anyway Rina punya average
kidding interval ialah 8.7 bulan. Maknanya setiap 8.7 bulan dia
beranaklah. Boleh lagilah. Normally 50.61% kambing betina aku dalam
group yang memiliki kidding interval setiap 5, 6, dan 7 bulan.
Maknanya separuh induk aku boleh la dikira fast breeder.
Makan rumput je tu. Haa kalau up sikit plane of nutrition boleh
bertambah laju lagi kadar pembiakan.
Apa nak ragu ragu darah
kampung ni, bukan darah sapa sapa pun, darah kita juga. Sahih boleh
membiak. Laju plak tu.
OK. Kidding interval 8
bulan ni kira normal. Laju pun idak, slow pun idak. Biasalah. Dan ada
juga yang slow breeder. Kategori setiap 10, 11, 12 bulan dia punya
kidding interval. Tapi tak banyaklah. Geng macam ni adalah 12%
daripada keseluruhan induk.
Slow breeder macam ni
kita boleh cull. Tapi kalau buat low input husbandry, apa kisah.
Sebat jelah buat induk. Masih profitable walaupun tak maksimum. Kalau
high input husbandry ye memang tertonggeng kita dibuatnya. Rugi tu.
Mmm.. dan pada 14
oktober, hari yang sama juga, Don Jenal telah melawat kandang aku.
Pukul 7 malam sampai kandang buat lawatan mengejut. Kandang aku
memang tak dak letrik, so guna lampu suluh pasang kat kepala buat
tour of duty sambil berperang
dengan nyamuk.
Kalau
isal keratong agro adalah pelawat terawal maka dengan ini Don Jenal
telah dicertify
sebagai pemegang rekod pelawat terlewat kat kandang aku. Nasib baik
aku tak dak ritual khas masa Don Jenal ni datang. Hahaha.
Don
Jenal berpeluang mengambil gambar anak kambing yang ke 999 dan ke
1000 kat ladang aku. So aku adalah saksi, bukan aku kelentong. Yaa...
Terima
kasihlah kepada Don Jenal yang melawat kandang aku ni. Siap bawak 5
awek cun lagi. Bukan sorang makwe, 5 orang makwe wehh. Dasat betul ko
ni Don Jenal. Memang layak ada title Don nihh.. kat mana ko menuntut
ilmu menarik awek ni? Dengan Ashley Cole, Chelsea punya left back ka?
Hehehe...
Oklah
tuan tuan jumpa lagi..
Terima
kasih juga kepada Cikgu Shobri dan keluarga dari Bukit Hijau Farm di
Kedah yang sudi melawat kandang aku pada 22 september yang lalu.
Terima kasih juga kepada pelawat pelawat lain yang sudi berkunjung.
Bila pulaklah aku nak pergi visit kandang tuan tuan ye...
Alhamdulillah..dan tahniah prof atas pncpaian 1000 kelahiran tu.dasyat2,den baru 23 kelahiran mmg jauh lg nak cpai tahap prof.Mmg rmai skrg dh buka mata dgn baka kacukn kampung,cuma den kena rajin post gmbar jela dkat FB den,baru diorg sedar dgn potensi kambing kmpung.Haha..dan alhamdulillah rmai yg brtnya psal kmbing kmpung nih,tu yg den tuju kt prof trus.biar rmai yg mntrnak kmbg kacukn kmpung nih.brulah best.hehe..
ReplyDeleteyaa go go kampung!
Deleteaku tahun pertama, baru ada 26 kelahiran. Kena check balik rekod, tak ingat sangat. Tapi oklah tu ada 23 kelahiran.
Deletekena asingkan rekod biri biri dengan kambing. teringin nak tengok prestasi kambing vs bebiri bawah sawit nanti.
tahun prtma aku tahun lpas prof sbb start bela blan ogos 2011.tp sbab msa tu mmg zero knowledge mmg trkangkang kangkangla.rekod pun xde.tp tahun ni dh improve cket.ada rekod.hehe..yess dua2 aku buat prof,biri n kambing asing..stakat ni weight gain biri lbih cpat brbndg kmbing,pling berat usia 5bln 20kg ok dahtu.cma lambing rate jela sekor per klahiran..kmbing sdang branak pinak skrg.kidding ratio kmbing 1.57 je stakat ni.ok tak utk pntrnak baru cm den prof.huhu
Deletebagi tahun pertama pembiak kambing tempatan, 1.57 oklah tu. Tapi kira per full year.
DeleteHantar anak kambing pg kindergarten ke ajar sendiri?haha.cute.sy sokong darah kampung.lasak dan garang.
ReplyDeleteKepala kampung gak ka? Haa bagusss..
Deletesalam tahniah untuk yang ka 1000 ni. semoga rezeki makin murah.
ReplyDeletekidding ratio kira macam mana?
TQ. Kidding ratio tu senang je.
DeleteTotal no of parity/total no of kids.
Kidding rate per year tu yang lebih penting. Prestasi gerompok.Tadi tu individu je.
Entah kenapa pelik pula rumus kidding ratio ni ya.
DeleteUnit rumus atas jadi parity/kids
Rasa macam kids/parity kan?
=Total number of kids/total number of parity
=number of kids per parity.
Adakah saudara Alwi tersilap tulis atau meamng camtu
Lagi satu, kidding rate tu diambil bermula usia kambing dilahirkan ataupun mulai dari 1st parity?
Delete=total number of kids/total number of dams dalam tahun tu kan?
silap! silap! sori sori
Deleteno of kids/parity baru betul
sori banyak2
hahahaha... tergelak saya baca post ni. yap, saya saksi kepada kelahiran ke 999 & 1000. nanti saya update post mengenai lawatan mengejut ni. hahaha. nak datang jugak, tak kira. nasib baik takda ritual.
ReplyDelete5 orang tu pun, ada bini & tunang orang la prof. haha. diorang masuk dalam jadual saya. tak dapat nak lepak lama. banyak lagi yang nak blajo. 22/10 ni nak pegi lagi. tak puas. kali ni lama sket. hehe.
terima kasih kepada prof alwi. walau singkat, tapi banyak gak info yang berguna diperoleh. terima kasih banyak2.