"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, September 25, 2012

BERGMANN'S RULE!


“In warm blooded animals, races from warm regions are smaller than races from cold regions” - Bergmann pada tahun 1847.

Maksudnya bagi mamalia, spesis dan baka zon tropika lebih kecil daripada zon sejuk (artik, temperate, dan arid). 1847 dah keluar observation Bergmann ni yang menjadi rule. (Rule ni bawah sikit je daripada Law).

1847... kita 2012 pun tak faham faham lagi sifat mamalia setelah lebih 160 tahun keluar Bergmann's Rule ni. Aku rasa banyak juga researcher yang tak pernah jumpa atau dengar pasal ni, apalagi kita yang baru menternak. Cuba tuan tuan tanya doktor doktor haiwan yang dikenali, saja saja test diorang ni? Ke aku yang lambat tahu hahaha (aku tahu benda ni 2010, baru la ni terlintas nak tulis, sah sah aku yang ketinggalan)

Anyway kajian Mayr 1970 dan Searcy 1980 menyokong bergmann's rule. Diorang kata baka tropics saiz kecik sebabnya bila badan kecik, luas permukaan badan (body surface area) bertambah, justeru membolehkan lebih banyak haba badan dibebaskan. Yelah cuaca kita kan panas berwap, ditambah lagi solar radiation, memang badan kita sentiasa menyerap haba dari persekitaran dan ia perlukan mekanisme yang lebih cekap untuk membebaskan haba yang terlebih. So bila kulit luas, lebih mudah dan lebih cepatlah haba lebihan dibebaskan.

Sifat baka tropics yang luas body surface area – luas kulit – menerangkan juga kenapa nisbah berat hidup : karkas kita lebih rendah berbanding baka zon lain. Ye lah banyak kulit, betul tak?

Kajian Dayan 1991 juga meyokong Bergmann's rule di mana dia mengkaji fosil fosil mamalia di seluruh dunia dalam pelbagai zon cuaca. Memang mamalia zon tropics lebih kecik daripada mamalia zon sejuk.

Kajian alwigoatfarm 2010 juga (hehehehe – bukan akulah, rujuk post awal awal aku mystery of the shrinking sheep, dan heat stress untuk lebih understanding) menemui perkara serupa. Ruminan zon sejuk memerlukan rangka badan yang besar untuk menyimpan lebih banyak lemak kerana mereka perlu melalui suatu musim tanpa makanan yang cukup. Ruminan zon tropik pula tak perlu rangka badan besar kerana rumput hijau sentiasa ada, tak dak musim kekurangan makanan.

Selain itu, ruminan zon tropik juga berhadapan situasi very high parasitism berbanding ruminan zon cuaca lain. Ini kerana cuaca kita yang panas lembap sememangnya menggalakkan pertumbuhan rumput tetapi dalam masa yang sama menggalakkan pembiakan parasit. Badan yang kecik mengurangkan risiko chronic parasitism (cacing ni membiak dalam binatang bertulang belakang je, so bila kecik, tulang belakang pendeklah, dan itu memberi isyarat kepada cacing bahawa perumah bersaiz kecik, resource terhad, tak bolehlah nak membiak cepat cepat, tak bolehlah nak conquer perumah).

Tetapi Tuhan bagi jalan lain. Walaupun saiz ruminan tropik ni kecik, tapi pembiakannya pantas. Kat situ pula terbit advantage dia. So aku dok kira kira sebenarnya meat yield per acre of pasture sama je bagi ruminan tropic dengan zon cuaca lain. Alahh.. tak pun kurang sikiiiit je. Ntah ntah lebih baik. Belum jumpa kajian konklusif yang tak berat sebelah, sapa sapa tahu?

Anyway ruminan baka tropik ni efficient bab mengeluarkan haba lebihan, so susah nak dapat heat stress. Tapi senang pula cold stress. Bila sejuk – hujan contohnya, atau dibawa ke zon sejuk, dia pulak menggelabah. Udahnya badan direka untuk cepat membebaskan haba, bukannya mengekalkan haba. Badan mudah sejuk. Itu yang senang jadi selsema, pneumonia lah. Lung troubles. Sepertimana kajian Mack 1983, dan Horst 1984.

Ruminan zon sejuk pula takde masalah cold stress tapi heat stress lah pulak. Badan direka untuk maintain haba (macam thermos – baru boleh hidup selesa masa musim sejuk), bukannya direka untuk cepat membebaskan haba. Terbalik dengan kita. Tu yang terkejut banget bila masuk malaysia kita ni. Mampuih tunggang langgang body system dibuatnya.

Badan mudah panas, dan cenderung menyimpan kepanasan. Jawabnya dia rasa macam duduk dalam sauna lah. Panas berasap aje. Nak kahwin macam mana, tak selesa. Takde selera tengok betina, masing masing ketiak hangit berpeluh peluh.

Anyway, Bergmann's Rule ni aku rasa ada juga exception. Pasalnya seladang kita adalah lembu liar yang terbesar dalam dunia. Haaa... kita dok kata lembu amerika, lembu eropah, lembu british lembu perancis besar gila, tapi kan asal diorang ni semua adalah dari lembu liar auroch, lembu asal eropah.

Dan auroch adalah lebih kecil dari seladang. Begitu juga lembu liar amerika, mr bison. Masih kecil berbanding seladang kita. Diorang dok cross sana, cross sini, itu yang jadi macam macam baka lembu dan saiznya. Seladang kita memang lembu liar terbesar dalam dunia, yang pernah wujud dalam sejarah.

Aku pun pelik gak kenapa seladang defy bergmann's rule ni. Seladang kan ruminan tropika. Tapi satu possible explanation yang aku boleh bagi ialah kewujudan gen unik yang buat dia betul betul resistant dan resilient terhadap parasit tropika. Parasit luar dan parasit dalam, dua dua dia hampir kebal. So dia boleh mencapai saiz badan yang sangat besar. Dan aku harap ada lah pihak pihak yang dapat mengkaji dan buat gnome sequencing treasure unik kita, mr seladang ni.

Kita kenalpasti gen apa yang unik tu, dan apa yang switch on that gene. Dalam masa yang sama kita pun memburu gen apa yang mengawal ekspresi resistance dan resilience dalam kambing kita, dan kita bandingkan dengan seladang. Ni dah masuk bab kejuruteraan genetik, dan genetic engineering adalah the next frontier yang akan merevolusikan agriculture.

Tapi kita kena cepatlah. Jangan dok bagi omputih aje yang kaut. Dia pulak dapat nama, dapat paten, dapat duit, dapat monopoli. Takkan kita asyik nak berputih mata, asyik ketinggalan je, ye tak?

So tuan tuan pembiak kambing, bergmann's rule ni membantu kita lebih faham akan kenapa kambing kita, kambing tropika bersaiz kecik. Ini bukanlah fenomena luar biasa. Ada kekurangan dan ada kelebihan zon cuaca masing masing. Terpulanglah kepada kita mencorakkan baka yang sesuai, baka yang adaptable.

Oklah tuan tuan,

Bergmann's Rule!

Sunday, September 23, 2012

THE POISON


Adapun satu penternak super veteran yang pernah aku jumpa (benggali bela lembu susu), dia pernah cakap, dia bubuh binatang berbisa ke dalam garam jilat lembu susu dia. Antara binatang berbisa tersebut ialah tebuan atau kala jengking. Tapi favorite dia adalah anak ular tedung selar. Masa tu garam biasa atau garam putih je yang ada, bubuh dalam buluh. Dia bubuh anak ular tu dalam buluh hidup hidup dan biarkan ia mati dan mereput, sebati dengan garam tu.

Katanya memang berkilat bulu lembu dibuatnya, susu pun banyak, tak pernah datang kurap, tak payah bagi ubat cacing. Masa zaman dia ni, ubat cacing yang popular dan berkesan ialah Nilzan (tetramisole), tapi la ni Km Vet dah tak bawak masuk. India mari punya ubat, aku pun tak tahu apa sebab ntah tak nak bawamasuk lagi – mahal sangat kot.

Anyway, bila masuk cerita bisa, ianya adalah neurotoxin. Dan komponen utamanya adalah mikromineral, atau pun trace mineral, atau pun unsur surih. Kuantiti betul betul minute (sikit sangat) tapi kesannya samada sangat besar atau pun mendadak. Boleh jadi copper, selenium, zink ataupun apa apa unsur lagi.

Garam putih biasa memang takde unsur mikromineral ni, so ada juga benarnya sebab musabab si benggali veteran ni campurkan binatang berbisa ke dalam garam jilat dia. Nak dapatkan trace minerals.

Biasanya kekurangan trace minerals tak nampak kesan immediate. 1-4 tahun kemudian baru nampak manifestasi kekurangan trace minerals dalam diet ternakan kita. Masa tu walaupun makan cukup, kambing gemuk gemuk tapi boleh mati tiba tiba berderet deret ataupun kadar pembiakan tiba tiba jatuh menjunam. Mengandung gugur, atau anak anak banyak mati.

So kita kena hati hati. Kalau nak maintain performance kambing kita, pastikan garam jilat ada makro dan mikro mineral. Bilamana setahun dua awal projek elok aje kambing, tapi tahun ketiga keempat tiba tiba banyak masalah kesihatan kambing, mungkin disebabkan inilah.

Kalau kambing high performance, dia punya intake makro dan mikro mineral pun tinggi, kita kena jaga betul betul. Kambing susu pun sama.

Tapi kalau kambing biasa dah berkurun duduk iklim tropika ni, dia punya intake makro dan mikro mineral pun tak setinggi high performance punya breed. Ada defisit, atau pun tak dak langsung, dia boleh survive lagi. Kita masih boleh extract sikit sikit performance dari dia.

Mmm.. tapikan aku tengah terfikir (teori aku sendiri je ni), mungkin mikro minerals ni tak directly affect resistance dan resilience level ternakan kita kepada parasit. Mungkin dia boleh switch on and off gen gen tertentu, yang kemudian merembeskan protein protein khas yang mengawal parasit parasit ni.

Begitu juga dengan herba herba. Biasanya kita ingat compound (komponen) herba ni macam condensed tannin ada hubungan terus dengan tahap parasit dalam badan. Tapi macam mana kalau dia setakat kawal gen resistance dan resilience ni?

Pasalnya ada kajian ke atas herba herba tempatan ni, tak dak pun jumpa compounds yang bersifat anthelmintic (anticacing). Tapi bila kita bagi kat ternakan, memang nampak hilang beban cacing. Mungkin dalam dos tertentu atau gabungan tertentu, dia switch on gen ketahanan terhadap cacing.

Haha aku saje je nak peningkan kepala sendiri, dan tuan tuan. Tapi kalau ada pandangan boleh gak kongsi ngan aku.

Ada tak research local kita yang dapat identify mana satu gen, atau kombinasi gen yang mengawal tahap ekspresi resistance dan resilience terhadap parasit?

Sapa sapa tahu?  

PAHIT


Semalam aku pergi 4 ladang kambing. Dah lama tak buat lawatan. 4 penternak ni lebih lama dari aku. Semuanya bela kambing sebagai sumber pendapatan, dan ada yang guna kerete mercedes baru. So aku pelik gak bila ada pihak yang tak yakin boleh survive dengan menternak kambing semata mata.

Aku rasa pihak yang underestimate industri kambing ni tak cukup buat lawatan muhibbah ke kandang lama lama. Tak kisahlah buruk mana pun kandang, hatta nak runtuh sekali pun, tapi penternak veteran ni ada banyak valuable insight, walau pun kadang kadang pedas kebenaran yang disampaikan.

Yaa kebenaran selalunya membuatkan kita berasa tak selesa, panas buntut, tercabar ego. Tetapi tanpa kebenaran kita tak boleh maju.

Dan JPV biasanya tidak mengambilkira input pastoralist berpengalaman ni dalam formulasi polisi. Adalah menjadi suatu kebiasaan juga penternak berpengalaman ni diblacklist oleh JPV kerana kepedasan suara mereka. Penternak baru yang tak cukup pengalaman tapi pandai mengampu atau kaki kipas dapatlah banyak projek dengan JPV – supplier atau importer kambing pawah, atau menjadi tempat kursus, atau menjadi pengurus projek projek berimpak tinggi.

Unfortunately for the industry, they keep failing, big time and scandalously.

Patutnya lantiklah yang betul betul berpengalaman untuk menguruskan projek, atau pun jadi konsultan walau pun tak sebulu, walau pun takde keluar sebaris pun ayat manis manis. Semuanya nampak pahit aje, macam susah nak berjaya projek. Tapi kebiasaannya, bila permulaan projek nampak sukar, macam sekelumit je harapan, itulah yang berjaya akhirnya.

Susah dulu, senang senang kemudian. Berpahit pahit duluan, bermanis manis kemudian, ye tak?

Anyway, ada satu penternak veteran semalam ni yang buat penggemukan kepada kambing jantan pedaging cara fidlot. Jantan jantan ni tak turun kandang, sebaliknya 24 jam atas kandang dan diberi makan ad libitum. Maknanya dedak senantiasa ada, tak habih habih. Dedaknya berasaskan fresh palm kernel cake (beli kat kilang sawit dalam bentuk serbuk) + kulit gandum + kalsium karbonat + rumput.

PKC ni (atau PKE – cara proses je lain) harganya rm530 per tan. Wangi. Kulit gandum mahal juga (tak ingatlah berapa harga). Tapi lagi mahallah dari pkc.

Yang mengejutkan aku ialah kadar kenaikan berat pada 3 – 3.5kg sebulan. Fidlot, ad libitum.

Tak cukup.Tak patut. Tak cekap. Shockingly inefficient.

That is the trouble kalau ration penggemuk kita takde grain (jagung, gandum, padi, barli, etc).

Tuan tuan, kambing jantan aku baka biasa je. Local cross. Ibu 30kg, jantan 55kg. Bukannya saiz besar besar yang beri advantage dari aspek weight gain rate. Tapi aku guna dedak yang ada campuran jagung.

Dan aku tak buat fidlot, aku tak beri dedak secara ad libitum. Secara teorinya, lambatlah kambing jantan aku nak digemukkan. Banyak disadvantage. Tetapi kenaikan berat per bulan yang dapat dicapai adalah 4.5kg – 6.5kg.

Maknanya walau pun nampak mahal dedak yang aku gunakan, tetapi dari segi kecekapan menggemukkan, ianya lebih baik dari pkc/pke 90 – 100%. Actually kos menggemukkan jantan aku adalah lebih rendah. Aku tak bagi ad libitum, aku tak yah cari rumput, takyah chop rumput, takyah penat penat campur sana campur sini. Input penggemukan aku tak setinggi dia, manakala output lebih baik.

Jadi aku rasa lebih baik kita tak yah pening pening buat dedak sendiri, beli aje yang dah siap khas untuk penggemuk. Biar orang yang buat dedak tu yang pening. Kita tumpukan pada usaha pembiakan kambing kita.

Itu lebih baik.

Salam.

Thursday, September 20, 2012

BoDen


Ladang BoDen deserve a special mention in my blog. Ada banyak misconception kat luar sana tu, so I need to rectify this.

BoDen adalah pembiak kambing sama macam aku. 100% breeder, tak buat trading. Pure breeder, dan pure breeder pada dia punya scale or size, perlukan considerable skill and excellent management.

BoDen buat pembakaan, aku buat pedaging. Pembakaan lebih rumit, lebih kompleks, more capital intensive, dan perlukan rekod ternakan yang komprehensif dan tiptop. Aku sendiri pun pening tengok rekod BoDen, jauh lebih kompleks dari aku punya rekod ternakan. Aku punya simple, sape sape yang small scale atau medium scale macam aku boleh guna aku punya rekod ternakan.

Dia pun buat sendiri je, sama macam aku. Yang penting ada rekod, kitorang boleh buat perbandingan, dan boleh tahu standard tempatan kat mana. Kitorang ada rekod ternakan, dan itu membezakan kitorang dengan baaaaaanyaaaaakkkk ladang lain. Kitorang bercakap berlandaskan fakta dan realiti sebenar, bukan omongan kosong, bukan cakap besar, bukan masuk bakul angkat sendiri.

Now, BoDen pilih boer, dan aku pilih kambing tempatan. That is at odds. Tetapi kitorang bersama sama dengan berpaksikan status pembiak. Pemilik BoDen (Hj Zainal dan Pn Fatimah) ada satu sifat yang susah nak cari pada kebanyakan leader, and that is the ability to absorb and handle criticism. That is the hallmark of a true leader. Very difficult to find nowadays.

So BoDen ada 1200 ekor boer, aku cuma ada 350 ekor. 1200 ekor – pembakaan, aku 350 ekor – pedaging. So dia punya skill lagi tinggilah dari aku.

BoDen dan aku setuju yang weight gain rate bukan prioriti utama. Prioriti, tapi bukan no 1. Sebulan naik berat 4.5kg? 6Kg? 7Kg? Tak heran, nothing to shout about.

BoDen dan aku setuju yang kidding rate menjadi keutamaan bagi sebuah ladang pembiakan. So salah satu target utama kitorang sebagai persatuan pembiak ialah memperbaiki kidding rate dengan cara memperkenalkan genetik yang lebih baik, dan meminimumkan genetik inferior.

Sasaran immediate kita ialah mengetatkan piawaian import agar genetik baik yang dibawa masuk, bukannya macam sekarang ni, banyak genetik inferior – slaughter protocol punya genetik. Habih tunggang langgang industri dibuatnya. Instead of moving forward, we are moving backwards. Aiii...

Mmm.. BoDen ni kat negeri sembilan. Belah belah central dan selatan biasa lah dengar nama dia ni. Belah belah utara belum kuat lagi brand name kot. Tapi itu tak penting, yang pentingnya geng geng pembiak join kitorang dalam persatuan pembiak. Tak kisahlah muda ka tua ka, kambing 2 ekor atau 200 ekor, janji pembiak dan berhasrat mengubah suasana industri ke arah yang lebih baik.

Oh, aku lupa nak bagitahu, Hj Zainal adalah pengerusi persatuan pembiak kambing malaysia. And thanks to his leadership, our sphere of influence is growing stronger, with each passing day (behind the curtain, we don't prefer going public).

Come, dear breeders..

Come, dear brothers and sisters...

Come, join us...

Persatuan Pembiak Kambing Malaysia.

SUPERCONCEPTION


Aristotle ni anak murid Plato kan? Atau Plato anak murid Aristotle? Aku tak boleh ingatlah, selalu confuse. Tapi yang pentingnya adalah Aristotle si ahli falsafah Greek ni adalah antara pencerap terawal kepada fenomena superconception atau superfetation.

Mengandung dalam mengandung.

That is weird, very weird.

Menurut Aristotle, semua mamalia bila dah mengandung (conception), tidak lagi berminat dengan jantan kecuali manusia dan hare (nama melayu aku tak tahu, macam rabbit tapi lain spesis), spesifiknya european brown hare atau lepus europaeus.

Kalau tengok kambing kita, sekali dah kahwin dan mengandung, tak mahu kahwin lagi dah. Langsung tak minat ngan jantan. Masa subur dia 3 hari je, hari hari lain selama 18 hari tu tak subur. Manusia lain pula ye, 3-7 hari je tak subur datang period, lain lain hari subur saje. Memang terbalik dengan mamalia lain.

Dan perempuan, begitu juga lepus europaeus masih bersedia melayan jantan (receptive), masih ada keinginan seks walau pun mengandung, hatta tahap trimester sekali pun. Dan aku percaya fenomena ini sebenarnya membataskan kemampuan lelaki untuk berkahwin lebih daripada empat.

Yelah, takkan semua empat empat bini datang period, betul tak? Koman koman mesti sorang subur. Takpa takpa nanti aku explain satu benda menarik dalam post mendatang, khas untuk bini bini yang tak mahu lakinya kahwin lagi berdasarkan prinsip biologi.

Ok, saintis Jerman telah mengkaji lepus europaeus dan mendapati observation Aristotle adalah benar lagi terpakai. Mereka menggunakan high resolution ultrasonography untuk scan perut binatang ni masa dia mengandung. Dan didapati betina lepus europaeus mengeluarkan ovum pada tempoh akhir kehamilan, dan jantan lepus europaeus memang mampu mensenyawakan telur si betina masa tu.

Embrio akan terbentuk 4 hari sebelum kelahiran. Tapi dia tak boleh masuk ke kawasan rahim (uterus) sebabnya dah ada janin abang dan kakak dia kat situ. So dia melepak dulu kat saluran oviduct. Tunggu rahim dah clear (maknya beranaklah), baru dia masuk.

Result? Jarak kelahiran dapat dipendekkan daripada 42 hari ke 38 hari, dan jumlah kelahiran anak meningkat 35.4% semasa musim beranak. Dan 35% is a LOT. Banyaknye...

Aku kalau boleh nak juga kambing kita macam tu. Kalaulah tiap tiap 5 – 6 bulan kambing beranak, memang meriah kandang dibuatnya. Berderet deret anak kambing. Duit duit. Tapikan bila cepat sangat membiak, sah sah energy expenditure tinggi betul. Mana mampu kita nak bagi makan, nak pastikan diet kambing kita boleh memenuhi keperluan sebegitu.

Lagipun kambing menyusukan anak dia. 2 bulan paling kurang. Kalau lepus europaeus sekejap je, lepas tu cari makan sendiri. Bukan jaga sangat pun anak anak dia. Mmm...mamalia kecil memang jauh lebih pantas pembiakan dia berbanding mamalia yang besar besar ni.

Lagi besar binatang, lagi lambat pembiakannya. Lagi kecik, lagi cepat kadar pembiakan.

Dan fenomena superconception ni memang terjadi pada manusia, tapi jarang jarang. Kalau majoriti macam ni, pengsan maknya nak menjaga anak anak. Kalau bapaknya rajin jaga sekali takpa juga kan?

Salam..

Sunday, September 16, 2012

LEMBU BRITISH VS LEMBU FRENCH


Omputih kuat makan daging merah – lembu dan kambing. Tempat diorang memang sesuai atau kondusif untuk penternakan. Cuaca empat musim di mana kurang parasit dan kandungan dry matter yang tinggi dalam foraj adalah sebahagian advantage berbanding cuaca tropika.

Kita dalam zon tropika, dimana tiada musim kemarau, so ada rumput sepanjang masa. Tetapi parasit banyak dan kandungan dry matter yang rendah dalam rumput, so kurang sesuai untuk penternakan ruminan. Kita juga adalah negara maritim, dikelilingi laut. So diet kita cenderung ke arah ikan dan hasil laut. Kita dah biasa sangat dengan ikan turun temurun. Jadi kita lebih arif, lebih pakar, lebih pandai menilai rasa ikan berbanding omputih.

Omputih pula lebih banyak makan daging berbanding ikan, turun temurun. Jadi diorang lebih arif dalam bab rasa daging, potongan terbaik, dan cara masakan yang terbaik. Antara orang Perancis dan orang British, yang lebih pandai bab daging adalah orang British.

Perancis memang sangat terkenal dengan gastronomic delights, fine cuisine, banyak restoran 3 michelin, banyak world class chef, ibukota makanan dunia. Tetapi dengan sebab ada banyak sangat pilihan cuisine, diorang tak sepandai orang British dalam bab daging.

Orang British pula terhad pilihan cuisinenya. Balik balik steak, chops dan beer. Memang sedih jadi orang British ;)), tetapi dengan sebab itulah mereka lebih pandai menilai rasa daging, dan lebih tahu cara menghasilkan daging yang terbaik.

Orang British tahu macam mana nak bela lembu terbaik, membesarkan cara terbaik, dan menghasilkan daging yang terbaik dan tersedap. Lebih daripada orang Perancis.

Now, orang Perancis ada baka lembu Limosin, Charolais, dan Blonde d'Aquitane. Memang terkenal dengan saiz dan beratnya. Maybe antara baka lembu terbesar dunia. French breeders lebih menumpukan kepada produktiviti – berapa banyak daging dapat dihasilkan. Jadi bagi diorang, membiakkan baka terbesar menjadi prioriti demi keuntungan yang lebih tinggi. Di samping itu, diorang menumpukan kepada penghasilan susu dan keju, which the French is very famous for. So tiada absolute focus untuk lembu baka pedaging. Fokus memang fokus, tapi tak sebaik British.

Orang British pula ada baka Angus, Shorthorn, Longhorn, dan Galloway. Kalau kita perhatikan kat mana mana pameran, memang lebih kecil daripada lembu baka Perancis. Kali pertama aku tengok baka Angus yang warna hitam tu, takdelah besar mana pun. Besar sikit dari lembu KK je.

Ok, British breeders prefer lembu pedaging yang kecik (small), tak agresif (docile), dan cepat matang (fast maturing)- macam sifat lembu kk je, atau kambing kacang ye tak?. Sebabnya lembu saiz kecik lebih mudah untuk digembirakan berbanding baka besar.

Gembira, happy – sememangnya mendatangkan kesan ke atas kualiti daging. Dan ruminan sangat gembira kalau dapat lepas bebas, dapat makan rumput, dapat hirup udara luar, dapat cahaya matahari.

Anyway, cepat matang pula bermakna dagingnya kurang urat (nerves), dan kurang urat menjadikan daging bertambah lembut dan sedap. Dan British breeders tahu fungsi lemak – lemak memberikan rasa kepada daging. Bila cepat matang (baka kecik cepat matanglah), daging berlemak lebih mudah dihasilkan (fatty meat).

Lean beef is not good, is not tasty. It is the fat that makes the beef keep for longer, can be matured longer, and give the taste. Kemampuan menghasilkan daging berlemak adalah penting dalam pemilihan baka pedaging bermutu tinggi – trait untuk rasa lah, bukannya trait untuk saiz.

So tuan tuan, kita ada 2 pilihanlah bila bela kambing pedaging ni, kalau kita ambil lesson di atas. Samada nak menuju kepada saiz, atau menuju kepada kesedapan daging. Selama ni kita disuruh pergi kepada kuantiti (saiz dan berat badan), tapi sebetulnya ada option untuk ke arah kualiti (kesedapan daging).

Terpulanglah.

Dan British beef adalah sangat popular di seluruh pasaran eropah, highly prized by various top chefs, for their more exquisite taste. Hmmm...

Salam.

Thursday, September 13, 2012

TRADISIONAL VS MODEN


1900 – populasi manusia 1 billion.

2012 – populasi manusia 7 billion.

Dalam sekurun sahaja, umat manusia berkembang pantas, sangat sangat pantas. Sebenarnya meletup. Tapi jangan risau bagi sesiapa yang mendokong fahaman malthus (and I am definitely not malthusian) , selepas ini pertambahan populasi manusia menjadi perlahan dan makin perlahan. Expected to stabilise at 10 billion.

Ledakan umat manusia dalam masa 100 tahun sahaja adalah disebabkan 2 advances (teknologi) – sanitation and modern medicine. Sanitation ni merujuk kepada sistem kumbahan najis (toilet lah) yang cekap justeru membolehkan pertumbuhan bandar bandar yang semakin padat, dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan penyakit dengan drastik. Bandar yang padat membolehkan lebih banyak ruang wujud untuk pertanian, so lebih banyak food supply. Bila wujud abundant food supply (food security), manusia lebih pantas membiak.

Modern medicine ni pula teknologi perubatan, spesifiknya vaksin dan antibiotik yang boleh dihasilkan dalam kuantiti besar. Jadi penyakit boleh dikawal dengan lebih berkesan. Actually sangat berkesan. Kadar kematian jatuh menjunam tak macam zaman dulu, dan purata jangka hayat manusia semakin meningkat.

Bukan ke food security penyumbang utama kepada population growth?

Well, food security adalah syarat utama untuk manusia membiak. Kalau makanan tak cukup (not secure) maka manusia tidak akan berfikir dan tidak mampu untuk membiak, sebaliknya sibuk mencari makanan dan menghabiskan sebahagian besar tenaga untuk mencari makanan. Tak dak energy allocation untuk membiak.

Syarat utama. Manusia membiak, tapi slow. Macam keretapi enjin wap. Peledak utama population growth adalah sanitasi dan ubat moden. Ada dua benda ni, dia jadi macam bullet train. Main point aku ialah penyakit (disease) yang banyak mengorbankan manusia. Sebaik sahaja ada sanitasi dan ubat moden(vaksin, antibiotik), banyak penyakit dapat dielakkan. Dan bila muncul penyakit dapat dikawal. Itu pasal umat manusia meletup populasinya.

Dan ini membawa aku kepada kambing dan usaha membiakkan mereka. Cara mana yang kita nak guna? Tradisional dan organik? Moden dan konvensional?

Kalau tradisional, tak berapalah nak guna ubatan zaman moden ni, macam antibiotik, vaksin, dan chemical dewormer. Lagi suka guna herbal, atau alamiah. Mana yang ekstrem sikit, dedak pun tak mahu guna. Manakala mana mana penternak yang suka style modern, tak kisah pun guna ubat canggih canggih ni.

Bagi aku, syarat utama adalah cukup makan (enough feed). Syarat utama yang mesti dipenuhi sebelum pembiakan kambing menjadi. Basic rule ni pun ramai yang tak lepas termasuk aku hehe. Lepas daripada tu, nak guna kaedah organik atau konvensional, terpulang.

Tetapi, berdasarkan pengalaman aku, food security + modern medicine = pembiakan kambing yang lebih pantas berbanding food security + traditional medicine. Jangan salah faham ye, dua dua pun membiak juga, tapi yang lebih pantas dan lower input adalah food security + modern medicine. Sepertimana yang terjadi kepada ledakan populasi manusia sekarang.
Marah pula geng geng jual ubat herba ni.

Rileklah, pada pandangan aku traditional medicine sesuai sangatlah untuk penternak kecil. Kambing 20 – 30 ekor bolehlah, cantiklah tu guna. Pasalnya food security takde masalah, so risk of disease kurang. Tapi bagi mereka yang nak ke peringkat seterusnya, seriously lebih prefer modern medicine. That will include me.

Dulu masa aku mula mula jadi pembiak kambing, biasalahkan, tinggi dan penuh idealisme. Organiklah, guna ubat kampunglah, tak nak guna dedaklah – memang tinggi traditionalism aku. Masa kambing sikit. Bila dah banyak, traditionalisme bertukar kepada modernisme.

Sebabnya antibiotic really works, concentrate also really works, and chemical dewormer really really works. My life is much more easier with them. My farm is easier to manage, and more productive.

Chemical dewormer and antibiotic are very powerful tools, and as always with power, it is easily abused. Yang ni aku nak caution, yang ni aku tak suka, yang ni aku nak elakkan dalam husbandry aku. Banyak penternak salah guna bila nampak keberkesanannya.

Cerita SpiderMan “with great power, comes great responsibility” - Peter Parker

Haa yang ni nak kena pandai. Bila power di tangan kita, mesti ada rasa tanggungjawab, jangan guna sesuka hati. Kejap kejap cucuk, asyik asyik cucuk, dah lah salah ubat plak tu. Memang abuse of power. Kena ada ilmulah, baru praktis kita ada keadilan, baru jadi seimbang, baru jadi low input husbandry.

Contohnya kambing makan tanggung. Bagi makan dedak dan rumput kaw kaw punya. Bulat bukan main kambingnya. Tapi inject ivermectin atau administer albendazole setiap 1 - 2 bulan. “Nak bagi kambing tambah bulat, gemuk berkilat kilat, biar orang yang datang jadi geram tengok” kata penternak x ni. Ni dah jadi abuse of power lah. Not a responsible breeder. Kambing makan tanggung apa pula nak bagi ubat cacing setiap 1 – 2 bulan. Setahun sekali dah cukup. Tak guna pun takpa.

Bila tak ada rasa tanggungjawab dalam menggunakan ubat moden ni, tu yang jadi widespread resistance. Dan salah satu sebab aku mengamalkan low input husbandry (selective deworming, antibiotic as necesssary, no milk replacer) adalah untuk mengelakkan kesan buruk penyalahgunaan ubat moden. Demi memanjangkan jangka hayat produktiviti ladang aku.

Ubat moden memang berkesan dalam mempercepatkan pertumbuhan populasi kambing, dan juga manusia.

Jangan salah guna.

Salam.

*Aku bukan hard core advocate ubat moden, sebab ada masanya aku guna ubat kampung dan ubat herba.

*Herbal dewormer (bawang putih, neem, wormwood, st john's wort, pinang, sirih, condensed tannin, etc) walau pun takde resistance risk, tapi protective period dia pendek sangat, tak macam chemical dewormer. Kena lebih banyak buat research. Maybe kena tubuhkan “Institut Parasit Ruminan Malaysia”...

Wednesday, September 12, 2012

MARDI KENA DIPECAHKAN


Aku lebih percaya dengan research and development berbanding pemberian subsidi atau pawah. Jauh lebih percaya walau pun R n D ni lambat nak nampak pulangannya. Gagal pun boleh. Tapi yang aku pasti ada rate of success dan itu berkait rapat dengan saiz peruntukan untuk R n D.

Lagi banyak dana dicurahkan, lagi banyak research boleh buat, lagi tinggi rate of success.

Bilamana masuk bab pertanian, institut penyelidikan yang tersohor kat tanah air kita ni ialah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia. Macam macam bidang pertanian diselidiknya termasuklah ternakan. Hampir semua jenis ternakan pula tu. Rumput (pastura) pun dia selidik. Makanan ternakan pun dia selidik. Terlalu banyak bidang, susah nak fokus.

Bila kita jadi F1 racing driver, kita kena ada absolute focus. Kena masuk dalam 'zen zone', di mana kita lupa semua benda kecuali apa yang kita tumpukan. Dan yang membezakan world champion dengan driver yang tak menang menang ialah sejauh mana dia terapung dalam zen zone. Lagi dalam zen zone, lagi dalam fokus, lagi tinggi kemungkinan nak berjaya.

Fokus. Dan fokus hanya boleh dicapai bila tenang, tak berserabut macam macam nak buat, macam macam nak fikir. MARDI sekarang terlalu banyak beban dan tanggungjawab, banyak sangat research, actually jadi slow, and slower, and slower.... Dah jatuh rate of success dia dalam bidang penyelidikan pertanian. Itulah persepsi aku sekarang (orang lain sama juga kot?)

Now, Veterinary Research Institute (VRI) milik JPV, dan aku tahu yang dia pun ada buat penyelidikan ternakan. Tapi aku rasa budget dia tak sebesar MARDI, dan tumpuannya lebih kepada penyakit penyakit ternakan. Yang buat tak bestnya, tertakluk kepada JPV federal. So tak cukup autoriti, tak cukup independence macam MARDI.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pun ada unit penyelidikan ternakan. Kat Keratong, tu kambing punya research. In fact MPOB juga ada Energy and Protein Centre, fasiliti penyelidikan makanan ternakan yang sangat advance, melebihi fasiliti MARDI aku rasa. Tapi underutilised, senyap je. Well, mungkin industri ayam je lah yang banyak terlibat kot. Takpa nanti aku check balik.

UPM, UM dan U U lain pun ada buat research kambing, cuma peruntukanlah tak sebesar MARDI, dan sekali lagi, tak cukup autoriti dan independence.

Hakikatnya, di malaysia apa yang aku nampak, rate of research dalam agriculture, kambing khasnya is way too slow. Rasa macam tengok siput babi panjat pokok serai belakang rumah aku. Berjam jam tengok siput babi tu jalan inci demi inci. Exciting betul.. ;)

Untuk itu aku propose suatu badan penyelidikan khas yang independent, atau Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik kat MARDI tu diasingkan, dinaik taraf ke Institut. Contohnya 'Institut Penyelidikan Kambing Malaysia', atau nak lagi best 'Institut Penyelidikan Kambing Hibrid Malaysia'. Pecahkan lagi kepada 'Institut Penyelidikan Makanan Ternakan Malaysia', atau 'Institut Kemajuan Pastura Malaysia'.

Bila buat macam ni, baru terbit fokus. Ada misi spesifik. Makanya lebih banyak mission specific research boleh dibuat, dan lebih tinggi rate of success, dan pastinya faster rate of research. Semua negara maju bidang agriculture buat macam tu. Contohnya China yang termaju industri padinya dalam dunia. Dia ada 'China National Hybrid Rice Research and Development Institute' – betul betul fokus kepada padi hibrid, tak dak benda lain.

Pasal tu rate of progress dalam research padi hibrid di sana jadi outstanding. Wujud absolute focus. Director General tak perlu jawab isu isu lain, jawab cerita padi hibrid dan perkembangannya sahaja. Kat MARDI sekarang, Ketua Pengarah kena jawab cerita ayam, lembu, kambing, kenaf, bunga raya, orkid, belacan, kerepek pisang, pkc pke... Pehh serabut serabut serabut....

Yaaa... MARDI should have a structural shake up to better develop our industry. Harapnya adalah policymaker yang dengar dengar dan setuju ngan idea aku ni. Boleh ke?

Salam.

Tuesday, September 11, 2012

HYBRID : IT'S THE ANSWER


1 + 1 = 2.3
1 + 1 = 2.5
1 + 1 = 3.0

Itulah hybrid vigor atau kesegaran kacukan. Bila satu tambah satu dia jadi lebih dari dua. Sama macam maksud sinergi. Wujud advantage yang tak disangka sangka. Sekiranya kacukan dibuat dengan betullah.

Sekarang cerita kat China pula. Itu hari US dan Cambodia. Ok. China buat masa ini mencapai tahap self sufficient dalam padi. Menakjubkan sebabnya ada 1.1 billion rakyat (20% penduduk bumi) dan tanah untuk padi ni cuma 7% daripada tanah boleh diairi dunia (arable land).

Maknanya dengan tanah subur yang terhad, China boleh memberi makanan asasi yang cukup kepada rakyatnya yang merupakan 1/5 penduduk bumi. Hasil menggunakan padi hibrid dan penyelidikan yang sangat 'intense' dalam bidang tersebut. China merupakan negara termaju dalam teknologi padi hibrid, no 1 dunia dalam pengggunaan dan pengeluaran padi hibrid, jauh terkehadapan meninggalkan semua negara termasuk negara negara maju.

Padi hibrid.

Padi kacukan.

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan padi hidbrid ni ialah Yuan Longping. Dan Yuan Longping berhadapan dengan kesukaran demi kesukaran dalam usahanya membuat 'breakthrough' dalam penyelidikan padi hibrid. Hanya apabila beliau mengkacukkan dengan genetik tempatan, nenek moyang padi yang tumbuh meliar (wild ancestor), barulah projek hibrid beliau menjadi. Padi yang tinggi produktivitinya, yang tahan lasak dengan cuaca, penyakit dan masih mendatangkan hasil walau ditanam pada tanah kurang subur.

Kacukan dengan genetik yang tumbuh meliar.

Kacukan tempatan – local cross.

Yang mewujudkan hybrid vigor (kesegaran kacukan)

Dan ini naturally membawa aku kepada kambing. Boer yang dikenali sebagai premier meat breed pun adalah kacukan kambing susu european dengan kambing orang asli di afrika selatan. Boleh rujuk post aku sebelum ni 'asal usul boer: kenapa kita tak nampak?'.

Kacuk mengkacuk ini sebenarnya perkara biasa bagi nenek moyang kita. Menjadi amalan. Ni kira genetic engineering juga. Dah beribu ribu baka terhasil, baik untuk binatang ternakan, mahu pun tanaman. Macam macam fungsi, macam macam warna, macam macam sifat. Diversity enrichment, yang bukan sahaja memberikan kepelbagaian rasa dan kepuasan, tapi meningkatkan ketahanan spesis terhadap risiko kepupusan.

Spesis sama juga, cuma baka yang banyak berbeza. Dan Tuhan memberikan kebebasan kepada kita untuk merekabentuk baka baka menurut keperluan kita. Terserah. Baka baka baru akan senantiasa wujud. Berterusan.

Tapi ada satu yang constant. Semua baka baka ini tertakluk kepada iklim masing masing. Tidak ada satu baka pun yang boleh claim dia lah yang terbaik dalam dunia, sesuai untuk semua zon iklim. Ada limitation juga lah. Sebab itu kalau ada penternak yang cakap, baka boer adalah baka pedaging terbaik dunia, atau baka shami adalah baka susu terbaik dunia, dia tidak berpegang kepada tali yang kukuh. Belum nampak yang tersirat, hanya nampak yang tersurat. Belum faham peranan cuaca, tanah dan fisiologi ruminan sepenuhnya.

Boer pedaging terbaik zon panas dan kering (arid)? Possibly. Shami baka susu terbaik zon empat musim (temperate)? Possibly.

Dan untuk menghasilkan baka yang terbaik bagi sesuatu zon iklim, nak tak nak kena masukkan (kacuk) genetik tempatan. That is the way forward. Baru dapat produktiviti yang memuaskan. Baru dapat kesegaran kacukan. Baru dapat extra enhancement yang tak disangka sangka. Baru dapat sinergi.

Itulah yang dibuat Yuan Longping. Itulah yang dibuat oleh pengasas baka boer. Itulah yang dibuat oleh nenek moyang kita yang arif dalam ternakan dan tanaman.

Kenapa kita dok berpusing pusing tak nampak? Tak dapat menilai treasure depan mata kita? Tak sedar akan kehebatan darah dalam tubuh sendiri?

Hybrid, and its vigor.

Kacukan, dan kesegarannya.

Dengan darah kita, itulah jawapannya untuk bergerak ke arah self sufficiency.

Boleh dapat 1+1 = 3.

Darah kita yang terbaik untuk tanah dan cuaca kita! 

Sunday, September 9, 2012

FOOD SECURITY : THE ELITE'S INSANITY


Hunger is the best sauce in the world”
- Don Quixote (bukannya Don Jenal, penternak kambing muda di kuala ketil, kedah ;)

Ayat cantik. Tapi aku pasti tiada manusia yang rela hati melalui kelaparan, apalagi mereka yang ada anak anak kecil. Memang tertekan perasaan kalau tengok budak budak yang kelaparan, kurus melidi sampai tak mampu menghalau lalat yang menghurung di bibir.

Sekarang US mengalami kemarau yang teruk. Ekonomi pun teruk, Debt:GDP pada 3:1 (Malaysia 0.52:1 - dah hampiri siling), unemployment 17 -18% (ke dah lebih?). Maknanya pengeluaran makanan terjejas dan banyak yang takde kerja.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika, 17 juta rakyat Amerika daripada 320 juta populasi, mengalami situasi 'low food security' pada tahun sudah. 2011 lah. Maknanya 17 juta rakyat yang merupakan 5.5% penduduk Amerika tidak boleh makan dalam sehari kerana tak cukup duit.

Tak boleh makan dalam sehari. Selang sehari makan. Laaagi teruk daripada puasa Ramadhan. 17 juta rakyat yang makan selang sehari. Bukan tahap miskin dah ni, dah jadi fakir. Dalam negara yang menjadi pengeluar dan pengeksport makanan terbesar dunia.

Itu tahun sudah. Tahun ni rakyat Amerika yang mendaftar masuk Food Stamp, program anti kelaparan utama Amerika, mencapai 46.7 juta pada bulan Jun baru baru ini. Rekod tertinggi dalam sejarah Amerika.

Kerajaan Amerika adalah gila kerana membenarkan perkara ini terjadi. Amerika adalah negara pengeluar dan pengeksport makanan terbesar dunia, negara yang termaju teknologinya, dan negara yang terkuat kuasa tenteranya, dan dalam masa yang sama membenarkan rakyatnya kelaparan dan kebuluran.

Insane, bukan tahap bengong dah ni. Sama je macam Korea Utara. Belanjawan perang tinggi menggunung boleh pula disokong – malah ditambah tambah, tapi belanjawan asasi untuk rakyat marhain, rakyat bawahan dibiarkan – malah nak dipotong potong.

Dan kalau Parti Republikan menang pilihanraya kali ini, Amerika akan menjadi semakin gila. Mitt Romney dan Paul Ryan hanya memikirkan kebajikan kelas atasan, dan meminggirkan tanpa belas kasihan akan kelas bawahan. Pengecualian cukai (tax break) yang tinggi bagi orang orang kaya, dan pemotongan peruntukan bantuan – makanan, perubatan, perumahan – yang lebih lebih tinggi ke atas rakyat bawahan.

Yang kaya dibantu, yang miskin dibunuh.

Tuhan pasti akan turunkan malapetaka bila ini berterusan.

Sebenarnya tuan tuan, kerajaan yang adil akan memastikan food security kepada setiap rakyatnya. Barulah betul betul menjadi masyarakat makmur. JANGAN sekali kali kata kita tak boleh buat. JANGAN sekali kali kita kata bantuan makanan, perubatan dan perumahan kepada rakyat yang kesusahan memakan belanja yang sangat tinggi. Jangan sekali kali kita kata peruntukan bantuan ini sepatutnya lebih baik digunakan untuk program pembangunan yang lebih bermanfaat.

Sebabnya kita boleh buat.

Sekarang ni yang aku nampak masalahnya ialah bila makanan asasi (bijirinlah) dieksport tanpa kawalan. Contohnya US ni yang menjadi pengeluar dan pengeksport gandum dan jagung terbesar dunia. Walaupun diserang kemarau yang terburuk, namun US masih ada lebihan pengeluaran. Maknanya untuk penggunaan domestik, atau rakyat tempatan, lebih dari cukuplah.

Tapi dia bantai eksport juga, sebab boleh dapat lebih banyak duit. Kalau eksport dihentikan sementara, biar rakyat tempatan yang makan, tu diaa, terus jatuh harga makanan asasi tempatan – roti. Maka lebih banyaklah rakyat kelas bawahan mampu membeli makanan, takdelah sampai ke situasi sekarang.

Pasaran makanan asasi mesti ada heavy intervention (campurtangan, dan campurkaki) daripada kerajaan. Tidak boleh dibiarkan beroperasi secara free market – harga pasaran ditentukan supply dan demand. Udah le production makanan asasi ni banyak disubsidi, tapi manfaatnya pergi ke pihak yang salah. Karut betul. Memang Zionis.

Kerajaan mesti kawal aliran makanan asasi (control flow of basic food), apalagi ketika pengeluarannya terjejas samada disebabkan cuaca, penyakit, perang dsb. Bukannya susah sangat kan? Tapi itulah bilamana production makanan asasi dikuasai syarikat gergasi yang mempunyai kuasa melobi yang melampau, politicians boleh dibeli, jadi polisi makanan negara boleh dibentuk oleh tangan tangan tamak ini.

Dan aku nampak US dah gagal dalam menjaga kebajikan rakyatnya, gagal dalam perkara yang sangat asas iaitu food security kepada rakyat kelas bawah. Pentadbiran US memandang ringan perkara ini, maklumlah golongan fakir miskin yang tak sekuat mana impak politiknya. Tapi sepertimana sejarah senantiasa berulang, semua kerajaan yang tumbang semenjak Adam diturunkan, bermula dengan memandang ringan kebajikan rakyat yang paling lemah.

Bilamana survival of strongest diutamakan lebih daripada survival of weakest, bermulalah saat kejatuhan tamadun.

Yaa bilamana yang kaya dibantu dan dibantu, dan yang fakir miskin dipinggir dan ditindas, empayar terkuat dan terkaya pun akan runtuh.

Pasti.

Salam. 

Thursday, September 6, 2012

CALCIUM : PHOSPORUS (Ca:P)


Duduk di KL meningkatkan risiko urinary calculi (batu karang), atau penyakit susah kencing. Bayangkan, pagi pagi nak pergi kerja dah banyak traffic jam berkiloooometer. Balik kerja pun sama, traffic jam berkiloooometer. Kita terpaksa duduk dalam kereta berjam jam menahan kencing. Dan ini pastinya mengundang masalah kesihatan bila amalan menahan kencing ini berterusan.

Nasib baik aku berumah sebelah kandang kambing aku. Tiada langsung traffic jam bila nak ke tempat kerja. Dan persekitaran aku dikelilingi pokok pokok sawit yang menjadi tempat 'convenient' untuk membuang air kecil. Bukan sahaja aku tak perlu bayar sesen bila menyahut seruan alam, aku juga berpeluang memberi kata kata perangsang kepada pokok sawit yang menerima input pertanian aku.

Yaa duduk di ladang memberi aku peluang untuk lebih mesra alam, lebih dekat dengan nature. Aku tak pernah nampak orang bandar berinteraksi dengan toilet mereka. Semua pakat buang cepat cepat. I wonder where all those urea rich, sterilized water goes? Hmmm... Kalau kat tempat aku, memang aku tahulah ke mana perginya. Jelas memanfaatkan alam sekitar.

Well, duduk di ladang bukan sahaja menjaga kesihatan organ perkumuhan aku, tapi juga melestarikan alam, dan memelihara aku punya kesihatan emosi. This is what we called symbiotic relationship, well, sort of....

Ok. Cerita pasal urinary calculi, atau batu karang yang biasanya terjadi pada kambing jantan. Batu karang ni boleh menyebabkan kambing jantan mati, so membawa kerugian. Apalagi kalau pejantan yang mahal mahal, macam yang terjadi kat aku dulu. Jadi kita kena 'guard', berhati hati dengan penyakit ini.

Stres berpanjangan, atau stress mengejut yang 'severe' boleh menyebabkan batu karang pada kambing. Ini kerana ketika dalam keadaan stres, keseimbangan kalsium : fosforus dalam darah boleh lari. Lari jauh.

Bila tahap fosforus tinggi dalam darah (stress hormones can induce this), kalsium dalam darah akan digunakan untuk mengembalikan keseimbangan Ca : P. Kalau tak cukup kalsium, badan akan tarik kalsium dalam tulang. Bila kalsium dalam darah tinggi, ada yang akan didepositkan ke dinding salur darah, dan mula mem'block' salur darah tersebut, terutamanya di ginjal dan pundi kencing. Bermulalah pembinaan calcium deposit yang akhirnya menjadi batu karang.

Bukan sahaja stress, tapi nutrisi juga memainkan peranan dalam pembentukan batu karang ni. In fact, nutrition especially bila kita kuat guna dedak, lebih berisiko membentuk batu karang berbanding stress.

Rumput atau dedaun biasanya memiliki nisbah Ca : P pada 6:1 hingga 20:1. Maknanya makanan semulajadi kambing ni memang tinggi nisbah kalsiumnya berbanding fosforus. Jadi kambing yang total diet dia rumput, tiada risiko urinary calculi, melainkan under stress. Tetapi dedak, atau konsentrat, biasanya fosforus pula yang tinggi berbanding kalsium. Terbalik dengan rumput. Memang meningkatkan risiko batu karang.

Semua jenis dedak dan konsentrat, samada bijirin atau bukan bijirin, samada kering atau basah, menghadapi masalah nisbah Ca : P yang tidak seimbang`. Semua jenis melainkan soyahull. Maknanya dedak yang kita gunakan mestilah dirawat dulu, dipastikan Ca : P pada tahap sekurang kurangnya 2:1.

Sekurang kurangnya 2:1.

Pasal tu aku tak galakkan kita buat sendiri dedak untuk kambing kita. Banyak aspek nutrition dan protokol yang mesti kita tahu dan lalui sebelum boleh menghasilkan makanan yang sesuai untuk kambing kita. Bukan senang nak menghasilkan makanan yang boleh memberikan prestasi terbaik untuk jangka panjang, bertahun tahun, tanpa memudaratkan.

Makanan penggemuk senang, boleh bantai aje macam macam, pasalnya sekejap je. 2 – 3 bulan, tak seimbang pun takpe. Bukan senang oo buat sendiri, banyak kena ambik tahu. Pearson Square, nisbah makromineral dan mikromineral, vitamin itu ini, New York Times Square, Tahrir Square... pehhh berpusing kepala otak.

Jangan buang masa atau ambil risiko bereksperimen masa kita baru menternak, copy dan fotostat aje kaedah yang dah established dan terbukti. Banyak sumber kita akan terbuang (masa, tenaga, duit) bila kita nak buat macam macam masa mula menternak. Kalau dah fokus nak breed kambing, fokus betul betul kat situ. Beli aje makanan ternakan yang certified dan sudah lama digunakan. Serahkan pembuatan makanan ternakan kepada mereka yang lebih expert.

Besok dah stabil, boleh afford kegagalan dalam eksperimen, bolehlah try macam macam.

Anyway, cerita balik Ca : P ni. Kadang kadang calcium deposit ni takdelah betul betul block salur pundi kencing atau ginjal, dia boleh juga block sikit je. Tapi yang block sikit ni membawa kepada luka dalam salur darah, jadi infection dan inflammation. Boleh berdarah darah memancut mancut kencing kambing tu. Aku pernah kena dan aku bagi antibiotik, kambing tu oklah.

Kalau serius punya block, memang nasib tak baik. Boleh try ubat tabib cina, pasal kawan aku ada try dan berkesan juga. Lebih baik kita elakkan daripada berlaku, samada guna dedak terawat atau kita tambah ammonium …...... (amende plak ni, aku dah lupa, ammonium nitrat kot, kena check balik – tanya vet lah lagi senang) ke dalam diet kambing kita yang biasa makan dedak.

Kalau makan rumput aje, tak payahlah susah susah cari calcium supplement atau risaukan nisbah Ca : P ni. Yang kita risau, kambing jantan yang makan dedak atau pun sedang stress. So hati hati tuan tuan.

Salam.

*Coca cola tinggi fosforus. Dia tarik kalsium dalam tulang. Memang tulang cepat reput. Daripada kita sibuk nak ambil makanan high calcium, lebih baik kita cut down makanan dan minuman yang high phosporus. Itu lebih baik.

Nenek moyang kita calcium intake average 800mg je sehari. Tapi zaman moden kita ni, iklan susu sana sini sibuk sarankan minimum requirement 1200mg ke 1800mg sehari. Very misleading!