Lama betul warm up aku
ni. Aiii sorilah tuan tuan yang dihormati, aku kena takeover kerja
gembala selama 5 hari. Bukan setakat gembala tapi kena jaga 350 ekor
kambing. Seorang. Memang tertonggeng terkangkang juga lah dibuatnya
haha. Takdak masa nak update blog. Kena pula musim beranak.
Dah 3 tahun aku delegate
kerja gembala kepada kuli. Sekarang aku kembali jadi goatboy. Pehh
dah longgar berkarat aku punya skru skru kat lutut dan kaki. Macam
nak tercabut. Dasat dasat.
Aku gembala 200 ekor -
mak kambing, dara kambing, teruna kambing, bapak kambing. Yang
tinggal kat kandang 150 ekor anak anak kecik. Bila gembala 200 ekor
ni, memang kena betul betul observant, jalan non stop, nak berenti
sekejap makan nasi pun susah. 3 jam pertama memang kritikal kita
punya fokus.
Aku bawak bekal sandwich.
Isi tuna banyak banyak, sayur banyak banyak, cream atau cheese banyak
banyak. High fat diet. Wajib untuk sustain aku punya energy and
willpower expenditure. Aku prefer sandwich daripada nasi sebab boleh
makan sambil berjalan jaga kambing. Kalau makan nasi kena berenti
duduk bersila dulu. Habih mengadap nasi, kambing hilang ntah ke mana.
So aku lagi suka bawak bekal sandwich.
aaahh... my beloved sandwich. Biasa aku bawak 3 ketul buat bekal masa gembala. Sedap weii..
Air minum 2 liter. Kalau
hari panas memang habih aku telan 2 liter tu. Tapi sekarang ada
hujan, mendung, takdelah panas sangat, so fluid intake 1 liter je.
Parang pun bawak. Pendek
sangat pun tidak, panjang sangat pun tidak. Kurang sikit sehasta.
Baru praktikal. Kalau jumpa pokok liar daun cantik cantik boleh la
tebang bagi kambing. Berebut rebut kambing makan.
Tapi parang ni kambing
tak takut, tak faham. Kena ada tongkat. Tongkat tu belasah je kayu
apa pun. Janji mesti lebih tinggi dari bahu kita. Baru betul betul
jadi gembala. Baru kambing kita iktiraf kita sebagai master. Baru
lebih senang jaga.
Tongkat yang panjangnya
lebih dari bahu kita adalah penting, sangat penting untuk
memudahkan tugas pengembalaan. Kalau kita perhatikan dalam mana mana
budaya pastoralist, semuanya ada tongkat gembala yang panjang.
Dan selama 5 hari aku
jadi gembala, aku terlupa undang undang ini, dah lama sangat tinggal
tugas gembala. Tu yang terkangkang, tercabut skru lutut dibuatnya. So
kepada rakan rakan pembiak yang menjadi pengembala, jangan lupa
undang undang ini.
Aku gembala jalan kaki
je. Jauh lebih efektif berbanding naik motor, atau naik kuda. Motor
bunyi bising. Kalau ada anak kambing jatuh parit, kita tak dengar.
Kalau ada gerombolan anjing nak menyerang, kita pun tak perasan.
Kalau ada parit, jalan lecak pun susah juga bawak motor. Kena pulak
bawah sawit, banyak pelepah berduri kat tanah. Memang kejap kejap
pancit tayar motor dibuatnya.
Kuda aku si Diego tu
tinggi sangat. Kalau kawanan kambing masuk sawit rendah, dah tak
boleh buat apa. Dia lompat parit pun tak berani. Dan ada banyak parit
bawah sawit. Kuda racing macam tu lah. Racing laju laju boleh. Tapi
obstacle crossing tak reti plak. Daripada kuda, keldai lebih baik.
Kuda padi tak boleh gak, nakal sangat. Keldai lebih mendengar arahan,
dan tak takut anjing.
Sapa sapa tahu kat mana
ada jual keldai terlatih?
Assalamualaikum prof..pergh mmg lama tak update blog,tiada informasi terkini tak ceria hidup.Rajin2 lah mnyampaikn ilmu berguna mlalui blog nih.hehe..
ReplyDeleteDiego tu elok jual kt den jer..Sawit kt felda tanam serentak so tak ada mslah sawit tinggi rendah sume same jer.hehe..
Prof Isal nak jadi koboi lah plak...hehehe
ReplyDeletekoboi kampung je..bwak tali senang nak tangkap lembu..hehe
ReplyDelete